Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 19 April 2011

Bagaimana boleh wujudnya selebriti blogger ?

 

Kalaulah ada rezeki , jika aku tersua dengan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin ( MAZA )  , aku nak bergambar kenangan dengan dia dan tanya dia mengenai apa saja soalan yang bersarang dalam kepala aku ni..

Apakah itu menunjukkan aku taksub atau memuja dia ? Kenapa aku suka pada dia ? Sebenarnya bukan suka pada dia tetapi aku amat kagumi kebijaksanaan dia dalam penulisan artikal dan juga kuliah agama yang aku beli dan tonton .. Simple tetapi berisi .. sangat sangat berisi ... Sebab itulah aku meminati dia yabg sebenarnya aku minat pada pada penulisan dia.. Berbezakan ?

Wujudnya selebriti blogger ni disebabkan banyak perkara... Kerana rupa , penulisan kebijksanaan atau kekreatifan mereka.. Sbb sbb lain pun  ada gak tapi inilah antara penyebab utama ..

Kebelakangan ini ramai nak jadi selebriti blogger .. kenapa gitu ? Ada yang menyangkakan dengan jadi selebriti blogger ini , akan jadi masyur gitu ... kan ? G mana mana ada je orang kenal ... seronok gitu ?

Bagi aku .. sebenarnya tak langsung seronok ... Biar orang minat kita kerana penulisan kita bukannya sebab kita.. Itu bagi blog .. kalau bab lain , tu cara masing masing ..

Zaman sekarang ni ada dua .. Realiti dan maya .. Jadi untuk jadi popular , paling mudah di internet .. Tonjolkan bakat , insyaAllah meletup.. tapi atas niat apa ? Tu mereka saja yang tahu ..

Kritik biar adil !

 

Ramai blogger teringin nak naik cepat.. Salah ? Tak .. lantak la.. asalkan guna otak dan berhemah .. Paling penting , biar berilmiah .. Jangan naik kerana bijak mengkritik .. Teringin nak jadi pengkritik sangat , boleh.. belajar bagaimana nak jadi pengkritik ..

Apa masalah pengkritik blogger masakini ? Kritik lebih pada memusnahkan ! Tiada langsung kata kata membina .. Apakah ini dinamakan kritikan dari hati atau sebenarnya kritikan disebabkan hasad dengki atau cemburu ?

Peliknya ... dimana keadilannya ketika mengkritik ? Bila kritik , 100% adalah negatif.. takkan segalanya buruk belaka ?? Aku amik contoh blog blog baru yang sering dikritik .. Kenapa rujuk satu entri untuk kritik segalanya mengenai blog tersebut ? Takkan langsung takde yang elok ?

Bagi aku .. pengkritik yang bagus adalah seperti silat.. Bermula dengan bunga dan diikuti dengan buah dan akhirnya ada penutup .. Apa yang berlaku sekarang , pengkritik nak jadi seperti tentera USA .. Pakai NUKLEAR jer !! Biar semua mampus. ..

ADILKAH itu ?  sbb itu aku kata  , nak jadi pengkritik ni mudah . tapi sebelum tu , cermin diri sendiri .. kritik diri sendiri... perbaiki diri sendiri.. dan barulah g cuba cuba dengan jiran sebelah.. Guna akal dan perasaan bila mengkritik .. Yang nak dikritik itu adalah manusia.. bukan kucing atau durian ..

Kenapa Ujang terkentut dan hampir terkencing dalam kereta tadi ??

210485_209399315750379_100000409372347_756558_422822_o " Percayalah ujang ... ni ija laa... "

Hahahaha... aku buat suprise kat ujang tadi ... Mintak Heliza cakap sendiri dengan ujang .. pergh... aku patut buat bang beng boong punya rancangan la cam ni .. hahahaha ..

207559_209399345750376_100000409372347_756559_7270373_n Nak tau apa Ujang sms  kat aku sejurus Heliza letak telefon milik aku tu.. hahaha ...

" Hahahahah ... sumpah cuak gila ... knp bagi dia cakap terus ..gigil siot ... hahahah .. tak tau nak apa .. derm ... tak puas borak ... =) "

Hahaha... ok ok.. nanti aku buat cerita penuh eh.. Pada Heliza Helmi dan kak Zeq , jutaan terima kasih kerana sudi hadir.. Dan Heliza sendiri , anda terbaik !! Sangat sempoi n tarak sombong punyaa...

Ada sapa nak beli laptop aku ni ?

 

DSC_0662 Haaa.. ada sapa sapa nak beli ? Heheh.. sentimental value nih ..

206747_209375652419412_100000409372347_756377_3438984_n206814_209375742419403_100000409372347_756378_2064000_nAmacam ?? Mau kaa ?? Cepat cepat .. lelong neh.. 

HELIZA kenyit mata kat ... aku ke ??

 

DSC_0638

Saja nak bagi satu mamat tu jeles.. hahaha ... gambar ni malas nak edit lagi .. hahaha.. masukkan jeee.. Gambar ni candid jer .. ehehe..

Shooting baru bermula ..  ada 3 sesi .. satu untuk Beautifulnara .. lagi 2 ??  Ehem..

Nama BEN ASHAARI akan dijadikan watak drama ?

Satu penghormatan untuk aku sebenarnya .. Terharu dan tak terkata apa .. Terima kasih buat ADZA IRDAWATI kerana sudi menjadikan nama aku di dlm salah satu watak drama dia akan datang .. Hero ? Hehehe.. kot .. haahha ..

Sebuah drama yang mana haa.. tamo la cerita.. tu nanti laa.. dia tengah buat skrip tu.. Puan Adza juga dah buat banyak skrip drama dan terbaru , AKU DIA dan DIA yang ditayangkan di TV2 hari tu... Katanya lagu latar drama tu pon dia sendiri yang nyanyikan .. Pergh.. serba boleh ..

Setau aku , rakan blogger kita ni sangat aktif.. termasuk juga suaminya yang mana kalau tak silap aku , presiden kelab Backpackers Malaysia .. weewittt.. suka suka suka.. aku suka aktitviti begini tapi sayangnya .. huhu.. wife kurang suka.. hahaha.. aku spesis sukakan adventure ..

Apa pon .. kita tunggu je skrip tu siap ... Apakah nama aku BEN ASHAARI atau sekadar BEN saja yang akan disebut ?? Kalau BEN ASHAARI , aku pengsan !!!

Pengguna BLOGSPOT mula pening kepala !

 

Aku terima mail dan juga pertanyaan  di Facebook berkenaan Google akan tamatkan akaun mana mana pengguna blogspot yang menggunakan email Yahoo untuk log in ke blog mereka ..

Persoalannya , apakah ini satu khabar angin yang sekali lagi mengarut seperti FACEBOOK akan ditutup baru baru ini atau ianya benar belaka ?

Yup.. aku cuba cari sebarang maklumat rasmi dari GOOGLE atau BLOGSPOT sendiri namun , tiada apa apa ... Gamaknya yang menyebarkan berita ini sepatutnya membuat backlink ke punca maklumat tersebut agar tidak mengelirukan orang ramai terutamanya pengguna blogspot..

Apakah ini satu propaganda untuk membuatkan pengguna blogspot menggunakan hosting sendiri ? Hehehe.. Apa pun , tunggu je la eh.. Jangan pening kepala.. kalau dia terminate , berapa ramai pengguna dia akan hilang kan ? Sapa rugi eh ?

Aku ? Aku mmg lama dah guna akaun gmail untuk log in ... senang skit ...

@ North Tower , MidValley

 

205605_209358152421162_100000409372347_756186_1984639_n Dok tunggu ehem. tak sampai lagi.. tak pe.. update blog jap .. BEN ASHAARI bikin filem belum abis update lagi yer .. nanti aku update ... Kalau ada shooting mesti bz jap .. huhu ... Terabai blog ... hurmm..

Ngingau lagi ?

 

Alhamdulillah.. setelah berhari hari aku tak cukup tidur , akhirnya ni barulah dapat tidur yang cukup nyenyak tanpa mengingau .. haahha..

Aku tak keje ari ni sbb jap lagi ada shooting dengan Heliza untuk vlog dia dan segmen sembang sembang aku tu ..Jadi aku kena nampak fresh skit .. Tamo la muka toya je nanti.. hahaha ..

Kenapa ngingau ? Mesti ada sesuatu perkara dalam kepala tu yang tak settle settle lagi .. Masih aku ingat , bab tumbuk dinding tu.. Pergh.. tu sbb aku tidur dengan penuh dendam membara ..

Aku pernah bengang ngan satu budak ni .. Kes bola la.. tak settle dalam padang ..terbawak bawak sampai ke luar.. Asal terserempak je mesti nak bertumbuk .. Pergh.. budak budak masa tu la ... Sampai ke dalam mimpi la aku bertumbuk ngan dia.. Sepak terajang semua keluar .. Aku menang la dalam mimpi dulu.. tapi tangan ngan kaki aku bengkak.. Dinding menang TKO .. hahahah ..bengong..

Tu la.. Sepatutnya kita sebelum tidur , kena maafkan semua orang ... baru dapat tidur yang nyenyak dan aman ... Syaitan suka je ganggu kita yang tidur dengan hati yang penuh dengan dendam kesumat .. Astagfirullah al'azim ..

Wah... menarik gitu ...

 

image Kemas - menarik - murah > http://fabulouzshawl.blogspot.com/ 

Menepati citarasa anda !

Kisah malam pertama ku .. jeng jeng jeng ..

 

Aku tak teringat cerita ni langsung tapi tadi dalam kereta , wife bukak kembali cerita ni .. Adeh.. dia punya gelak tak hengat punya .. Aku ? Aku wat bodoh jer ..

Dia kata malam pertama , diserikan lagi dengan satu kejadian di luar jangkaan . hehehe.. nak tau ke ? Ala.. tak yah la.. segan .. hahaha .. poyos je ..

Jangan dok membayangkan yang bukan bukan arrrr... Korang tau la nanti bila kawin ... terutama lelaki laa.. penat wooo .. maka lenalah aku ...

Tiba-tiba wife pukul aku .. Terkejut aku .. aku tanya la kenapa .. Dia jawab pasal apa aku 'smackdown'  dia ???  Hahaha.. smackdown tu macam menyiku laa... kena kat rusuk dia lak tu.. dia kata aku siap bangun cam ala ala wrestling tu haaa.. hahaaa.. adoiii ..

Aku pelik betul laa.. pasal apa leh mimpi kejam sejak kawin .. hahaha.. tak sebenarnya .. Aku pernah gak mimpi gaduh.. kesannya.. aku tumbuk dinding.. hahahha.. sedar sedar bengkak tangan.. arghhh...

Kena bahan lagi aku ..

 

Salam .. selamat pagi ..

Sekali lagi .. sekali lagi !!! sekali lagi !! Sekali lagi aku digelakkan !! Grrr... Apa kes ???? Kes aku tak jadi beli kereta ... Grrr... Wife aku kata , malam tadi sedang dua dua lena diulit mimpi tiba-tiba wife aku kata aku cuit dia ....

Dia terkejut ... Dia tanya kenapa .. Dia kata aku jawab dengan mata tertutup dan itu bermakna aku sedang mengingau !!! hahahaha... Dia boleh bantai borak ngan aku dalam aku ngigau tu.. perghhh...

Tu yang dia tanya aku .. Aku sambil mengayakan ala ala sedang memandu kereta... " Tak payah la beli kereta " .... Dia tanya lagi.. aku pon ulang lagi kata kata aku tu haa.. Dan dia bantai ketawa berdekah dekah tapi aku tak sedar apa apa ..

Huih.. nasib baik dia tak tanya soalan soalan maut .. Kalau tak ??

Kenapa aku namakan KELAB BLOGGER BEN ASHAARI ??

 

imageHampir 9 ribu blogger setelah setahun 7 bulan ianya beroperasi ..  Pada mulanya mmg aku bercadang nak tukarkan ke KELAB BLOGGER saja .. Waktu tu dah lebih 3 ribu rasa aku .. Sebelum tu aku bergerak seorang untuk promote kelab ini ..

Bila dah ramai , maka ada yang cadangkan aku tukar nama kelab ini ..  Erk .. Atas sebab apakah aku perlu tukar ? Sebab tak nak nampak ada BEN ASHAARI kat situ ?

Tujuan aku buat kelab ni adalah untuk promosi blog aku pada mulanya .. Kemudian bila aku promote kelab ini dari satu akaun atau di blog ... mintak rakan rakan invite rakan rakan lain , tapi yang benar benar buat , berapa kerat je ..

Nak tak nak .. aku bergerak la  seorang diri.. cuma aku perasan ada beberapa blogger yang letak logo KELAB BLOGGER BEN ASHAARI ini dan aku amat amat terharu atas kesudian mereka tu ..

Kalau aku tukar nama .. Maka akan adalah mintak nak jadi admin .. Akan timbul masalah kat sini nanti.. Bab nak berkuasa , ramai je nak.. Tapi bila bab promosi ???

Jadi , mau atau tidak KELAB BLOGGER BEN ASHAARI ini akan kekal begini sehinggalah aku mati atau FACEBOOK bankrupt !

Apa sebenarnya yang aku mahukan dlm dunia blog ini ?

 

Sejak kecik lagi , aku gemar memimpin.. tapi aku tak nak jadi ketua.. aku lebih suka beri pendapat dari duduk diam .. Kalau takde kene mengena dengan aku , barulah aku diam .. hehehe ..

Apa yang aku mahukan sebenarnya dari dunia blog ini ? Ok.. terus terang aku katakan , dunia internet ini adalah lombong emas .. Terlalu banyak kawasan yang belum dikorek lagi.. dan takkan habis selagi wujudnya internet dan pengguna ... Keutamaan aku ialah keluarga aku .. Pendapatan sampingan yang boleh aku dapat dari dunia internet ini , aku sangat sangat bersyukur.. Yelah , dari aku menghabiskan masa tengok tv , blogging menjana pendapatan aku gak kan ?

Kedua .. Popular ? Aku tak nak popular ! Apa yang aku nak ialah penyatuan semua blogger blogger yang ada dalam atau luar malaysia ni.. Satu perkara yang mustahil tapi tak semestinya kita tak boleh satukan sekurang kurangnya suku kan ? Suku tu pon dah cukup besar dah ..

Itulah yang aku cuba buat dari dulu .. BERSATU .. namun ianya tetap sukar sekali kerana ada je alien cuba merosakkannya. .Nak kata apa dah kan .. syaitan mmg tak boleh tengok anak cucu adam ni bersatu ..

Aku cukup gembira bila melihat blogger yang baru berkenalan , kemudian boleh bergelak ketawa seolah olah dah kenal bertahun lamanya .. itulah yang aku dapat lihat tiap kali adanya gathering yang mana aku anjurkan sendiri .. Simple tapi tercapai matlamat .. Tiada yang terasa hati.. tiada yang makan hati..

Popular , femes ... itu bukan matlamat aku berblogging.. Aku tua dah ... Popular dan femes belum tentu boleh jamin aku selamat dari seksaan kubur ...tapi sebenarnya aku boleh gunakannya saham akhirat aku .. insyaAllah ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI