Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 5 Mei 2011

Jika saya seorang blogger ..

image

SAYA DAPAT BANNER NI DARI.. wwww.wacanaku2009.blogspot.com

Untuk mengetahui cara dan tujuan , sila klik SINI

GEGAR 1000 BLOG : MAY 2011 SUPRISE !!

 

KEMBALI !!! Akan kembali dalam minggu depan .. heheheh.. kali ni bersama sama hadiah domain !! 3 domain bakal direbut .. Dan pastinya bukan mudah soalan soalan yang akan diberi ..

Sabar eh... ini sekadar segmen biasa bersama soalan soalan mengegar kepala otak .. dari 1000 blog tu , hanya 3 soalan akan diberikan .. camana tu ?? Pergh..

Tapi jika ada yang berminat nak jadi sponsor , bagitau eh ... Emailkan kepada aku terus.. benashaari@yahoo.com ...Kalau ada sponsor lagi , lagi banyak soalan aku leh bagi ... okeh ?

Apa apa pon , GEGAR 1000 BLOG hanyalah untuk mempromosi blog .. Samada berminat atau tidak , terpulang .. tak perlu nak kecoh kecoh .. Lagi pon tak target dah 1000 blog ... dapat beberapa pon ok dah .. hehe .. okeh ?

Mat Gebu cipta sejarah akhirnya !! Bernikah sudah !!

 

image

Nampak tak ?? nampak tak ??? hehehehhe .. tuuuuuuu .. atas tuuuuu... hehehehe .....

Sapa sapa nak beli domain , sila ke www.borakkosong.com .. dia leh uruskan ..

Bila budak sekolah berblog ...

"Masuk kelas pukul 7:00AM. da masuk kelas 2. kami belajar seperti biasa. tadi masa pertama BIOLOGY, BAHASA MELAYU, CHEMISTRY pastu REHAT untuk 30minit pada pukul 10:30AM.. 11:00AM sambung belajar balik ~ ENGLISH sampai pukul 12:00PM.semua pelajar lelaki ke surau sekolah seperti biasa untuk menunaikan solat fardu zohor (^,^) 12:45PM masuk kelas. sambung belajar lagi. time ni subjek ADD MATH (cikgu k) ~

so. sebelum kami belajar. cikgu k ada la crita2x tntang budak2x perempuan kat skolah SMKBG2 ni banyak masalah ~ kami satu kelas tertanya2x. kami satu kelas nak juga tahu. siapa yang cikgu k maksudkn perempuan 2?? tapi cikgu k tak nak share la story ~ tapi ada yang dasyat ni ~ patut d share..hehe "

Suka entri gini gini.. cam diari ... sempoi .. Nak tau sapa punya ? Klik SINI

Makan besar

Adoi...berpuluh kali nk snap pic anak buah aku ni..asik bergerak jer..

Ni aku open table..belanja anak buah aku kfc...harijadi dia..bukan yg dlm gambar ni tapi abang dia..

Hurm...mkn sat eh..mkn pon nak habaq ker ?
Published with Blogger-droid v1.6.8

Satu satunya lelaki yang boleh dipercayai ialah ?

 

image 

Gambar ni aku amik dari blog wife  aku ( link ) .. hurm.. Betulkah ? Apakah yang sedang berlaku ?

Sebenarnya syaitan menerapkan rasa tidak percaya antara kita .. Aku tak percaya kau.. kau tak percaya aku.. WAS WAS adalah penyakit ..

" Penyakit atau gejala was-was secara umumnya boleh di atasi dengan :
1) Iman.
Kita beriman bahawa syari'at Islam sudah sempurna, tidak perlu ditambah dan dikurangi.

2) Ilmu.
Dengan ilmu yang sahih berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah dari hadis sahih dan terpelihara dari hadis dho'if dan maudhu'.

3) Kefahaman yang sohih.
Ilmu ini hendaklah mengikut fahaman generasi Islam yang awwal yang solih dan terpelihara dari fahaman sesat seperti fahaman yang berasal dari falsafah Yunani.

4) Tahu dan faham akan penyamaran dan penipuan (TALBIS) oleh iblis dan tentera-tenteranya.
Apabila saudara faham dan tanam secara kukuh di hati bahawa apa-apa yang sah bagi Nabi s.a.w. maka adalah sah bagi kita; apa-apa yang tak baik bagi sahabat-sahabat Nabi s.a.w. adalah juga tidak baik bagi kita. Hendaklah kita TEGUHKAN hati kita dalam penerimaan konsep ini.

Kita juga faham berdasarkan Al-Quran, bahawa syaitan tidak dapat menguasai orang-orang yang beriman dan ke atas (kepada) Tuhan mereka, mereka bertawakkal. و علي ربّهم يتوكّلون

InsyaAllah jika saudara faham dan amalkan konsep tawakkal ini, saudara akan merasa perubahan pada diri saudara, penyakit was-was itu akan hilang atau terkawal serta tidak akan menguasai saudara.

Kitab yang baik untuk bacaan dan rujukan untuk orang-orang yang terkena was-was iblis dan syaitan ialah "TALBISU IBLIS" karangan Ibnu Qaiyyim Al-Jauziyyah. Kitab ini sudah ada terjemahannya dalam bahasa Melayu. - HALAQAH.NET

 

Apa yang perlu ada , cumalah HATI-HATI .. dan berdoalah kepada Allah agar dijauhi  dari segala hasutan syaitan ..

Tahniah Mat Gebu .. selamat bertunang !

 

Alhamdulillah .. dah 5 JUTA PAGEVIEWS blog tiffinbirunya tu .. caiyok caiyok .. hahahhaha... aku ingat dulu caiyok ni nama mentega made in china ke apa .. tak rupanya.. hehehe ..

Bukan mudah nak mudah tau !! 5 juta tu untuk tempoh 5 tahun .. haaa... 5 tahun tu la Mat Gebu dengan blog kesayangannya itu , www.tiffinbiru.blogspot.com berjuang abis abisan !! Dan pelbagai kenangan manis telah dinikmatinya bersama sama .. eceh ..

Berkenaan dengan pertunangannya Mat Gebu tu.. aku tak boleh nak war warkan lagi.. kena tunggu sampai dia sendiri mewar warkannya ..

Yelah kan.. hak orang .. mana berani aku nak kecoh .. hehehe.. apa pon , bakal tunang dia tu adalah kenalan lama dia ... pergh.. comel siutttt.. aku je dah tengok.. korang lom.. hahahaa.. mana blehhh .. aku yang cadangkan kat dia .. kan mat kan ?

Apa gossip gossip ??

Mulut je kata syukur , Alhamdulillah ..

 

Kadang kadang , kita dengan mudah melafazkan Alhamdulillah ..

Tapi apakah benar kita maksudkan dari hati ?

Aku mengeluh tengok beg aku semakin buruk ..

Allah buka mata aku ... Seorang budak di depan aku , beg dia koyak dan lusuh .. Dia pakai dengan bangga sekali ..

Aku berdosa .. Kufur nikmat ..

 

Kadang kadang , kita dengan mudah melafazkan Alhamdulillah ..

Nak makan apa saja .. cakap jer .. jom ..bayar dengan cash .. Tak kisah langsung .. Duit banyak ..

Tapi senantiasa dok kata tak cukup duit .. ada je tak kena.. ada je nak beli.. ada je nak shopping ..

Allah buka mata aku .. Sepasang suami isteri yang mana suaminya buta , dan isteri sempurna itu membantu suaminya berjalan agar tidak langgar orang yang lalu lalang berhampiran ..

Ya Allah .. insaf aku .. Aku yang sempurna ini , ada je tak cukup..

 

Kadang kadang , kita dengan mudah melafazkan Alhamdulillah ..

Bernafas dengan paru paru .. makan dengan lidah untuk merasa .. Melihat permandangan yang cukup indah .. berjalan dengan dua kaki .. bergelak ketawa tanpa sebarang kecacatan ..

Allah cuma minta patuhi perintaNYA .. ikutlah apa yang DIA suruh .. solat , tutup aurat , jauhi apa yang dilarangNYA .. Tapi kita tak mampu nak buat pon ! Malah siap minta tambahan lagi .. Mintak itu ini ..

Ya Allah .. malunya aku... malu aku nak meminta ..tapi pada siapa lagi aku nak pinta ?? Aku hanya boleh tadahkan kedua telapak tangan ku ini dan memohon keampunan..

Aku cuma insan biasa .. Aku cuba berubah ..

10 blog dari SAYA SEORANG BLOGGER : #1

 

image

http://catatankehidupanain.blogspot.com

satu je nak cakap.. tengok blog blog yang dah lama 'bermain' dalam dunia blogging ni .. bandingkan .. :) okeh ..gud luck ..

PERHATIAN WAHAI BLOGGERS !

 

Aku dan BroFrameStone serta beberapa rakan blogger lagi sedang merancang untuk mengadakan satu gathering besar besaran di Kuala Lumpur , pada 14hb Mei 2011 ...

Tujuan gathering ini adalah untuk mengumpulkan seramai mungkin rakan rakan blogger yang senantiasa berkomunikasi dengan kita samada melalui blog , FACEBOOK ,TWITTER dan sebagainya ..

Tempat dan masa , akan diberitahu kelak .. Sebarang idea untuk aktiviti atau untuk menjadi penaja , amaatlah digalakkan sekali ... Kot la nak taja Shawls untuk blogger pakai ke .. heheheh .. Contact aku atau BROFRAMESTONE

Sasaran , 200 blogger yang akan hadiri .. Amacam ? Nak join ? Sila lapangkan masa anda pada 14hb Mei nanti.. Kalau tak , baca je entri rakan rakan yang sertai .. hehehe...

Sebagai tanda penghargaan aku buat rakan blogger .. Saya seorang blogger

 

 

image

SAYA DAPAT BANNER NI DARI  ......

http://thegirlwhothinktoomuch.blogspot.com

Untuk mengetahui cara dan tujuan , sila klik SINI

Mengecewakan ..

 

Pada yang sudi undi aku di saat saat akhir ... klik SINI ..

"Aku tak kenal kau maka aku tak kisah .. " atau " dari kau dapat baik orang lain dapat .. baru puashati aku " ..

Ada tak terdetik begitu dalam di satu sudut hati kita ? Hehe.. Sejak aku berblog ni , pelbagai perangai aku temui .. Dan bila aku masuk contest DIGI ni , ada dua golongan yang sering berkunjung dalam blog aku..

Yang pertama .. yang senantiasa memberi galakkan dan sokongan kepada aku .. Jutaan terima kasih .. aku mmg terharu dengan sokongan tersebut .. Yelah , aku ni cuma seorang kawan yang tidak dikenali namun diberi penghargaan sebegitu rupa..

Yang kedua , yang senantiasa masuk ke blog aku tetapi menantikan saat aku jatuh dan kemudian akan ketawa berdekah dekah .. Seronok weh !!

Sebenarnya aku tak tau la apa yang seronok sangat tu .. Mungkin dia inginkan perhatian dari rakan rakan ? Beginilah yer .. Nasihat aku satu jer ... Berblog dulu.. kalau dapat kekal bertahun lamanya ,insyaAllah mereka akan kenali kita .. Tapi kalau baru sehari dua dan dah gila glamer , SIMPAN JE LA !

Tu je .. aku tak apa sekali pun profesion korang ..tapi kalau hati tu busuk , baik g duduk dalam zoo .. sesuai gitu .. Aku tak marah sapa sapa .. cuma nasihat kepada mereka yang 'tunggu saat kejatuhan blogger sebangsa dan seagama ' dan paling penting , yang dia sendiri kenali ..

Ah..sudah

Salam ..selamat pagi..

Cerah banget pagi ni.. nasib baik g keje..heheh..kalau tak sahih aku g buat photo shoot ..ecehh ..yoyosss jer.. takde maknanya..hehe

Khamis sudah..Semalam dok pk la apa projek minggu ni...tiba-tiba dapat jemputan ke satu majlis rasmi..terpaksa tolak sebab aku dah plan g bercuti ke kuantan sabtu dan ahad ni..

Rupa-rupanya aku ada satu projek futsal pulak..opis punyz..aku terlupa der ! Adoi....mana satu ? jeng jeng jeng jeng...opkos la g bercuti..tenangkan jiwa n rehatkan kepala otak aku yg dah mengelupur keletihan ni...hehe..

Ke mana ??? Gambang !!!!! Yearghhh...
Published with Blogger-droid v1.6.8

Entri pilihan malam ini

 

Perasaan cinta memang sukar untuk dipahami.. Cinta memberi banyak maksud tersendiri yang kadang membuatkan kita menjadi gundah tak bertempat.. Kadang cinta memberi kita satu azam semangat yang kuat.. Dan kadang juga membuatkan kita sesal tak sudah sudah..

Di masa kita di lamun cinta, banyak reaksi yang kita lakukan.. Menjadi seorang manusia yang gelabah dan gundah gulana.. Tidak tentu arah dan hilang punca.. Dan selalu tidak tentu arah dalam membuat keputusan.. Kita sering saja punyai rasa berbelah bagi di dalam melakukan sesuatu perkara.. Rasa serba tidak kena.. Itulah kita, tidak menjadi diri kita yang sebenar, gundah dan lagak kita tidak kena pada tempatnya..

SAMBUNGAN > SINI

18 hari lagi idup mati aku ....

 

image

Dah 2 minggu.. aku masih no 2 .. tak leh jadi ni.. enjin aku dah semput mengejar.. tapi tak pe.. teruskan kejar .. Yang penting korang terus undi aku ( klik SINI ) dan juga rakan rakan aku  (klik SINI )...

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI