Hurm... aku baru lepas masuk baca satu blog ni .. hurm... Nak geleng kepala , aku rasa membazir jer .. Nak rasa geram , aku rasa buang masa je .. Nak rasa apa ek ? Apa yang aku mampu buat , doakan agar Allah berikan hidayah kepadanya ..
Entri tu , secara terang terang menghina Islam dan ianya berjaya mendapat perhatian pelbagai pihak .. Aku rasa mmg itu tujuaannya .. Nak tarik perhatian !
Ada dua perkara yang sering dia sebut dalam tu.. Pertama .. Mengenai wanita dan yang kedua adalah mengenai politik UMNO .. Hurm... Apakah dia mempunyai pengalaman mengenai poligami ? Apakah dia sangat sakit hati mengenai poligami ? Bila mereka sakit hati , segalanya menjadi benar dimata mereka .. Tak kisah dah apa apa pon.. dia tak nampak akhirat .. dia tak pedulikan duniawi .. Yang dia pentingkan adalah hatinya yang sakit itu ..
Itulah yang ketara .. Dan .. Kesilapan kita pulak , g menyerang abis abisan .. Kita sakit hati , dia ketawa terbahak bahak .. Seronok mempermainkan perasaan umat Islam dengan buat isu begitu ..
Sepatutnya , apa yang kita buat ialah , secara senyap .. Attack secara senyap terutama mereka yang suka sangat hack blog orang .. Buat laporan pada pihak berkuasa .. Dan paling penting , jangan kecohkan perkara ni..
Kenapa jangan kecoh ? Kalau kecoh , dia berjaya menarik perhatian orang dalam dunia internet ni !!! Itu yang dia nak.. dengan cara gitu , dia boleh menyampai segala perasaan dia .. Kalau kita buat dek , tak baca.. tak hebahkan , dengan sapa dia 'bercerita' ? dia syok sendiri je la... Dia buat , dia baca .. Tapi apa yang berlaku skang , kita ni lak beria ria menyerang mereka ..
Nama penulis entri tu.. sah sah membohong .. takkan la dia nak tulis nama betul dia .. adeh.. Jangan la ada blogger buat entri pasal ni dan bagi backlink ke blog tersebut.. Pastinya dia ketawa riang .. kita sakit hati.. takkan nak balas dengan komen ? Orang yang sakit jiwanya , jgn dilayan .. kalau dilayan , kita turut sama sakit jiwa ..
Biarkan .. dan buat laporan ..selebihnya , tu tugas pihak berwajib .. Apa yang berlaku sekarang ialah mereka cuba bermain dengan emosi kita .. Saja nak rosakkan emosi kita ...Senyum je.. kita tau dia gila.. kita jangan jadi gila...