Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 12 Jun 2011

Belajar ABC dulu sebelum nak cerita pasal galaksi !

 

1 tahun lebih blog aku senantiasa ber'update ... kenapa aku update hari hari yer ? Sbbnya aku ada 'sifu' ... sifu aku update setiap jam dan setiap jam itulah pembacanya beribu ribu !! Aku nak macam tu laaa !

Tapi aku tau aku tak boleh jadi macam dia .. kenapa ? dia dah wujud jauh lebih lama dari blog aku.. Sebelum aku lahir lagi dia dah ada ramai pembaca .. Setiap hari ada jer orang membaca tulisannya ..

Maka aku amik contoh dari dia .. Kemudian aku kongsikan apa yang aku tahu itu dengan pembaca di blog aku nih .. Tujuan aku bukan untuk nak ajar atau nak suruh korang semua ikut tapi berkongsi pengetahuan .. Tamo ikut , tak pe.. tiada paksaan .. Aku tak rugi apa apa ..

Ginilah .. Amik contoh satu pasukan bolasepak .. Jurulatih .. apakah jurulatih tu seusia dengan pemain ? Tak punya kan ? Walaupun jurulatih tu belum tentu pandai main bola tapi mungkin dia ada ilmu serta pengalaman .. Ada contoh tau .. Arsene Wenger .. dia bukan pemain bola sepak yang berjaya tetapi dia seorang pengurus pasukan bolasepak yang berjaya malah terkemuka ! Buka minda ok !

Kemudian .. bila orang bagi ilmu .. bukalah hati tu .. jgn ego.. jgn pk awak tu kat ipt dah bijak ! Budak  tak lulus spm pon boleh masuk ipt di zaman ni ok ! Jgn berlagak !!

Dan akhir sekali ... bila baca entri , baca dengan teliti .. kalau baca sambil lalu , ibarat makan tak basuh tangan.. gelojoh !! Tu je pesan aku .. Kena sedar diri .. Tiada istilah lama atau baru kecuali berpengalaman ..  ;) Belajar belajar bertatih dulu sebelum teringin nak jentik telinga abang long atau ayahanda.. Pergh.. KL GANGSTER tuu..

Kenapa blog aku tak boleh g jauh eh ??

 

G jauh ? Jauh mana ? Sampai Afrika ? Idok le gitu haaa.. tapi kat Afrika pon ada orang baca blog aku wooo.. Jgn tak tauuu .. haaa... ok ok... balik pada tajuk utama ..

" KENAPA BLOG AKU TAK BOLEH PERGI LEBIH JAUH ? "

Ada yang mintak pendapat aku bagaimana nak punya blog yang mampu dikenali ramai orang ? Hari tu aku ada buat satu entri .. Bertanyakan pada rakan blogger bagaimana nak dapatkan pembaca yang bukan dari kalangan blogger ? Maka ada yang berkongsi pendapat .. Rujuk entri INI dan INI ..

Paling penting bila pembaca masuk ke blog kita .. mereka akan lihat template kita .. layout atau design blog kita .. Jangan tengok blog aku .. ni contoh yang tak cun .. tapi syukur pada Allah , diterima ramai juga ...

Kedua , entri .. penyampaian dan mampukah mereka tangkap apa  yang kita cuba sampaikan ? Tapi !! Faktor yang akan membantutkan mereka untuk terus membaca entri kita ialah , warna font , size font , singkatan bahasa yang alien biasa guna dan juga emot yang diselitkan dalam entri tu..

Kena ingat , kalau kita nak pelbagai usia masuk ke blog kita , maka blog dan entri kita perlulah lebih INTERNATIONAL .. hehe.. maksud aku , biarlah 'dewasa' sedikit  .. Nak kebudakan tu boleh tapi jgn sampai macam budak sekolah rendah punya corak penulisan .. okeh ?

Pentingnya untuk tackle kali pertama kerana mereka akan bercerita pada rakan lain mengenai blog kita .. Jadi ,segalanya terpulang pada kita sendiri .. Bagi aku , apa jenis platform blog yang kita guna tak guna sekiranya entri kita 'out of service' !

Entri Pilihan : Andai aku jutawan .. Blogger #2

 

" Gunakan untuk buat satu NGO yang memperjuangkan blogger. Jadi, bila ada apa-apa orang nak mintak bantuan, para blogger boleh perjuangkan, blogger leh ada satu suara besar yang berkata-kata bagi pihak mereka. Baru orang hormat sikit kat blogger ni."

Mesti ada yang tertanya , aku pilih yang camana ? Mestilah yang lain dari yang lain.. Walaupun nampak cam tak masuk akal tapi sekurangnya dia ada idea .. kan kan ?

Sambung > SINI

Entri Pilihan : Andai aku ini jutawan .. Blogger #1

 

"Jikalau aku ni seorang jutawan, aku akan membuat satu perbaharuan di dalam dunia blogger ni.. Perkara pertama yg aku jalankan ialah menyediakan kelas danbimbingan kepada blogger2 baru dan bakal blogger..

Selain itu, dengan duit yg aku ada, aku akan melakukan pembaharuan dalam entry dan shoutbox..dengan membiayai kos penciptaan teknologi.. aku akan menghasilakn blogger maya.. dengan ini, blogger boleh bersemuka dengan blogger lain.. secara online..

Pembaharuan dalam entry 3D... boleh menarik  lebih ramai pembaca utk membaca entry tersebut.. "

Sambungan > SINI

Teringin nak kritik blog aku atau nak kritik aku , kan ? Meh sini !!!

 

Lega.. baru pas bersihkan tandas.. satu senaman gak .. huhu.. mmg aku tak nafikan aku makin kuat makan .. ni gara gara makin malas nak ke gym.. hurm.. kena cari semangat baru ni .. Ok ok.. esok start diet n puasa.. Sapa mau follow ??? huhuh..

Dalam dok mencuci tandas tadi tu , kepala otak aku ni senantiasa dok ligat mencari idea .. Nak tulis apa eh.. bab artis dah .. bab segmen dah .. bab .. erk.. ahmad albab ? tak yah laa.. Timbul semula isu blog aku dalam kepala ...

Aku tak tau la berapa ramai yang teringin nak kutuk aku atau  kritik blog aku ni ... Memula aku cadang nak bukak satu entri.. mmg khas untuk pembaca atau haters aku kritik apa saja ..

Tapi bila aku pk pk , nanti diorng dapat dosa .. aku pon dapat dosa .. mana tau diorng maki hamun .. aku secara tak langsung dah galakkan diorng kan ? tu petanda akhir zaman teknologi moden tu !

Pikiaq punya pikiaq .. aku dapat idea .. Apa kata , aku buat je peti undi... Tak payah guna sms ...  tak perlu taip AFUNDI ..korang kelik je kat situ haaa.. Korang undi je laa situ.. senang citer.. Dosa pon tak dapat kan .. hehehe ..

Tunggu apa lagi ? G tengok kat sidebar tu.. tanda je mana korang nak tanda ! senang cita ..

AC MIZAL bakal sertai Raja Lawak tahun depan ?

 

Haa.. jgn tak tau .. aku pon tak tau sebenarnya .. tapi jika aku jadi dia , itulah yang aku buat memandangkan bisnis aku nanti akan goncang akibat ... haaa.. takkan korang tak tau .. pergh.. aku dah jadi tukang key poh lak..

Hahaha.. sori la.. aku tak minat nak gossip isu artis ni tapi ni bukan isu artis .. tapi pasal bisnis gelang dia tu haa... Dulu pernah ada member nak jual gelang magnet tu kat aku .. Sekali bila dia sebut harga jer , aku nak pengsan.... bukan ratusan ringgit okeh.. malah siap ada kualiti gitu ..

OK. ni bukan isu gelang tu tapi semua artis yang menjadi jurucakap kepada syarikat milik AC KONSORTIUM tu , telah meletakkan jawatannya !! Dan paling best ialah , akan ‘membuka mulut’ tentang apa yang berlaku dalam satu sidang akhbar khas tidak lama lagi.

Sebelum ni , diorng penuh lantang dan berani mempertikaikan pihak yang membuat tuduhan dan menganggap ia berpunca daripada sifat dengki khianat.

Artis-artis tersebut ialah Khai, Rosma, Alif Razali, Salima AF, Lan Kristal dan pelakon Zuraini Kassim.. Hehehe...Baru sedar yer ? Logik la skit korang ni pon.. takkan la gelang manget tu sampai beribu ribu ringgit harganya ! Baik beli kerusi urut tu haaa.. berbaloi lagi.. hehehe

image

Gambar - UTUSAN ... Cerita lanjut , meh baca kat SINI ..

Kalaulah diorng bukak mulut , gamaknya menipu semua pembeli .. Pembeli boleh tuntut balik ke duit mereka ? hehe..Yelah , tertipu la kan .. kena g tanya kat Persatuan Pengguna ni.. Huhuh..

Kalau boleh tuntut , gamaknya jenuh nak bayar balik eh ? Tu pasal aku kata kalau itu berlaku  AC MIZAL tahun depan tutup kedai pastu join RAJA LAWAK dan pastinya akan terkeluar pada minggu kelayakkan .. huhuh..

AC , ' Dato ' mana eh ? Jenuh tunggu gak ni .. Yelah , nak ucap tahniah secara rasmi gitu .. ;) .. Gud Luck ehh...

KONSERT FINAL AF DIBATALKAN ?

 

KONSERT AF DI PUTRAJAYA DIBATALKAN .. YEAHOOO... KENAPA ?? KENAPAAAA... Alaaaaa... tak best laa cam niii .. alaaa... baru plan nak g nihh

Setelah dikaji , punca punca dibatalkan adalah kerana ... Takde yang berbakat langsung ! Jadi jangan buang masa .. lagi pon esok kerja... dan jangan la ajar anak anak yang masih dengan tengok konsert lebih lebih lagi yang hampir masuk waktu solat maghrib ...nanti confius diorng nanti..

Kot la nanti anak dia tanya kat mak bapak dia ...

"Mak tak g solat ke ? masjid dekat jer ni.. dari tengok AF ni.. tak best pon .. solat lagi best la mak .. "

Wahai penduduk di Putrajaya .. tak payah la buang masa dengan g tengok konsert tu ... tak berbaloi laa.. Yang penuh kat sana pon nanti , kita tau sapa dia .. Melayu gaakkk ... Yang melalak atas tu .. melayuu gakkk ...Sapa malu ? Melayuuu gak.. sapa yang untung ?? Sendiri mau pikiaq laaaa ... rugi sapa ? Melayuu gakkk ..

Esok nak keje .. sekolah pon nak mula dah .. ada baiknya sediakan mental dan fizikal untuk esok .. takde la menguap esok kat opis .. Takkan nak bergossip pasal AF kot ? Berkualiti ke gossip tu ? Oh plss...

Ada yang teringin benor ke nak kutuk aku ni ?

 

Alhamdulillah .. sampai dah rumah mak aku .. Singgah makan sat sambil bagi buah tangan yang beli kat Temerloh tadi .. hehehe.. korang rasa apa? huhuh..

Lepak lepak sat sambil bukak FB .. Terbaca menda ni kat wall FB aku ..

" komen2 kat sini semua nya puji2..ke BEN delete komen2 yg kutuk? xde kebebasan lar cam nie.. "

Huih ... ni apasal lak ? Sat aku tengok balik .. FB sapa ni ? Confirm !! Aku punya laaa ..  Tertanya gak ... apa maksud dia ?  Hurm.. apakah selama ni dia ingat aku dahagakan komen dari rakan rakan FB ke ? Huk alohh .. kalau setiap komen pujian membuatkan aku dapat pahala , lain la gak. .atau setiap komen pujian aku dapat RM 1 ribu ke... best la gak kan ?

Maaf la .. aku tak dahagakan sebarang pujian dari sapa sapa pon.. dah berulangkali aku bagitau .. Kalau pujian aku tak mo .. kutukan lagi la aku tak nak .. Pahal nak kutuk aku lak .. Aku tak kenal ko .. ko tak kenal aku.. tau tau nak kutuk aku ..

Kalau takat pasal blog , ko tak suka baca , jgn la baca .. abis cerita .. Yang sampai nak cari orang kutuk aku nape ? aku ni beragama Islam dan berbangsa melayu.. Aku bukan orang yahudi nun kat Israel yang sepatutnya dikutuk oleh kita .. Adoi.. Apa punya turrr daaa...

Tu aku kata .. kalau takde isu , g baca Al-Quran .. berzikir ke .. kalau boring sangat , bawak sepanduk .. g kat konsert final AF kat Putrajaya nun pastu kutuk diorng yang buat konsert tu depan masjid .. walaupun tak depan sekali pon tapi berhampiran dan tak kena waktunya , iaitu Maghrib dan Isya' ... Pergi kutuk kat sana .. Yang aku gak nak dijadikan sasaran tu awatnya ..

Huk aloh ... Macam la aku berlakon dengan LISA SURIHANI ke sampai nak kutuk aku.. kalau berlakon sekali pon tak salah kan ? Lain ler kalau aku berlakon pastu berpelukan dengan dia dalam tu .. ala ala Farid Kamil gitu .. Auwww...

Segmen : Andai aku ini jutawan ..Blogger ..

Ok .. dalam duk melepak kat RNR Temerloh ni.. aku terfikir nak buat satu segmen di samping korang boleh berjalan jalan ke blog rakan rakan dengan membaca entri yang mana tajuk entrinya adalah sama.. haaa.. dah leh geng dah kan ?

Satu segmen mudah je.. tapi aku mintak maaf awal awal ,tidak akan ada senarai blog .. segalanya korang kena tengok sendiri di ruang komen .. Tiada paksaan untuk join segmen ni ..

Berminat? ok... Sila buat satu entri ...

  1. Letak header Ben Ashaari Blog ..
  2. Tajuk : Andai aku ini jutawan .. Blogger dan linkkan ke entri ini ..
  3. Sila buat karangan tidak lebih 100 patah perkataan .. Apakah yang akan anda lakukan dengan dunia blogger di Malaysia ini sekiranya anda seorang jutawan !
  4. Siap ? Tinggalkan url entri anda beserta kata kata untuk menarik pembaca ke blog anda .. kenapa mereka patut baca entri ada itu ! hehehe .. promosi blog nih !

Tu jer .. Tutup , 10 malam ni.. Ingat .. tiada senarai blog akan dibuat yer ..

Tolong jangan salahkan DAUDSU !

 

Daudsu .. siap ada page KAMI SUKA DAUDSU JARINGKAN GOL SENDIRI  .. tak tau la makhluk asing manakah yg buat page tu dan tujuan dia ...

Apakah dia berterima kasih ? Atau dia perli pada Daudsu kerana 'menjaringkan' gol sendiri ? Bagi aku yang sememangnya kaki bola dulu ... dalam keadaan dia tu mmg amat sukar sekali untuk mengeluarkan bola .. lebih lebih lagi dengan ada pemain Terengganu di sebelah dia.. Kalau dia lepaskan bola tu , sah sah pemain ganu cipta nama .. Nak tanduk ke atas ? Mmg amat sukar ..

Terima jelah kenyataan .. pemain profesional luar negara sendiri pon ramai melakukan kesilapan bila di depan gol ..  Jangan bersikap demikian .. Matang dan terima kenyataan .. Jika mau berterima kasih , buatlah pagi TAHNIAH TERENGGANU ke.. atau yang seangkatan dengannya ..

Tapi dengan melibatkan individu sedemikan rupa , itu sudah menjatuhkan semangat juang dia selepas ini ... Bertungkus lumus dia di dalam padang mempertahankan tiang gol tu selama ini tapi dengan kesilapan yang dia sendiri tidak mau lakukan itu ,segalanya dilupakan terus !

Tu la sikap sesetengah rakyat Malaysia ni ... tak boleh terima kenyataan .. Sekadar sukan .. Takde tahun ni , taun depan ada lagi.. Kalau takde tahun depan , tunggu tiap tahun.. Malas tunggu ? Beli sendiri PIALA.. Letak dalam rumah .. Tulis kat situ PIALA FA .. senang cita !

KELANTAN dan SELANGOR ..

 

Bahang bolasepak negara dapat dirasakan semula ... Semalam , buat kali pertama aku menonton kembali perlawanan  bola sepak melibatkan pasukan negeri setelah lama aku tak menontonnya ..

Bila melihat penyokong Kelantan membanjiri stadium Bukit Jalil semlm , aku teringatkan pasukan pasukan SEMI PRO yang cukup panas ketika aku sekolah dulu .. Kalau tak silap aku masa tu aku di tingkatan 3 ... tahun 1993 ... hehehe.. hensem masa tu.. hahaha..takde makna.. kurus kering je aku .. huhu ..

Masa tu , setiap pasukan amat kuat .. mmg best bila bersaing sesama mereka .. yang senantiasa menjadi belasahan cuma  BRUNEI ketika itu.. Perlawanan yang senantiasa menjadi panas bila melibatkan  SELANGOR , KUALA LUMPUR , PAHANG , PULAU PINANG , SABAH , SARAWAK , JOHOR .. Pasukan pasukan lain kalau tak silap aku tak beberapa mantap sangat .. Heheh.. ni pendapat aku yer.. maaf .. jangan terasa ..

Aku sendiri gila tunggu keputusan perlawanan setiap hari Ahad... tengok perubahan kumpulan .. tunggu siaran langsung ... malah siap beli jersi tuuu ...

Aku sokong sapa ? Masa tu aku sokong SELANGOR kejap.. tapi bila ramai kawan aku sokong SELANGOR , aku tukar ke JOHOR .. tapi member aku tak nak terima .. diorng kata aku lalang ... diorng suruh aku terima akan aku ni kena sokong pasukan kampung aku iaitu PULAU PINANG ! Huk alohhh.. sampai gitu sekali fanatiknya kitorang .. Kalau kalah , g sekolah .. mmg pedih la telinga kena kutuk dari jauh.. hahahha .. tak leh blah !

Dan sekarang ... Pasukan yang tak panas satu tika dulu , menjadi panas sekarang... KELANTAN dan TERENGGANU .. Pasukan lain , aku tak pasti .. tetapi KUALA LUMPUR hancur abis.. hahaha.. Bukan pe , KUALA LUMPUR  dulu lubuk melahirkan pemain negara ( ketika tu , untuk pasukan bawah 15 tahun dan 18 tahun ) dengan wujudnya sekolah akademi bolasepak .. Apa dah jadi sekarang ?

Kenapa sekarang pasukan pasukan negeri mula naik ? aku nampak satu sebab jer... MEREKA MINAT DAN semangat BERMAIN untuk NEGERI amat tinggi .. Berbeza dengan bermain sbb nak glamer !!

Kan kan ... hehhe.. sekadar pendapat jer ..

Perlu ke blogger pergi ke blog lain untuk menarik mereka ke blog kita ?

 

Perlu ke ? Perlu ke kita berblogwalking untuk menarik lebih ramai blogger ke blog kita ? Ada yang jawab ya .. ada yang jawab tah .. Ada yang jawab tak .. Anda sendiri bagaimana ?

Kembali fikirkan tujuan kita buat blog .. Kita buat blog untuk blogger sendiri atau terbuka ? Sapa sapa boleh masuk baca blog kita ... kan ? Jadi , sapa sasaran kita sebenarnya ? Kita sasarkan blogger sendiri atau yang bukan blogger ?

Kalau kita berblogwalking untuk menarik blogger ke blog kita , bagaimana pula kita nak menarik pembaca yang bukan blogger pulak ? Hurm... Takkan kita nak sasarkan blogger je kan ? Blogger untuk blogger ?

Camana kita nak tarik pembaca yang bukan blogger ? :) Satu persoalan yang aku kira boleh buatkan korang kaya dengan trafik jika dapat jawapannya ...

Kebelakangan ni , blogger akan attack blogger untuk mendapatkan trafik .. kan ? Sedangkan blogger patut sasarkan yang bukan blogger untuk mendapatkan trafik ! Tapi bagaimana ? Haaa...

Jawapan yang sangat mudah dan selama ini aku lakukan di depan mata blogger sendiri ...

Kelantan perlu kalah dan kalah dah pon ...

 

KEPUTUSAN PIALA FA 2011 :

TERENGGANU 2 - 1  KELANTAN ( MASA TAMBAHAN )

Laki bini .. sambil update blog ,kitorang layan bola .. Wife , spesis tak boleh ada perasaan terkejut atau gelabah.. haaa.. jadi dia tengok sipi sipi gitu .. Aku ? Tengok gitu jer ..

Maaf , aku sokong Terengganu malam ni .. Kalau bukan Terengganu pun , aku tetap tidak akan sokong Kelantan .. Kenapa ?? Aku bukan anti pasukan Kelantan .. Aku sokong mana mana pasukan dalam Malaysia ni asalkan mereka bermain atas semangat memajukan sukan bola sepak negara ..

Kenapa aku nak Kelantan kalah malam ni ? Aku bagitau kat wife aku .. Dengan kekalahan Kelantan , ini saja bukti bahawa penyokong Kelantan adalah berdisiplin ! Menafikan selama ini mengatakan bahawa penyokong Kelantan tidak boleh terima kekalahan .. Bila mereka kalah , mereka akan bergaduh .. cari pasal .. merosakkan stadium !! Buktikan anda semua bukan begitu !! Penyokong Kelantan bukan saja bergembira bila menang malah menerima kekalahan sebagai satu semangat kesukanan ..

Kedua , dengan kekalahan Kelantan , mereka akan lebih kuat pada masa akan datang .. Mereka akan buat post mortem  mencari kesilapan mereka pada final FA ni ..

Seperti aku kata pada wife , jika aku ini jurulatih pasukan Terengganu , aku akan mintak pemain aku mengawal ketat setiap inci pemain Kelantan dan bermain dengan keras dalam diam .. Ini akan memprovoke pemain Kelantan untuk bermain dengan lebih keras seterusnya merosakkan permainan pasukan Kelantan ..

Maaf ... inilah antara faktor yang patut jurulatih Kelantan , M.Karathu tekankan pada pemain Kelantan .. psikologi .. kekuatan mental .. Seperti kita lihat pada LEE CHONG WEI  yang cepat putus asa atau tertekan tiap kali berdepan dengan Lin Dan .. bila dia mampu kuasai mental , maka dialah juara ..

Ketiga .. sekali lagi maaf.. ni pendapat aku.. Penjaga gol Kelantan , Khairul Fahmi terlalu selesa sekarang .. Seolah olah dia kebal  dan tidak mampu dibolosi .. Ini akan mendorong dia berlatih dengan lebih keras selepas ini ..

Tu je la eh.. Sekali lagi.. MAAF .. Aku bukan anti mana mana pasukan .. Pasukan Kelantan bagi aku satu pasukan yg cukup kuat dalam negara kita ni .. cuma mereka perlu 'kalah' sebentar untuk menang pada pertandingan yang akan datang ! Kekalahan adalah perlu untuk menghasilkan kemenangan pada masa akan datang !

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI