Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 21 Jun 2011

" Kenapa blog ini senantiasa berpenghuni ? "

 

" Tertanya tanya dan tercari cari .. apakah keistimewaan blog ini " ..

Alhamdulillah... selamat sampai di Putrajaya dengan perut cam gajah mengandung 28 bulan .. Terima kasih pada yang mendoakan keselamatan aku dan keluarga aku .. Dan DIGI WWWOW pon dah tiba ke kemuncaknya.. Sapa terpilih , aku pon tak tau .. Letih nak pk.. ada rezeki , ada la...

Ok.. tajuk... Persoalan tu tadi dikemukakan oleh seorang pengomen di blog aku tadi.. aku cari balik , tak tau dah kat mana .. Yela, komen yang ada pun bukan skit .. Ada 132 ribu kesemuanya ..hurm.. tu tak termasuk Cik Anon yang aku delete tu .. huhu ..

Jawapan...

Blog aku ni sama je cam blog blog peribadi yang lain ... Aku tak pastilah kat mana keistimewaannya .. Dan aku tak terpikir pon nak cari kat mana .. Cuma , apa yang aku tau .. aku berusaha untuk menarik pembaca pembaca pelbagai peringkat usia dan juga bangsa .. Aku percaya ada pembaca aku bukan saja dari bangsa Melayu kan ?

Usaha yang aku maksudkan adalah , dengan memikat pembaca menggunakan entri entri yang pelbagai isu .. tidak hanya mengenai dunia blog .. dunia persekitaran aku malah isu isu semasa jugak aku turut kongsikan bersama sama dengan pembaca di blog ini ..

Apa yang aku sampai di dalam blog ini bukanlah satu penulisan tetapi satu bual bicara di kedai kopi dalam keadaan yang sangat rileks sambil bermain dam ... SANTAI ... Sebab tu ada yang cuba berbalah atau menyampaikan kritikan dan aku membalasnya semula .. Kata berborak .. kan ? Takkan nak telan gitu jer .. hehee ..

Hurm... macam aku berikan tips sebelum ini .. Sewaktu aku buat blog , aku fikirkan .. mana satu aku patut utamakan .. PROMOSI atau ENTRI ? Maka aku utamakan PROMOSI terlebih dahulu selama setahun .. Ada kesan buruk gak .. Ramai kata aku gila glamer sedangkan mereka tak perasan impaknya pada masa jangka panjang ..

Aku tak buat blog untuk maju di keesokkan harinya .. Aku sasarkan 2 tahun kemudian untuk berada satu tahap yang aku inginkan .. Dan hari ni saja blog aku dah berada di ranking ke 178 di dalam Malaysia.. bersama sama dengan web web popular yang lain seperti FACEBOOK dan GOOGLE.COM .. Satu pencapaian aku yang tak dijangkakan langsung tetapi aku inginkan ..

Tak kisahlah nak kata aku apa pon .. Aku buat blog , aku ada sasaran .. Aku bukan saja suka suka atau hobi .. Aku nak buktikan bahawa bukan selebriti pon mampu berada di satu tahap yang mana mereka pon boleh kenal kita , sebagai seorang blogger ... Berjaya atau tidak , wallahualam .. janji membanggakan !

BLOGGER PILIHAN ...

image

http://andrik-mcvean.blogspot.com/

BLOGGER PILIHAN ... #3

 

image

http://izznchaa.blogspot.com/

Blogger PILIHAN .. #5 .. Sapa sapa ?

 

Satu lagi ? Sapa yang menjadi blogger pilihan berdasarkan mereka yang rajin mengomen di ruang komen blog ini ? Hurm.. sapa eh ? Korang rasa sapa patut aku pilih ? ni last untuk malam ni .. haaa..

Tak pe la.. apa kata aku bukak satu lagi ni khas untuk korang yang berminat ? Amacam ? Senang jer .. tak perlu buat sebarang entri .. hehehe.. ok ?

Caranya , mudah saja ... aku bagi soalan.. korang jawab di ruangan entri .. Jadi rakan rakan pembaca lain boleh jadi penilai .. hehehe.. ok kan ?

Soalannya ... Kenapa korang rasa blog korang patut menjadi tempat persinggahan pengguna internet  setiap masa ?

Korang jawab je kat ruang komen ni je yer ... Jawab sebijaksana yang mungkin ... kot kot .. rezeki korang malam ni.. leh tambah rakan pembaca dan juga blogger kan ?

Blogger Pilihan ... #4

 

image

 http://norsharmila3343.blogspot.com/

CLEAR ? LINE CLEAR ? Apakah ?

 

Mungkin korang pernah dengar perkataan LINE CLEAR kan ? Tapi kalau Nasi Kandar LINE CLEAR , camana pulak ? Ok... Haaa... Baru tadi , aku singgah sekali lagi LINE CLEAR .. Seingat aku , aku pernah singgah sekali jer ..

DSC_0203

DSC_0198_thumb[1]

Terletak di Jalan Penang , LINE CLEAR ni senantiasa menjadi tumpuan ramai termasuk pihak berkuasa tempatan.. heheh .. Gambar kat bawah ni , kat LINE CLEAR..Sedap ker ??? Rujuk gambar di bawah sekali ..

IMAG0258_thumb[1]

Dan ... 10 minit kemudian ..

DSC_0195_thumb[1]

Blurppppp.... Alhamdulillah ..... Amacam ?

" Sapa kasi CILI , kasi la air gak ... baru adil , kan ? "


Dalam entri aku INI , alhamdulillah .. mendapat respon dari rakan rakan pembaca dan juga blogger ..

Ada yang fikir aku ini tak leh 'dicili' gak ...Katanya aku pandai 'mencili' orang lain dalam entri aku ... Kalau dibaca betul betul dalam entri aku , setiap kali aku bidas seseorang , aku beri gak pendapat dan juga cadangan untuk kebaikkan bersama .. Aku bukan jenis mencili jer orang pastu blah cam tu jer .. Apa guna gitu kan ? Tak baik la.. Itu akan membangkitkan ketidakpuashatian orang yang terasa ..

Entahlah , mungkin ada yang tak reti baca abis ... Bila ada blog kritik aku atau bidas aku dalam entri , aku akan menjawabnya dalam blog aku .. Aku menjawab bukan sebab aku melenting tapi aku memberitahu situasi sebenar... Tetapi yang aku tak puashati ialah , mereka hanya pandai bidas tetapi tidak pandai langsung mencadang ! Tu yang aku tak gemar !! Kalau takat bidas , aku pon boleh.. setiap blog ada je kelemahan .. Mana ada blog yang sempurna kan ?

Sebab itu aku kata , perlu ke komen yang pedas terhadap sesuatu entri ? Jawapannya , Perlu jika perlu ... Tidak , jika tidak membantu perkembangan blog itu ..

Aku seorang yang terbuka .. Jika logik , aku terima .. Jika tak sesuai dengan identiti aku , maafkan aku.. aku terpaksa tolak ...

Menjadi BLOGGER PILIHAN HARIAN ?

 

Aku kembali ke satu konsep yang aku buat dulu ... " tinggalkan komen di blog agar pembaca tertarik pada si pengomen tu .. " dan jika bernas , logik serta berhemah komennya itu maka aku akan jadikan dia BLOGGER PILIHAN , sekiranya dia ada blog ..

Kalau takde blog camana lak ? Tu aku tak leh nak kata apa la kan .. Jadi buat mana mana pembaca di blog ini yang ada blog , pastikan di profile korang tu ada isi segala infomasi yer ..

Jadi sehingga skang aku dah pilih 3 blogger pilihan berdasarkan komen komen mereka semalam .. apa yang aku cuba buat ialah menunjukkan tips memikat blogger di dalam komen mereka ..

Tidak ikhlas ? Bagi aku , ikhlas atau tidak , kita tak tau .. Tapi itu lebih baik dari dia drop komen yang tah hapa hapa kan ? Baik dia memikirkan cara untuk pikat blogger tu dengan komen komen dia ..

Puji ? Puja ? Aku rasa blogger tu tau mana satu komen .. dan mana satu nak ... heehhe... masing masing dah bijak.. 

Blogger Pilihan Hari Ini .. # 2

 

image

http://fadzli-rt.blogspot.com/

Blogger Pilihan Hari Ini ... #1

 

image

http://akakdisebalikpintu.blogspot.com/

"Perlukah komen komen pedas terhadap entri ? "

Lain orang lain ragamnya, kan ? Dengan kelainan itu jugalah membezakan taraf pendidikan dan juga pengalaman hidupnya..

Bila aku post entri , aku tak harapkan pujian .. apa yg aku harapkan cuma respon dr pembaca yg berguna utk aku dan pembaca yg lain ... Berkongsi maklumat , dlm erti kata lain ...

Bg aku dunia blog ni bukan satu kelas pengajaran penulisan karangan .. Teknik penyampaian adalah berbeza beza ..Itu yg membuatkan ianya menjadi lebih menarik ..

Mereka yg gemar kritik membabi buta adalah dari golongan yg kurang peka .. membaca entri dari satu sudut yg sangat sempit .. mencari kesalahan lalu melepaskan ke dlm komen ... Ada mereka ucapkan terima kasih pd penulis blog tersebut atas maklumat yg disampaikan walaupun sebesar kuman ?

Kritikan terhadap blog membantu menjadikan penulisan blog lebih bermutu ? Aku rasa tak perlu kritik ..lebih cantik lagi jika berkongsi pendapat ... Kritikan akan menghasilkan blogger yg berpura pura .. inginkan kesempurnaan tapi melepaskan identiti yg menjadi dirinya unik ..lain dr yg lain !
Published with Blogger-droid v1.7.1

@Jalan-Jalan Balik Pulau ..

 

Ada yang mintak aku tunjukkan perjalanan ke Balik Pulau.. Sebenarnya perjalanan ke Balik Pulau ni , satu tika dulu menakutkan aku .. lebih lebih lagi bila malam .. Perghh... evil dead wehhhh...

Pernah ayah aku takutkan aku dengan cerita tentang komunis yang berlambak kat situ .. Yelah, kawasan hutan .. diorng menyorok kat situ... Hurm.. Cam semalam , dia cerita sewaktu dia masih budak... Selalu main bawah rumah .. Tika tu , tentera Jepun dah berundur .. Dia suka main bawah rumah.. Ada sekali tu , dia dok selongkar bawah rumah dan jumpa beratus ribu duit note Jepun ( masa tu dipanggil duit pokok pisang ) .. Dan dia dok buang gitu jer .. Gamaknya skang ni mesti jadi duit antik gitu kan ?

DSC_0100 

Permandangan dari bilik hotel ..

DSC_0164

Mak sedara aku dan durian hasil dari pokok sendiri..Mmg berantu !! Dok pk , camana nak bawak balik KL ! Hurmm..

Dan bawah ni , perjalaanan ke Balik Pulau ...

 

DSC_0104 DSC_0109 DSC_0110 DSC_0113 DSC_0114 DSC_0116 DSC_0121

Antara dusun rambutan milik ayah aku..

DSC_0125 DSC_0126 DSC_0128

Erk.. Menakjubkan !!!

 

3 hari , trafik jatuh dari yang sepatutnya .. Tak pe lah .. aku redha .. Bila trafik jatuh , aku sangkakan ranking ALEXA aku dalam negara pon jatuh .. Yelah , semalam aku check , dari 183 dah jadi 184 ... Dan malam ni aku check ...

image

180 !!! Satu lagi rekod baru aku dicipta !! huhuh.. Masih mengekalkan TOP 5 BLOGGER MELAYU di Malaysia .. lalalala... Alhamdulillah ..

Trafik ari ni ... biasa jer .. sbb takde entri 'panas' .. Yelah kan , aku kan balik kampung jer .. Jumlah entri pon ada 13 jer.. tu pon aku rasa pendek pendek belaka .. Tapi alhamdulillah , ramai rakan sudi mengomen jugak !! Dan menariknya banyak yang membina .. Terima kasih ...

Hurm... 180 .. aku tak sangka boleh naik lagi .. Yelah , ari ni kan aku ke Pulau Pinang .. nak g settlekan masalah tanah ayah aku ni .. Hurm.. bukan sebab nakkan tanah tu.. Kitorang ( aku dan adik laki ) pon dah cakap kat ayah yang kitorang tak nak tanah tu .. Kasi je kat adik perempuan kitorang ...

Tapi bila dibincangkan semula , samada kitorang tak mau sekali pon , itu bukan hak kita .. Tanah tu adalah tanah pusaka .. Kalau kitorang tak nak , anak anak kitorang tak semestinya tak nak kan ?

Mana la tau satu hari nanti .. " Ayah , kita tak de kampung ke ? Orang lain semua ada buat rumah kat kampung .. Takkan ni kampung kita kot ? Asal usul kita kat mana yer ayah ? Moyang dulu tinggal mana ? "

Tu dia... bayangkan jika itu yang ditanya .. mau mengigil nak jawab.. huhu .... Menyesal pon boleh jadi woo nanti .. Dan seperkara lagi , tanah di Pulau Pinang semakin mahal ... Skang ni pon dha mencecah ratusan ribu ringgit... Tak lama lagi ?

Silap silap ? hehehe...  rezeki jgn ditolak.. tapi yang paling penting , tanah di kampung tu sebenarnya adalah penyambung kepada persaudaraan adik beradik agar tidak hilang dek zaman berzaman ... Bukan kerana duit semata mata ... kan kan ?

Penyakit bila dah tua ...

 

Hurm.. akhirnya , landing ke bilik hotel.. Katil ada dua .. penghuni ada tiga .. nak mintak katil tambahan  ? Kena tambah $$ .. malasss... membazirrr... huhuh.. aku rela tidur kat bawah jer.. kasi adik n ayah aku je tidur atas katil... bagus aku kan ? hehehe..

Sewaktu di Balik Pulau dan Tanjung Tokong tadi , cerita yang aku dengar dari kedua dua belah pihak ada dua .. Satu , bab penyakit .. dua bab $$ .. Politik , tak yah amik kira laa .. tu mmg sah wajib punya  ..

Bab penyakit .. hurm.. aku risau gak sebenarnya ... Yelah , bila dah cecah umur begini , dengan aku mula kurang bersenam ... maka penyakit mudah hinggap ..

Antara yg menakutkan ialah kencing manis .. Tapi sebenarnya ramai terlupa , yang merbahaya adalah jantung ... Kurangnya prihatin mengenai penjagaan makanan menyebabkan  kolestrol mula 'bertapak' dalam saluran darah kita dan akhirnya , serangan jantung berlaku ...

Lihat kejadian yang akhir akhir ini berlaku .. Mmg ajal .. itu kita tau ..  tak boleh nak nafikan semua itu .. tapi kalau kita tak jaga , maka muda muda lagi kita akan 'derita' dengan rutin makan ubat !

Fikir fikirkan ...

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI