Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 26 Jun 2011

Tertanya-tanya dari mana datangnya nama 'BEN ASHAARI' ini ?

 

Tak sangka sebenarnya dia nak klik butang FOLLOW tu  untuk jadi sebahagian pemberi semangat pada aku ... huhuhu..

image

Nak tau ceritanya ???  Klik SINI .. :) Terima kasih kak nor kerana sudi  FOLLOW blog kecil ini ..

Kenduri kawin bandar dan kampung ..

 

Pastinya mereka yang lahir di bandar besar seperti Kuala Lumpur ni , bila g kenduri kawin di kampung kampung akan terasa perbezaan yang amat ketara .. terutama dari segi hidangan dan juga suasana.. Deco deco tu sudah pastilah ..

Tadi , aku g makan kenduri di Hulu Langat.. umah adik ipar aku .. hurm.. biasanya kalau aku g makan kenduri , pastu setengah pinggan je aku makan.. terutama bila di bandar bandar .. Kenapa ? Aku dah boleh jangka apa juadahnya dan rasanya .. Maklumlah , majoriti skang semua main catering jer ..

Tapi entah hari ni , aku tengok juadah dia macam best lak.. biasanya aku akan amik nasi putih tapi ari ni , nasi beriani ! Bila dicampurkan dengan ayam masak merah , pajeri nenas (kot ) , sambal belacan dan ikan kering  maka , aku mintak adik perempuan aku g amikkan satu pinggan lagi ! Huhuh... Segan nak gi amik sendiri .. hehehe .. Malah wife aku sendiri pon abis makan satu pinggan ! Biasanya dia takkan abis punya.. mesti sorong kat aku.. huhu.. dia kata sedap ..

Menariknya kenduri kendara di kampung ni , ialah gotong royong dan meriahnya tak terhingga .. Berbeza sama sekali.. Meriahnya masa kenduri.. tapi masa penyediaannya , tidak langsung best !

Tapi suasana tu aku rasa sewaktu aku kecil dulu.. Flat tempat tinggal aku tu , dipenuhi oleh penduduk yang mana asalnya dari Kampung Pandan... Haa.. mmg asal kampung la kan ! PErgh.. mmg best ! Kalau kenduri jer , mmg masa untuk bermain dan tackle awek !!

Blog Baru Pilihan ..

 

image

Tegur tegur la apa yang patut.. :)

http://atashijie.blogspot.com/

Dua wajah sejuta erti ..

DSC_0204Ayah aku ..Ashaari bin Khalid

DSC_0207Antara anak buah aku... Danish

Dua orang ini , bisa membolehkan aku mengalirkan air mata .. hurm..

Kenapa BLOGGER perlu femes ( famous ) ..

 

Wah.. banyak pendapat eh kat entri INI .. Ini pendapat aku kenapa blogger perlu femes ..

  1. "Tadi aku ada terbaca 1 blog, tuan punya blog sedang menderita sakit jantung berlubang.
    dia tak mintak apa2 bantuan pun kat sesapa.
    Tapi since dia rajin jugak update blog dia even masa kat hospital.
    why not ko buat 1 entri untuk dia, at least kita bleh tolong dia dari segi "dapatkan traffic untuk iklan dia". " ( LINK )
  2. INFOMASI ( LINK )
  3. NASIHAT ( LINK )
  4. "Pagi tadi aku ada keluarkan satu entri berkaitan satu produk yang dikesan mengandungi dna babi .. Maka ramai yang tak tau , dah tau ... Dan !! Aku juga terima satu mail bangkangan yang mana memberitahu aku tidak membuat penyelidikan terlebih dahulu dan terus percaya pada surat yang dilampirkan tu .." ( LINK )

 

Ramai dok ingat , bila FEMES jeeee mesti jadi artis .. FEMES TAK SEMESTINYA ARTIS dan ARTIS TAK SEMESTINYA FEMES ! Kita tengok dunia kini .. Ulama yang femes , sering menjadi tumpuan untuk bersoal jawab mengenai isu agama .. Kalau tak femes ? Femes di bidang agama  bukannya disebabkan kehenseman atau fizikal yang menarik tetapi kerana ILMUnya !! Contoh , DR Mohd Asri Zainul Abidin.. Sapa tak kenal dia ?? Femes kan dia ? Dia artis ke ? Tu satu contoh ..

Dalam dunia blog .. femesnya sesebuah blog kerana apa ? Rupa ? Penulisannya ? Ideanya ?  Haaa.. ada banyak faktor kan ? Kelebihan femes pada blog akan memberi pulangan pada blogger tu sendiri .. Samada di dunia dan di akhirat ... Di dunia adalah keuntungan dan di akhirat adalah bonus ..

Pendek kata , bila blog popular , kita boleh gunakan dia .. Andaikata ada isu melibatkan umum , blog blog popular inilah akan mewar warkan .. Kalau tak popular camana ?

Sekiranya pandai bawak kefemesan blog ni , insyaAllah akan menghasilan saham di dunia dan akhirat .. Bagi aku , adalah penting untuk mempopularkan blog kerana ianya ibarat sebuah jenama .. Sebut je nama , orang kenal.. Buat apa saja .. mereka tak perlu tanya banyak sebab dah punya kredibiliti tersendiri ..

Malah , ada blogger lain pon minta pertolongan blog blog popular ini .. untuk apa ? Mereka yang popular dan femes ni je yang tau .. kan kan ?

Kenapa ada blogger kata dia tak nak femes ?

 

Haaaa.. rilekss... isu panas ... Serius panass .. kan kan ? Ok.. tajuk dia .. Kenapa ada bloger kata dia tak nak femes atau tamo jadi cam retisss .. haaaa...

Ok.. ni pendapat usang aku yer .. Kembali ke basic... Kenapa orang buat blog ? Jawapannya , untuk merekodkan segala-gala perjalanan hidupnya .. Ok ? Betul ? Tak kira la resepi , ilmu dunia ke.. ilmu akhirat ke .. atau apa saja .. Semua dia tuliskan ke dalam blog .. Alaaaaa.. tulis ngan taip , adik beradik laaa.. tu pun nak jadi isu ! Haih.. ok ok.. aku tukar ... Semua dia taipkan ke dalam blog dia .. OK ? Puashati ? ok... sambung ..

Kemudian kita tengok .. dia promote tak entri dia tu ? Haaa.. kalau benar dia tulis untuk dirinya , perlu ke dia promote  entri dia ? OK.. dia promote hanya untuk berkongsi dengan rakan lain .. Tapi kalau satu tempat je , ok la kan ? Pastu ilmu tu akan tersebar dengan sendirinya kan kan ?

Ni kalau sampai lebih dari 5 tempat dia promote ? Camana tu ?? Apa yang dia nak sebenarnya ? Trafik kan ? Trafik tu pembaca kan ? Haaa.. kalau dia dah promote sampai gitu sekali , mesti dia nak ramai pembaca kan ? kan kan ?

Bila dah ramai pembaca , mesti la dia pemes emes kan ? Haaa... Mesti la seronok kan kan ? Seronok sebab ramai masuk baca blog dia kan ? Bukan sebab dia pemes emes tu haa... Berbaloi gitu.. tulisannya menjadi bacaan ramai orang ..

Ok.. camana pulak jika tulisannya dipromote bagai nak rak.. tapi tak ramai nak baca ? Salah sapa ? Salah promosi atau intipati tulisannya ?

Bila dah jadi gitu , maka ... mereka akan kata .. " Ala , aku buat blog ni bukan nak jadi popular pon , kan kan ? "  Kan kan ? Bayangkan , tetiba ada media contact dia .. nak temubual dia pasal blog dia .. rasanya dia tolak atau terima ?

Femes dalam dunia blog ni berbeza dengan dunia artis .. Kefemesan dalam dunia blog ni ada dua .. Satu pasal tulisannya .. satu pasal fizikalnya .. Mana satu yang lebih best ? Aku , terus terang .. aku nak tulisan aku ( walaupun tak menarik ) menjadi bacaan santai mereka tatkala tengah bosan atau nak merehatkan minda seketika ..

Kesimpulan... jangan hipokrit .. Mereka yang buat blog yang benar benar kerana ALLAH , boleh kira dengan jari ...

Blogger Pilihan #2

 

image

http://blogfarha.blogspot.com/

"Saya tak tahan dah ! "

 

" abg ben , mcm mane nk jadi setabah abg ben ? belog saya selalu kena attack .. mksudnye , ape yg sy post semua org nk pertikaikan .. baik post pasal diri sendiri , mahupun post tentang orang lain .. kdg2 letih n rase givup dlm dunia blogging ni .. mnx pandangan siket .. "

Salah satu komen yang aku terima di blog dan dia mintak pandangan aku .. OK.. sebelum tu , aku nak bagitau .. ada spesis yang memang senantiasa tak puashati dengan kehidupan ini .. Ada je tak kena ..

Aku pon dalam golongan yang tak senantiasa tak puashati dulu tapi alhamdulillah , aku sekarang mensyukuri segala nikmat yang aku terima sekarang .. Nikmat Allah atas dunia ni terlalu luas.. Kalau tak gali , camana nak dapatkan ? Tapi sebelum nak gali , mintaklah dariNya .. InsyaAllah.. tak tergali nanti !

Kenapa orang asyik mintak pandangan dari aku ? JANGAN TANYA AKU LAAA !! DAN TOLONG JANGAN NAK MELUAT ,MENYAMPAH ! Bukanlah aku nak sangat keluarkan nasihat ni .. Apa yang aku kongsikan di sini , semua pihak boleh kongsikan pendapat masing masing .. Tapi malangnya , ada seciput dari pembaca aku ni , rasa lain lak.. Rasa macam aku ni nak tunjuk bagus dengan memberi nasihat ! Aparaaaa... Kalau orang tak tanya , takkan aku nak jawab kan ? Kalau tak jawab , orang kata aku sombong.. Bila orang kata aku sombong , 'ko' pon tumpang sekali join kan kan kan ? tu ko suka la kan ? Geng geng tanduk berekor ... huh ! Kalau tak nyusahkan orang lain , tak sah ... ni semua gara gara si laknat tu nak cari kawan kat neraka tu nanti la... Astagfirullah al a'azim ..

OK.. Aku jawab pertanyaan dia tu yer ..

" Dik , tak kira dalam dunia apa kita duduk .. selagi wujud syaitan .. selagi tu kita senantiasa digoda .. Syaitan ni tak nak tengok kita gembira .. dia nak kita senantiasa berduka .. rasa panas.. geram.. dendam ..benci.. haaa.. segala yang negatif tu dibisikkan dari dia...

Nasihat saya satu jer .. Selagi tak melanggar batasan agama , menghiris hati pembaca , merosakkan minda , dan melampaui undang-undang .. maka berkongsilah apa jua pendapat adik dengan rakan rakan pembaca di blog adik ..

Mereka yang selalu menganggu adik ni , mmg jenis tak leh tengok orang lain gembira.. Jangan dilayan.. Diorng suka kalau kita patah hati..suka tengok kita kecewa .. tunjukkan yang adik punya semangat yang jitu .. semangat pahlawan melayu ! Pantang menyerah kalah ! Berjuang sehingga titisan darah terakhir .."

Sampai bila diorng nak kacau ? lama kelamaan , diorng g main guli ngan kengkawan dia punya.. ok ? Teruskan berblog dan berkongsi cerita ...  ;) "

 

Ramai betul yer manusia yang hitam hatinya .. Gamaknya entah bila nak sedar diri pon tak tau la ..

Jom jalan jalan ke blog rakan ..

 

Mereka baru ..tapi bersemangat .. tapi jgn setengah jalan .. Tak ramai mampu mendaki gunung walaupun punya semangat .. Bila dah setengah jalan , pakat berenti ramai ramai .. Tu baru kena dugaan yang ringan yakni penat ..

Ramai fikir , berblog ni jalan mudah untuk menjana pendapatan .. Ye.. mmg jalan mudah tapi tak semudah yang di sangkakan .. Perlu ada strategi dan juga perancangan yang jitu .. Kalau takat pk pacak muka je terus meletops , maka silap sama sekali la gitu ..

Ada banyak cara yang ditunjukkan dalam blogger blogger tak kira baru atau lama .. Mereka berkongsi cara dan ilmu .. Ada gak tak nak kongi.. Nak kata apa dah kan ? Hak masing masing ..

Tapi tak pe la... masing masing dengan niat sendiri.. Apa yang termampu , kita dah kongsi bersama .. Sekarang terpulang pada kemahuan diri sendiri .. Kat aku skang ni ada senarai nama blogger yang berminat untuk diterokai oleh korang ..

Maka pandai pandai la korang yer .. Meh klik SINI ..

Bapak pelakon , anak blogger ?

 

Hahaha.. sori la yer .. aku sebenarnya tau lama dah .. cuma tak nak kecoh jer.. Lagi pon aku nak blogger tu naik dengan sendirinya walau pun aku tau dia boleh gunakan nama ayah dia untuk naik dengan cepat ..

Tapi bila terbaca entri di satu blogger ni , maka dengan rasminya ... rahsianya terpecah .. Jadi , nak kata apa dah kan ? Aku pon tolong pecahkan lagi.. haahha ..

Blogger yang aku kata ni , aku sangat salute dia .. Sangat cool orangnya .. Aku sangkakan pada mulanya dia berumur dalam lingkungan 27 tahun keatas berdasarkan kematangan dia dalam perbualan ... tapi rupanya ? Haa.. orang kata baru bercerai susu !

Dalam bidang blogging ni , dia mampu pergi lebih jauh .. cuma dia belum jumpa identiti dia lagi .. InsyaAllah dia akan jumpa satu hari nanti.. Bagi dia peluang untuk membuktikannya ...

Masa akan menentukan segalanya ... InsyaAllah .. Nak tau sapa ? Meh baca entri INI ..

Kantoi dengan blogger !

 

Kemana mana aku pergi , aku senantiasa dengan htc desire hd aku.. Mmg aku sayang giler hp aku tu.. Kenapa ? Aku boleh buat macam macam dengannya .. hehehe.. Aku tak perlu bukak laptop lagi bila aku berada diluar untuk update blog .. terus je update dari situ.. Kualiti gambar , video , segalanya cukup memuaskan hati aku ..

Semalam , sewaktu aku membeli belah di Carefour Alamanda .. Tetiba aku ditegur seseorang ..

" Ben ? "

Aku pandang dia .. Tak kenal ...

" Ben Ashaari kan ? "

" Sah.. mesti blogger ni ".. Getus hati aku ...

Bersalaman .. Dan berborak seperti kenal 10 tahun dah ! Hahahaha... Adeh .. tak sangka aku .. dalam aku dok memandang ke hp aku pon orang leh cam aku ...

Katanya , dia cam rambut aku .. hahaha.. Adeh.. muka? Tembam dah nihhh.. terlebih nasi kandar wooo ... Rambut eh ? Trademark dah ni.. huhu ...

Buat Blogger tersebut , terharu aku kerana sudi menegur aku ... Lain kali leh lepak pekena nasi kandar eh.. hahahaha... Thanks bro ! Satu kampung neh.. hahahaha ..

Sapa ? Meh klik SINI

Blogger Pilihan : #1

image

http://ceciteblog.blogspot.com/

Kecil tapi tetap besar ..

 

Ini antara entri aku dulu ... Sejak itu aku mula buka mata luas luas .. Pengalaman mengajar kita berusaha memajukan diri sendiri ..

Semalam aku ke Alamanda , Putrajaya untuk membeli sehelai dua baju dan seluar. Punya la ramai orang. Tak kira bangsa dan agama.Aku pun mencari la sesuatu yang aku berkenan .

Punya la terpusing-pusing mencari baju. Sebelum nak pergi beli , aku dah set otak aku nak cari baju brand Esprit. Selesa gile bila pakai. Tapi bila tengok harga , erm...aku boleh beli banyak baju dengan harga tersebut. So berpusing-pusing la dalam Alamanda tu..kuar masuk kedai kat situ.Tak jugak ada yang berkenan...last last singgah kat butik levi's..beli la sepasang seluar slack jenama dockers..dah berkurun aku nak beli n akhirnya baru dapat..sehelai je ..tu pun dah kira mahal giler.

Baju ? Erm..nk cari yang sesuai yang boleh dikenakan ngan seluar tu..cari punya cari..dapat gak la..jenama sukan malaysia..boleh la.....Dapat la dua helai..tu pun jenuh mencarinya. Kesian kat wife aku dok mengikut je...Part aku selesai ..

Part wife aku lak...dia cari barang dia..huhu..tau la perempuan..apa lagi nak dicarinya ..make up ! adoiyaiii....biaq p la ...Bila dia dah dapat barang dia , teruskan la berjalan jalan..

Sampai la kat carrefour ...Rambang gak mata aku tengok barang tapi wife aku sering mengingatkan aku , ' orang lain nak beli susu anak pun tak mampu ! ' adoi....Banyak benda la aku nak beli tapi tak boleh nak beli disebabkan perintah khas dari wife aku..tak pe la...untuk masa depan gak kan...

So aku pusing-pusing kat situ...Tertiba aku ternampak satu mamat Nepal ni..kecik kecik je orangnya..tersenyum jee kat muka dia..senyuman dia seolah baru dapat bonus 10 bulan gaji !!! aku sendiri tersenyum tengok dia..Aku tengok dia dok memilih kasut . Aku peratikan je la...Dia pilih macam pilih ikan sambil tersenyum..Aku tengok kat papan tanda harga ! RM5 sepasang !

Murah gile tu...adoi....camana dia boleh pakai kasut begitu murah sedangkan aku yang pakai jauh lebih mahal dari tu pun masih lagi sakit kaki ! Aku rasa kesian sangat kat dia. Rasa mcm nak je pergi kat dia dan ajak dia g shopping sekali ngan aku..pilih la apa nak aku bayar ! tapi kalau aku buat begitu aku akan spoilkan dia lak..dia akan sedap pakai kasut mahal n pasni sure nak beli yang mahal je..Apa yang aku mampu buat , aku hanya mampu bersyukur atas rezeki yang aku terima selama ini..Tak la banyak mana tapi still boleh berbelanja , bersedekah dan beri pada orang tua..Aku sendiri pun beli t-shirt semalam dalam harga rm3.99 sepasang..pakai g gym n duduk umah je..


Ramai yang tak sedar sebenarnya negara kita ni , penuh dengan punca rezeki...nak ngan tak nak je mengalinya...

Original entri : SINI

Aku, Isabella dan Tok Kenali.. Travelog Hidayah

 

258918_232813943408916_100000409372347_874322_3683025_o

265017_232812826742361_100000409372347_874318_6807405_n

Aku , Isabella dan Tok Kenali ..

Aku terfikir kenapa dan bagaimana Bob Lokman boleh berubah dalam sekelip mata ? Dan jawapannya berada ditangan aku sekarang .. Tunggu masa je nak abiskan buku tu.. hehehe .. Bila tu ? grrr... Aku pon tak pasti.. hurmm..

Buku ni ada jual di MPH berhampiran .. Harga ? RM16 saja .. hehe..

Aku seorang yang tak boleh terima kritikan ?

 

Hurm.. terbaca di satu blog tadi berkaitan dengan teguran / kritkan ..

""Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain."

Benar intipati yang ada di dalam entri tersebut ..

"Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.

Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya."  - iluvislam

 

Ada yang fikir aku adalah spesis yang tak boleh menerima teguran .. Aku tanya wife aku.. Dia kata pon begitu juga .. Bagaimana pula aku ?  Apakah aku akui yang aku jenis tak boleh terima teguran atau kritikan ??

Aku spesis yang tak sukakan disiplin  tapi gemar ikut disiplin dalam diam .. Contoh , bila ada yang ada kata A , aku akan balah dulu walaupun dia betul .. Kenapa ? Sebab aku nak dia buktikan apa yang dia katakan itu adalah berdasarkan dari pengetahuan dia .. Aku bukan jenis yang senang senang nak ikut membuta tuli ..

Sebab itulah aku gemar baca tulisan Dr.MAZA .. Kenapa ? Setiap artikal dia ada dalil serta bukti fakta yang kukuh.. Bukan main kaut jer .. Sama gak aku , kebanyakkan entri aku , berdasarkan pengalaman hidup .. Kalau nak main cerita jer , aku pon takut tak betul ..

Kritik .. sila kritik .. tapi bila kritik , pastikan ianya benar kritikan yang membantu aku menjadi seorang manusia yang berguna .. Bila kritik , bagi sekali cadangan .. Itulah yang sepatutnya..

Bila dirujuk pada dunia ilmuwan dulu , setiap kritikan akan disertai dengan dalil dalil atau fakta yang lebih kukuh .. Tapi apa yang berlaku sekarang , kritikan lebih pada mencari kesalahan untuk menjatuhkan seseorang .. Itu yang aku nampak .. Tiada langsung untuk membantu menjadikan seseorang itu lebih matang dan berjaya ..

Ini cuma pendapat aku.. Sebab itulah aku jarang nak terima bulat bulat kritikan seseorang .. kecuali datangnya kritikan itu dari seorang yang sememangnya dalam bidangnya .. Yang itu , akan aku telan terus kerana sememangnya dia arif dan mahir ..

Untuk menjadi seorang yang lebih matang , kita kena hayati kehidupan ini dari segenap sudut .. Walaupun sama sama makan nasi tapi nasi yang aku makan pastinya lebih enak kerana aku yang carik sendiri !

Awan itu ...

257804_232758073414503_100000409372347_873923_7834276_o

266526_232758423414468_100000409372347_873928_4719382_o

Entah mengapa ...

Aku suka memandang awan ..

Setiap pagi... tengahari ... petang ... walaupun aku tinggi di langit ..

Aku tetap merenung awan di bawah ...


Entah mengapa ..

Awan membawa sejuta makna pada aku ..

Setiap bentuknya , punya cerita tersendiri ..

Tak mampu aku huraikan satu persatu ..


Entah mengapa ...

Aku hanya boleh membiarkan awan itu berlalu ..

Hanya lambaian saja aku berikan ..

Kita berpisah untuk selama-lamanya ..

Kita takkan berjumpa lagi ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI