Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 28 Jun 2011

Fasa terakhir dalam strategi blogging ..

 

Ni cuma aku punya strategi .. takde kaitan dengan mana mana strategi blogger lain.. Kalau ada , cumalah satu kebetulan...Kenapa aku berkongsi ? Aku berpegang pada , ILMU KITA DATANGNYA DARI ALLAH .. TIADA HAK KITA UNTUK MENYIMPAN UNTUK DIRI SENDIRI .. MAKA SELAYAKNYA BERKONGSI JIKA IANYA PATUT MEMBAWA KEBAIKKAN PADA ORANG LAIN ..  Segalanya terpulang pada diri sendiri.. Tiada paksaan , okeh ?

Seperti yang aku buat selama ni , aku berblog dengan punya perancangan tersendiri .. Bermula dengan LIHAT DAN BELAJAR .. CUBA DAN ANALISA ... Aku lihat bagaimana blogger blogger terdahulu dari aku berblog .. Cara tulisannya , template blog , penggunaan teknikal blogging dan banyak lagi .. Ternyata apa yang korang nampak sekarang inilah yang paling sesuai dengan aku ..

WUJUDKAN BLOG - PROMOSI - KREATIVITI - BERDIRI SENDIRI ...

Aku dah punya blog .. Promosi aku dah lakukan sebelum lagi aku punya blog .. Dan tempat aku promosi habis-habisan adalah di FACEBOOK yang ternyata memberi aku pembaca tetap dan juga pembaca biasa ... Pembaca biasa ni , bila dia rasa nak datang atau ternampak promosi , baru dia datang ..

KREATIVITI yang korang nampak pastinya adalah SEGMEN aku .. Hampir setiap hari aku buat segmen .. Segmen di mana bukan aku sorang je 'makan' tapi semua yang terlibat ( pastikan rajin ) akan membuahkan hasil ..

Bila perancangan berjalan dengan teliti , maka inilah fasa terakhir untuk memastikan apakah segala usaha selama ini membuahkan hasil ...

Apakah maksud aku dengan BERDIRI SENDIRI ? Tidak perlu lagi promosi dan SEGMEN .. SEGMEN mungkin perlu untuk membantu blogger blogger lain ... Tapi aku akan kuatkan dengan entri entri aku sendiri .. Yakni entri peribadi yang mana aku akan bercerita apa saja yang ada di depan mata aku .. Bukan lagi untuk mencuri trafik tapi adalah untuk berkongsi cerita ..

Aku akan mulakan pada awal tahun depan ... Ni adalah tempoh terakhir aku menguatkan lagi segala promosi dan strategi .. bukan mudah ...

Trafik selepas ini akan jatuh .. Tetapi akan meninggalkan pembaca pembaca yang setia dan juga menghasilkan pembaca yang sememangnya berminat dengan blog kita ..

Disinilah kekuatan penulisan dan intipati cerita kita akan menentukan segalanya .. Apakah mereka masuk ke blog kita kerana segmen ? Atau cerita orang lain ? Atau juga cerita kita ? 

Jika tidak berjaya , bermakna masih ada kekurangan lagi .. Maka ..perlu perancangan lain .. Ingat , pelancongan negara kita pon sampai sekarang masih lagi memerlukan promosi yang berterusan .. Negara kita masih belum dikenali.. Begitu juga blog kita .. Jangan sangka popular menjaminkan kehadiran pembaca yang berterusan ... Saingan terlalu banyak di luar sana .. Jangan sampai kehilangan pembaca setia kerana merekalah medan pengiklanan kita paling berkesan !

Sekadar pendapat .. InsyaAllah ...

Merelaxkan kepala otak di IMPIANA KLCC SPA ..

DSC_0213

DSC_0215

DSC_0216

DI KLCC IMPIANA SPA , sangat relaks kat sini .. Layanan pon TIP TOP ... Harga ? Jgn risau .. mmg berbaloi !

Wife aku sorang je masuk .. Kang aku masuk , sah sah jadi isu .. Kena hati hati skang ni.. hahaha.. Lantak la... aku bukan artis .. bukan selebriti .. Hehehe.. Janji tau mana dosa.. mana pahala cukup la.. tak larat nak jaga dah hal orang .. Niat baik , terus disalah anggap.. Sekarang , aku jaga hal aku jer .. kan kan ?

Mood terpilih finalist berjaya mengatasi stress tengahari tadi .. Syukur pada Allah .. Ini membuktikan segalanya memerlukan usaha... Takan menjerit saja tak berguna ... Tercalon di peringkat finalist ni pon dah amat amat mengembirakan ... Yelah , aku dah berusaha.. Rakan rakan dah memberi sokongan .. cuma tunggu keputusan saja ..

Mengharapkan kemenangan tu tak la .. Sekurangnya membuktikan blogger cam aku ni , berjaya juga buka mata orang ramai .. Tak semestinya blog yang punya info saja layak digelar blog .. kan ?

Terima kasih sekali lagi pada mereka yang sudi letak banner , buat entri ... Jasa anda semua , aku tak mampu balas.. Hanya Allah saja mampu balas ... InsyaAllah ...  Semoga Allah merahmati anda semua ..

Jutaan terima kasih buat semua !! Jumpa di SANA nanti !!!

image

Terima kasih kepada NIZAM kerana mengkhabarkan berita ini kepada aku ! Dan jutaan terima kasih buat semua yang tak henti henti menyokong aku .... Nak sebut nama , ramai sangat !! heehehe... Kepada semua !!! Terima kasih!!

PEMENANG SEGMEN GILA ' SAYA'

 

image

Pergh.. mmg gila punya segmen ! Hahahaha.. Nak lagi ke ? Hahahaha... Ok ok ... Burasa Hangus akan dipromote di entri utama ini sehingga jam 4 petang .. Bonus satu jam .. hehehe ..

Kenapa dia menang ? Dia mendapat undian tertinggi dalam pusingan terakhir ... hehehehe... Baca kat SINI

Jom berkenalan dengan beliau .. http://burasahangus.blogspot.com/

Nikmat kehidupan ini ..

Salam .. selamat pagi ..

Nyamankan udara pagi ni .. sejuk jer. Rasa tenang gitu .. Entah mengapa sejak subuh tadi asyik teringatkan mereka yg dah pergi meninggalkan mereka ( al-fatihah ) ...

Kalau giliran aku ? Banyaknya dosa aku .. hurm ..dosa sesama manusia ... Dosa dengan orang tua .. dosa dengan rakan-rakan .. banyaknya..

Teringatkan janji janji Allah akan balasanNya di daam kubur .. menakutkan ...tak terbayang azabNya..

Dan aku masih berdiri .. diberi peluang untuk memperbetulkan diri .. dan aku masih takut .. tapi pada masa yg sama , aku terasa rindunya padaNya ..

Korang tak terasa ker ?
Published with Blogger-droid v1.7.1

Hadiah aku kepada rakan blogger ..

 

Tahniah bro Wacana !! Kerana bakal menjadi ayah 8 bulan akan datang .. hehehhe

image

Sila baca entri INI

Aku bila lagi ?  Rezeki aku , Allah beri belah lain dulu...  :) .. InsyaAllah... doakan kitorang gak eh...

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI