Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 1 Julai 2011

Jom Reka Dialog - Tutup sudah ..

 

Hari tu aku ada buat satu segmen .. mencari blogger yang kreatif mereka dialog berdasarkan gambar ... Hehehe.. Aku dah baca beberapa blog .. dan ternyata .. mereka... erk.. korang baca la sendiri dan nilai.. mana paling best dan kelakar .. romantik dan pandai memujuk.. ;)

Tq Ira ...

    1. http://gula-gulapelangi.blogspot.com/2011/06/jom-reka-dialog.html

Terima kasih ....

Blog seusia blog aku .. #1

 

image http://cikali.blogspot.com/

Ni antara rakan blogger yang tersenarai mereka yang aku kenal sewaktu awal awal berblog dulu ... hehehe.. sapa lagi eh ? sat nak p ingat balik ...

Shopping time !!

Raya oh raya .. Walaupun masih jauh lagi untuk berhari raya tapi mood untuk beraya tu dah ada ... Tapi bila tengok kat ruang tamu rumah aku ni , rasa cam tak best je.. sunyi gitu .. Hurmm.. terfikir gak nak tambah sesuatu bagi nampak lebih 'hidup' dan 'liar' gitu..

Aku tanya wife .. Apa kata kita tukar tv ? Amik yang lebih besar dan baru punya teknologi ? Wah.. mahal katanya ? Neehhh.. Kita kan ada akaun kat SENHENG .. Lagi pon kan kat SENHENG tu ada banyak barang electronics .. Haaa.. kata ari tu nak beli washing machine kan ? Yang ada skang ni pon mmg patut tukar dah .. hehehe..

Mahal ? Iskh.. kan SENHENG ada bagi rebate tunai .. lagi pon untuk ahli kan ada point gitu .. Dan paling penting , ialah ada 'Extended Warraty' untuk barangan elektrik besar dan 'Program 1 to 1 Replacement' untuk semua perkakasan ringan .. Haa.. ingatkan ari tu yang kita punya dvd player rosak.. terus diorg tukar baru tanpa banyak soal ... hehehe..

Bila bercakap pasal cash rebate ni , SENHENG akan adakan kempen rebate tunai melalu skim ansuran mudah AEON bermula 1hb Julai 2011 ni .. Ini bermakna satu penjimatan bagi kita .. Bukan semua kedai akan bagi rebate tunai setinggiRM500 cam SENHENG buat ni ...

Apa pendapat korang ? Tak caya ? Jom kita tengok sendiri kat laman web SENHENG.. Sure berbaloi baloi punya lah !

Sapa punya blog belum digegarkan tu ?

 

Lebih 100 blog dah digegarkan setakat ni .. Walaupun masa masih panjang tetapi jangan sampai tak de masa last minit.. Nyesal nanti .. hehee.. tapi kalau ada perkara lebih penting , sila selesaikan.. ni tak penting mana pon.. sekadar hiburan dunia  jer ..

Buat rakan rakan blogger yang berminat lebih lebih lagi yang baru baru ni , tak tau nak buat entri apa , pe kata jom join segmen GEGAR BLOGGER ni..

Mmg tak dapat duit.. tapi dapat kenalan blogger yang lain .. Jangan sampai ilangkan minat berblog bila dok fikir buat blog dapat duit.. Salah tu .. Buat blog dapat manfaat antaranya duit .. haaa.. selain tu , dapat pahala.. Dapat rakan baru bermakna pahala gak kan ? Sbab boleh berdakwah .. kan kan ?

Ok.. cerita banyak tamo .. kalau berminat , KLIK SINI .. Tak minat ? Tak per.. g baca entri lain... insyaAllah ada sesuatu yang menarik korang leh jumpa...

Semoga Allah berkati kita semua...InsyaAllah..

Ini sudah pelik bin ajaib !

Aku dapat satu PM kat FB .. bertulis begini

" hey abg ben ,


nie sy tak tanya , betul tak abg ben ada bagi nombor fon sy dekat radio era ?

actually , sy pun binggung jugak , sebab sy tak pernah bagi no fon dakat abg ben kan .. semalam sy ada dpt mesej , first dia tanya , kalau sy ni xyz and blogger , lepas tuu sy jwab ar yaa kn .. then , dia kata , dia nie dari radio era , nak temu ramah xyz ,, sy tak prcaya jugak , bila sy tanya dia , dari mana dpt no saya , dia ckp dari blog ben ashaari .. dia kata abg ben yang bagi ..

tue laa sy pun binggung jugk tuu ... "

Hurm.. boleh pulak gitu eh ? Jual nama aku dah tu.. seingat aku laa.. no tel kawan tu pon aku takde .. camana aku nak bagi kat radio era .. Ada era contact aku ? Pergh.. dari bagi nama dia , baik aku bagi nama aku je kan ? Nama ujang ? Oh plissss.. mamat perasan tu ? Idok ler teman .. hahahaha .. Jgn marah aa ujang... Kang ada gak yang anti aku nanti .. Ramai dah kawan kawan dah jadi lawan skang ni .. hahaha ..

Maka berhati hatilah yer kawan .. tak kira la nama aku ke atau nama nama blogger yang korang kenal , selagi tidak disahihkan .. tolong jgn percaya ...

Era ? Biar betik... Era Nazi kot ? Hahahah.. bukan Era.Fm tu kot ??? huhuh...

Memalukan !

 

Sahabat blogger , Dezaman Cottage .. berkongsi cerita antara panas kini di YouTube.. Pasal seorang pekerja KFC mencalitkan ayam sebelum digoreng .. Korang g tengok sendiri kat blog Dezaman ..

Sebenarnya kes kes gini selalu sangat berlaku.. bukan yg korang tengok tu jer .. Malah kat hotel hotel pon ada ... Ada rakan aku yang pernah kerja kat hotel pon ada cerita kat aku .. Kalau kita order makanan , order lain sampai lain .. korang marah marah , maka siap laaa..

Hurm.. itu yang kita perasan.. yang kita tak perasan .. Tadi lepas solat Jumaat pon aku ada terfikir .. kenapa hati manusia semakin lama semakin hitam ? Bila aku fikirkan semula zaman Rasulullah s.a.w , cara pemakanan baginda s.a.w dan para sahabat ... membuatkan mereka gagah serta bijak ..

Makanan di zaman nenek moyang kita dan zaman sekarang ni .. terlalu banyak beza .. Nampak sedap tapi penuh dengan penyakit... Hurm... Susah betul nak cari makanan yang benar benar sihat .. Buah buahan mahupun sayur sayuran sendiri pon zaman skang ni dah tercemar dengan pelbagai bahan kimia .. hurmm ...

Wallahualam..

Sekadar bantuan kepada rakan blogger ..

 

Disalin dari TRIGYY

 

Hari nie ada special entry sikit...Aku sendiri tak tau nak start dari mana dan nak start macamana..

Kalau korang perasan sorang blogger nie.. nama dia Moon.. dia antara kawan yang terapat dengan aku.. dan kalau korang follow blog Moon.. korang mesti tau masalah yang dia dan keluarga tengah hadapi sekarang.. Sebenarnya Moon dah puas fikir panjang samada nak buat benda ni atau tak perlu... so sebagai kawan, aku rasa takde salah pon kalau Moon nak teruskan niat dia.. yang penting dia tau niat dia ikhlas...

-Norma-

Adik ipar Moon menderita menghidap cancer... memula aku dapat tau.. aku pon macam terkejut jugak.. sebab adik ipar moon nie baru jugak kahwin.. lepas tu mengandung.. dan Alhamdulilah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel dan sihat.. kita panggil je dia Norma ye.. so, selepas Norma melahirkan anak pertama dia tetiba jatuh sakit.. aku ingat lagi masa tu Moon kata ingatkan penyakit misteri.. siapa tak sedih? orang lain selepas melahirkan anak, gembira menyambut kehadiran orang baru.. lagi-lagi anak pertama.. buat yang ada pengalaman manisnya memeluk anak pertama mesti faham bahagianya rasa tu..

-Norma bersama Rafiq-

tapi Norma tidak menerima nasib sebegitu.. selepas je bersalin Norma stay di rumah Moon.. nasib ada kakak ipar dan abang ipar yang penyayang, prihatin dan mengambil berat.. Moon lah yang menguruskan anak Norma yang bernama Rafiq. bila pegi hospital, buat check up semua.. barulah tau yang Norma sebenarnya menghidap cancer.. sebak mengenangkan nasib Rafiq yang baru lahir tapi tak sempat merasa belaian seorang ibu.. tak sempat merasa susu ibu.. ok aku sebak. hmmmmm..

Suami Norma, Talib ke hulu ke hilir menguruskan isteri yang terlantar sakit.. aku tak boleh bayangkan bila Moon selalu datang melawat Norma sambil bawak Rafiq... Norma hanya mampu pandang tak mampu membelai bayi kecil itu.. tabahnya Talib suami Norma.. hanya Tuhan yang tau apa ada di hati Talib.. apa ada di hati Norma saat melihat Rafiq..

-siapa sangka selepas setahun perkahwinan, dikurniakan cahaya mata dan bermula sebuah penderitaan-

-Talib sentiasa ada disisi isteri-

Dugaan bertimpa-timpa.. sampai Talib pon aku tengok dah susut sangat badan dia.. condition Norma plak tak menentu.. kadang lepas operation dia ok.. kadang dia tak ok.. hati mana lah yang sanggup tengok penderitaan ditanggung mereka..

-Talib bersama Rafiq-

-tangan Norma yang lebam-

-gambar terkini baby Rafiq-

Moon dan suaminya Sutan ni aku kenal dah lama.. diorang baik dan lembut.. aku tau Moon malu, Talib malu nak mintak tolong aku buatkan entry nie.. tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. dalam serba salah tu aku rasa tak pelah Moon, kita usaha je..

kepada sesiapa di luar sana yang rasa ingin sama-sama mengurangkan beban Talib.. korang boleh buat sumbangan ikhlas.

cimb



01070068677528



Noormawati Mohd Rasif

aku rasa ramai yang nak membantu, cuma tak tau cara.. ini tiada paksaan langsung.. tak kira lah kalau kita mampu nak derma RM5 sekalipon, janji ikhlas..kalau ada sikit-sikit sumbangan ikhlas dari korang utk Norma, InsyaAllah duit tu akan keluarga dia gunakan untuk kos rawatan Norma yang menelan belanja ribuan ringgit.. baru-baru nie kos untuk injection je dah menelan belanja 10K.. sumbangan tu juga akan digunakan utk bayaran ambulans.. kos untuk beli susu untuk Norma minum.. dan mungkin selepas ni keluarga Moon akan ikhtiar perubatan-perubatan lain yang dah tentu memerlukan belanja.

Moon malu nak buat benda ni actually.. nampak macam meminta-minta..tapi yang penting niat demi untuk membantu Talib dan anak dia Rafiq, maka Moon dan Sutan terpaksa tolak perasaan malu ke tepi..lagipon aku rasa tak salah kot.. bukan paksaan.. kot-kot korang ada rasa nak bersedekah boleh lah bantu-bantu ringankan beban orang yang dalam kesusahan..

hanya Tuhan yang dapat membalas jasa murni atas sumbangan ikhlas korang.. Sama-sama kita doakan semoga keluarga Talib dilindungi Allah dan semoga Norma cepat sembuh supaya dia berpeluang melihat Rafiq membesar di depan mata dan dapat mencurah kasih sayang buat suaminya Talib... Amin....

TOTALLY COPY & PASTE dari KasihAleeya

Peranan Blogger dalam Masyarakat ..

 

" Baru-baru ini saya ada terbaca satu artikel tentang pengaruh blog di Pakistan. Di Pakistan, blog yang ada dijangka mencecah 3.4 juta dari segi bilangan. Seperti di tempat lain, blog menghubungkan antara individu dengan komuniti dalam penyampaian journal, berita, informasi, gambar dan pendapat. Microsoft juga ada menganjurkan debat yang membincangkan aspek teknologi yang menjadikan seseorang blogger tu "reliable" dan "resourceful".

Artikel tersebut membuatkan saya terfikir semula bahawa digital journalism ini merupakan satu medium yang kuat dalam penyebaran idea. Persoalan yang timbul sekarang ialah bagaiman para blogger dapat "monetize" atau mengawal penulisan untuk memastikan tanggungjawab menyebarkan sesuatu idea yang positive kepada pembaca terjaga. Tambahan pula apa yang disampaikan kadang-kala menjadi "national interest". Etika sebagai bloggers juga sesuatu yang perlu dititikberatkan sebab mereka memegang kuasa penuh atas penulisan yang dibuat.

Jadi, saya harap pembaca yang terbaca entry ini dapat mengupas sedikit pendapat tentang entry ni terutamanya kepada para blogger yang dah lama berkecimpung dalam arena blog. "  - ASRAF

 

Hurm... Seperti yang blogger tau , apa yang yg mereka tulis didalam blog mereka , mereka perlu bertanggungjawab 100% .. Jika benar dan bermanfaat tulisannya , Alhamdulillah .. berkongsi maklumat .. Tapi jika punya unsur unsur negatif , maka perlulah dia tanggung segalanya samada di dunia dan juga akhirat ..

Seperti aku ... Jika ada entri yang berkaitan dengan sesuatu isu isu besar , aku akan pastikan aku menyampainya dengan penuh berhati hati .. Cuba mengelakkan seperti berat sebelah mahupun mencari salah sedangkan keadaannya adalah sebaliknya ..

Seperkara lagi , aku yang juga penjawat awam perlu berhati hati .. Bukan kerana risaukan dibuang kerja.. Rezeki Allah ada di mana mana.. Aku tak kisah pon cuma taknak orang disekeliling aku terlibat sama ..

Bagi blogger yg lain lak , nasihat aku cuma satu .. hati hati dalam entri korang .. Mmg sedap dapat trafik.. tapi antara trafik yang sdg masuk tu , memerhatikan segala tindak tanduk korang.. Kalau hati kering , ok .. kalau sebaliknya ??

Bagi aku kan , peranan blogger lebih menarik jika menyampaikan segala berita dan maklumat terkini yang berada di keliling mereka.. Barulah kita tau sesuatu yang kita tak tau .. kalau pakat ramai ramai dok main isu artis , politik yang sama tajuk beritanya , agak kurang universal la kan ? Pi mai pi mai tang tu je.. betul tak ? Sesekali tak per la kan ? ...

Sekadar pendapat kecil aku ..

Nyesal yang tiada berguna lagi ..

 

Lepas amik wife tadi kat ERL , balik rumah sat.. mandi , makan roti ( on diet neh ) ... pastu g masjid .. Dalam perjalanan , baru tersedar dompet aku tak bawak .. Hurm.. Yelah , kang kena tahan polis ke apa.. lesen semua dalam tu .. Pening sat.. Hehe.. aku mmg mudah pening untuk masalah remeh temeh.. Suka pandang berat padahal ringan je masalah tu.. hurm.. entah lah ..

Sampai kat masjid .. Aku ternampak sorang budak ni berdiri depan laman masjid tu .. Hurm.. kalaulah aku bawah dompet aku tadi .. hurm... menyesal sangat sangat.. Sian kat budak tu sanggup berdiri kat panas .. Yelah , baru jam 1 tengahari.. Sedangkan dalam masjid pon leh berpeluh , apatah lagi berdiri kat luar tu ..

Raba seluruh poket aku..kot ada duit tertinggal dalam poket... ADA !! Tapi RM1 jer .. hurm... aku masukkan ke dalam tong derma masjid yang kebetulan berhenti ( yang bergerak gerak depan jemaah ) di depan aku .. hurm...

IMAG0276

Mata aku masih tertumpu pada budak dan tong dermanya .. Kutipan derma tu untuk seorang wanita berdasarkan nama yang tertera kat tong tu .. Sakita pa ? Kalau untuk hemodialisis , mesti buah pinggang kan ? Mahal kan setiap kali nak cuci darah ..hurm..

Perhati jer mereka yang lalu depan budak tu .. Takde pon sapa 'perasan' kewujudan budak tu .. Tak lama kemudian , ada 3 orang budak kecik lalu.. Dengan selamba dia masukkan duit dalam tong tu .. Alhamdulillah .. Walaupun kecik nilainya tapi besar pemberiannya .. Selang beberapa minit , seorang lagi budak masukkan duit dalam tu .. Yang ni aku rasa mungkin ayah dia suruh kot.. Tapi tak kisah la..

Lepas solat , budak tadi  bingkas berada depan tongnya sambil memberi salam untuk menyapa jemaah yang dah abis solat untuk meminta derma .. Aku lalu depan budak tu dengan perasaan yang amat malu .. Segan tak mampu menghulurkan derma .. Apa yang mampu aku buat , cumalah doa agar puan itu berada dalam perlindungan Allah  dan segera sembuh..

Grr... pasni kena pastikan dompet takkan tertinggal dah .. Hurm.. aku tau .. mesti ada yang tanya kenapa aku tak sedekahkan saja RM1 tu kat budak tu .. Entahlah .. aku nak masukkan banyak.. kalau masukkan banyak tu , rasa cam aku kedekut jer ..

Serba salah .. haih..

IKLAN di BEN ASHAARI.COM dibuka ..

Percubaan mengurangkan entri sememangnya menurunkan trafik tapi tak la jauh beza... Biasanya boleh dapat 150K UV dengan 300K PV dan sekarang .. Trafik di bawah ni untuk bulan June 2011...

image

Selain dari mengurangkan entri , promosi ditempat tempat ping entri jugak dikurangkan .. Kekuatan trafik blog ini datangnya dari ...

image

Blog blog yang menyenaraikan BENASHAARI.COM di bloglist mereka ..

imageAntara blog yang menyenaraikan BENASHAARI.COM di dalam bloglist mereka ( jumlah melebihi 4 ribu ) ...

Berminat ? Sila email ke BENASHAARI@yAHOO.COM ... Ruang adalah terhad.. Terima kasih ...

Blogger paling aku menyampah sekali dalam dunia ni termasuk di Cybertron !

 

Perghh ..tu tajuk entri ke tajuk lagu ? Panjang giler .. Haa.. sebelum aku bagi jawapan , nak tanya .. korang dah beli album kembar SLAM dan  UKAYS tu.. perghhhhhhhhhh.. tangkap leleh beb !! Mengenang cinta lama tuuuuu ... Sat eh.. lagu lagu tu , waktu tu ... hurm..aku di tingkatan berapa eh.. Sememangnya aku tak minat sangat ngan Slam zaman tu sbb jeles la kan.. abis tengok kat buku budak sekolah perempuan ngan muka Zamani , muka Mamat Exist dan ramai lagi laaa.. Aku minat lagu jer.. Kalau nak tampal muka artis pon , aku tampal muka Sofea Jane ngan Julia Rais je weh.. Hahahhaha..Kang nak g sambar satu kat Alamanda ..

Berbalik pada tajuk entri aku .. Sapa blogger paling aku menyampah sekali dalam dunia ini termasuk di Cybertron.. Cybertron ni planet budak budak Transformers tu haaa..Yang tau tu bagus la.. nanti masuk exam atau tok kadi tanya masa kawin nanti.. Hafal saja .. Yang tak tau tu , tak pe.. jgn risau..takkan di tanya kat kubur .. Takde ruginya tak tau.. Hahaha.. ok.. aku guwau di pagi hari.. Jangan tensi tensi.. G spa nak ? hahahaha..

Haaa... jauh benar aku terlajak perahu boleh diundurkan .. terlajak kata , jom roti canai banjir satu.. heheeh..  Grrr... nak tau sapa ??? Hurmmm .. Hurmmm ...

Ni intro dia ...

imageBagi yang dah baca mesti tau punya kan ?  Tengok gambar pon tau dah sapa punya entri lagu ni ? Hanya yang cacat akal je akan wat entri begini !!! Hahahaha.... Aku makin tensi dengan budak sorang ni.. Nak kata tak sunat lagi , baru je nikah...Nak kata kulop balik..tak de lak bini dia komplen lagi ! Hahaha.. keji gila aku ... ni makanan ko ! hahahaha

Dahh.. aku mengarut giler pagi ni ! G baca la sendiri kat blog dia.. Harap korang jangan muntah hijau kat blog dia dah ... Baca kat SINI

Malam malam gini.. cerita duit pon best !

 

Macam aku kata .. campakkan saja gula , semut confirm datang hurung punya... Tak payah susah susah.. Tapi yang susah ialah , GULA ! Nak buat sendiri atau beli ? hehehe.. ke curik ?

Time begini , ramai dah lena diulit mimpi ..tapi aku masih tak boleh nak tidur.. bukan apa , tetiba lak rezeki datang mencurah pada minggu ni ...

Kena berusaha keras skit untuk simpanan Syawal akan datang .. hehehe.. Walaupun lama lagi , tapi mmg akan jelma.. Bukan la nak menghias rumah tapi nak la kena ulur sana sini lagi .. Pastu projek nak ke Sabah lagi hujung tahun ni .. cuti cuti malaysia ..

Dan projek malam ni , satu projek bisnis yang .. yang .. haaa.. tu aku kata .. kalau kita cari trafik , popularkan blog ... orang kata kita gila glam ! tapi diorng tu yang tak kreatif.. bila blog kita naik , orang cari kita... Bisnis la mula masuk ..

Biar bertahun lamanya asalkan ada strategi.. bukan sekarang dok mengarut sorang sorang ... Tak pe.. segalanya dengan pengalaman .. orang tipu kita ke.. kencing kita ke... Kita percaya pada takdir Allah.. Allah dah janji.. sapa yang berusaha , dia akan nikmati kejayaannya .. yang penting , doa dan tawakal.. Jangan lupa diri bila dah berjaya .. hehehe..

Blogger Pilihan #5:5

 

image

http://lalalovy.blogspot.com/

Blogger Pilihan #4:5

 

imagehttp://belogcikarda.blogspot.com/

Blogger Pilihan #3:5

 

image http://sispekhitam.blogspot.com/

Blogger Pilihan #2:5

 

image

http://sweetgurlz11.blogspot.com/

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI