Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 11 Julai 2011

Macho sangat ke bila pukul perempuan ?

 

DAYUS !!!
Zaman sekarang ni wanita dah jadi 'punching beg' untuk lelaki ke ? .. Masa mengayat dulu , skit punya lembut...selembut agar agar yang warna merah tu..warna lain tak cantik...hijau pun ok .. kuning tak comey ar ... Biru ? tk dibuat lagi.. Pink ada la...erk.. lari tajuk ...waaa...

gambar hiasan

Kejadian memukul wanita wanita tak kira la sapa pun ...samada ada kaitan atau tkde kaitan semakin berleluasa .. Sapakah yang memukul wanita ini ? Majoritinya adalah binatang ..eh ..ye ke ?? Manusia berhati binatang ... Aku rasa binatang pun cam ni...diorng pukul sebab diorg nak makan jee..terpaksa.. dunia diorg gitu ... nak wat camana kan ... Yang aku maksudkan ini adalah LELAKI aka JANTAN ...bukan kopi jantan yer ..

Kenapa mudah naik tangan mahupun naik kaki ke atas perempuan ??? Tak kesiankah ? Ermm... perempuan ni dilahirkan untuk menjaga lelaki .... dari seorang ibu , kekasih seterusnya isteri .... kadang kadang perempuan sebagai kawan mahupun adik beradik juga memainkan peranan yang cukup tinggi terhadap lelaki ...
Aku ada satu kisah nak diceritakan pada korang ...Ini kisah benar ... bukan aku kutip dari mana mana blog atau web ....Kisah yang terjadi pada kawan aku satu tika dulu ...

Kawan aku ni dulu seorang yang boleh dikatakan hidup senang hasil perkerjaan yang dilakukannya... Bekerja dengan syarikat penerbangan terkemuka negara membuatkan dia berjaya mengumpul duit yang banyak ...Hasilnya dia berkahwin dengan anggota keselamatan negara .. Ermm..pada mulanya ok la sampai la satu tahap ..rupa-rupanya lelaki itu mengahwininya semata mata ...$$$ ... sejak dikurniakan seorng anak , perangai syaitan suaminya itu semakin menjadi jadi .. bayangkanlah , dia balik dari outstation , masuk bilik dia ..dengan penat lagi ....tengok tengok ... ada perempuan dalam bilik bersama laki dia ! Laki dia wat muka tak bersalah langsung ..malah offer lagi baju baju isterinya tu kat perempuan tu .. suruh je amik mana mana baju yang dia nak !! Baju isterinya tu di beli setiap kali dia g overseas .. kenangan ...

Dah la dia buat gitu ..pastu kena sepak terajang lagi ... Ermm ...anak kecik dia tengok jer ...belajar ... Laporan polis dah di buat ... tapi macam tu gak.. haih... Bila dah pukul teruk teruk , minta maaf la balik .... Pujuk isteri tu ...ermmm...sayang punya pasal ..ok jer la isteri tu ... Laki tu pasang jerat lain lak ....Abis semua harta benda isteri dia , di sapunya ...katanya nak buat bisnes ..sampai rumah rumah abis dia gadai ! Termasuk kereta kesayangan isterinya ... Dia buat camana ? Dia tau isteri dia balik dari kerja , penat penat .. terus bercerita tentang ' projek bisnis ' tak wujudnya tu .. Si isteri pun percaya laaa... lalu menandatangani surat tukar hak milik yang dia ingat hanya kertas kerja biasa ... tanpa dia sedari ..rumah miliknya bertukar tangan ! ... Dan jugak dia tak sedar dia telah membuat pinjaman kat along !!!! ....Laki dia buat semua itu semata mata , JUDI !!

7 tahun hidup merana , akhirnya cerai ..kawan aku tu berhenti kerja dan lari balik kampung ..bawak anak dia ... Si jantan tak guna tu ... nak rujuk balik ..datang merayu kat rumah ...huh ...
Begitulah adanya .. ada lagi banyak cerita lain ..tapi buat masa ni ..biarlah ni saja ..

Wahai lelaki lelaki di luar sana termasuk aku ... sebelum nak membelasah tu .. fikir fikirkan laa ... kekuatan kita tu bukan untuk membelasah perempuan yang kita sayang ...kalau nak belasah sangat ... g PALESTIN ..belasah yahudi yahudi kat sana tu.. tunjukkan kejantanan anda di sana yer....


Surah ar-Rum ayat 21:
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuatanNya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”

Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda bahawa, “Yang paling baik di kalangan kamu adalah mereka yang paling bersopan terhadap isterinya.”

“Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah orang tengah (untuk mendamaikan mereka) seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua orang tengah itu (dengan ikhlas ) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami steri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuanNya.”

Surah an-Nisa ayat 35

Lagi satu pinta ayah aku ..

 

Masih berbalut dan disimpan dalam kotak .. Selagi tak dipasang plastik kalis calar pada skrin kamera tu , selagi tu dia tak akan pasang .. Hari tu nak pasang , tapi harga dia mahal giler.. Tu plan nak cari kat kedai kamera biasa jer ..

Kamera yang dia dapat tu , mmg dia suka sangat .. Disimpan kemas dalam kotak .. Syukur dia suka walaupun tak la secanggih dslr .. Namun tetap terpamer senyum bangga..

Cuma satu lagi permintaan dia .. Sejak dulu dia mmg cukup risau dengan aku bila stering di tangan aku .. hehehe.. Dia mintak aku pandu kereta dengan cermat dan mengikut peraturan .. Gulp ..

Mmg tak dinafikan dia tak pernah ajar aku memandu.. motor atau kereta langsung dia tak benarkan aku pandu kecuali aku dh ada lesen.. Dan aku mula memandu pon selepas kawin.. tu pon kereta.. Lesen lama ada dah tapi tak nak kacau kereta orang ..

Hurm... " Satu lagi aku minta .. hang bawak kereta elok elok .. "  Katanya yang terakhir...

Bila lagu Negaraku dipersenda oleh pelajar UMT di FACEBOOK

 

 

imageGambar -Bila Tergigit Halia 

Pelajar UMT ( Universiti Malaysia Terengganu ) yang didakwa mengubah lirik lagu Negaraku, menghina Raja dan juga Perdana Menteri di dalam laman sosial Facebooknya > SINI ..

Dasat budak budak sekarang .. Kalau dia tak buat dan dianiaya , aku harap siasat segera dibuat .. kalau tindakan lambat diambil , gamaknya ramai pulak memandai ubah lirik kerana kebencian terhadap seseorang terutamanya berkaitan dengan politik .. Hurm..

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan membuat siasatan mengenai kes ini .. Hurm.. cepat skit amik tindakan eh .. kang  entah apa lagi yang akan berlaku.. Haih.. entahlah .. macam macam karenah .. > SINI

 

Blog Pilihan ...

 

image

http://ridoma.blogspot.com/

" BLOGGER.COM dengki ngan aku nehh !! "

 

image

Blogger.com dengki kat aku nehhh.. Dah 2 hari tak keluar widget FOLLOWER aku.. huhu.. aku kerugian hampir beratus ratus follower la lagu nihh dan juga beribu trafik ... Ni yang buat aku mau saman diorg neh .. Huwaaaa....

Haih... asik problem jer blogger.com ! Apakah perlu aku berpindah ? Tak tak.. aku masih setia.. hehehhe... Hilang la sebulan pon , aku tak kisah.. tapi dalam hati aku kisah woo.. Yelah sasaran 20k sebelum hujung tahun nih.. kalau gini boleh rugi negara !

" Semakin tamak !! Hampeh tul .. "

 

Tu la dia .. makin kaya makin tamak !! Entah sampai bila nak kaut keuntungan pon tak tau .. Kalau ikut dari latar belakang syarikat yang dinyatakan tu , sah sh dia tak hiraukan semua tu.. Yang dia tau , buncitkan lagi perut dia !!

Tu baru satu.. satu lagi tu.. Yang dok sibuk nak naikkan harga sewaan bulanan sehinggakan kerajaan dok berbincang lagi.. Aparaaa.. tu pon nak bincang lagi ? Kalau sana turun sini naik , apa kes ?? Mutu perkhidmatan bukanlah tip top pon ... sama je dua dua company ni.. Raih keuntungan sampai 10 keturunan tak abis  !

Aku cerita apa ? Haa.. berita terkini hiburan sensasi !! Baru baca satu berita kat Bharian Online.. Menteri bidas satu syarikat telekomunikasi ni potong sumbangan wakaf al-Quran ! Melampau betul.. Tu pon dia nak potong keee... hampehhh...

Yelah , mmg takde free kat Malaysia ni tapi pe salahnya dia yang mulakan dulu.. Berapa sangat pon yang menderma tu.. Tu pon nk potong lagi keeer ... Grrrr... Kuda kepang tul !

Kata Menteri tersebut ..

" Ini bukan program Akademi Fantasia, tapi bagi menggalakkan orang ramai beramal dengan menyumbang," katanya pada sidang media selepas melancarkan Majlis Dana Wakaf Al-Quran Sinar Sejagat 2, di sini.

Aku rasa kerajaan pon banyak bagi muka sangat kat syarikat syarikat besar dalam negara ni.. Tu yang naik lemak tu.. hurm.. Harap dapat sesuatu .. Jangan asik bidas dan bawak masuk meeting tapi takde jalan penyelesaian .. Kang ada lagi lak buat perhimpunan .. Ramai tak puashati ni... huhu..

Apa cerita ?? Aisey.. nak tau ke ? Baca SINI ..

" Terasa ke ? Maaf la yer .. "

 

Wah... adeh.. .. aduss.. ahakss.. hehe... terasa ke ?? Maaf la  yer.. hehe.. bukan kehendak fikiran ku ini.. Ada sahabat blogger ni tanya aku , ada tak aku buat satu entri bla bla bla ni ? Oh , sudah semestinya ada kerana aku diminta buat satu entri untuk mengutarakan pendangan aku terhadap masalah dia ..

Maka aku pon tanpa segan silu pon buatlah memandangkan isu tu pon ada kaitan dengan aku.. Yang bestnya entri tu dah berkurun dah dalam blog aku tapi dia terasa sekarang ni ?

Apa yang aku tulis dalam entri tu adalah masalah yang berlaku dari tuk nek kita tu haa.. sampai sekarang ianya tetap menjadi masalah harian , mingguan dan juga bulanan ... Takkan selesai punya selagi kita punya NAFSU ..

Entri aku ni biasanya berkait rapat dengan dunia realiti kita .. Kalau orang tanya aku , aku takkan nak bagi jawapan dalam tu .. aku umumkan agar semua boleh memberi pandangan dan pendapat masing masing.. Kalau antara aku ngan dia je , maka dia akan dapat jawapan dari satu mulut .. bila aku buka begitu , pastinya ramai akan memberi buah fikiran masing masing ..

Jangan risau , aku tak pernah letak nama mereka.. Takkan la aku nak aibkan dia lak kan ? Hurm... aku pon leh pikir gak ...

Terima kasih ..

 

image

http://suarahatisipujaanhati.blogspot.com/

Cerita blogger baru dan nakalnya mereka ..

 

Semalam , sewaktu mereka bercanda di pasiran pantai , aku bercanda dengan laptop aku sambil bersegmen dengan rakan rakan blogger yang lain... Heheh..

Sempat gak la buat dua segmen yang simple.. Satu segmen berkaitan dengan blogger baru .. dan satu lagi , mengimbau kenakalan di bulan Ramadhan .. hehehe.. cerita dulu dulu laa..

Jom baca antara cerita mereka ...

Cerita nakal? Dah dewasa ni takde banyak sangat cite nakal, masa kecik-kecik dulu je nakal. Terutamanya masa sekolah rendah. Sekolah agama. So kene belajar puasa gak. Tiap hari ustaz akan tanya, sape yang puasa hari ni? Kalo tak angkat tangan, malu la kan... So, kena la puasa supaya boleh angkat tangan. Oh, peliknya niat masa kecik-kecik dulu. Ekekekeke...

Tak puasa pun pernah gak! Ye lah, budak lagi kan... Yang ni pun, bila ustaz tanya, sape puasa hari ni? Dengan bangganya saya memasukkan belakang pensel ke dalam mulut. Wakakaka~ Menunjukkan saya tak puasa la kunun. Adesss... Berlagak sungguh sebab ade geng yang tak puasa gak, so nak ikut geng. Hahaha~

Selanjutnya > SINI

Dan mereka yang berminat nak berkenalan dengan rakan rakan blogger yang baru , mereka sedang menunggu korang di SINI ..

Semoga terhibur..

" Semakin terasa hangatnya .. ke aku je yang terasa ? "

 

Esok.. buat julung kalinya aku akan menghadiri satu majlis yang mana amat bermakna buat aku dan blog aku termasuk juga rakan rakan blogger yang senantiasa menyokong blog aku ni ..

Cuak ? Cuak la kot.. kalau kata tak nak menang tu , tipu la kan .. tapi segalanya adalah milikNYA .. Yang penting aku dah buktikan selama ni , usaha aku membuahkan hasil .. Bukan tanda kemenangan sebagai tanda kejayaan tapi sokongan rakan itulah tanda kemenangan aku .. 

Walaupun bukan ramai yang menyokong tapi aku tetap bersyukur .. Yelah , aku bukan artis mahupun selebriti kan ? Tapi dah dapat layak ke KLPAC tu pon dah cukup bermakna.. Mana tidaknya , blog aku ni tak cukup gah lagi pon .. apatah lagi usianya baru setahun jagung ..Kena pulak , entri aku sekadar entri SENYUM KAMBING punya entri..

 

image

- Gambar milik bro AMANZ punya.. malas nak selongkar aku punya entri..

Namun aku tetap bersyukur dan berjaya membuktikan pada wife serta ahli keluarga aku yang selama ini ( sejak umur 20 tahun ) , aku berinternet siang malam dan akhirnya berjaya menghasilkan sesuatu yang mana bukan semua orang mampu dapat ...

Oh ya .. Sapa lagi yang layak dalam kategori aku ( BLOGGER OF THE YEAR ) ?? Tu nanti korang leh tengok kat SINI .. Hehehe.. dok tarik lepas nafas je aku neh.. hehe.. cool bebeh !!  Bukan nak menang tapi cuak ramai blogger akan berada di sana nanti.. I SEGAN UUUU ..

KAK ADZA , kita jumpa di sana nanti !!! Dah la tu , aku kena wakil MAT GEBU gak.. adeh.. Kena bawak sudip gak neh...

" Maaf , aku tak nak masuk campur ! "

 

Pertelingkahan demi pertelingkahan sesama blogger .. Nasib baik rakyat tak dibenarkan memiliki bom nuklear.. kalau tak ? tak pasal pasal aku gak dibom mereka.. Nape ? Sbb aku tukang gelak .. haa..

Baru baru ni ... baru ke ? Sat.. minggu lepas .. haa.. minggu lepas , ada la kes haru biru berlaku dikalangan blogger kecil kecilan ni ... kecil kecilan ni cam aku gak la.. blogger besar-besaran bizi kat BERSIH sana nun .. hehe..

Pengalaman mendewasakan aku .. Berkali kali terkena dah dan aku serik akhirnya .. Sama gak dalam apa jua bab .. Bukan tak nak amik tau tapi cuba elakkan dari terlibat sama namun aku tetap memerhati dari jauh jugak .. Yelah , mana boleh kita tak endahkan langsung bab bab gini kan ? Nanti satu hari aku terkena , sapa pon tak nak tolong aku..

Cuma kali ni aku rasa biarlah mereka yang baru baru ni menyelesaikan masalah yang dah berkali kali berlaku ni.. Puncanya , adalah tidak sabar untuk memperolehi pendapatan lumayan dari berblog ni..

Hurm..aku nak habaq satu boleh ? Takkan kaya kalau hanya buat entri dalam blog... tu je... ook ?

Akhirnya , dpt gak dia anak perempuan ..

 

Hehe.. setelah 3 hero , akhirnya David Beckham dan Victoria dapat gak anak perempuan .. Hehehe.. harapnya pasni takde dah skandal dah si Beckham tu.. Jaga anak perempuan n anak laki tu.. kang ikut perangai ayah , masak anak dara kat tempat diorng tu.. bersepah sepah  waris Beckham.. huhuh..

imageBeckhkam dan Victoria bersama sama anak mereka Brooklyn, Romeo dan Cruz .. Berita lanjut , sila redah SINI

Waah..tunggu aku punya lak.. bila la boleh berbesan dengan dia ek.. hahahaha....

 

IKLAN

imageSPECIAL SEASON : SHAWL WITH INNER ARABICO

" Teringin aura artis popular eh ?? "

 

Terbaca satu entri di rakan blogger .. sapa punya eh ? Tak hengat lak.. kalau ingat pon , aku wat wat tak hengat.. boleh ? Hahaha.. Satu kes yang biasa sangat berlaku tapi tak seteruk ni.. Yang ni sangat teruk laa.

Kes apa tu ? Takde kaitan dengan politik atau poligami mahupun politeknik .. Ngan polis ada kaitan kalau ingin dikaitkan bersama.. hehe.. Tu pon kalau teringin nak sabitkan mereka la..  :)

Apa cerita Ben oii ??  Kes nak jadi artis sangat ! Kira menggunakan muka orang .. pastu bukak fb dengan nama orang tu ... berlakon jadi orang tu.. Keji tak ? Lom keji lagi.. Part ni keji lagi kejam .. Apa ?? Chatting dengan peminat setia pastu mintak duit !! Kejam tak ??? Kejam banget siutttt...

Aku ada bukti ke ? Ala.. part ni yang aku lemah ni.. Bukti tu ada .. tapi aku kena backlink kat blog yang aku tak suka ni la.. Adoi.. Aku tak suka ?? Nape aku tak suka ??? Panjang cerita dia... tapi kalau nak tau gak , klik SINI ( kim salam maut kat mamat ni nanti bila korang tinggalkan komen kat dia yer )..

Buat pengetahuan , ada malaun pon buat gitu gak guna gambar aku .. Macam macam hal daaa... Tak abis abis kumpul dosa ..

Dia masih baru ..

image

http://sakuraputeri.blogspot.com/

Video : Kereta stesen TV Perancis terlanggar pelumba basikal Tour De France

 

Bukan senang nak senang... Berita lanjut > SINI

Minggu terakhir...

InsyaAllah .. Kementerian Pelancongan akan mula pindah ke bangunan sendiri di Putrajaya .. Skang ni kat Menara Dato Onn..

Apa yg best sangat ??? Perghhh ...mau tanya lagi ? Pastinya penjimatan masa dan paling penting kos pengangkutan tu haaa ... Skng ni aku abis hampir 400-500 utk pengangkutan .. tu tak tambah lagi dgn makan minum..

Dan paling best, sebelah menyelebelah dengan bangunan wife.. jimaat makan tengahari.. ari ari dia belanja..hahahaha...

Tapi yg pasti ... Aku akan merindui PWTC .. 5 tahun kat situ , pelbagai kenangan manis kat situ .. paling tak lupa , kali pertama jumpa wife selepas mengorat dia kat ... kat ...er ..eh , lrt sampai dah ....sambung minggu depan eh ... Lalala.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Bila berblog , toksah pening kepala ..

 

Alhamdulillah... semakin aku buktikan bahawa segala usaha selama ini membuahkan hasil ... Dan insyaAllah , ianya menjadi kenyataan..

image Dua hari ni aku tak promote pon kat mana mana group FB atau ping kecuali di wall aku dan kelab aku sendiri , SANTAI BEN ASHAARI .. cuma sesekali aku sharedkan di wall rakan rakan yang terdekat..

Apakah yang aku cuba buktikan ? Hurm.. aku nak tengok apakah hasil yang aku perolehi tanpa promosi .. dan syukur , setelah hampir 2 tahun aku bekerja keras maka barulah menampakkan hasil ...

Lebih 3 ribu pembaca masuk dua hari ni dan hari biasa lebih 4 ribu .. OK la kan ? Ni bukan blog gossip.. Sekadar blog biasa .. blog luahan hati... Segmen pon aku dah slowkan untuk buktikan bahawa blog aku bukan bergantung pada segmen ..

Apa tujuan entri aku ni ? Tiada jalan pintas untuk berjaya .. Lebih manis dan bergaya jika usaha dari bawah.. Lagi nikmat jika ianya asli dan tulen .. Ingat ! Jangan pungut hasil jika baru berblog ... Esok lusa pasti bosan .. Tiada kenikmatan dan tiada kenangan ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI