Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 12 Julai 2011

Legaa..

Alhamdulillah ... Selesai semua .. Tahniah buat semua pemenang Digi Wwwow 2011 ...

Blogger of the year , seperti yg aku jangka , dpt pada Anuar Hadi .. 3 anugerah dia dpt tadi ..


Kecewa ? Tak la sangat sbb dah boleh jangka bila Anuar Hadi ada...ramai peminat dia.. tapi ada sesuatu yg mengembirakan aku walaupun aku kalah ..

Aku disapa oleh salah seorang calon anugerah tadi dan dia berbangsa cina .. Dia tanya aku , kategori apa dan blog apa .. Bila aku kata Ben Ashaari , dia terkejut .. Dia kata , dia yang kata yer ... Lebih sejuta carian Ben Ashaari di google.. Gulp .. terkejut aku ..tak sangka dia leh cari info pasal Ben Ashaari.com

Dia ajak bergambar .. dan menariknya .. pastu dia naik pentas sbb dia amik award untuk adik dia.. Menang top kay poh ! Kalahkan beautiful nara dan oh artis ..

Byk feveret tak menang td termasuk jiran aku ..hehe ..tak per... Semua pemenang bila dah layak ke final tadi ..

Cuba lagi tahun dpn ? Tak dah kot ... Biar mcm ni jela...heehe.. Ada hikmah semua ini.. insyaAllah ..

Terima kasih pada semua rakan rakan yg menyokong aku selama ni .. :)
Published with Blogger-droid v1.7.2

Iklan sat..

Grrr..beberapa kategori dah diumumkan .. aku punya lom .. mat, tak yah bagi ucapan la ek..segan....

Iklan...aizat nyanyi sat...
Published with Blogger-droid v1.7.2

Kemeriahan DIGI WWWOW AWARDS bermula ..

Ramai yg aku jumpa malam ni.. Amanz , kak Adza , Miliana , kak inakl dan ramai lagi ...

Hilang dah gugup aku lepas berborak dengan suami kak Adza ..abis bukak pasal festival short films dia ..huhu..tertarik aku..ahah...

Ujang ? Cam biasa ... Bz bergambar artis..huhu... Best best.. semua sporting .. kenyang makan sushi ..
Published with Blogger-droid v1.7.2

@Digi WWW AWARDS , KLPAC

Baru sampai setelah 3 kali sesat jalan !!! Last last ujang n wife sampai dulu ..

Ramai gak yg datang ..hurm ..takat ni yg aku jumpa amanz.my ..yg lain tak kenal..hehe..sambung lagi nanti lepas solat
Published with Blogger-droid v1.7.2

Tiada lagi SEGMEN di BEN ASHAARI.COM ?

 

Hurm.. mesti ada yang tertanya-tanya , " Ben tak buat dah ke segmen ? " .. Aah.. tak buat.. hehe.. Kenapa aku tak buat dah ? Sbb dah popular pastu tak nak buat ?

Hehe.. aku tak buat sebab .... saja nak sejukkan sedikit suasan dunia blogging ni.. Terlalu panas sangat sebelum ni.. Ada yang tak suka bila blogger asik buat entri segmen jer .. kan ?

Dan masa ni gak blogger blogger yang join segmen , tunjukkan skill masing masing.. Yelah , kan dah dapat rakan rakan baru .. ni la masa nak tunjukkan yang korang tu blogger berkebolehan yang mana tak bergantung pada BEN ASHAARI.COM  ..

Jangan risau .. segmen tetap ada .. Selepas ni ada contest , tapi buat masa skang aku agak bz skit dengan hal peribadi .. Bila dah settle hal peribadi aku ni , baru tenang nak buat segmen , kan ? Hehe..

Apa pon , SEGMEN dan BEN ASHAARI tak dapat dipisahkan.. otak aku ni senantiasa mencari idea untuk panaskan dunia blog ni.. hehehe.. Dan , aku bangga ... hehehe.. bangga sebab membawa satu perubahan pada dunia blog skang ni.. Bila sebut segmen , semua pandang BEN ASHAARI .COM .. Wowww weee wuuuu ...

" Tahniah ! Anda sudah popular !! "

 

" Ben , dunia blog ni macam dunia artis dah kan ? Ada peminat , ada haters, ada pengkritik .. macam macam ada kan ? Siti Nurhaliza.. yang sangat popular tu pon ramai lagi tak suka.. Heliza Helmi .. dah cukup baik gitu pon ramai lagi benci.. Pelik ? Jangan pelik.. ni sikap manusia ...

Benarkah  dunia blog ni macam dunia artis ? Hurm... aku nak nafikan , korang kata ya .. aku nak kata ya , korang kata syok sendiri plak mamat ni .. Jadi apa aku nak bagi jawapan eh ?? Pening neh..

Ada rakan blogger luahkan perasaan dia kat aku .. Kena sound ngan pengomen mengatakan blog dia tak berinfo .. Dan ada lagi .. Nak tulis pon letih dah ...

Apa yang jawab kat dia ialah .. " Tahniah ! Anda sudah popular !! " .. Kenapa aku kata gitu ?? Sbb dia dah ada pembaca yang prihatin mengenai blognya.. Yelah , mesti pembaca blog dia tu nak ada perubahan pada entri dia kan ?

CUMA , para pembaca kena tau .. ini adalah blog.. bukan suratkhabar online atau majalah hiburan ataupun majalah ilmiah..  Blog pulak ada banyak kategori... Yang paling banyak adalah blog peribadi.. Cerita pasal diri sendiri dan persekitarannya.. Yelah , kadang kadang cerita tu sekadar cerita.. Kalau teringin sangat nak baca yang berinfo , berlambak lagi blog ada .. Tak perlulah nak sound atau kritik blog tu .. Mudah je kan ? Klik je PANGKAH kat atas sekali tu.. selesai masalah ..

Tapi tu la..biasanya yang komen gitu adalah mereka yang rapat dengan kita ..  Sepatutnya yang diberi adalah pandangan .. bukannya komen yang menjatuhkan semangat..

 

IKLAN

image

Kraf Cinta

Pengumuman !!! Masa untuk kaya !!

 

Kaya laaa.. kumpul pahala !! Hehehe.. sekadar memanjangkan... aku dapat kat email .. jadi aku kongsi la ngan korang kan.. Takkan nak kaya sorang sorang .. kan kan ?

 

Assalam

Ana Edar merupakan sebuah badan korporat yang mengedarkan makanan kesihatan, kosmetik, dan bahan kegunaan harian yang halal, selamat dan bermutu. Sebagai sebuah syarikat yang menawarkan alternatif kepada masyarakat Muslim, kami ingin mengwar-warkan aktiviti kami untuk Julai iaitu Karnival dan Konsert Ana for Gaza.

Tarikh: 29-31 Julai 2011

Tempat: Stadium Kajang, Selangor

Konsert: 30 Julai (9:00mlm)

Aktiviti karnival: Jualan (sepanjang 3 hari), pertandingan, Forum Perdana (29 Julai, 9:00 mlm), senam pagi (30 Julai 7:30pg)

Anjuran bersama Rabbani

Kutipan derma untuk Gaza diadakan pada malam konsert.

Marilah bersama sebarkan poster dan informasi ini bagi membantu saudara-saurada kita yang berada di Gaza untuk menempuh Ramadhan yang lebih sempurna, disamping kita berhibur dengan persembahan di konsert nanti.

Kami berharap dengan kerjasama anda, kita dan muslimin lain mendapat rahmat dariNya. InsyaAllah.

Terima kasih.

--

with regards,
Tg. Khalidah Amri Tg. Khiarafif
Business Development Executive
iShoppe
Ana Edar Sdn Bhd

03-61890484

" Aku menyampah giler tengok muka kau !"

 

Satu penyakit yang mmg ada dalam diri kita selain BENCI , TAK SUKA adalah MENYAMPAH ..

Semua orang ada penyakit ni.. Cara nak hilangkannya adalah mendekatkan diri pada ALLAH setiap saat.. Kita mampu nak cakap atau memberitahu pada orang lain tapi kita sukar nak melakukannya kerana si syaitan durjana itu setiap saat membisikkan kata kata manisnya agar kita sesat bersamanya..

Serius , aku pon ada menyampah tengok muka seseorang .. Tak kira dari zaman muda hinggalah sekarang ni.. Ada je orang je yang aku menyampah tengok ..

Kesannya ? Perasaan busuk hati tu aku bawak sehingga ke dalam mimpi ! Terngigau ngigau !!! Ada sampai bertumbuk dalam mimpi wooo.. Maka bengkaklah buku lima aku disebabkan aku tumbuk dinding berkali kali ..

Apakah yg aku buat ? Ditakdirkan , Allah menemukan aku dan orang yang aku menyampah dan benci ni di satu majlis.. Aku dah tak larat nak menjeling atau bergaduh mulut dengan dia.. Bertumbuk nyaris berkali kali la.. nasib baik ada kawan kawan .. Aku dan dia , saling bermaafkan .. Dan alhamdulillah , selepas tu kalau terserempak , sama sama angkat tangan dan bersalaman ..

Hati sangat aman !!!! Tidur lena.. siap mimpi kawin 2-3 lagi wooo.. Tu masa muda dulu laaaa... Pesan aku , jgn menyampah kat orang.. Kita sendiri yang sakit nanti.. Dia tak sakit pon... hehehe...

Jangan kita double standard ...

 

Aku tak suka polis

Aku tak suka cikgu

Aku tak suka doktor

Aku tak suka mat rempit

Aku tak suka jiran sebelah rumah aku

Aku tak suka ex gf aku

Aku tak suka pemandu bas ekspress

Aku tak suka ahli politik

Aku tak suka kawan aku

Bla bla bla bla ..

Apakah kita suka sangat diri kita ni ?

Apakah kita rasa orang suka sangat dengan diri kita ni ?

Apakah kita ni lebih mulia sangat dari orang lain ?

Apakah kita ni tak buat pernah buat salah ?

Dan apakah kita ni ikut 100% perintah Allah sehinggakan boleh menjeling pada orang lain ?

Sebelum tak suka pada orang lain , bagi dulu orang suka dengan diri kita ..

Dalam diam mereka pon tak suka ..

 

Balik dari kerja tadi .. tak sempat masuk rumah , member kat depan rumah aku dah jerit panggil lepak walaupun maghrib dah menjelang .. Tengok jam.. ok.. ada masa dalam 5-10 minit gitu ..

Yang panggil aku tu seorang ustaz di sebuah sekolah kat area aku ni gak.. Sorang lagi yang ada kat situ , pegawai pertanian .. hehehe.. Semua penjawat awam je yang tinggal kat area rumah aku ni.. Kiri , polis marin.. kanan , pegawai pendidikan .. depan.. polis marin.. belah sana, doktor.. haaa..pegawai agama la.. dan macam macam lagi la.. aku sorang je blogger.. haahahha..

Sampai sampai ,soalan pertama .. bila nak pindah ke Putrajaya dan selebihnya bab politik.. aahaha.. Menyampahnya mereka terhadap individu tertentu mmg dah ternyata semakin ketara .. Lebih lebih lagi ada berita terbaru mengenai individu tersebut..

Aku mampu tersenyum.. Yelah , aku pon mmg lama dah menyampah.. tapi apa boleh buat.. Tangan masih terikat .. nak kata lebih lebih pon , buang karan je kan.. Agaknya belum nampak jalan lagi..

Kadang-kadang kena ukur di baju sendiri .. Masing masing dok jaga tekak sendiri.. Kang kita lebih , kita lak yang kena.. diorg bersiul ke langit..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI