Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 20 Julai 2011

Selamat Tinggal Si Tamak !! Yang datang nanti pon jangan tamak tau !!

 

imageSELAMAT TINGGAL !! SELAGI TAK BERUBAH PERANGAI , AKU TAK NAK KAU KEMBALI !!  PEHEY DOK ???

 

image

Dan kau ! Buktikan aku tak perlukan mamat kat atas tu sampai bila bila , boleh ??

Tak perlu hitung masa dah..

Biarkan ia datang dan pergi dengan sendiri .. Bila ditunggu ,semakin jauh untuk berlalu .. Jika dibiarkan , masa umpama mencemburui kita .. belum sempat merindu ,sudah datang bertalu talu ..

Masa oh masa .. aku kejar kau lari .. aku jalan , kau perli .. arghh ... Pejam celik pejam celik , kubur dah menyeru .. hurm..
Published with Blogger-droid v1.7.2

Terkini : Tempahan baju KELAB BLOGGER BEN ASHAARI dibuka sekarang !

Contoh baju siap , klik SINI

BAJU BEN 1 Logo tu Merah Putih seperti logo asal ..

BAJU BEN 2


Jika berminat , sila lengkapkan pesanan anda mengikut dan email ;

HARGA : RM25 sehelai

KUANTIITI :

WARNA : Putih , Hitam , Biru , Hijau , Purple , Merah , Oren , Pink , Biru dan Hijau Cair

Jenis : Lengan pendek atau lengan panjang

Kos penghantaran : RM3

Untuk tempahan sila emelkan butiran berikut:

1. Design 1 atau 2

2. url blog

3. alamat untuk post baju

4. no telefon (untuk pengesahan tempahan dan urusan pembayaran)

5. size ( xs -xxl )

email : angah7736@gmail.com

T-shirt KELAB BLOGGER BEN ASHAARI siap !

Alhamdulillah .. siap ! Haha... aku ingatkan tak wujud dah projek aku ni.. Tersilap aku.. member tu bz sangat ngan projek angkasawan dia .. hehe .. OK ok.. jom tengok baju KELAB BLOGGER BEN ASHAARI edisi 1 dulu ..

Ok .. jgn kutuk model ni.. ni kali pertama beraksi tanpa sebarang mekap atau editing di photoshop.. original okeh !

DSC_0348

GUA blogger ... citer baek baek punya

DSC_0351 DSC_0352

Di lengan tu akan tertera url blog korang .. Logo tu akan diwarna merah nanti ... serupa cam original ...

DSC_0350 Bahagian belakang tu , akan tertera nama url blog korang gak .. Akan ada satu lagi design yang mana jika dot com , url tu kat bawah.. conton BENASHAARI.COM .. kat bahagian bawah baju tu.. Kira yang mana perempuan pakai tudung , tak terlindung la kan ?

Amacam ??? Cun ? Harga murah jer .. RM25 + RM 3 untuk kos penghantar ... Aku tarak amik untung.. ni antara pembikin baju ngan korang jer .. OK la kan ?

Berminat ? Klik SINI

Santapan terakhir ...

Huwaaa..tak aciii .. menu utama, daging masak lemak .. aku tak leh makan ... Pastu sayur masak ikan masin ..eh betul ke ? Ke ikan masin masak sayur ?? Ke tak kisah pon .. asal kenyang .. tapi ada sambal udang ...
Published with Blogger-droid v1.7.2

Santapan terakhir .

Huwaaa..tak aciii .. menu utama, daging masak lemak .. aku tak leh makan ... Pastu sayur masak ikan masin ..eh betul ke ? Ke ikan masin masak sayur ?? Ke tak kisah pon .. asal kenyang .. tapi ada sambal udang ... Maka aku makan nasi ngan sambal udang .. letak sayur skit .. langgar pantang ..

Dan tak sampai 5 minit pening dah .. huhu ... Ok ok ..nak g The Mall .. nak amik baju Kelab Blogger BEN ASHAARI .. Hehe...edisi terhad , no1 ..sapa maaauuu...
Published with Blogger-droid v1.7.2

Meeting terakhir.. Selamat tinggal PWTC ..

Huhu..sedey .. 5 tahun lebih .. pelbagai kenangan di sini .. Seorang demi seorg keluar dan aku yg terakhir .. waris terakhir.. huhu...

Apakah aku akan ikut serta mereka nanti ?? Hanya masa akan menentukan ...

Buruk tulisan aku tu kan ...hahaha..
Published with Blogger-droid v1.7.2

Senarai Buffet Ramadhan 1432H/2011

 

Ramadhan bakal menjelang .. Ramai dah mula mencari tempat- tempat berbuka puasa yang menarik untuk berbuka beramai ramai ... Jom tengok senarai senarai hotel di sekitar Kuala Lumpur menyediakan buffet Ramadhan 2011 ni ..

Riverside Restaurant Putra World Trade Centre ( PWTC )

Tempahan:  03-40433999 / 03-449 3386
Alamat: No1, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur

Harga : RM45 ++

Restoran Sri Melayu – Buffet Ramadhan Ramadan

Tempahan:  03-2145 1811 / 03-2145 1833 /  03-2020 5055
Alamat: No1, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur

Harga: RM70++ Adult, RM40++ Kids, 15% untuk warga tua

Boulevard Hotel Mid Valley Wild Rice Restaurant

Tempahan:  03-2295 8124
Alamat : Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia

Harga dari :11 - 15 Aug 2010: RM70 adult, RM35 Kids 6 - 12yrs
Harga dari : 16 Aug - 5 Sept 2010: RM85 adult, RM43 Kids 6 - 12yrs
Harga dari : 6 - 8 Sept 2010: RM70 adult, RM35 Kids 6 - 12yrs

HOTEL MAYA KUALA LUMPUR

Tempahan:  03-2711 8866  ext 258
Alamat: 138, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Websites : http://www.hotelmaya.com.my

Dynasty Hotel Selera Kampung Ramadhan Ramadan Buffet

Tempahan: 03-4043 7777  ext. 3301.
AAlamat: 218 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur.

Cititel Mid Valley Ramadhan Buffet

Tempahan: 03-2296 1188
Alamat: Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia

Harga dari :  11 - 17 Aug 2010: RM60 adult, RM30 Kids 6 - 12yrs
Harga dari : 18 Aug - 2 Sept 2010: RM70 adult, RM35 Kids 6 - 12yrs
Harga dari :  6 - 8 Sept 2010: RM55 adult, RM27.50 Kids 6 - 12yrs

Hotel Nikko Middle Eastern Treats Ramadhan Ramadan Buffet

Tempahan:  03-2782 6168
Alamat: 165, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Harga: RM99++ Adult, RM69++ Child

Dynasty Hotel Selera Kampung Ramadhan Ramadan Buffet

Tempahan: 03-4043 7777  ext. 3301.
Alamat: 218 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur.

Harga: RM68.00++ adult RM34.00++ child *

PNB Darby Park Cafe Ramadhan Ramadan Buffet

Tempahan:  03-7490 3838
Alamat: 10 Jalan Binjai, 50450 Kuala Lumpur

Harga: RM65++ Adult, RM35++ Child

Corus Hotel Ramadhan Ramadan Buffet

Tempahan: 03-2161 8888  ext 123
Alamat: Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia.

Harga: RM63++ Adult, RM43++ Kids

Restoran Berputar Sri Angkasa – Menara KL Ramadan Buffet

Tempahan : 03-2145 1811 / 03-2145 1833  / 03-2020 5055
Alamat: TH02, Jalan Punchak Off, Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur

Harga : RM135 ++ Adult , Kids RM75 ++

 

Atau nak try yang BBQ punya di PANNAZ

image

Alamat : LOT G-8, GRD FLR, JLN PJU 8/3A, D19 DAMANSARA PERDANA, BANDAR DAMANSARA PERDANA, PETALING JAYA, MALAYSIA

Untuk tempahan : 03-77110099

Ramadhan Buffet di Cyberview Resort & Spa

Tempahan : 03-83127091/7092
Alamat: Pesiaran Multimedia , Cyberjaya

Harga : RM67++

Buka Puasa Favourites @ The Spread, Gardens Hotel

Tempahan : 03-2268 1123 atau email fbadmkrul@gardenshtlres.com
Bermula dari  1 – 28 August
Harga : RM98* per adult

 

Sajian Ramadan Buffet Raintree Cafe, Hotel Maluri

Tempahan : 03-92878833 ext 630

Adult : RM 90.00 nett
Child : RM 63.00 nett

Sunflowers Brasserie @ The Royale Bintang Kuala Lumpur

Tempahan : 03-2143 9898 ext 4809

Alamat : Bukit Bintang ,Kuala Lumpur

3 August hingga 26 August 2011
7.00pm – 10.30pm

RM60++ per person

image

Amacam ? Menyelerakan ? Hehehe.. buka kat masjid je la no.. jimat.. hehe...

Pemenang BLOGGER GILER CEKAL #1

 

imagehttp://sitikektus.blogspot.com

Syairani Tarmiza terlewat 2 minit untuk meneruskan contest ni ! hahaha.... Kalau tak , sah sah sampai esok pagi lak aku tunggu.. hehehe...

Skang ni aku nak buat cam ni untuk mereka yang berminat dipromosikan blog mereka di sini .. Dengan cara ni lebih adil.. mereka yang berminat , kena dapatkannya sendiri.. Dengan ini takde suara sumbang mengatakan aku manjakan blogger baru .. kan kan ? Terbukti mereka berusaha untuk mendapatkannya sendiri ..

Tahniah SITI KEKTUS ! Dan yang lain , jgn risau .. ari ni pon ada lagi.. hehehe... Seperti yang dijanji , 2 jam promosi url blognya ..

" Ben , aku tak tau nak tulis apa kat blog .. "

 

Mesti korang pon pernah buntu kan ? Kenapa blogger lain boleh menghasilkan entri entri yang best dan menarik .. Dalam erti kata lain berkualiti ..

Bila memikirkan semua tu , kesannya , patah semangat dan takde mood nak blogger .. Tensen , bengang ..dan akhirnya , cemburu menguasai diri .. apa yang berlaku , tutup blog atau g kacau blogger lain ..

Jika itu yang berlaku , mula mula fahami apa itu blog ! Bukan goblog atau batu block ! Takde kaitan .. Umum , blog adalah satu jurnal .. Mencatitkan apa saja yang kita rasa dan lakukan .. Satu log .. Mudah .. Kenapa perlu menyusahkan ? Lainlah kita ni cendiakawan .. mampu menghasilkan entri entri yang bertahap tinggi yang mana bisa memberi input input pada pembacanya ..

Kita pon mampu buat begitu tapi dengan cara kita .. Aku amik contoh la yer .. Aku bicara mengenai dunia aku setiap hari .. Bermula dari bangun tidur hinggalah tidur .. Aku ceritakan perjalanan hidup aku ..

Bayangkan mereka yang berada di luar sana ( negara atau negeri lain )  secara tidak langsung tahu akan aktiviti yang sedang berlaku di persekitaran aku .. Event apa yang sedang berlangsung di PWTC .. Apakah aktiviti Kementerian Pelancongan .. Atau sindiket gores dan menang kembali beroperasi .. Semua itu aku catatkan dalam blog ! Walaupun simple tapi punya info ..

Mereka yang kata blog tiada info adalah mereka yang tidak tau mencernakan setiap entri yang mereka baca .. Mereka baca sambil lalu .. maka mereka tak jumpa apa apa ..

Blog adalah korang .. korang adalah blog .. Kalau korang buat begitu , maka korang akan enjoy berblogging.. InsyaAllah .. Jangan paksa tapi nikmatinya ..

Jangan tunggu ada info baru nak taip.. Mungkin bagi orang tu tak de tapi orang lain , ada .. Asalkan tidak melanggar batasan dalam berblogging , tu dah memadai ..

Blog kita , wajah kita ...

Wow ! Aku terkedu dengan blogger ini ! Serius !!

 

Bila melihatkan komen dia .. Respek pandangan dia .. Inilah komen dan pandangan .. Bila aku masuk ke blog dia , dia mengingatkan aku pada seorang lagi rakan blogger iaitu NameeRoslan ..

Sbb tu aku kata , ramai blogger bermutu di luar sana sedang dilahirkan .. Inilah yang kita mahu.. blogger yang lahir dan membawa perubahan pada dunia blog .. Masing masing ada cara dan tujuan .. Dan akhirnya semua menuju ke jalan ALLAH .. InsyaAllah ..

" Kalau berbeza pendapat mengenai hal-hal ilmiah tu, adalah suatu perkara positif. Kerana selalunya mereka yang berbeza pendapat mengenai hal-hal sebegini akan lebih senang untuk dibawa berbincang dan bertukar fikiran serta pendapat. Dalam Islam pun ada perbezaan mengenai cara penterjemahan ayat-ayat suci Al-Quran dan juga Sunnah. Dari situlah lahirnya mazhab-mazhab berbeza yang tidak bertentangan dengan syariat dan tujuan murni sebenar perintah-perintah yang diturunkan. =)

Tapi kalau berbeza pendapat tentang perkara-perkara yang mendatangkan kepentingan hanya kepada certain individuals .... memang kena bersabar sahajalah. Selalunya makin kita try bersuara dan memberi pendapat walaupun dalam cara yang lembut dan bebudi dengan mereka yang hanya nak diri dia sahaja yang menang, memang takkan kemana. Lebih baik kita mendiamkan diri dan mengambil pengajaran agar jangan menjadi seperti kelompok sebegini... " > http://listentoleya.blogspot.com/

Jangan tengok luaran saja ..

"Semangat gila kan bila otai blogger tinggalkan komen di blog kita ? "

 

" Pergh .. ada blogger otai singgah kat blog aku tadi .. Best gila rasa .. "

Perasaan gitu seumpama baru berjabat tangan dengan artis popular masa kini .. Tak kira la sapa artis tu asalkan popular kan ? Seperkara lagi yang buat terharu tu bila artis tu berbual seketika dengan kita ..

Yer , aku memahami perasaan itu .. Rasa mmg cool sangat .. Tapi mesti korang nak tanya aku , kenapa aku tak g singgah n komen kat blog orang lain dan kalau ada blog mana biasa yang aku singgah ?

Ada.. aku rajin gak masuk blog orang terutama yang ada di bloglist aku .. Sbb tu kadang kadang , jika ada blogger tulis mengenai sesuatu isu , aku pantas membalasnya.. Bukan membalas dendam atau nak marah .. tapi sekadar mengeluarkan pendapat aku .. tu jer ..

Ok , tu bukan isunya skang .. Isunya kenapa aku tak singgah di blog blogger yang baru sedangkan aku kerap buat segmen khas untuk blogger baru ?

Mudah .. JANGAN CARI PASAL .. Aku masuk dan aku follow.. tu je aku boleh buat .. Kalau aku nak tegor blogger tu mengenai blognya , aku akan add dia dalam facebook , kemudian aku akan tanya dia mengenai blognya ..

Kenapa aku tak tinggalkan komen jer ? Senang jer .. Ramai tak suka blogger lama .. bila bagi pendapat katanya cuba mengajar .. Atau cuba tunjuk pandai.. berlagak bagus dan macam macam lagi .. Aku tak nak ada perselisihan faham dengan mana mana blogger pon .. Aku cukup tenang dengan keadaan sekarang .. Aman damai jer.. Berblog dgn damai ... Tiada persengkataan ..

Tapi jika perlu , aku akan tinggalkan gak komen .. heheh.. Blog mana ? Majoriti blog yang aku tinggal komen jika dia tinggalkan link di FB aku , TWITTER dan blog .. Tu pon jika menarik minat dan bersesuaian dengan aku ..

Malas nak memandai mandai ... kang sendiri susah wooo...

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI