Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 3 Ogos 2011

Jawatan kosong buat blogger yang mencari pendapatan sampingan ..

 

Jawatan : ANONYMOUS

Tugasan : Mencari blog blog untuk diserang .

Jantina : Tidak kisah. Asalkan mulut laser dan tak kisah dosa pahala. Janji hasrat syaitan ( rakan karib ) tercapai iaitu memusnahkan silaturahhim .

Umur : Tak kisah . Tapi mesti lebih 18 tahun. Bawah umur , ibu bapa awasi lagi tindak tanduk.

Pengalaman : Selalu lepak  bersama sama ahli mesyuarat tingkap di tepi tangga / pintu  bagi menghabiskan sisa sisa hari atau gemar lepak di kedai kedai minum sehingga bergelas gelas air di order..

Lain-lain : Rupa paras tak diperlukan kerana akan dibekalkan topeng Zorro.. Pantas membalas komen serta punya kata kata yang boleh membuatkan hati pembaca terluka . Paling penting , kejam ! Dan punya broadband sendiri.. Kalau guna UNIFI atau STREAMYX pon bagus..

Berminat ? Tunggu lepas puasa .. Chief akan dilepaskan dari rantai dan masa tu leh buat interview..

Mereka yang tersenarai saja akan dipilih .. Jumpa anda di sanaaaaa... Oh lupa.. Gaji ? Bergantung kepada berapa ramai hati yang berjaya dimusnahkan .. Ada bonus jika blogger tersebut , tutup blog ..

" Dah tak de kerja ke korang nih ? "

 

Anonymous said...
 
" wehhh minah setakat ko meniru cra org pastu naik sbb si BEn tu baek x pyah.BEn naik pn sbb gunakan blogger bru.yang blogger bodoh ni ikut je yg kaya Ben ko dpat apa,dpat bodoh lg ada.
sikit buat segmen ptut la ko pun jnis nk cpt naik mcm BEn 10 ko tu, cari la idntiti laaa...  "
 

Ni bukan anon yang teror hacking tu .. tapi anon yang langsung tak tau guna kepala otak berfikir ...

Kalaulah aku ini dikatakan pergunakan blogger baru untuk naik , camana pulak blogger yang dok buat entri isu panas cam politik , artis , sukan dan pelbagai lagi isu tu eh ? Tu nak dipanggil apa ?

Camana pulak mereka yang senantiasa buat contest ? Loh .. jeles sangat ke dengan segmen aku ? Aku punya segmen ada tulis .. SERTAI DENGAN RELA HATI .. tak de pon tulis .. ANDA DIPAKSA SERTAI SEGMEN INI KERANA AKAN MEMBANTU ANDA POPULAR ! Apakah dia itu buta mata atau buta hati ?

Kalau dulu diorg kata meluat dengan segmen aku , maka aku dah kurangkan ... Ni pon meluat lagi ? Loh.. meluat ke atau banyak ulat dalam otak tu ?

Alo cik anon , g cari keja laaa.. kalau ada blog tu , update la .. Jangan cerita apa apa isu kerana ko akan pergunakan subjek tu untuk menarik trafik ..

Bengong ke apa ?  Oh ya.. isu apa eh ? G tengok kat blog MTT .. Bawak bawak terima hakikat yang ko tak bijak 'berniaga' !! Jangan jadi blogger.. Tuu.. Alam Flora nak pakai orang lagi tu... Sat.. ada lagi ke Alam Flora ??

Arahan terkini dari Kerajaan terhadap pemilik blog !!

Haaaa...Terkejut kan....aku pun terkejut..aku pasti ramai tak tau tentang ni....

Sebelum 31 Ogos 2011 , semua blog di Malaysia perlu didaftarkan. Ini bertujuan memastikan blog blog yang ada di dalam malaysia ini berinfomasi dan mempunyai kandungan yang tidak bertentangan dengan undang undang...haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

Bagus gak kan kalau kena daftar ni.. kalau tak , jadi blogger haram la..hahahaha... Blog blog yang didaftarkan akan diberi sijil sah ..ala cam sijil HALAL JAKIM tu la... pastu leh letak kat dalam blog korang... setiap pembaca akan melihat dulu sijil tu baru boleh baca..kalau takde,jgn baca... haram disisi undang undang.. haaa.... leh ditangkap gambar woo...

Setiap blogger perlu melampirkan maklumat peribadi diri sendiri semasa mendaftar secara online...Anda perlu men'scan' ic anda , surat beranak anda , surat beranak kedua ibu bapa anda , bil elektrik anda dan juga perlu membuat surat secara bertulis , 'Mengapa anda nak berblog ! ' ...wow..i likeeeee....

Anda akan diberi masa 1 minggu untuk mendaftarkan bagi menentukan samada anda layak berblogging atau tidak.. jika gagal berbuat demikian , secara automatik blog anda akan di sekat.... waaa.. blog di blocked ??... cam besh je bunyi kan..

Memandangkan ramai blogger skang ni makin mengarut , ada baiknya peraturan ini diperkenalkan...ni asik baca pasal politik yang tah betul tah tidak....kita dok kena tipu jeek....pastu info info mengarut...dari mana tah kutip pun tak tau...pastu ada gak blogger yang dok citer pasal artis...apa giler ! artis pun nak diceritakannya..nak kumpul dosa ke ?

Baiklah , untuk daftarkan blog korang sila ke laman web rasmi iaitu di http://www.akutipujer.gov.my

Ok..sekian untuk berita jam 6 petang...jumpa lagi ..salam....

Gurau senda entri lama tetapi dikemaskini mengikut keadaan semasa .. Selamat berpuasa .. Sabar eh..

IKLAN

image image

Klik SINI untuk melihat harga dan corak yang lain..

Maaf !! Jangan tegur aku !! Aku blogger popular okeh !!

 

image

Blogger yang  dicop POPULAR .. FAMOUS ... RETISS... takkan tegur mereka yang bukan satu level mereka ??? Biar mereka yang tegur dulu .. kan ? 

Kadang kadang , aku naik meluat bila ada blogger yang merendahkan dirinya sehingga tahap ' cair ke tanah ' dan cop blogger yang dah lama ni , POPULAR padahal blogger tersebut tak pernah anggap diri mereka begitu..

Apakah hukumnya ? Bukankah itu satu tuduhan tidak berasas dan menyebabkan fitnah berlaku ? Perhatikan semula tindakan dan kata kata kita yang memungkinkan masyarakat sekeliling memandang serong kepada blogger tersebut ..

Aku sendiri .. ada yang kata sombong , berlagak .. malah tunjuk bagus .. Sedangkan berusaha abis untuk melayan rakan rakan blogger terutama yang baru baru ini ..

Aku bukan sifu.. aku bukan guru.. atau cikgu.. Aku cuma blogger seperti mereka jugak.. Tapi takkan aku nak marah kan ? Cuma aku terkilan dengan sikap sesetengah blogger yang senantiasa menunggu masa untuk mencantas blogger blogger yang lebih lama dari mereka..

Kalau sikap beginilah dikekalkan , takkan lama la dalam dunia blog ni ..

Diari Ramadhan #3 1432H / 2011

 

Sahur

Huarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...Nyummmm... Blurrrppp ... Zzzzzzzzzzzzzzzzz...

 

Tengahari

Huarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.... Blurppp... Erk... Zzzzzzzzzzz....

 

Petang

Huarghhhhhhhhhhhhhhhhhh.... Erk... Wahhh.. Waaahhh.. Waaahhhh...

 

Malam

.

Untuk berjaya , kita perlu jatuh seketika ..

 

" Dan bangkit kembali untuk terus berjaya dan kekalkan kejayaan itu selama mungkin .. Tak mudah kan ? Tapi itulah cabaran .. "

Tersengih ? Hehehe.. jgn gitu sahabat .. Yang tersengih tu tak tau apa apa .. Jangan malukan diri sendiri .. Mungkin tadi korang ada baca satu entri di satu blog sahabat meluahkan rasa geramnya pada 'abang' dan aku pasti ianya ditujukan pada aku ..

Tindakan aku pada mulanya ialah menerangkan padanya melalui entri namun tidak mendatangkan hasil .. Apa yang aku buat sebagai seorang ABANG ( bukan abang besar atau abang kawasan yer ) , aku cari dia di FACEBOOK .. Bersemuka kata orang .. Itu lebih matang bukan ?

Kenapa ? Aku kenal dia lama .. Aku pon pernah terhutang budi dengan dia dengan satu maklumat yang aku sendiri pon tak ragui kesahihannya .. Maka aku amik kesimpulan untuk menerangkan segalanya pada dia ..

Dan akhirnya dia akui.. dia salah faham .. Aku tak salahkan dia langsung... sapa sapa boleh terasa dengan entri itu , bezanya menerima atau melatah .. tu jer ..

Entri aku tadi adalah untuk seorang sahabat yang sedang putus asa dalam dunia blog .. Kedudukan dia itu sama seperti aku satu tika dulu .. Walaupun entri aku tu agak keras tapi aku yakin dengan kebijaksanaan dia , dia mampu mengolahnya dengan baik ..

Kalau bukan aku sebagai rakan blogger atau seorang abang memandangkan aku ni tua dari segi umur , sapa lagi nak tegur ? Nak tunggu cik anon tegur ? Kalau mereka tegur , pastinya korang taau camana rupanya kan ?

Aku faham kedudukannya tu.. aku pernah berada jugak ditempat dia.. EGO.. RASA BANGGA DIRI .. aku dah rasa semua tu.. MEMBAZIR sebenarnya .. Dan tak lama pon perasaan tu ..

Fikir semula dalam dunia blog ni.. Kita nak cari duit atau cari kawan dan pada masa sama , duit sebagai sampingan saja .. Tak de blogger kaya dengan buat entri ... Cukup untuk makan sebulan atau bayar bil internet ..

Kalau nak kaya .. dengan blog , bina empayar dengan cipta bisnis .. Yang tu , banyak dah contoh kita lihat .. Buat yang membaca , aku bukan nak perli atau jatuh kan sapa sapa .. Baca semula dan hayati.. Satu hari nanti , kita akan merasainya jika kita lalai dan sesat dalam dunia blog ini..

Selamat bersahur .. Ampun maaf dari BEN ASHAARI .. Sekali lagi , aku bukan dalam dilema.. Aku tau apa yg aku tulis.. Segalanya berdasarkan pengalaman aku yang cetek ini .. InsyaAllah ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI