Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 10 Ogos 2011

" Salah sapa ?? Habaq mai sat !! "

 

Kita bawak perlahan ... dia bawak laju , suka tekak mencelah tanpa tengok kereta .. Bayangkan kalau dia punya salah , kita yang bawak kereta ni terlanggar dia.. Gamaknya , sapa yang kena maki nanti ?

Susah wooo kalau ngan mat motor ni .. Maaf cakap la yer , ni gara gara nila setitik arrrr abis rosak satu kilang !! Letih la nak layan diorng punya cilok tanpa kira jawatan dan umur ... Haihh... Kena langgar , sure gaduh punya ..

Tapi bukan mat motor jer ,mat kereta pon satu hal gak.. Kalau spesis bawak laju tu , kalau boleh nak terbang terus.. Kalau kita dok bawak mengikut had laju , mai diorg tak belakang  mesti nak follow rapat.. Ingat blog ke nak follow memfollow ??

Tak kira mat motor atau mat kereta , perbuatan tidak bertimbang rasa di jalan raya ni boleh mengakibatkan mereka yang tidak bersalah ini terkorban atau paling tidak pon cedera !

Tolonglah berhati hati ... Kita atau pon mereka .. bila memandu tu , ingat ingatlah orang yang tersayang ...

Blog Pilihan Malam ini #2

 

image

http://www.alepridz.com/

Blogger Pilihan Hari ini ...

 

Kenapa dia terpilih ? Hehehe.. sbb berjaya meneka maksud gambar pada entri sebelum ini.. :) ... hehehe

imagehttp://sep0711.blogspot.com/

Wargkhhh.. Kalau ??

Tadi tuu ..kalau baju... Ni kalau ada butik dia ??? Perghh.. angan lebihh..hahaha.. sambung shopping..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Bayangkaaannnn !!!!

Buang DOLLY tu pastu letak BEN ASHAARI .. Perghhhh.. Cita-cita neeehh.. hahaha.. mana tauuu kann ..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Melepak sblm berbuka.

Lama tak g gym.. huhu.. perut mula naik... Huarghhh...

Hari ni buka kat cheras jer..pasni g JJ.. wife kata makin ketat seluar n kain.. huhu.. aku ???? Pon ketat gak dh ni...
Published with Blogger-droid v1.7.4

SIMPLYSITI mangsa fitnah ?

 

Haih.. sapa la yang sanggup buat fitnah tu yer ? Benarkah ? Nak percaya atau tidak ? Sana dah nafikan.. Sini ada bukti yang tak kukuh langsung ? Rajin benor diorang edit eh .. Diorang editkah ?? Hahaha.. pening ? Tak yah laa...susah susah guna je tepung gurmak !

Banyak benor fitnah kebelakangan ni yer ..

 

image

image

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang menyebarkan e-mel tidak betul mengenai status halal sesuatu produk hingga menimbulkan kekeliruan pengguna dan menjejaskan perniagaan pengeluar.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff, berkata terdapat beberapa e-mel yang tersebar kini mengambil maklumat lama mengenai status halal sedangkan produk berkenaan sudah mendapat pengiktirafan halal Malaysia.

Beliau memberi contoh mangsa terbaru dalam kes ini iaitu produk kecantikan milik Datuk Siti Nurhaliza Taruddin di mana berus pemerah pipi dikatakan menggunakan bulu babi.

“Tindakan ini tidak wajar berlaku kerana penyebaran maklumat yang tidak jelas memberi kesan negatif kepada pengguna dan industri, malah perbuatan itu satu kesalahan,” katanya ketika dihubungi.

Hakimah berkata, ada produk yang disenaraikan Jakim sebagai tidak halal kerana mengandungi benda haram, tetapi selepas pelbagai proses dilalui pengeluar antaranya melakukan proses samak, Jakim menyenaraikan produk terbabit sebagai halal.

“Saya minta masyarakat tidak menerima maklumat baru tanpa menyelidiki kesahihannya dan sila rujuk Jakim untuk mendapatkan maklumat terkini,” katanya.

Beliau meminta masyarakat Islam yang was-was mengenai status halal sesuatu produk menghubungi 03- 83150200 untuk keterangan lanjut.

Beberapa hari lalu, Siti Nurhaliza terpaksa mengeluarkan kenyataan mempertahankan status halal produknya apabila seorang pemilik blog menyebarkan surat yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (Jaip) mengenai senarai nama syarikat yang tidak berjaya mendapat sijil pengesahan halal Malaysia. - HMETRO

Oh , aku didera akhirnya ...

Sabar Ben ..

" Abang , tolong angkat baju kat atas pastu masukkan dalam mesin basuh ye " ... " Baik sayang "

" Abang , tolong masak air .. nak buat susu .. " .. "Baik sayang "

" Abang , teringin nak makan nasi ayam la.. " .. " Jom beli sayang.."

Banyak benar arahan... baru 5 minggu ... Kalau 5 bulan ? 5 tahun ? Pergh... patut la ramai lelaki buncit.. Hahahaha... Guwau jer ..

SHAWL BURBERRY

image

Dan banyak lagi corak .. Hanya di SINI


Segmen : Kenali Blog Ku #2

 

Lama tak buat segmen .. Aku rasa ramai blogger baru kan ? Kat Kelab Blogger BEN ASHAARI pon ramai je aku tengok dok follow memollow.. hehe.. Tak pe , aku ulang segmen ari Ahad ari tu.. ok ? Segmen khas untuk mereka yang mencari kenalan baru.. Tapi kena rajin la skit eh ...

Mereka yang was-was , dilarang sama sekali join segmen ini .. Cuma yang berminat untuk mencari rakan baru saja digalakkan .. Seperkara lagi , diingatkan para blogger , segmen ini tidak menjanjikan trafik yang lumayan kecuali korang sendiri g singgah blog rakan rakan yang join .. Mereka yang join ini bermakna mereka sukarela untuk lawat blog rakan mereka yang lain ..

Kenapa kena buat entri dan letak header ? Tujuannya adalah untuk mewar-warkan dan meramaikan lagi.. Kalau tak , camana blogger lain nak tau kan ?? Sekadar  mereka yang singgah sini je tau.. Yang tak singgah ? Terlepas peluang untuk korang kenal mereka kan ?

Cukup penerangan ni..  Kalau berminat , kita mulakan .. Diingatkan sekali lagi , aku takkan senaraikan .. korang kena godek sendiri di ruangan komen ini .. Terima kasih :)

Berminat ? Buat satu entri ..

  1. Letak header BEN ASHAARI BLOG

  2. Tajuk , BEN ASHAARI AJAK KENAL BLOG INI #2 .. dan linkkan ke entri ni ..

  3. Ceritakan latar belakang blog korang ..

  4. Tuliskan dari mana anda dapat tau mengenai segmen ini ? Blog mana ? Bagi backlink terhadap blog itu ..

  5. Part ni , menarik .. korang kena kerap edit entri korang tu.. hehe.. Kenapa ? Korang kena masukkan url blog blog yang dah korang lawati tu dan tulis secara ringkas mengenai blog tersebut .. Dan tinggalkan jejak untukdi ruangan blog tersebut untuk beritahu komen anda terhadap blognya .. :) .. Mesti dia nak tau punya kan ?

Susah ? Tak .. Menarik sebenarnya .. Bukan sekadar segmen biasa .. tapi promosi blog korang .. Tutup ? kul 12 malam ini ... Selamat bersegmen !

Oh lupaaa..  Ada contest !! Dan hadiah bonus lagii .. Disebabkan tak ramai berjaya yang menjawab dengan menepati piawaiannya maka diberi hadiah bonus iaitu 'Slimming Manager' ! .. Tips nak jawab , mudah jer.. Soalan yang diberi tu mmg nampak general tapi jawapan tu perlu ada info .. Nak join ? Meh klik SINI

"Saya memahami anda ... "

 

Aku serba salah bila menceritakan perasaan aku pasal ketermengandungan isteri aku tu .. Aku tau ramai rakan rakan pembaca di sini masih ternanti-nanti cahaya mata mereka ..Hurm..

Kita ni , sering mengeluh .. Bila melihat orang lain ketawa gembira , kita rasa cemburu jer .. Cemburu akan kebahagian mereka .. Tapi kita terlupa yang sebenarnya kita pon sama seperti mereka tapi cuma mungkin kebahagiaan kita tu tak nampak ..

2 tahun lebih aku dan wife menunggu ..2 tahun ni , masih singkat tau.. Ada yang sampai 5 ,6 tahun atau lebih dari tu .. Camana perasaan mereka ? Ada yang dah amik anak angkat..

Aku  ? Aku cool jer.. Wife ? Muka dia kelam jer bila dengar kawan kawan dia pregnant.. Bila duduk makan ramai ramai , kawan kawan cerita pasal kandungan mereka... cerita pasal anak anak mereka..  Yang takde bahan ? Nak kata apa ? Senyum simpul je la. Dalam hati ? Allah saja yang mengetahui ..

Itu belum lagi mereka yang sibuk bertanya .. Bila nak ada anak ? Bila nak beranak ?  Dulu , bila aku ditanya begitu, aku jawab ... " Saja simpan makcik.. tak puas honeymoon.. Kang bila ada anak, masa tu baru nak mengatal.. jadi skang ni biarlah mengatal abis abisan dulu " Geram punya hal.. Apa otak tak de ke nak fikir ?? Ingat bab mengandung beranak ni kerja kita ke ? Pakai cucuk je terus mengandung ? Adeh ..

Buat rakan rakan pembaca , cubalah pergi ke pakar .. Yang aku g tu , Dr.Hamid Arshad .. Bila check , ada masalah .. Lepas operation ari tu , barulah ok .. Tapi bukan ok macam tu jer.. kena ada ikhtiar lain.. Berdoa.. makan makanan berzat.. jauhi makanan segera .. Banyak pantang larang ler..

Dan sekarang , masih lagi berhati hati .. Dr.Hamid pesan kandungan masih lagi dalam keadaan lemah .. kena kerap g buat pemeriksaan .. Bermakna aku kerap la g klinik dia nun di Damansara tu ..

Bab duit ? Mungkin ada yang fikir mahal.. Aku rasa harga dia berpatutan .. Mampu dibayar lagi .. Aku rasa Dr.Hamid ni pon lebih pada nak berkhidmat untuk masyarakat je skang ni... Yelah , murah je dia kenakan charge.. Wallahualam..

Selagi bernafas kawan , jangan putus asa .. Aku tak berani nak kata lebih lebih takut nanti ada yang tercalar hati .. Kita sama sama berdoa buat rakan-rakan kita yang masih ternanti cahaya mata yang pertama agar dikurniakan waris buat mereka ..Amin...

InsyaAllah ..

Hah ?? Lelaki kena rogol ? Tolonglah rogol aku!!

 

Wahahaha... pagi pagi buat aku senak perut !! Adoi.. Entah , kebelakangan ini aku suka tengok keyword yang tersangkut di blog aku ni melalui HITSTAT.COM .. Best woo.. macam macam ada ...

Tuu .. tajuk tu... antara keywordnya .. Mmg aku pernah buat entri berkaitan lelaki kena rogol ni berdasarkan satu artikal berita satu tika dulu .. Tak sangka lak ada orang yang dok mencarinya .. Gila ke apa ?

Ok.. jom tengok keyword semalam punya ... Baekk punya woo..

  1. seluar dalam jarang ( ni mesti baru nak kawin ni.. yelah , nak kena buat tiger show .. tapi tak pasti la laki ke perempuan yang nak pakai.. Sat nak bayang kalau lelaki pakai ... Eyeeekkkkkkk's )
  2. awek melayu bertudung badan cun ( aku kata dah.. ada spesis jantan suka tengok gitu.. dan ada spesis perempuan pon mmg suka tayang badan dia tu.. percuma weh.. nikmatilah wahai lelaki  selagi badannya belum gelebeh ! )
  3. bontot akak (adik oiiiiiiiiiiii... yang g cari bontot akak ni pasai pa ???? Nak size camana ?? Ala ala padat satu kerusi atau ala ala ziana zain tu ? hahaha... sori kak ziana ... hehe)
  4. bau seluar dalam perempuan ( tu diaaa... ada orang yang tak boleh bernafas tanpa bau seluar dalam perempuan.. gamaknya ada bekalan oksigen kot kat situ ? )
  5. lucah-lucah ( ni ujang je ada ... hahahaha )
  6. cerita tengok adik perempuan kencing ( Ya Allah... ni mesti terpengaruh tengok anjing atau kucing kencing.. tu pasal boleh terfikir sampai gitu sekali.. Gila betul laaa )
  7. kenapa lelaki curang ( ni aku rasa si epal dok cari ni ... dia suka sangat buat entri lelaki curang .. Orang yang suka mencari kecurangan orang lain adalah orang yang suka mencurang.. hahaha )
  8. terlupa baca niat puasa ( lohh.. puasa je la dik oi.. kalau dah bangun sahur tu , sah sah dah berniat nak berpuasa.. Mana ada orang bangun sahur sebab nak g shopping kan ? )
  9. redmummy vs ben ashaari ( huih.. sapa redmummy ni ? )
  10. bonus raya 2011 kakitangan kontrak ( insyaAllah dapat puan .. jangan membazir yer )
  11. mat rempit mati ( innalillah ... tu laaa.. bagi motor tu untuk g kerja.. yang g merempit sapa suruh ? kan dah tak sempat beraya )
  12. kumpulan pearl aku tak bersalah ( kumpulan pearl mana ni dik oiiii ??  Kalau kumpulan pom pom girl tu , sah sah tak bersalah.. hahaha )
  13. ayat minta maaf dgn awek ( Ler.. ni nak tulis kad raya ke apa ?? Apa susah .. " Sayang , kanda minta maaf.. Maafkanlah kanda kerana tercurang dengan kawan baik sayang .. InsyaAllah kanda cuba sedaya upaya untuk tidak curang lagi tahun depan.. Untuk tahun ni , biarlah kanda curang sepuas puasnya yer? "
  14. tips badan sasa ( Dik , abang sendiri pon dah boroi !! )
  15. aku nak awek ( Aku pun nak gak.. boleh ? )
  16. tengok video lucah online ( jangan lupa ajak aku .. leh sama sama kumpul dosa .. )
  17. lelaki kena rogol ( lelaki rogol lelaki atau perempuan rogol lelaki ni ? )
  18. ben ashaari xfollow blog ( ni paling kejam !! kejam !!!!! wargkhhhh )
  19. wanita tidak suka lelaki berbadan tegap ( suka boroi kann .. abe ben boroi dah .. mesti suka punya.. kan kan .. hahaha )
  20. tekanan darah normal berapa ( tekanan darah normal bila semua gadis dah tak pakai baju ketat ketat , nampak lurah dada dan juga lurah bontot.. okeh !!! )

Sekian .. jangan marah .. sekadar gurauan di pagi hari..  :)

Tips tinggikan Earnings dalam NUFFNANG dan INNITY ..

 

Kelmarin aku ada hantar ticket ke INNITY menanyakan beberapa perkara ... Tidak lama kemudian , aku menerima email balasan .. Dan aku memahami bagaimana mereka memperolehi pendapatan tinggi dalam iklan mereka ..

Segalanya terletak pada entri korang ! Mereka yang banyak 'bermain' dengan SEO ini memang akan berpeluang tinggi untuk mendapat $$ dalam earnings dan juga iklan !! Mereka ini bukan dalam kategori blog yang lebih bersifat peribadi .. Kadang kadang jer baru punya entri bersifat peribadi..

Mereka mempelbagaikan kategori dalam blog mereka .. Sebab itulah mereka dapat tinggi .. Manakala blog bersifat peribadi yang mana banyak bercerita mengenai kehidupan mereka , mmg susah nak dapat iklan .. Kenapa ? Pemberian iklan berdasarkan kekuatan blog tersebut dan bukannya TRAFIK !

Jadi kalau korang nak 'kaya' sekejap ,bolehlah pelbagaikan menu dalam blog korang tu .. Cuma nanti korang akan terasa 'kehilangan' sesuatu yang mana aku pernah merasainya .. Tak caya ? Buat la .. nanti korang merasainya walapun korang tengok $$ meletop letop ..

" Aku ini bloggerkah ?? "

" Ben , ADVERTLETS tak bayar eh duit iklan ?? "

 

image

Bukti bahawa ADVERTLETS membuat pembayaran .. Jika korang punya dah cukup atau lebih RM100 dan dah buat cashout , pastikan korang dah isi no akaun bank di personal details tu kemudian emailkan mengenai pengemaskinian tersebut  ke ADVERLETS di info@advertlets.com ..

Ingat ... apa tujuan korang buat blog .. Korang blogger atau bekerja dengan pengiklan ?

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI