Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 13 Ogos 2011

Blog yang confirm aku singgah hari hari ..

 

Ada pembaca bertanya pada aku .. blog yang mana sering aku singgah dan memberikan entri entri yang berkesan untuk aku baca .. Hurmm..

Sebenarnya ada banyak blog yang aku suka singgah tetapi takkan aku nak tulis semua kan ? Kang ada yang terlepas pandang , merajuk la pulak kan ?

Hurmm .. korang nak tau ? Jadi untuk malam ni , aku nk kongsi ngan korang satu blog dulu ... ok ? Jom... korang g tengok sendiri kenapa aku suka singgah blognya ..

Jommm .. http://bit.ly/qOOJj5

Oh cincin kawin ..

Rezeki sungguh.. Ni yg dikatakan rezeki anak .. Cincin nikah milik wife hyg dah berbulan lamanya hilang , jumpa semula di rumah adik ipar.. huhu.. Alhamdulillah..kalau tak , WAH CHAN jugak nanti !
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sesuatu yang amat aku kecewa melibatkan blogger baru ..

 

"Abang Ben otai , boleh la cakap bom bang bom bang ... Dah naik... Senang la "

Hurm ... Senang ke ? Otai ke ? Kalau otai , aku tulis satu entri sebulan dah memadai .. Cukup.. Pastu trafik masuk beribu ribu sehari .. Dasatkan ? Tu baru dasat ... Aku punya ? Tahap kelat jer ..

Bang , aku bermula bawah .. namun aku dah punya perancangan teliti .. Apa yang perlu aku buat dengan blog dan juga FACEBOOK aku tuh .. Tadi ada rakan blogger kata , ada orang marah sbb semakkan wall dia.. semakkan email dia.. Kalau dia marah , suruh dia remove kita .. Apa susah ??? Dia guna FB pon free je.. bukan kena bayar .. kan ? Mmg la personal tapi kalau benar nak personal , kasi rejek la orang orang yang tak berkenaan.. Tutup cerita ! Mudah kan ?

Aku pon kena maki gak dulu tapi ada aku nak kisah ? Aku remove je sapa sapa yang tak suka .. Ramai lagi ada .. Nak lagi mudah , aku masuk group blogger , aku add blogger .. sah sah diorg rela .. kan ?

Jadi dengan sedikit demi sedikit.. Dengan pelbagai kecaman dan pujian aku terima namun tidak sedikit pon membuatkan aku lupa diri mahupun patah semangat .. Selagi belum sampai matlamat aku , selagi itu aku berkayuh ..

Pengalaman mematangkan aku .. Aku tak salahkan sahabat tersebut .. Aku dulu berpandangan seperti dia dan ternyata aku salah ! Cuma tika tu , padangan aku tu dibalas dengan entri yang cukup sinis .. Dan sememangnya bagi aku blogger tersebut tidak menunjukkan langsung kematangannya dalam menegur blogger blogger baru malah menunjukkan taringnya sebagai blogger handalan ..

Kecewa ? Tidak langsung kerana aku punya perancangan aku sendiri untuk berjalan naik ke kemuncak .. Biar lambat .. yang penting aku berusaha untuk tidak angkuh dan riak ..

Otai atau tidak , semuanya terletak pada kemahuan diri .. Otai pon manusia .. Mereka belajar dan mengkaji .. Mereka punya pengalaman yang mendewasakan mereka .. Korang ? Bukan tak boleh tetapi terlalu mengagumi mereka yang bergelar otai .. Hormat kerana seniority ok la.. tak perlu sampai nak bagi tabik spring .. Namun paling bagus adalah perkongsian pendapat ...

Sekadar pendapat aku .. Aku kecewa dengan mereka yang selalu meletakkan diri mereka di satu level yang lebih rendah dari mereka yang punya status otai padahal bonsai jer ..

Bila ada blogger dapat RM10k dari blogging !!

 

Maka ,

imageWahh... Betul ke ada blogger dapat 10k ??? Waahh syiok gitu !! Maka dengan pantas berita tersebar ... Sapa yang yang dapat tu ?? Nak tau camana dia boleh dapat ..

Hasilnya , esok blog jadi majalah hiburan ... Esok blog jadi suratkhabar online .. Kepuasan ? Tak kisah laa.. yang penting , MASYUKKKK....

Hari ni masyuk .. esok ? Lusa? Dan seterusnya ? Maka terlupa dah dosa pahala dalam penulisan kerana mengejar MASYUKKKKK... kan ? Betul tak , betul tak ?

:) Sekadar pengalaman yang mematangkan aku .. Tiada lagi yang lebih puas bila mereka mengucapkan ' TERIMA KASIH BEN ATAS ENTRI ITU ' ... seolah baru lepas sedekah berjuta ringgit ke tabung masjid perasaannya ..

Sekadar nasihat buat teman , blogger baru ..

 

Salam sahabat sekalian ..

Bloggers ? Dah berapa lama bergelar blogger ? Tak per , tak kira lama atau baru  .. kita sama sama blogger .. Sama sama bercerita tentang cerita ... Tak kisah la apa pon jenis cerita , pasti akan ada yang membacanya walaupun seorang .. Bersyukurlah kerana kita bukannya selebriti yang mana tulis apa pon , berduyun membacanya .. Yang penting adalah isi kandungannya.. Walaupun sebaris ayat saja yang 'berisi' dan selebihnya mengarut , berdoalah agar mereka memahaminya ..

Sahabat ,

Sebelum aku ' sampai ' di sini , aku seperti korang gak .. Punya satu perasaan yang tidak puashati mengenai blogger blogger yang 'pepeler dan femes emes gitu ..

Perasaan aku itu cumalah pelik , 'Bagaimana mereka boleh jadi segah gitu ??? ' .. Camana mereka lakukan ? Kalau tanya , pasti tak dilayan..Maklumlah , aku cuma menulis tentang perasaan aku.. Takde kaitan dengan dunia peragaan , fesyen , tutorial atau sebagainya.. Cuma mengarut dan bersegmen saja entri aku .. Sapa nak layan aku masa tu ??

Marah ? Bengang ? Sakit hati ? Serius , aku rasa semua tu .. Bila rasa gitu , aku update dalam blog .. Korang tau apa aku rasa lepas tu .. Lega giler.. Pastu aku rasa sangat BERDOSA !! Kenapa ??

Kenapa aku rasa berdosa ? Bukan rasa je.. Tapi mmg berdosa pon ! Sbbnya aku tak tau cerita sebenarnya .. Aku tak tau apakah mereka membacanya atau pon tidak .. Mana tau diorng bz ? Diorg tak mengadap laptop sekerap aku tika itu ?? Astagfirullah al 'azim .. Dasat betul bisikan syaitan .. Terpengaruh betul aku ..

Apatah lagi dengan 'hasutan' blogger blogger yang sama level dengan aku tika itu .. Sama sama berdengki khianat bila melihat blog blog lain yang jauh popular padahal 'takde apa pon ' !

Sahabat ,

Perasan gitu sebenarnya merosakkan hati kita .. Percayalah , bila dengan rasa begitu , setiap penulisan kita ibarat mencakar cakar kertas  saja.. Lebih pada melepaskan rasa geram .. mengandungi rasa benci.. berbaur cemburu... Kemana perginya kalau begitu kandungannya ? Mereka membacanya kita yang berdosa .. Dosa ada hukumannya.. Ada balasanya .. Bukan sekadar satu catatan kemudian hilang begitu saja tau !

Apa yang aku buat , ialah muhasabah diri sendiri.. Kenali diri sendiri.. Aku terlampau jauh tergelincir.. Buat entri mengarut sehinggakan ramai pembaca lari padahal sebelum itu menyukai penulisan aku walaupun hanya bercerita tentang roti canai !

Aku kembali ke cara lama aku .. Tulis dengan berbicara dengan pembaca aku .. Aku lebih senang gitu .. Walaupun tak ramai suka , tapi aku lebih senang gitu .. Yang penting setiap entri aku selitkan pengajaran kehidupan ini ..

Sahabat ,

Dari isikan hati kita dengan bintik bintik hitam , lebih baik kita sama sama berkongsi pengalaman kehidupan kita ini dengan penyampaian yaang berbeza .. Cerita kita takkan sama.. 'Perbualan' kita pasti berbeza .. Yang menariknya , kita sama sama blogger ..

Sahabat ,

Kita buat blog ni bukan nak amik kesempatan terhadap orang lain.. Kita bukan nak kejar populariti .. Kita bukan nak jadi artis.. kita bukan nak dijunjung atau disanjung tapi kita nak 'berkongsi' .. Itu yang menariknya kan ?

Sahabat ,

Akhir kata ... Kita sama sama perbaiki apa yang kurang .. Amik yang baik ,tegur yang buruk . Kita sama je , bezanya hanya tuah saja... Mungkin sekarang tuah aku.. Esok lusa , tuah korang .. Masa tu , segala pengalaman hidup sebagai blogger berguna untuk dijadikan perisai.. Bayangkan kalau sewaktu dulu kita bermusuhan dengan blogger yang lain.. Bukankah masa mereka untuk 'serang' korang lak ?  Dunia ni satu putaran .. dan sesungguhnya Allah Maha Adil lagi Maha Berkuasa .. Kita ni sekadar hambaNya yang hina saja ...

USAHA , KREATIF , SABAR , UNIK  !

Kenapa perlu iri hati dengan kejayaan orang lain ? Tika mereka mencangkul , awak berdengkur ... Tika mereka berdengkur , awak berpoya poya .. Tika mereka berfikir , awak ketawa .. Tika awak berfikir , mereka dah lama melakukannya ! Salahkan diri sendiri kerana terleka ..

Yang kau rogol dan simbah asid tu , anak orang !

 

Ya Allah .. makin kejam manusia ni .. Kalau dulu kita sering kata , yang suka buat jahat ni , orang luar .. bukan orang kita .. Semalam kat buletin TV3 , kes yang rompak bunuh di Perak tu dipercayai dilakukan oleh remaja yang berumur 20an .. Walaupun dia tutup muka tapi dah tau bangsa apa yang buat kerja tu !! Haih...

Punca ? Takde keje .. Nak duit .. Nak berpoya poya ? Beli dadah ? Tu antara punca berlakunya jenayah .. Aku tak rasa dia nak duit untuk makan .. Kalau nak makan , dia menadah tangan kat tepi jalan , pasti dapat punya .. lepas makan untuk waktu tu.. Haih..

Terbaru , aku terbaca di FACEBOOK yang mana ada rakan sharekan satu berita mengenai seorang wanita berumur 30an di Wangsa Maju, yang baru pulang dari membeli juadah berbuka puasa , dirompak dirogol dan disimbah asid !! Astagfirullah al'azim !! Kejam sungguh manusia .. ( BHARIAN )

Best partnya , ada yang komen kata , " PADAN MUKA .. MMG PATUT DIBUAT GITU !"  Lebih kurang la.. Aku baca lagi komen dia .. Hurm.. Mesti pernah kecewa dengan perempuan ..

Perempuan tu anak seseorang .. Kita ni anak seseorang .. Dikandung , dibela , dijaga sejak kecil kecil lagi .. Pasti dianiaya ??? Mak bapak kita punya la nak bagi anak membesar dengan sihat pastu dianiaya dek orang ? Apa ni ?? Di mana sifat keperimanusiaan ?

Hurm... Makin lama makin tak selamat Malaysia .. Kadar jenayah berat makin banyak kebelakangan ini .. Kenapakah ini berlaku ? Jangan aku .. Jangan tengok Mazidul .. Jangan tengok Karam Singh Walia .. Dah tu nak tengok sapa ? Tengok diri sendiri ..

Kenapa perlu ada dengki kalau tak mampu memiliki ?

 

Astagfirullah al'azim ... Haih... sedih aku .. Syaitan dah kena belenggu di bulan Ramadhan .. Jadi apa yang tinggal di hati kita adalah kita sebenarnya .. Kalau masih punya perasaan hasad , siapakah yang membisiknya ?? Pastinya itulah 'kita' !

Ada rakan blogger yang bagitau aku di FACEBOOK .. Haih.. sedih tu tak cuma kenapa sampai pk begitu sekali ? Hurm.. Aku nak je letak  gambar tu kat sini tapi akan jadi isu nanti.. Malas nak bersikap kebudak-budakkan ..

Apa yang aku pasti ,ada je yang tak puashati bila ramai PEREMPUAN dok keluar masuk kat blog aku dan juga di FACEBOOK.. Bila dah ada perasaan hasad tu , lalu dijadikan status dan keluarkan pelbagai komen .. Menarik kan ?

Kenapa perlu bandingkan blog aku dengan blog orang lain ? Orang lain , orang lain laa.. Aku punya aku la .. aku nak tulis berapa ribu entri , aku punya pasal la... Dan aku mmg suka menulis atau membebel kat sini .. Yang suruh masuk tu kenapa ? Pelik aihhh perangai.. Kalah yahudi ! Yahudi ni kalau cemburu , dia tak kutuk .. tapi dia buat lagi bagus untuk mengatasi kita , tahu tak ? Aiseman.. bikin malu bangsa je !

Korang tau pasal ? Satu je aku rasa motif dia.. Dia tak selesa bila ramai perempuan add aku di FACEBOOK.. Kalau aku add lelaki , aku kena gak .. Kata aku gay .. Diorng ni otak letak kat lutut.. Meh sini aku ajar cara cara nak tarik pembaca dari pelbagai golongan ..

Aku ada 3 akaun .. 1 , BEN ASHAARI II  , ada 5 ribu friends (yang terlebih dahulu wujud dan sebelum tu ada tapi kena banned dah .. pun 5 ribu friends) .. Akaun ni , majoriti terdiri dari rakan lama dan juga rakan rakan maya yang punya pelbagai profesion dan pastinya bukan aktif blogger tetapi aktif di FB .. 

BEN ASHAARI , ada 5 ribu friends .. Yang ni majoriti adalah bloggers ..  Yang ni paling senang nak dapat pembaca setia .. Asal post je , ramai masuk .. Atau bila komen , mereka aktif membalasnya ..

BEN ASHAARI JR .. Hampir 1 ribu .. Yang ni , majoriti adalah model model shawls .. Dan kebelakangan ni ramai blogger baru .. termasuk si PHD yang aku dah remove !

Ok.. meh sini aku bukak rahsia kenapa aku add atau accept mereka ..  Setelah aku buat pelbagaji kajian , aku berpendapat WANITA suka membaca blog di waktu mereka punya masa lapang berbanding lelaki yang lebih suka bersurfing atau main game di waktu masa lapang .. Dan lelaki gemarkan topik topik yang berat manakala perempuan lebih suka santai ..

Belajarlah kaji permintaan pembaca kita di blog .. barulah ubah strategi promosi blog , sedikit demi sedikit .. Tak perlu nak kelam kabut ...

Hurm.. Entri ni bukan penjelasan terhadap 'status ' dia tu.. Orang macam dia tu , hari hari wujud .. Lama dah aku sedar semua ni.. Aku nak kata lebih lebih , aku pon bukan baik sangat kan ? Cuma satu je aku boleh kata , KITA TAKKAN BOLEH BERJAYA KALAU HANYA TAU MENCARI SILAP ORANG LAIN ..

Selamat Berpuasa.. Sekali lagi .. Selamat Berpuasa .. Bukan tahan lapar atau dahaga saja yer..

Bayi sujud dalam kandungan ..

 

 

Perhatikan sebelum dan selepas Ayat suci Al-quran dipasangkan ..AllahuAkbar ..

Azan & iqamah kpd telinga anak yang baru lahir?

 

Wanita dirawat doktor lelaki?

 

Tempohari ada pertanyaan berkaitan dengan perubatan yang melibatkan jantina ... Hurm..

Pulau-Pinang melarang pembesar suara waktu subuh. Kenapa ?

 

Dengar dan fahami kenapa dan mengapa ..

 

 

Jangan cepat melenting...

Camana nak dapat ramai pembaca blog ?

 

Dulu aku berpegang , TRAFIK adalah PEMBACA .. Tapi aku terpaksa buang pegangan aku itu !! Kenapa ?? Kebelakangan ini , TRAFIK ada dua .. Satu , asli .. Dua , palsu .. 

Asli ? Yang korang nampak setiap hari masuk.. dia baca .. kemudian dia keluar .. Sebelum dia keluar , ada diantara mereka ini meninggalkan komen.. Ada tak tinggal gak .. Jika entri kita itu menarik , dia akan tinggalkan jejak dengan klik LIKE di entri kita itu .. Itu pon jika kita pasang butang LIKE itu ..

Palsu ?? Aku rasa mereka yang terlibat ini tau akan apa maksud aku .. Mereka tak kisah bab ni asalkan niat mereka tercapai .. Aku tak nak pertikaikan bab ni.. Masing masing punya 'buku rekod' ..

Kelmarin aku ada buat satu entri berkenaan sebuah blog yang tinggi trafiknya .. Trafiknya ini adalah sangat asli .. Kenapa ? Mereka masuk dengan 'mencarinya' ! Apa yang mereka cari ? Infomasi yang berguna buat mereka dan keluarga mereka.. Pergh.. pahala sungguh untuk si blogger itu ..

Kemudian ada yang membandingkan blog yang aku kagumi itu dengan sebuah blog lain .. Blog tu lak , aku pernah masuk sekali saja.. Dan ianya menceritakan kisah dia dan cintanya .. Fikir sendiri la yer.. Aku tak nak komen ..

Infomasi .. sesebuah blog yang bagus akan menyelitkan infomasi .. Ibarat sebidang tanah yang kecik , jika kita bina rumah di atas tanah itu tanpa menginggalkan sedikit ruang langsung untuk menanam sayuran atau pokok untuk menyejukkan rumah , pasti tak best kan ?

Tak kisah la.. Hak masing masing .. aku tak nak dan tak berminak nak pertikaikan .. Ok .. skang ni aku nak bantu seorang rakan blogger yang mintak padangan aku bagaimana nak dapatkan pembaca yang setia di blog kita ..

Macam kita tau , pembaca setia ni ada dua .. Diam dan menunjukkan muka .. Macam aku pernah buat entri dalam blog ni dulu , paling penting adalah promosi .. Apakah itu promosi ??

" Hi , saya BEN ASHAARI ... '

Kat mana korang nak perkenalkan diri korang ? Tu korang kena ada perancangan .. Kena bijak tau di mana ada madu .. di mana ada lubuk , kat situ korang pergi .. Jangan malu tapi jangan perbodohkan diri ..

Kedua ..

" Inilah karya saya .. "

Apa yang korang bawak untuk dijual kepada pembaca yang pertama kali mengenali korang .. Ini sangat penting dalam mencuri hati mereka untuk pertama kali .. Kalau gagal pertama kali , kali kedua adalah penting .. Ingat , jangan jual karipap basi ! Bawak karipap yang segar dan panas .. Pastikan intinya bisa membeliakkan mata si pembeli ..

Ini adalah tips buat blogger yang berblog dengan entri peribadi .. Jika nak mudah , korang buat entri entri yang mana isunya pasti meletop hari ini dan keesokkan harinya .. Kat sini , korang kena bejalar bagaimana nak jadi broker saham .. Belajar menganalisa kehendak pembaca dan pengguna internet .. Jika kena , korang 'kaya' .. Tak kena hari ini , esok lusa mesti kena .. Takkan rugi punya .. Ini dipanggil entri berbentuk SEO ..

Kesimpulan .. Untuk mencuri hati pembaca , blog mesti menarik , entri mesti 'bijak' , promosi mesti kena masa , tempat dan keadaan .. Tak susahkan ? Susah ! Sbbnya , korang kena sabar .. Tang sabar inilah ramai gagal !

Selamat berusaha ...

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI