Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 17 Ogos 2011

Anda ISLAM ? Mereka pun ISLAM juga..

 

Tonton video ni dari mula.. lihatlah betapa saudara Islam kita di Arab sana berbelanja duit mereka ke arah duniawi .. Sedangkan di sebelah sana lagi sedang menderita kebuluran ..

Susah sangatkah untuk kita bersedekah pada mereka ? Dari buang duit beli baju , kasut yang dah berlambak lambak tu !! Baik kita sedekahkan pada SAUDARA ISLAM kita di sana !!

Susah ke ? Tak .. mudah jer .. Klik SINI .. Hebahkanlah wahai saudara ku.. Walaupun tidak menjanjikan TRAFIK tapi sekurangnya kita dah membantu saudara kita secara tidak langsung !

Sapa mau trafik percuma ? Baek punyaaa !!

 

 

Rasa-rasa berapa banyak kita membazir duit hari ni dengan membeli juadah berbuka tapi tak abis makan ? Cuba tengok video ni .. dan kita sama sama fikirkan kembali ..

Nilah masanya nak menambah trafik kita ... Klik SINI jika nak mengetahui dengan lebih lanjut ..

Salam Aidilfitri dari Nurul , si artis ...

 

image

Woww.. peeewitttt... ehemm.. weeeeee... guullpppp... Salam Aidilfitri juga pada Nurul .. Cantik bodi... sesuai sungguh pakai di hari raya ..

Teringat kat seorang artis di tahun 90'an ... Mmg mantapp bodi dia .. Tiba-tiba eksiden ... Sekelip mata berubah .. Hurm.... Sama sama kita fikirkan yer ..

Sumber : Dezaman

Segmen : PENDAPAT SAYA IALAH ..

 

Tadi aku ada buat satu entri berkaitan MENGAPA LELAKI CURANG ( link ) , maka sekarang aku nak kita semua berkongsi pendapat .. Hehehe.. MENGAPA WANITA CURANG ????

Pendapat yang paling best , logik , masuk akal , bernas serta lain dari yang lain akan diangkat sebagai blogger PILIHAN dalam entri yang akan datang .. Kira akan dipromosi la blognya .. Tu pon kalau berminat ..

Jom mulakan ...

  1. Buat satu entri .. Letak header BEN ASHAARI blog ..
  2. Tajuk : BEN ASHAARI, PENDAPAT SAYA IALAH dan linkan ke entri ini..
  3. Kemudian  di ruangan komen entri ni , korang beri pendapat korang dan tinggalkan url entri korang . Hanya yang buat entri saja serta tinggalkan komen di ruangan komen ini saja akan dikira.. Kalau buat kat entri korang , tak kira .. ok ?

Tutup , jam 11 malam ni ...  Terima kasih ...

Maaflah sayang , aku dah cuba yang terbaik !

 

Alhamdulillah.. nak sapu lens dslr .. Asik guna basic jer.. mana aci.. Raya tak raya.. aku nak beli gak.. Rezeki lebih bulan ni ... huhu.. nak sambar ipad lagi.. wow !!

Huh.. wife dah jeling ...

"Dah dah .. ASB !!! Pantang ada duit .. nak membeli aja ! " .. bebel dah orang rumah ..

" Ok apa beli menda tu dari simpan wat kawin lagi satu ?? " Ayat pemusnah kehidupan aku berikan pada wife ..

" Simpan simpan la duit tu .. ni rezeki baby tau.. Tak perasan ke , sejak tau 'berisi' ni , rezeki melimpah je.. "  Wife terus memujuk ..

"Bukan apa.. semalam mimpi.. 'si kecik' tu pesan suruh belikan lens ngan ipad.. kira nanti dah lahir , dia nak main semua tu.. takde la kelam kabut nak beli .. kan ? "

"Takde masa nak layan ! ASB !!! "

Hampa lagi.. hanya mampu memandang butik Nikon semalam sewaktu lalu depannya di ALAMANDA ... Bye bye lens.. Aku dah cuba yang terbaik !

" Abang , sejuk laaa " Entri 18SX !!

 

Khas buat yang dah kawin ! Yang belum kawin , sila pangkah !! SEGERA ! Cepat la pangkah !! Selagi diorng tak pangkah , aku tamo cerita ... Lalalallala.. Cepat laaaa...

Dah ? Haaa... aku cerita eh ... Gini ceritanya , jeng jeng jeng .. Sedang aku dok melepak bersama wife , dia dok layan tv manakala aku cam biasa .. layan blog .. Tetap disebelah ok ! Tak leh biar dia duk sorang sorang .. Bukan per , kang dia nak apa apa , aku la g tolong amikkan .. Baik aku kan ? Eceh.. ada cam Seth Tan ? Muhahaha..

Sedang lepak tu , ops.. Nak bagitau korang .. aku ni spesis berdarah dracula.. Kira panas senantiasa.. Sejuk camana pon , panas gak.. Kononnya la.. huhu . Maka inilah dialognya ..

" Bang , sejuk laa... "

" Aik , sejuk ? Ni macam duduk sebelah matahari ni boleh kata sejuk ? "

" Mengigil dah ni.. "

" Yelah , yelah ... " Aku bingkas bangun ..

" Nak g mana tu ? "

" Nak g buat unggun api.. kasi kurang sejuk skit .. "

" Arghhh... Mai la sini la peluk ! " (kira tiru style omputih la bila sejuk )

Adegan ini hanya untuk mereka yang dah nikah secara halal di hadapan kadi bertauliah serta dapat sijil nikah sah dan telah menghadiri kursus nikah ...Tolong jangan buat hubungan di luar nikah ! Suruh je bf tu g meminang .. kasi segerakan .. Kang kena kebas .. Ke nak jadi cam YUSRI dan LISA ?

Best woo nikah.. Halal dan tiada takut takut punya ..

Bagaimana AKU menjadi sebuah BLOG ..

image

Andaikata ini adalah aku .. maka inilah aku ..

image

Tapi jika ini aku , maka inilah aku ..

Aku bukanlah PUTIH senantiasa .. dan aku tak nak ada HITAM juga

Biarlah

image

Seimbang .. Kerana kesimbangan inilah menjadikan blog aku ini menarik pembaca ..

Aku takkan cerita yang baik baik saja untuk menunjukkan betapa mulianya aku ini .. Dan aku takkan cerita yang buruk kerana akan memberi kesan pada pembaca ..

Sebaiknya biarlah bersederhana dan paling penting jaga batasan.. Itu yang cuba aku tonjolkan dalam blog ini .. Aku bukan malaikat dan aku tak nak jadi syaitan !

Kenapa LELAKI curang ?????

 

Berikut adalah mengapa dikatakan lelaki curang ..

  • Perempuan tak reti nak belai lelaki ?

  • Perempuan tu jenis hati rock ?

  • Perempuan tak pandai bergaya ?

  • Perempuan sendiri yang mengoda lelaki ?

  • Atau ??

  • Oh.. lelaki tak reti bersyukur !

Aku pasti ramai akan pilih LELAKI TAK RETI BERSYUKUR kan ? Hurm.. Kenapa yer ? Macam macam sebab ada kan ? Zaman sekarang ni terlalu terbuka .. Tak kira lelaki atau perempuan , segalanya terbuka.. Amik contoh paling senang .. tempat bekerja .. Haa.. Yang lelaki dan perempuan bergaul tanpa batasan jika tak berhati-hati.. Tak kira anak dara , teruna , laki orang , bini orang .. kalau tak jaga , siap la.. confirm terbabas !

Kenapa LELAKI curang ? Bagi satu jer jawapan ... GODAAN .. Dari mana ? Hehe... Kalau perempuan jaga dirinya , auratnya .. LELAKI gatal , minang camana pon , dengan mudah PEREMPUAN akan menanganinya .. Aurat tak semestinya pakaian tau ! Batasan pergaulan .. Cara pergaulan .. haaa..

Kalau diugutnya , mudah jer.. buat laporan polis .. toksah takut takut .. Sbb takutlah , LELAKI yang jahat berani amik kesempatan .. Aku tak maksudkan perempuan bersalah tapi perempuan memainkan peranan penting dalam isu ini ..

Sedia tau bahawa LELAKI gemar melayan nafsu berbanding perempuan yang lebih gemar melayan perasaan .. Bab nafsu , syaitan mmg gemar membisik ..

Fikir-fikirkan yer .. Boleh ke berbunyi jika sebelah tangan saja beria untuk bertepuk ?

Ben Ashaari bodoh dan Maria Elena poyo

 

Ni keywords semalam ..Carian di google... berkaitan kitorang..

image

Sian kitorang kan ? Huhuh.. sapa laaa yang dok mencari pasal ni yer ? Adoi... kijaammm laaa....

imageAku pernah lepak ngan minah pelik ni satu tika dulu.. Dulu tu tak la..baru baru ni gak la.. baru tu pon tak gak la .. hahaha.. Bulan Mac aritu haa.. Masa tu buat vlog dengan dia ..Nak tengok ? Klik VLOG ..

Mmg tak leh blah la masa tu.. Geram je kena 'main' ngan dia.. huhu...  Nasib baik aku tak berkecimpung dah dalam dunia VLOG ni.. bukan aku punya 'rezeki' kat situ kot.. Aku lebih senang menaip dari bercakap.. hehehe ..

Poyo ke Maria Elena ni ? Poyo ! Hahahaha.. tapi ok sangat orangnya.. Tu je la aku leh komen.. Kang komen lelebih korang kata aku nak ngorat dia lak.. hahaha .. Dangerous mind wooo ...

IKLAN

image

http://islamioparadise.blogspot.com/

1000 online sekali gus di malam hari ?

 

image

Semalam , ada sahabat mengirim email kat aku .. Bagi tau ada isu panas .. Aku buka email tu melalui hp jer.. malas nak buka netbook aku.. huhu ..

" Video berkenaan JAIS menyerbu gereja di Damansara Utama " (link)

Terus aku buka netbook  dan buat entri ringkas mengenai video tersebut dan memberi backlink kepada sahabat aku tu .. Kemudian , naik atas ... bersedia untuk titon ..

Saja aku nak check berapa ramai online ... " 800 ++ " dan terus meningkat .. Aku tengok jumlah Visitors , untuk kali pertamanya tak sampai sejam dah cakap 1000++ dan terus meningkat dengan jayanya ..

Pagi-pagi , aku tengok ..dah lebih 3 ribu lebih UV .. hurmm... Patut la ramai suka main isu panas ni .. Trafik mudah .. huhu... Kalau ikutkan trafik aku ni , kul 4 petang gitu baru leh cecah 4 ribu lebih UV ..

Ini kali kedua blog aku capai 1000 online .. Kali pertama dulu kes kemalangan arwah Achik Spin .. Mmg kaw kaw panas punya .. Hurm.. Dalam entri tu sekadar menyampaikan berita mengenai kemalangan tersebut .. Tu jer .. Tak de gossip gossip punya ar ..

Dan kalau ikutkan aku , hari ni aku tak yah dah update blog langsung .. Aku leh pusing berkali kali entri video tu , tapi aku tak suka.. Aku tetap nak post entri .. Huhu..

Dan tadi , aku ulang kenakalan aku dengan buat entri 'bang bang boom ' rakan rakan .. Hehehhe.. jangan marah yer.. sesekali bergurau , apa salahnya kan ? Takkan nak main isu panas dengan muka berkerut je kan ?

Maksud aku disini ialah , segalanya bukan kerana trafik tetapi adalah kerana minat !

Yusri takkan kawin dengan Lisa Surihani ..

 

image

Perghhh.. tamo kah ? Kalau tamo , aku mo.. hahahaha... Ada gak kena bedal ngan sudip Mat Gebu nanti.. hahaha .. Jom baca apa cerita sebenarnya mereka neh ! PErgh.. aku dah jadi melodi ari ni .. Best gak jadi pengossip sesekali sekala..

"Selepas industri tanah air dihebahkan dengan kisah cinta antara pengarah "Hikayat Merong Mahawangsa", Yusry Abdul Halim dan aktres cantik Lisa Surihani Mohamed yang dikhabarkan bakal ke jinjang pelamin pada tahun 2012, pihak KRU Studios menafikannya sekaligus mengatakan ia hanyalah salah faham.

Dipetik dari akhbar harian tempatan Berita Harian yang bertarikh 13 Ogos 2011, "Buat pertama kali, pengarah KRU Studios, Yusry Abdul Halim, 38, mengakui dirinya sedang bercinta dengan aktres popular, Lisa Surihani Mohamed, 25, sekaligus mengesahkan segala gosip sebelum ini dan jika tiada aral melintang akan ke jinjang pelamin tahun depan."

Berikutan pendedahan eksklusif tersebut, Yusry telah dihujani pelbagai soalan oleh orang ramai yang cuba mendapatkan pengesahan mengenai berita tersebut.

Menurut kenyataan akhbar daripada KRU Studios, Yusry tidak pernah memberikan kenyataan sedemikian dan spekulasi tersebut mungkin terjadi kerana salah faham.

"Walaubagaimanapun Yusry mengakui hubungannya bersama Lisa Surihani semakin serius dan berharap pada satu hari nanti akan sampai ke jinjang pelamin. Malah buat masa ini, Yusry dan Lisa belum pernah berbincang tentang isu perkahwinan."

Menerusi kenyataan tersebut, Yusry turut memohon maaf dan tidak menyalahkan sesiapa atas kekeliruan yang berlaku.

Hubungan Yusry dan aktres "Jangan Pandang Belakang Congkak" hangat diperkatakan sekitar April lalu. Sebelum ini Yusry pernah mendirikan rumahtangga bersama penyanyi dan aktres Erra Fazira. Namun kebahagiaan itu tidak berkekalan dan selepas berkahwin hampir tiga tahun, Yusry dan Erra bercerai pada 16 Jun 2006."

- Yahoo

Pergh.. pakat berebut la pasni .. hahahaha..

Blog yang paling menyampah aku nak masuk pagi pagi hari !

 

image  Design terbaru hanya di www.ctredzuan.com

 

Maaf cakap .. aku lama dah nak menyuarakan perasaan aku ni... tapi tak terluah dek kata kata.. Nanti orang kata aku berlagak otai ! Hurm.. tapi kalau aku tak luahkan , aku risau ramai blogger ikut cara dia dan akhirnya akan menimbulkan isu ketidakpuashatian pada rakan-rakan yang lain ..

Bukan pe , pelik jer.. apasal orang suka masuk blog dia ? Apa yang dia cari kat situ ? Nak kata dia mengayakan shawls atau tudung bawal , tak la pulak ..

Tapi aku tak de pilihan.. terpaksa jengok gak untuk baca isu terbaru yang tah hapa hapa tu .. Grrr... Tak de gak yang best.. masuk tetap kena masuk.. Skodeng sat ... Terpaksa weh !

Nak kutuk ? Penat dah sedekah pahala kat dia .. penatttt.. penaattt... Ok ok .. korang la plak g kutuk dia.. kalau teringin nak sedekah pahala la.. kalau tak , masuk tengok , pastu geleng je pala.. serius ! Confirm geleng punya tengok blog dia.. Dan tolong jangan bagitau aku yang suruh , ok !

Klik SINI untuk ke blog tersebut ! Selamat Hari Raya .. Maaf Zahir dan Batin .

"Encik , staff ke ? "

 

Hadoii.. tau la awak 'berkuasa' penuh .. tapi kalau takat nak wat keje dengan duduk atas kerusi pastu tanya , aku pon nak post tu.. best pe ? Bila orang lalu ,

" Encik / Cik , staff ke ?? "

Grr.. terang terang aku pakai baju koperat kementerian .. Muka pon dah cop muka gomen .. Haih.. nak jer sound balik ..

" Rasa-rasa baju saya tulis TV3 atau JOM HEBOH ke ? "

Atau

" Tak la.. saya nak g KLCC .. Boleh tak lalu sini ? "

Arghhhh.. pagi pagi bikin panas.. Nasib baik la aku puasa .. sabar sabar.. termengumpat je dalam hati..

Yang bertanya tu perempuan muda lak.. Sah baru dapat 'kuasa' .. huhu .. Cam tu la biasanya .. Pantang ada kuasa .. Padahal keje dia pacak kat depan pintu tu..Kalau duduk kat kaunter pengawal keselamatan dan tanya

" Encik , staff ke ? "  , aku pon mauuuuuuuuuuuuuuu..

Nak gantung id card kat leher ngan rantai besi tu ? Muhahahha... Ingat aku FBI ke ? Dah la kad tu huduh .. kalau lawa , mau gak gantung .. cet... Memilih gitu aku.. hahaha !

Video murtad : Segera sebelum didelete ..

Tonton dan nilai sendiri ... Semoga Allah melindungi hamba-hambaNYa ..

Video Jais membuat pemeriksaan di Gereja , baru baru ini .. - sumber : Dezaman

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI