Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 19 Ogos 2011

Lagi pusat urut gay diserbu . Tapi semua dilepaskan !!


Nak kata apa dah ... nak tahan , tak tau atas akta apa dah kan ? Kang tak pasal pasal , ada isu terbaru dalam dunia politik malaysia neh ! Adeh ..

Spiderman 2012 dijangka ditangguhkan kerana ..



SPIDERMAN bz belajar menari untuk join contest MARi MENARI .. 

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh ..


Isu panas ! Dua blogger bergaduh pasal FOLLOWER !


Hadoi... pasal FOLLOWER jer neh ... tu pon nah gaduh !! 

Isu JAIS - GEREJA DUMC .. Kisah sebenar ?

 

*Sekadar renungan. Kesahihanya  tidak dapat dipastikan Sumber dari email dlm bentuk pdf.

 

PENJELASAN MENGENAI OPERASI PEMERIKSAAN ORANG ISLAM DI GEREJA DUMC

image

PENDAHALUAN

Kisah ini adalah penjelasan lengkap mengenai operasi pemeriksaan 12 orang Islam di gereja yang dijalankan pada 2 Ogos 2011 beralamat di Dewan 3, Damansara Utama Methodist Church (Dream Center) Jalan 13/1, Seksyen 13 ,46700 Petaling Jaya, Selangor DE.


LATAR BELAKANG
Pemeriksaan dibuat berdasarkan maklumat awam yang mendakwa berlakunya jemputan beberapa orang Islam ke Majlis Berbuka Puasa yang dinamakan 'Thanksgiving Diner Program Itenary' seperti alamat di atas.

Tindakan berdasarkan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) Tahun 1955 iaitu Menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam.

Siasatan juga dibuat mengikut Enakmen agama bukan Islam (Kawalan Perkembangan di kalangan orang Islam ) Negeri Selangor tahun 1988.

Program ini disyaki bertujuan untuk menyambut orang islam berbuka puasa dan meraikan Thanksgiving.

Operasi ini disertai oleh 13 Pegawai Penguatkuasa Agama - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan dibantu oleh sepasukan Polis Diraja Malaysia seramai 20 orang daripada IPD Petaling Jaya dan Sea Park.

PERLAKSANAAN OPERASI

- Taklimat dibuat di pejabat JAIS pada jam 8.40 malam

- Bergerak ke lokasi dan tiba jam 9.30 malam.

- Tiba di lokasi keadaan di kawasan tersebut adalah tenang dan anggota terus bergerak ke Dewan 3.

- Jam 9.45 anggota masuk ke dewan. 100 orang ada di dalam dewan.

Semasa pemeriksaan, kelihatan seorang pemuda telah melakukan pengucapan awam di atas pentas, di depan tetamu yang hadir.
Anggota didatangi oleh wanita bernama tag 'Sofea' dan meminta anggota membuat perbincangan di luar dewan.

Anggota PDRM dan JAIS yang telah memasuki dewan diminta keluar sambil diberi arahan untuk menghormati majlis tersebut kerana dihadiri oleh beberapa orang kenamaan. Selain itu, mereka menyatakan bahawa tempat tersebut adalah tempat persendirian dan mereka mempunyai hak ke atas kawasan.

Sedikit pertelingkahan berlaku antara anggota dan penganjur.
Anggota telah meminta buku pendaftaran peserta program untuk memeriksa kehadiran orang Islam di majlis tersebut. pada awalnya, penganjur memberitahu tiada orang Islam hadir di majlis tersebut.

Maklumat Pendaftaran diperolehi tanpa kerjasama dari penganjur. Anggota akhirnya memperolehi tentatif program. Terdapat di dalam tentatif tersebut nyanyian lagu 'Alhamdulillah dan Allahuakbar'.

Terdapat juga satu borang kuiz Islam yang disyaki diedarkan kepada peserta yang hadir.

 

image

image

Sementara itu, anggota yang menjaga pintu dibelakang premis mendapati beberapa orang yang disyaki orang Islam cuba dibawa keluar oleh penganjur melalui pintu belakang.

Setelah berbincang selama hampir sejam, mereka bersetuju untuk membenarkan pemeriksaan dibuat selepas majlis tamat dan pemeriksaan ke atas individu dibuat selepas peserta keluar dari dewan.

image

12 ORANG ISLAM YANG DIKENALPASTI

1) Nadeane binti Che Mohd Salleh (Sofea) .

IC : 79xxxx-01-6094

2) Muhammad Khairul Dhillon bin Abdullah

IC : 69xxxx-08-6039

3) Ina Reima Fitriza binti Mahadzir

IC : 85xxxx-71-5018

4) Ade Andrian Putra bin Mahadzir

IC : 94xxxx-02-5609

5) Nea Reima Mareana binti Mahadzir

IC : 90xxxx-02-5778

6) Rasyidah binti Abd Razak

IC : 77xxxx-01-5908

7) Nur Umrah binti Abd Razak

IC : 95xxxx-01-6002

8) Mohd Haslan bin Bob Hasnan

IC : 80xxxx-10-5045

9) Faridah Binti Abdul Rahman

IC : 71xxxx-12-5478

10) Nur Al Ashikin bt Shaikh Dawood

IC : 72xxxx-10-5072

11) Faridah bt Abdul Latep

IC : 72xxxx-71-5256

12) Sahrunida bt Assad

IC : 81xxxx-08-6246


Nota : Terdapat ibu bapa yang beragama Islam membawa anak-anak kecil.

ELEMEN YANG MENIMBULKAN SYAK
Jemputan secara tertutup walaupun peserta yang ingin hadir itu di kalangan orang yang bukan Islam.

Peserta Islam (3 orang) dibawa keluar jalan belakang secara senyap.
Nyanyian 'Alhamdulillah dan Allahuakbar' dilakukan di tempat yang tidak sepatutnya (gereja).

Soalan kuiz Islam yang diberikan kepada peserta yang hadir.
Majlis tersebut disyaki bertujuan untuk menarik orang Islam kerana terdapat ciri-ciri tarikan seperti ;

- Bunga manggar diletakkan di pintu masuk dewan.

- Baju yang dipakai oleh bukan Islam adalah baju kebaya, kebangsaan dan kurung.

- Cebisan soalan kuiz yang dikoyakkan oleh penganjur.

- Majlis diadakan di premis kristus.

- Malah seorang peserta (Melayu) yang ditanya lisan oleh anggota penguatkuasa berhubung agamanya.Jawapan beliau adalah - 'I believe in God' (mengikut cara kristian dan gereja)


FAKTA TAMBAHAN
Tiada serbuan dilakukan oleh anggota, sebaliknya rundingan.
Adalah amat dikesalkan kerana terdapatnya segelintir pemimpin beragama Islam yang secara tergesa-gesa menyalahkan JAIS sebelum mendapat maklumat sebenar operasi menyelamatkan akidah umat Islam ini.

Kecewa diselitkan bab politik di dalam video ni ..

Jahat Giler !!



Muhahahah.. jgn sesekali buat camni yer !! Tak baik tauuu ...

Lebih 17 ribu FOLLOWER BEN ASHAARI unfollow !!

 

Gambar aku tapi pinjam dari MO

Ni pagi tadi... sekarang ??

imageHuwaaaa... ngan widget widget tu merajuk !! abis tinggal ruang kosong jeeee... Hurm.. tapi ok gak tu.. Nak buat banner la.. WIDGET untuk disewa ?? Ada sapa berminat ???

" Wargkh ! Awek kasi kad raya .. Pengsan sat ! "

 

Tiap tahun .. Tiap kali Ramadhan menjengah pasti yang ditunggu adalah kad raya .. Di zaman bujang aku , pastinya nak lawan ngan abang aku yang mana dia pon spesis Romeo Must Die punya .. Grrr..

Contoh kad raya dari esempoi.com

 

Best .. kad raya boleh baca berulang kali.. Silap silap , ada bau bedak baby Johnson lagi.. tak pun Zaitun.. Gunakan tanpa was-was..  Huhuh..

Kalau zaman sekolah , terbuai buai dalam mimpi wooo.. nak tidur , baca lagi .. Kot ada awek tu tulis " I LOVE U ' ke.. atau ' I MISS U ' ke.. haaa.. jgn tak tau , bulu hidung baru sehelai dua tapi dah pandai dah bermiss miss neh !

Seronok wooo dapat kad raya dari awek awek serta adik angkat , dulu dulu ... Kakak angkat pon ada okeh ! Hahaha... jangan tak tau... haa.. berebut lagi ..

Sekarang ? Hahaha.. nak dapat dari awek lagi ? Cuba la .. kalau tak kena telan kad raya tu nanti !

"Blogger giler follower eh ? "

 

"Sian .. tau la awak tu dah top .. Dah ramai pembaca .. Tak perlu nak jatuhkan semangat blogger blogger yang baru buat blog 'semalam' ni .. Mereka tak tau langsung protokol berblogging ni .. "

Ada blogger yang kurang senang dengan aktiviti blogger blogger baru ni dalam group PING .. Sebelum nak sound diorang , cuba ingat kembali saat saat korang buat blog .. Toksah tipu laa.. Sedikit sebanyak terjebak gak ngan aktviti promosi link ( yg dikatakan spam ) dan juga follow memfollow..

Aku ? Seingat aku masa mula dulu ada kot.. Tapi tak la sampai tahan I UNFOLLOW U kalau tak FOLLOW I ! .. Tu dah tahap kronik tu .. Aku cuma masuk dan follow .. Best tak best , tu belakang kira .. Mungkin hari ni tak best , esok lusa , sapa tau kan ?

Aku bukanlah nak backing blogger blogger baru ni .. Aku yakin , aktiviti diorng ni akan terhenti dengan sendirinya satu hari nanti bila dah tau maksud sebenar blogging ni.. Dan mereka nak kasi 'hidup' je widget FOLLOWER tu ..

Baca atau tidak , itu lain kes.. Korang yang banyak cakap ni pon macam la g blogwalking selalu.. Yang pasti korang masuk blog rakan rakan rapat je kan atau blog blog popular jer kan ? Haa..toksah la dok perlecehkan blogger baru .. Biarlah mereka 'bermain' sesama mereka .. Selagi tak sentuh isu sensitif , biar je la..

Aku pernah kena gak.. " Do follow me yer " . Geram ? Hahaha.. biar je la.. bila masuk blog dia , baru 4-5 orang je FOLLOWER .. FOLLOW je la kan ? Alang alang dah masuk .

Tips buat blogger baru ..  Kalau nak ramaikan FOLLOWER tu , g cari geng geng yang baru buat blog .. Confirm diorng follow semula .. Dan yang dah lama tu , tak payah la berlagak .. Tak setara mana pon blog korang tu .. Sama gak ngan aku .. Tak perlu nak riak macam dah 10 tahun blogging dengan entri yang mantops !

 

hijabs35_thumb[2] http://www.firzaraexclusive.com/

" Lu gebang je lebih bhai ! Lu dah buat ke ?? "

 

IKLAN : Asterisk Hijab (Printed) Syria : Aidilfitri Sale : RM28 only !

 

Haa... ini pon satu isu gak ni .. Sebelum tu , nak tanya .. dah join segmen RAMADHAN kali ni ? Belum lagi ? Meh usha dulu.. kalu rasa nak join , silakan ..kalau sekadar nak war war pon , silakan .. Takde sapa nak curah asid kat muka korang punya .. Jangan wisau yer .. Meh klik SINI ..

Bulan depan , 2 tahun dah aku dalam dunia blog ni .. Pelbagai asam garam aku dah lalui sepanjang 2 tahun.. Jangan lupa , 2 tahun aku tu 24 jam ngadap laptop tanpa cuti .. Bukan la setiap saat atau minit tapi dari pagi hingga ke pagi .. kecuali tidur dan melakukan perkara2 yang sewaktu dengannya .. Tak bagitau , nanti isu gak .. grr..

Sebelum ni , kalau aku buat entri amal jariah atau bab bab agama , pasti akan 'burung kelicap' singgah ..

" Ko cakap ni ko dah buat ke ?? "

Haih.. kang aku tulis , diorg kata aku riak atau berlagak pulak .. Ni yang aku pening nih .. Susah susah .. Susah nak fahamkan 'burung burung kelicap' ni ..

Dengan pengalaman yang aku dah lalui itu maka , aku pon ubah skit entri aku.. Aku cerita skittt je yang aku dah 'melakukannya' atau tujuan untuk memberitahu 'aku bukan cerita kosong jer ' .. Tapi apa yang berlaku pulak ?

" Bhai .. lu diam diam sudah la.. tak payah kompang satu dunia ! "

Pulak ???? Aku bukan pasang speaker bagi tau .. Aku tak tulis pon jumlah berapa aku derma .. Aku menunjukkah  ? Lohh... Bila dah tulis , maka tak perlu tanya dah .. Bermakna aku yakin dengan badan kebajikan tersebut .. Kalau kena tipu , maka ramai ramai la kena tipu kan ? Haaa.. Nasib baik tak tipu kan .. Sbb dah buat penyelidikan terlebih dahulu ..

Ni la masalah orang kita .. Buat salah.. tak buat salah .. Ada je nak dipertikaikan .. Diam tak kena .. Bising lagi la tak kena .. Last last apa ? Eh , lu pk la sendiri !

Apa lak aku ???

Maaf , aku akan UNFRIEND dengan mereka !

 

Sebelum aku ada blog lagi , inilah cara aku ! Jadi jangan kata aku bila dah 'naik' berlagak ! Takde kaitan ..

KAWAN .. Ada dua jenis .. satu sokong , dan satu lagi membangkang .. Kawan yang menyokong ni pulak , ada dua jenis lagi .. Satu , I SOKONG SAJA ! Yang kedua , menilai dan menyokong ..

Yang MEMBANGKANG pulak , ada dua .. Menilai dan baru bangkang kemudian beri buah fikiran .. Yang ni bagus .. Dan satu lagi , MEMBANGKANG TANPA USUL PERIKSA dan TIADA LANGSUNG BERI BUAH FIKIRAN .. Apatah lagi semangat !

Aku punya 3 akaun FACEBOOK .. Aku kawan dengan sesiapa saja .. Aku add atau aku accept ! Tanpa bertanya ASL .. AGE , SEX dan LOCATION .. Terus accept.. Dua dari tu , dah lebih 5 ribu kawan .. Hanya seciput je aku kenal dan pernah jumpa.. Takde masalah pon bagi aku ..

Aku pernah join contest online .. Di situ aku nampak sapa yang sokong dan sapa yang tidak .. Yang tidak ni , kalau duduk diam tak pe.. tapi kalau terang terang saja seolah nak bagi jatuh semangat atau sengaja mencari pasal , tanpa banyak cerita aku UNFRIEND ..

Kenapa ? Aku bukan spesis nak menaip untuk menerangkan segala isu .. sedangkan dah berkali kali diterangkan .. namun entah mungkin ego sangat tetap nak cari pasal maka UNFRIEND saja jawapannya ..

Berdosa memutuskan persahabatan .. Ya , tapi aku lagi rela melakukannya dari makan daging saudara di akhirat kelak dengan mengutuk mengeji di belakangnya ..

Ya , mmg ramai dah aku UNFRIEND.. Satu kebebasan bagi aku dan dia. Dia pon tak perlu tau aktiviti aku dan aku pon begitu juga .. Mudah je kan ?

Aku hanya mahukan sokongan dan tunjuk ajar dari rakan rakan .. Aku tak mahu pujian.. Aku tak mahu kejian .. Jauh sekali menjatuhkan semangat aku ..

Sebarang nasihat dan tunjuk ajar dari rakan FACEBOOK aku terima malah dari sanalah aku mula naik dan menerima tunjuk ajar .. Untuk apa nak besar kepala kan ?

Serius aku katakan , aku hanya menerima kawan yang bergelar kawan .. Saling bantu membantu tanpa kira waktu .. Suka duka sama sama di situ ..

UNFRIEND bukan bererti BENCI tapi mengelakkan persengketaan ..

262952_274509432565061_117161871633152_1346506_2107524_n SHAWL+INNER ARABICO  http://islamioparadise.blogspot.com/

Kenapa segmen kena letak HEADER BENASHAARI.COM ?

 

Dari dulu aku perasan , ada yang kurang senang bila nak buat segmen kena letak header blog ? Kalau tak letak tak boleh ke ? Huhuh..

Sebelum aku buat segmen , aku buat kerja dulu .. Aku tak main buat jer .. Aku pernah cubaa buat segmen tanpa letak header .. Maka jumlah penyertaan blogger , menurun .. Aku tak tau kenapa ! Segmen yang sama , ulang tayang pada minggu berikutnya tapi letak header .. Ramai la pulak join ..

Kalau dulu , aku minta letakkan header adalah kerana nak bagitau itu segmen dari BEN ASHAARI .. nak bezakan dengan segmen blogger yang lain mana mintak mereka letakkan banner di side bar bertahun lamanya .. Aku punya dalam entri.. satu entri tu je ? Tu pun ada yang persoalkan ? Lawak betul ..

Dulu aku buat segmen , aku kena senaraikan.. Tunggu sehingga habis  masa , baru aku boleh rileks.. Tp esoknya aku masih lagi promote senarai blog yang join tu .. Tetapi mereka yang buat entri tu , dah lama pon buat entri pasal lain .. Aku ? Masih di 'cerita' yang sama ..

Aku ke dunia blog ini dengan cara aku .. Korang dengan cara korang .. Kalau nak pertikaikan , masing masing boleh dipertikaikan.. Ada yang main isu panas tanpa sedar diri tu camana ? Pertikaikan dosa pahala seseorang tanpa sedar diri tu camana ?

Dan banyak lagi la.. Aku cuma dengan segmen .. Aku bukan tak boleh hidup tanpa segmen .. Boleh jer .. lebih lebih lagi sekarang ni .. Aku update je.. dah dapat 5-6 ribu uv sehari.. aku cerita pasal aku , dan apa yang berlaku.. Letak gambar dan cerita .. ramai je masuk ..

Tetapi aku tak lupa kawan kawan yang dok merangkak tu... aku buat segmen agar mereka juga dapat 'bergathering' di situ .. Dengan meletakkan HEADER ibarat COP MOHOR , mereka tau , itu segmen ben ashaari yang mana ramai akan join ! Maaf cakap .. RAMAI... bukan riak.. aku pon pelik... oke ! Dan mereka tau , mereka berada di segmen yang sama hanya dengan tengok header tu saja ..

Tu je la.. Tak puashati ? Mudah jer jawapannya .. FIKIR SENDIRI ! Apa nak buat.. bangsa kita mmg jenis cepat tak puashati lebih lagi bila ada saja yang 'menjadi' ... Bab mengutuk , tau je la kan ?

SELAMAT HARI RAYA .. MAAF ZAHIR N BATIN ..

Segmen 'SAYA BLOGGER PRIHATIN' mendapat perhatian IRM (NGO )

 

image 

Alhamdulillah , segmen 'SAYA BLOGGER PRIHATIN' mendapat perhatian ISLAMIC RELIEF MALAYSIA . Lebih 100 blog telah menyatakan sokongan mereka .

image

Pihak media telah memainkan peranan mereka dalam membantu menjayakan kempen Tabung Kemanusian Somalia ini  .. Bagaimana pula pengguna internet ? Bagi aku sebagai blogger , dengan membuat segmen begini , dapat membuka mata para pengguna internet ..

Bayangkan satu blog punya 100 pembaca .. Jika 100 blog ? Itu aku buat lewat petang .. Kalau aku mula dari pagi ? Aku jangkakan boleh dpt lebih dari 500 blog !

Buat rakan-rakan blogger , jutaan terima kasih atas sokongan kalian .. Aku dok fikir lagi.. macam nak sambung lagi je segmen ni sehingga tamat Ramadhan ni .. Amacam ? Jadikan sticky post .. Yelah , nak sumbang $$ , takat yang mampu tapi sebagai blogger , aku rasa kita boleh buat lebih dari tu kan ? Sambil menyelam kata orang ... OK tak ?

Nak percaya sapa ? Ketua atau orang bawahan ?

 

Allah SWT berfirman :

Maksudnya : “Sesungguhnya sebaik-baik orang yang kamu ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah" (al-Qashas, ayat: 26)

 

Politik.. Kita tak boleh pandang ringan bab politk .. Di mana mana ada politik .. Politik tidak kotor tapi mereka yang berpolitik itulah yang perlu tau akan kekotoran yang sedang mereka lakukan .. Jika kita tidak mengambil berat , kitalah mangsanya ..

Memang benar .. Akhirat nanti mereka akan menjawabnya .. Tapi sebelum tu ? Apakah nak menderita di negara sendiri disebabkan 'ahhh. aku tak kisah .. janji tak kacau aku sudah ! ' ??

Sapa kata tak kacau ? Perhatikan persekitaran hidup kita sekarang ini .. Segalanya ada berbaur politik ... Jangan ingat mereka yang berparti itu saja berpolitik .. Di mana mana ada politik ..

Apakah yang berlaku pada politik di negara kita yang akhirnya membawa kepada pepecahan dan persengkataan ? Apakah semua itu kerana kuasa ? Kekayaan ?

Rasulullah SAW sendiri menggunakan kata politik (siyasah) dalam sabdanya :

"Adalah Bani Israil, mereka diurusi (siyasah) urusannya oleh para nabi (tasusuhumul anbiya). Ketika seorang nabi wafat, nabi yang lain datang menggantinya. Tidak ada nabi setelahku, namun akan ada banyak para khalifah." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jelaslah bahawa politik atau siyasah itu bermakna adalah mengurusi urusan masyarakat. Rasulullah SAW. bersabda :


"Siapa saja yang bangun di pagi hari dan dia hanya memperhatikan urusan dunianya, maka orang tersebut tidak berguna apa-apa di sisi Allah; dan barang siapa yang tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka dia tidak termasuk golongan mereka (iaitu kaum Muslim). (Hadis Riwayat Thabrani) "

-Wikipedia

Terbaca mengenai penafian Panglima ATM mengenai penyelewengan undi pos tentera di Bharian ( rujuk artikal INI ) tadi membuatkan aku tergaru garu kepala ..

" Sapa yang cakap mengarut ni ? Dan sapa aku nak percaya ? Kedua duanya adalah politik ? Aku nak percaya pada kerajaan yang memerintah yang mana banyak menyembunyikan kebenaran atau rakyat yang akhir tidak tahan lagi 'berbohong' tetapi masalahnya dibangkitkan oleh pihak pembangkang ( rujuk artikal INI )

Maaf .. aku bukan bijak pandai politik.. Aku tidak berpengetahuan mengenai sejarah politik di Malaysia ini tetapi aku tahu membaca , aku ada 2 mata , dua telinga dan mengenali ramai rakan rakan yang senantiasa bercerita tentang baik buruknya kedua dua parti ini ..

Sapa kita nak percaya ? Aku sendiri pon ada pengalaman mengenai ketidakadilan dunia politik ini namun aku cumalah mentimun ! Sampai bila lagi kita nak jadi mentimun ?

Pilihan di tangan kita ..

Allah SWT berfirman :

Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. (al-Ahzab, ayat: 72)Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Sinan telah menceritakan kepada kami Fulaih bin Sulaiman telah menceritakan kepada kami Hilal bin Ali dari 'Atho' bin yasar dari Abu Hurairah radhilayyahu'anhu mengatakan; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jika amanat telah disia-siakan, tunggu saja kehancuran terjadi." Ada seorang sahabat bertanya; 'bagaimana maksud amanat disia-siakan? ' Nabi menjawab; "Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kehancuran itu." (Shohih Bukhari – Hadis 6015). - Sumber

 

Sama sama kita fikirkan peranan kita sebagai rakyat mahupun pemimpin kecil ..

Tabik spring 17 kali ar kat DATO SITI NURHALIZA !


image image
image image
Alhamdulillah ... Cantik ! Sangat cantik wahai Dato Siti Nurhaliza.. Kali ni aku , ops.. saya .. saya tabik spring ! Alhamdulillah... terbuka juga akhirnya pintu hati untuk menutup habis auratnya ..
Doa saya pada Allah , semoga berterusan begini (bertambah keimanannya ) dan semoga cepat dapat baby yer Dato .. :)  Ampun maaf dari saya jika kasar dalam entri yang lepas ..
Tabik sekali lagi ! Nanti saya cari entri lama saya yang kutuk dengan sengaja tu , saya delete yer.. Kalau tak nampak jambul lagi la.. Kalau nampak , saya undo balik ... hehehe..
Gambar : AyuCinta
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI