Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 23 Ogos 2011

Hati-hati tau !

 

image

Terbaca di blog kak Adza , teringat masa wife aku kena kat One Utama dulu.. Dalam tak perasan boleh kena rembat handphone dia yang baru pakai sebulan tu.. Berasap aku ..

Ni korang yang nak menghabiskan duit nanti ni , harap harap berhati hati abis abisan .. Jangan letak duit kat dalam beg duit tu ha.. kalau ada poket , kasi taruk dalam poket.. kalau takde poket , buat ala ala nenek dulu dulu tuuu.. Alaaa.. stylee tuu.. yang tuuu tuuuuu.. iskh.. confirm selamat ..

Selain dari tu , jgn g tayang hp korang kat tengah orang ramai .. Kang ada yang beraya dengan NOKIA 3310 tu kang .. Kalau dapat NOKIA BANANA tu ok la gak .. hahahha..

Ada pehe dop ? Kalau boleh jimat , jimat la.. tak perlu beli , jangan beli.. simpan je untuk hari lusa .. Yang belum kawin tu , simpan untuk kawin .. Yang dah kawin tu , simpan untuk kawin lagi.. okeh ?

Selamat hari raya .. lalalalla.

Cer teka .. Cer tekaaaaa laaa..

 

image

Haaa.. tadi aku ada bagi segmen.. suruh teka menda ni .. Apakah dia ? Kemudian aku saja test Mat Gebu .. Pergh.. sekali jawab jer !! Mmg hidung teko betul dia !! Terer betui arrr..

Pastu aku update .. buat la segmen ni.. tanya rakan rakan .. kot sapa punya hidung cam hidung mat gebu tu.. Ternyata... ternyataaaaa....  Dah jumpa pemenangnya.. hehehe.. sapa ??

Maka inilah hadiahnya.. Sejam entri ini untuk dia.. Dan pemenangnya ialaaahhhh ....  jom g usha ... http://bit.ly/mXxRcI ..

Psst..korang tau ke amenda tuu ??

SKMM perlu disiplinkan blogger tempatan yang sebar fitnah

 

Huih... dasat .. Kalau begini , setiap kali ada 'khabar berita ' dari burung kelicap , kita kena tunggu kesahihan dari akhbar harian atau pihak pihak berwajib dulu .. baru leh sebarkan ..

Ini bermakna , segalanya kena ikut 'big boss' dulu la yer ? Huhu.. baik buat segmen ... lalalalala ... Nak tanya , kalau 'diorang' sebar fitnah lak camana ? Sapa nak disiplinkan lak ?

 

JOHOR BAHRU 23 Ogos - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta “mendisiplinkan” blogger-blogger tempatan yang menyebarkan pelbagai bentuk fitnah terhadap kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata, SKMM perlu bertindak segera terhadap blogger terbabit kerana fitnah dan tohmahan kini berleluasa di alam maya.

"Kita berharap pihak yang bertanggungjawab seperti SKMM dapat mendisiplinkan blogger-blogger yang menyebarkan fitnah dan tohmahan. SKMM perlu bertindak,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri kempen kibar Jalur Gemilang bersama Pertubuhan Pemandu Kereta Sewa dan Teksi/Limosin Malaysia (Petekma) di Dataran Bandaraya di sini, hari ini.

Beliau berkata, jika pihak bertanggungjawab itu membiarkan fitnah dan tohmahan berleluasa di alam maya tanpa sebarang tindakan, ia akan memberikan gambaran kepada rakyat bahawa apa yang didakwa itu adalah benar. - Bernama ( UTUSAN )

Keguguran ..

 

G tapau makanan je ari .. Semalam pon gitu..  Lebih tepat lagi , sejak wife pregnant  , aku selalu menapau jer.. Nak memasak wife tak leh bau gitu gini ..

Balik dari restoran (tapau nasi beriani n roti nan ) , ada 'persidangan' ayah ayah depan rumah aku .. huhu.. Wargh.. kena lepak sat ni.. Wife , sahih tengah tidur kat rumah akibat mabuk ..

Bla bla bla bla.. borak hal laki .. hal balik kampung .. hal kerja.. Pastu ada satu kawan tu tanya aku , wife mabuk ke... Aku kata aah.. Dia diam sejenak . Kemudian dia cerita kat aku yang mana isterinya baru saja keguguran  ..

" Hah ?? " .Terkedu aku jap .. Aku tanya dia sbb musababnya .. Katanya sbb wat kerja berat .. Wife dia seorang cikgu .. Pastu kena banyak naik turun tangga lagi ... Pastu layan anak dia .. dok dukung..

Adus.. Kesiannya.. Aku tanya berapa bulan dah ? 6 minggu .. Rasanya sama usia kot kandungan dia ngan wife aku.. Hadus... Siannya.. Tu kira anak no 3 dah..

Aku kata tak pe la.. ada dua dah sbg pengubat... Kejadian tu menyebabkan aku kena jaga wife dengan lebih ketat .. Huhu.. Ketat la sangat yer ??

Segmen : Camana nak tinggi trafik tanpa PING entri di FaceBook ?

 

Bayangkan.. Korang balik kampung masa raya.. Bz berhari raya .. takde masa nak blogwalking , nak ping entri di FB tapi korang tetap post entri di blog ?

Jawapannya hanya pada pengguna blogger.com .. WP aku tak sure .. eheheh.. Camana ?? BLOGLIST ! Heheheh... Kalau ada cara tu , bagus la..

Ini cuma alternatif untuk Aidilfitri ni saja .. Sebulan saja.. amacam ? Ada minat ?? Hehehe ... Tau punya.. mesti minat lebih lebih lagi blogger baru kan ?

Segmen ni , segmen TUKAR LINK di BLOGLIST ! Berbaloi ? Aku rasa berbaloi .. Tak caya ? Tak caya sudah.. Hahahah.. Yang pastinya , mmg meriah bagi aku tiap kalu aku post melalui HTC aku , ada je orang masuk baca tanpa ping di FB .. Tu sambil jalan jalan , amik gambar n post.. Haaa.. Faham ?

Caranya mudah jer .. Aku letak link kau , kau pon mesti letak link aku di bloglist .. ADIL DAN SAKSAMA .. kan ? Jangan tipu.. dosa... masuk neraka nanti.. huhu .. Mak cakap dulu gitu.. hehe..

OK .. jom mula .. tamat penyertaan jam 12 malam ni.. Korang tukar sesama korang yer.. Kalau nak letak link aku pon boleh jer.. hehehe.. Tqqq..

  1. Buat satu entri khas .. Letak header Ben Ashaari blog
  2. Tajuk : Jom join bloglist AIDILFITRI BEN ASHAARI dan linkkan ke entri ni ..
  3. Sediakan satu bloglist  bertajuk BLOGGER AIDILFITRI ( g kat gadget amik bloglist ) ..
  4. Tu jer .. tinggalkan url entri di ruangan komen ..

Caranya begini .. Korang pilihlah mana mana blog yang korang berminat ( yang join segmen ni saja ) , kemudian tinggalkan komen di blognya  .. Tulis " SAYA BERMINAT NAK MENUKAR LINK DENGAN AWAK " ..  Tunggu selama 24 jam untuk dia reply.. Kalau tak reply , bermakna dia tak berminat .. Kalau dia berminat , tunggu dalam masa 24 jam untuk dia masukkan link korang dalam bloglistnya ..

Kalau takde tu , korang pon jangan taruk la..senang cita kan ? Ni kira suka sama suka untuk SEPANJANG BULAN SYAWAL nanti ( kira bermula dari sekarang la ) ..  Lepas Syawal , delete la bloglist tu ..

Ok ? Sebarang pertanyaan , jangan tanya aku.. heheh.. tinggalkan komen je... InsyaAllah aku cuba menjawabnya .. Ingat , tutup penyertaan sehingga malam ini ... 12 malam .. Korang deal sesama korang yer.. Aku jadi tapak ekspo jer..

SEKADAR MEMBANTU ..

Segmen : TEPAT DAN PANTAS

 

LAST MINIT SHOPPING WITH ISLAMIOPARADISE!

286417_261627443860899_100000409372347_980724_1186730_o

Berdasarkan gambar di atas , cuba teka amenda tuuuu ??? Haaa... Teka la mak kiah oiiii ..

Nak teka ? Ada caranya .. Bukan main jerit jeeee... Haaa... Caranya cam biasa laaa .. Buat satu entri dulu .. Tu kira hantar borang laa.. Kalau jawapan TEPAT dan PALING PANTAS , dia akan menang di promosi blognya selama SEJAM ... Sejam dah la.. bukan susah pon soalan.. kan kan ?

Jom layannn ...

  1. Buat satu entri
  2. Letak header BENASHAARI .COM sebagai tanda cop mohor..
  3. Tajuk : TEPAT dan PANTAS dan linkkan ke entri ini ..
  4. Siap ? Jawapan dan url link , tinggalkan di ruangan komen.. Bukan dalam entri tau ! Jawapan beserta url ditinggalkan di ruangan komen ...

Tu jer.. Tutup bila ada menang... macheehhhh...

Kalau dah bukan rezeki !!

 

Tu la.. jangan sangka bila di  nasi tangan , pasti masuk ke mulut.. silap silap tumpah sewaktu nak suap !

Gambar , video di dlm Kaabah dan sejarahnya ..

 

" Maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram, dan di mana sahaja kamu sekalian berada, maka hadapkanlah wajah kamu ke arahnya "  ( Al-Baqarah : 150 )

Sejarah

Binaan Kaabah (الكعبة), yang merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah haji.

Menurut tradisi Islam, Kaabah dibina semula 12 kali. Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali. Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam (as). Allah SWT menyatakan dalam al-Quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk manusia menyembah Allah SWT. Selepas itu, Nabi Ibrahim (as) dan Nabi Ismail (as) membina semula Kaabah.

Lebar ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim adalah seperti berikut: " Dinding Timur adalah 48 kaki dan 6 inci " Dinding Hatim adalah 33 kaki " Dinding antara Hajar Aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki " Dinding Barat adalah 46.5 kaki Selepas ini berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Rasulullah (SAW). Pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraish Rasulullah mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi Rasul.

Selepas satu banjir kilat, Kaabah mengalami kerosakan dan dindingnya retak. Ia perlu dibina semula. Tugas ini dibahagikan antara empat puak Quraish. Rasulullah turut membantu dalam usaha pembinaan semula ini. Setelah dinding-dindingnya dibina semula, tiba masanya batu hajar aswad diletak semula di tempatnya di dinding Timur Kaabah.

Pertelingkahan berlaku apabila tiba masa untuk menentukan siapa mendapat penghormatan meletakkan batu Hajar Aswad itu. Apabila pertelingkahan hampir bertukar menjadi pergaduhan, Abu Umayyah, penduduk tertua Makkah, mencadangkan agar lelaki pertama yang memasuki pagar masjid pagi keesokkannya akan menentukan perkara berkenaan.

Lelaki itu ialah Rasulullah. Penduduk Makkah bergembira. "Ia adalah al-Amin. Ia adalah Muhammad," jerit mereka. Baginda menghampiri mereka lalu mereka memintanya supaya memutuskan perkara itu. Baginda bersetuju.

Rasulullah mencadangkan agar batu hitam itu diletak di atas sehelai kain, setiap bucu kain dipegang oleh seorang pemimpin puak. Kain itu diangkat ke tempat batu itu hendak diletak. Rasulullah kemudian mengambil batu itu dan meletakkannya di tempatnya di dinding Kaabah.

Seni bina

Bangunan yang berbentuk kubus berukuran 12 x 10 x 15 meter ini juga disebut dengan nama Baitullah dan Baitul Ateeq iaitu bermakna paling awal dan lama. Ia juga bermakna bebas dan merdeka.

Kaabah ialah sejenis binaan yang berbentuk kiub. Tingginya kira-kira 13.10 m (42.98 ka), dengan sisi selebar 11.03 m (36.19 ka) kali 12.86 m (42.19 ka)

Pintu Kaabah

Binaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail pada mulanya mempunyai 2 pintu (Bab ul Kaabah) iaitu Pintu Timur dan Pintu Barat. Kedua-dua pintu itu dibina rapat hingga ke tanah. Namun begitu, mengikut catatan sejarah, kedua-dua pintu itu berubah-ubah kedudukannya serta bilangan pintunya jua.

Kini, hanya terdapat satu buah pintu sahaja di Kaabah, iaitu yang terletak di sebelah timur laut. Ketinggiannya dari aras lantai ialah 2 meter dan pintu itu diperbuat dari emas tulen seberat 280 kg yang telah menelan belanja melebihi 13 juta Riyal Arab Saudi. Pintu ini boleh dicapai dengan tangga kayu beroda yang disimpan di dalam Masjidil Haram.

Bumbung Kaabah

Bumbung Kaabah atau atap Kaabah, ialah suatu binaan konkrit yang terletak di atas Kaabah. Pada awalnya, Kaabah tidak memiliki bumbung, namun orang Arab Quraisy yang menetap di sekitar Kota Makkah telah membina atap ini bagi mengelakkan ruangan dalaman Kaabah daripada kepanasan dan kebasahan. Pada waktu ini, Kaabah memiliki dua lapisan atap (satu pada bahagian atas dan satu pada bahagian atas). Permukaan atas Kaabah dilapisi dengan marmar putih dan dikelilingi dengan tembok kecil yang menyatu pada dinding-dinding Kaabah.

Tembok itu berketinggian 80 cm yang mampu menjadi bahan pautan kepada tali-tali Kiswah di bahagian atas (bahagian tali Kiswah bawah diikat pada Syazarwan). Di bahagian atas atap juga terdapatnya sebuah pintu yang berukuran 1.27 X 1.04 m. Pintu ini ditutup menggunakan papan yang diperbuat dari besi baja. Pintu ini menghubungkan dengan Pintu Taubat yang berada di sebelah kanan dalam Kaabah melalui anak-anak tangga dalaman Kaabah. Pada kebiasaannya di musim Haji, para petugas Masjidil Haram dan para sukarelawan Makkah akan naik ke atas bumbung Kaabah bagi memasangkan Kiswah dan membersih dan mencuci bahagian dalaman, luaran dan atasan Kaabah.

 

Apakah Rahsia Ka'abah

PADA keseluruhannya Kaabah adalah suatu binaan mulia yang penuh dengan keberkatan. Al Tabrani meriwayatkan di dalam al-Mu`jam al-Kabir daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah SAW menyatakan: "Sesungguhnya Allah menurunkan 120 rahmat ke atas Kaabah, setiap hari 60 untuk orang yang melakukan tawaf, 40 untuk orang yang solat dan 20 untuk orang yang memandangnya."

Bagaimanapun, ada beberapa bahagian Kaabah yang menjadi tumpuan dan perhatian lantaran kelebihannya.

Hajarul Aswad

Hajarul Aswad adalah sepotong batu yang berasal dari syurga. Warna asalnya adalah lebih putih daripada susu. Dikatakan ia menjadi hitam kerana luruhnya dosa manusia yang mengucupnya. Pelbagai peristiwa sejarah dilalui oleh Hajarul Aswad. Hinggalah ke hari ini yang masih tinggal daripada Hajarul Aswad adalah sebanyak lapan kepingan sebesar biji tamar yang diikat pada lilin yang dicampur kasturi di dalam lingkungan perak. Sesiapa yang ingin mengucupnya hendaklah meletakkan mukanya ke atas kepingan itu.

Rukun Yamani

Rukun Yamani adalah penjuru Kaabah yang bertepatan dengan Rukun Hajarul Aswad bagi orang yang sedang tawaf. Ia adalah salah satu daripada dua rukun yang didirikan di atas asas binaan Nabi Ibrahim. Rasulullah SAW menyentuh rukun itu ketika tawaf.

Hijr Ismail

Pada asalnya kawasan Hijr Ismail termasuk dalam binaan Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim. Ia dikeluarkan dari Kaabah ketika binaan Quraisy. Justeru, solat di dalamnya menyamai solat di dalam Kaabah.

Multazam

Multazam adalah kawasan hadapan Kaabah di antara Hajarul Aswad dan pintu kaabah. Dikatakan Multazam adalah kawasan yang paling mustajab doa. Menurut sebahagian riwayat orang Quraisy sebelum Islam menjadikan Multazam tempat melafazkan sumpah terutama bagi menyelesaikan perbalahan di kalangan mereka.

Mizab

Mizab adalah pancuran emas yang diletakkan bagi menjadi laluan air dari bumbung Kaabah masuk ke dalam Hijr Ismail. Menurut sebahagian pendapat di bawahnya adalah di antara tempat paling mustajab berdoa.

Syazarwan

Syazarwan adalah jubin yang dibina di bahagian bawah dinding Kaabah. Tingginya lebih kurang dua kaki. Ia diletakkan untuk menandakan saiz asal Kaabah yang dikurangkan ketika binaan Quraisy berbanding binaan Nabi Ibrahim. Justeru, ia adalah sebahagian daripada Kaabah. Bertawaf di atasnya atau sebahagian anggota badan di atasnya menyebabkan tawaf tidak sah.

Kiswah

Kiswah adalah kelambu atau kain yang menutupi Kaabah. Diriwayatkan orang pertama yang meletakkan kiswah Kaabah adalah Tubba al Himyariyy As`ad Abi Karb. Kiswah Kaabah diperbuat daripada 658 kilogram sutera mentah yang ditenun. Ukurannya selepas siap ditenun adalah 658 meter persegi. Kos pembuatannya adalah 17 juta Riyal Arab Saudi. Kiswah akan diganti dengan yang baru pada pagi 9 Zulhijah (hari Wuquf) setiap tahun.

Makam Ibrahim

Makam Ibrahim adalah batu yang ada kesan dua tapak kaki Nabi Ibrahim. Batu itu sekarang ini diikat dengan perak dan diletakkan di dalam sebuah tempat yang diperbuat daripada tembaga berwarna keemasan. Menunaikan solat di sisi Makam Ibrahim adalah suatu yang mempunyai kelebihan yang besar. Allah berfirman bermaksud : “Dan ingatlah ketika kami jadikan Baitullah sebagai tempat berhimpun bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian dari Makam Ibrahim sebagai tempat solat." (Surah al-Baqarah, ayat 125)

Telaga Zamzam

Telaga Zamzam adalah sebuah telaga di hadapan Kaabah di kawasan di antara Hajarul Aswad dan Multazam. Ia dikatakan terbit daripada terjahan kaki Nabi Ismail. Ada riwayat yang menyatakan ia terbit hasil pukulan sayap Jibrail. Kelebihan air dari Telaga Zamzam ini dinyatakan di dalam beberapa hadis.

image

Hijir Ismail
1.   Semasa Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s membina Kaabah, ketinggiannya adalah 9 hasta sahaja iaitu satu pertiga daripada ketinggian Kaabah pada hari ini. Beliau membina Kaabah tersebut di atas tapaknya. Pada hari ini tapak tersebut berada enam hasta ke dalam Hijir Nabi Ismail a.s. Mengikut binaan Nabi Ibrahim a.s, Kaabah berada di kawasan Hijir. Anda boleh membezakan ketebalan antara Hijir lama dan Hijir yang ada sekarang dengan mudah iaitu sebahagian besar dinding Hijir yang lurus serta yang menghala ke arah utara Kaabah, ia merupakan sebahagian dari Kaabah.

2.  Semasa orang-orang Quraisy membina Kaabah, mereka memasukkan binaan dinding Kaabah di sebelah utara ke sebelah selatan sebanyak enam hasta (mengecilkan binaan Kaabah) untuk meluaskan kawasan Hijir.

3.Semasa Abdullah bin Az-Zubair membina Kaabah, beliau membinanya semula sebagaimana bentuk dan saiz (diatas tapak) yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s dan mengecilkan sedikit kawasan Hijir (kerana ingin meluaskan Kaabah).

4. Al-Hajjaj bin Yusuf mengubah kembali kedudukan Hijir kepada kedudukannya sebagaimana sekarang ini.


Batu Marmar dan Pembinaan Hijir Nabi Ismail a.s

1. Orang pertama yang meletakkan batu marmar di atas batu-bata Hijir Ismail ialah Khalifah Al-Abbas Abu Jaafar Al-Mansur pada tahun 140 H.

2. Kemudian ia diperbaharui oleh Khalifah Al-Mahdi pada tahun 161 H.

3. Pada tahun 241 H ia diperbaharui pula oleh Khalifah Al-Mutawakkil Alallah.

4. Pada tahun 283 H ia dibina oleh Al-Mu'tadid Al-Abbas pada masa pemerintahannya. Kemudian ia dibina pula oleh seorang menteri bernama Jamaluddin yang dikenali dengan pemurah, pada tahun 550 H.

5. Pada tahun 576 H ia dibina oleh Nasir Al-Abbasi.

6. Tahun 720 H ia dibina oleh Nasir Qallawun.

7. Pada tahun 781 H ia dibina oleh Al-Mansur Ali bin Al-Malik Al-Asyraf Sya'ban bin Husin bin Al-Malik An-Nasir Muhammad bin Qallawun.

8. Kemudian ia dibina pula oleh Al-Amir Bisaq.

9. Pada bulan Rejab tahun 822 H ia dibina oleh panglima Alauddin.

10. Tahun 826 H ia dibina oleh Al-Amir Zainuddin Muqbil Al-Qadidi.

11. Pada tahun 838 H ia dibina oleh Sudun Al-Muhammadi dengan marmar yang dibawa dari Mesir.

Sumber - Halaqah

Sungguh syaitan Amerika itu !

 

Bila baca akhbar harian , hampir setiap hari ada saja pertempuran sana sini dan majoritinya melibatkan orang ISLAM ... Palestin , Somalia ( perang saudara ) , Libya , Pakistan , Thailand dan banyak lagi..

Rasa-rasa korang yang mana si lahanat Amerika Syarikat tu campur tangan dan yang mana dia pejamkan mata ? Ya betul !! Tang si celaka ISRAEL itulah dibiarkan bermaharajalela menyerang rakyat Palestin ! Sungguh terkutuk ... Apa yang mampu dunia buat ? Mari mengutuk ..

Tapi bila tang negara ISLAM je cam Afganistan , Libya , Pakistan .. dengan pantas campur ! Kenapa dan mengapa ? Merekalah hero penyelamat dunia .. Negara kami ramai superhero ... dan paling penting ..

" KAMI POLIS DUNIA !! "

Wak luuuuuuu polis dunia .. Baik jadi pecuci tandas dunia !! Baru sesuai !! Tang suku sakat , 'ko' biar jer .. Tang orang lain  ????

"Oh , mereka pengganas ... mereka perosak ! Kita kena tangkap.. bicara mereka ! Ya , betul.. tak boleh dibiarkan !! "

Sekali lagi... Wak luuuuuu .... Serius aku sakit hati pagi pagi baca barua barua Amerika ni dok 'mengacau' negara negara Islam ... Yang menariknya , saudara Islam mereka yang kaya raya nun di Arab buat apa ?

Walaupun bukan semua , tapi kita tau hakikatnya ...

Aku berdarah PULAU PINANG tapi aku sayang KELANTAN !


Kenapa ? Ini adalah awalan log aku sewaktu mula ada blog dan nak menyambut 1 syawal .. Jom imbas kembali dengan sedikit edit .. 18 September 2009

Tengahari karang ...mengikut perancangan ,akan aku dan wife aku tinggalkan bandaraya metropolitan yang sudah dikenali di mata dunia ini...KUALA LUMPUR BANDARAYA. Pergi menuju ke bandaraya yang agak jauh ketinggalan di Malaysia ini. Dulu , aku cukup takut dengan negeri KELANTAN ..
Dulu tu , zaman kejahilan aku la..Tak la kata sekarang ni aku dah tak jahil..still jahil..tapi berpengetahuan la jugak berbanding dulu..hehe..ok...tamo ngarut..Bila dengar je KELANTAN , aku terbayangkan sebuah bandar yang mana orang lelakinya senantiasa berketayap, berserban,berjubah manakala wanitanya dengan bertudung labuh , menutup muka dan banyak lagi la yang mengerikan aku..
Teringatkan kisah-kisah sejarah Islam di zaman Nabi junjungan kita, Muhammad S.A.W , dengan hukuman-hukuman yang menakutkan seperti potong tangan,sebat,rejam dan sebagainya cukup membuatkan aku takut untuk mendekati mana mana gadis dari negeri Kelantan ini.Mana la tau mereka mengamalkan hudud..
Hehehe..walaupun cantik dan ayu , aku rela tengok mereka dari aku kena pakai serban satu hari nanti bila berkahwin dengan mereka..Tu baru orang-orangnya ..belum masuk lagi bab nak ke sana..Bila bertanyakan sahabat yang mana pernah pergi ke sana, mereka berkata , mmg jauh sangat .
Dengan jalanraya yang masih lagi 2 lorong , melalui jalan berbukit bukau lagi membuatkan aku tidak berminat pada gadis Kelantan. Bila bertanyakan kemudahan-kemudahan yang ada di sana , sangat membuatkan aku tidak mahu tinggalkan KUALA LUMPUR.
Tapi itu dulu !! Dulu yang penuh dengan kejahilan tentang dunia ini.
Bila aku mula menjejakkan kaki aku di kementerian yang sangat banyak berjalan-jalan dalam MALAYSIA ini , baru aku sedar...sesungguhnya bandar-bandar lain tidak jauh menariknya dari Kuala Lumpur malah lebih tenang. Sesekali amatlah seronok keluar dari bandar yang penuh dengan kebisingan tak kira siang malam.
Pertama kali aku jejakkan kaki aku di Kelantan ini , aku dah jatuh cinta.Rupa-rupanya negeri Kelantan ini amatlah menarik sekali..sangat menarik..Apa yang menarik , aku pun tak tau tapi menarik..hehehe..jangan pening yer...Orang-orangnya , aku tengok takde bezanya di Kuala Lumpur atau negeri-negeri lain .Sama jek..Aku takutkan bayang-bayang aku sendiri rupanya . Cuma aku terkilan tidak ada lebuhraya yang lengkap disini sebagaimana lebuhraya ke utara selatan.Kalau lah ada..aku rasa ,warga Kelantan yang ada di negeri-negeri lain pasti akan ulang-alik ke Kelantan tiap-tiap minggu.
Tentang bahasanya , aku rasa takde bezanya dengan loghat negeri lain..mmg susah nak paham tapi bila kita dah bergaul dengan mereka , lambat laun kita akan faham jua.Ada jugak aku pernah dengar , mereka berkata orang negeri Kelantan ini bersikap perkauman.Bagi aku, sama je...
Tak kira dari negeri mana sekali pun , sahih mereka akan cari kumpulan mereka sendiri. Cuma orang Kelantan ini rasa mereka senang dengan kumpulan mereka sendiri sbb mudah nak berbicara dalam bahasa mereka. Tapi tak semua..Sama je semua..Sedar ngan tak sedar je orang yang bercakap tu..Aku sendiri dah berkawan ngan macam-macam orang dalam Malaysia ni....aku bukan jenis prejudis..aku berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa dan agama. Yang penting ikhlas dan tau menjaga hati kawannya.. Ada jugak aku dengar , orang Kelantan ni , skit skit nak balik kg...aku rasa...semua mcm tuuu...
Cuma Kelantan ni nak balik kg jauh skit...ala...kalau dah sayang , ikut je la..kalau dah tak suka, dekat pun rasa cam nak g matahari..kan kan..

Apa pun bagi aku , Kelantan adalah sebuah negeri dikalangan negeri-negeri terbaik di dalam Malaysia. Tak perlu risau bila ke sini. Cuma digalakkan gunalah kenderaan sendiri..senang nak berenti kat mana-mana.Shopping pun best wooo....Walau bagaimana pun , aku pasti merindui Kuala Lumpur nanti..rindu dengan hiruk pikuk kebisingan dan kesibukkan warga kotanya tak kira siang malam.
image
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI