Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 25 Ogos 2011

Benci gila ! Serius !!

 

Satu kesilapan aku dari dulu hingga sekarang , aku terlalu percayakan orang dan lebihkan orang lain dari diri sendiri .. Sememangnya , aku tak pernah belajar dari kesilapan dulu..

Masih aku ingat lagi .. bila ada kawan benci kat seseorang tu , dia cerita kat aku .. tak pasal pasal aku pon turut benci padahal aku tak tau apa apa cerita pon .. Hanya kerana percayakan kawan !

Satu hari tu , dia baik ngan budak yang dia benci tu .. tapi aku ? Sememangnya terus bermusuhan hinggalah ke dalam padang bola.. Mesti gaduh punya kalau bertemu .. Waktu tu , mana kawan yang menabur kebencian tu ? Hanya memandang saja ..

Kecewa .. Kebencian tu akhirnya aku tamatkan dengan bersalaman serta bermaafan .. Tiada lagi benci .. Ya Allah.. Betapa damainya hati ini .. Bayangkan bila ada benci di dalam hati , ibarat mendukung satu batu besar kat belakang badan.. Badan ibarat mati .. Hanya penuh dengan negatif saja.. Jauh sekali nak dapatkan keamanan di hati ..

Aku sedar semua tu  .. Muda lagi waktu tu.. Tapi berlagak matang .. Matang la sangat !! Konon bijak sangat la aku masa tu .. Padahal ? Satu haram pun aku tak tau apa apa ..

Tapi pengalaman mematangkan kita .. Membesar dengan mengisafi akan segala kesilapan lampau menjadikan kita lebih dewasa dan berani mengharungi liku liku kehidupan ini ..

BENCI tak membawa kita ke mana mana .. Sebaliknya mengekalkan kita di satu tahap yang tidak memberi sebarang keuntungan malah kerugian .. Mahu bergerak tapi syaitan membisikkan ' kata kata cintanya ' agar terus menurut hawa nafsu ..

Teringat kata seorang kawan .. " Kau sapa nak benci orang ? Benci ni hanya milik Allah .. Kita ni hamba yang hina jer .. Tak layak langsung nak bencikan orang lain.. "

Sekarang .. apa saja yang aku tak suka , aku berdepan dengan kenyataan.. Beri sebab musabab .. bukan berkata di belakang.. Aku tak suka sikap benci yang mana dulu bermaharajalela di dalam hati aku..

Benar tak semestinya berani ..Benar hanya kerana Allah .. Takut tak semestinya salah .. Takut hanyalah kerana Allah ..

" Jangan tengok... bahaya ! "

 

" Jangan tengok ! "

" Ala.. nape ?? Nak tengok gak ! "

" Jangaann... bahaya ler .. "

" Nak tengok.. tepi la tangan tuuuu .. "

" Haish.. jangan .. naya abang nanti .. "

" Kenapa pulak ?? "

" Ok.. dah ..boleh tengok dah .. hehe "

" Berita apa tadi ? "

" Hehe.. berita bazaar Ramadan kat Indonesia.. Hehe..banyak pasal makanan.. Kang tak pasal pasal ada yang mengidam nak ! Huhu.. Ada gak kena g indon nanti.. Adeh "

" Waaaa..... "

" Laalalalalala .. "

" Pastikan kedai hijau tau ! "


" Nak makan apa ni ? "
" Bihun goreng kedai hijau .. "
" Kalau kedai lain ? "
" Nak kedai hijau gak !! "
" Ala.. bukan tau pun kalau beli kedai lain kan ? "
" Beli la kalau berani .. "
Amboi.. perempuan kalau mengandung.. dia punya sensitiviti terhadap makanan , mmg dasyat ! Jangan dibohong .. naya wooo.. Mau mendung terus pastu ..
Tapi kes kawan kita ni lagi best.. ari tu dia ada komen kat entri aku.. tak jumpa lak kat mana entri tu.. Dia kata dia teringin nak makan burger Mcdonalds kul 3 pagi.. Best part kalau tak silap dia nak burger Mcdonalds kat Seksyen 3 ( kot ) Shah alam .. Sampai ikut sekali supaya suami dia tak tipu ! Hahahaha..
Jangan dibuat wooo.. hahaha...

Berkat tak tinggalkan jejak di blog orang lain !



image
Cerita sebenar , korang leh baca di blog Fiq Fikri ..

Mereka yang mengenali aku , tahu betapa aku takkan tinggalkan jejak di shoutbox .. Kali pertama aku mencubanya , aku tau sapa sapa boleh menyamar jadi 'kita' .. Bayangkan jika aku ini seorang yang gemar meninggalkan jejak di sana ? Tu.. atas tu.. contoh dah.. Aku tak tau manusia mana yang tak tau hukum hakam bab agama bila cuba menabur fitnah ..
Sama gak bab komen di blog .. Bukanlah aku malas atau mencari alasan  tapi aku tau ramai tak suka aku ( tak tau punca apa.. aku bukan ahli UMNO atau PAS .. jauh sekali DAP ) .. Tapi tak kisah lah.. hak mereka .. Jangan lupa , sekali kita membenci orang , 10 kali orang membenci kita .. :) 
Sambung.. aku tau ramai tak suka aku sbb tu aku kurang komen di blog rakan kecuali aku dipelawa.. Maksudnya dia ajak aku singgah la.. Bila aku masuk , aku baca .. kalau kena gaya ngan aku , aku komen.. kalau tak.. aku sekadar baca jer .. :)  , maaf yer ..
Terlalu banyak tinggal jejak pon akan membahayakan kita satu hari nanti.. Hari ni mungkin tidak .. Tapi sapa tau akan datang ? Contoh dah ada kan ? Itu bukan kali pertama.. Syukur , alhamdulillah .. Fiq tidak melatah dan tau akan aktiviti aku di blog yang mana aku takkan komen di shoutbox ..
Buat mereka yang ada shoutbox , hati hati je la yer .. kalau ada kembar aku tapi  lain mak lain bapak lain dna lain hati lain niat ni singgah kat blog korang yer ., sahih bukan aku ..

:)

Panduan pencegahan jenayah .. Sila ambil berat !


Jenis jenayah : Rogol , Pecah Rumah , Kecurian kenderaan , Ragut , Penyeluk saku .
Info : PDRM

ROGOL
Cara-cara mengelak dari kejadian rogol:
· Mengawasi ahli keluarga yang kurang siuman atau kebodohan supaya tidak terbiar dan terdedah kepada bahaya rogol.
· Memberi pendidikan kepada kanak-kanak mengenai kepentingan menjaga tubuh badan mereka daripada dicerobohi.
· Memberi pendidikan agama dan moral tentang dan kemudaratan perbuatan persetubuhan haram.
· Mengawasi dan memantau pergaulan anak-anak dan memastikan mereka tidak melebihi batas.
· Jangan mempercayai janji-janji oleh bomoh atau singseh. Telah terbukti persetubuhan bukan satu cara untuk berubat tetapi satu penipuan.
· Tidak mudah mempercayai janji untuk berkahwin dengan menyerah kehormatan diri.
· Tidak mudah menurut pelawaan orang-orang yang tidak atau baru dikenali untuk makan, minum, bersiar-siar atau pergi ke bilik/rumah mereka.
· Terlebih dahulu minta dan semak kad kuasa orang yang mengaku sebagai penjawat awam seperti polis atau pegawai pencegah maksiat sebelum mengikut arahan mereka.
· Elakkan dari berjalan bersendirian di tempat-tempat gelap, sunyi atau terpencil. Jika perlu pergi juga, pastikan anda berteman.
· Membawa alat penggera peribadi amat disyorkan.
· Sentiasa berwaspada dengan makanan dan minuman yang diberikan oleh orang yang tidak atau baru dikenali. Mungkin ia mengandungi dadah, bahan pelali atau perangsang nafsu.
· Berwaspada apabila melihat orang yang mencurigakan di sekitar kawasan kemudahan awam seperti tandas, stesen bas, lif dan sebagainya.
· Ketika hendak gunakan kenderaan awam, pastikan ada penumpang wanita lain bersama.


Mengatasi ancaman rogol:

· Undang-undang membenarkan hak untuk mempertahankan diri daripada dirogol dengan menggunakan kekerasan ke atas penyerang (perogol) sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya.
· Bertenang dan jangan kelam kabut jika diugut atau diserang.
· Jangan lakukan tindakan yang terburu-buru.
· Sekiranya anda membuat keputusan untuk melawan, pastikan anda benar-benar menguasai keadaan. Anda boleh gunakan tangan atau kaki atau sebarang benda yang ada pada anda seperti beg tangan, payung, kunci dan sebagainya untuk melawan.
· Camkan muka dan tanda-tanda yang ada pada penjenayah itu serta pakaiannya dan juga nombor kenderaan yang digunakan.
· Untuk membantu penyiasatan polis, anda dinasihatkan supaya tidak membasuh badan dan pakaian yang dipakai sewaktu kejadian sebelum membuat laporan polis.

PECAH RUMAH
Bila kes pecah rumah sering berlaku :-
1. Ketika penghuni tiada di rumah, sama ada siang mahupun malam.
2. Apabila tahap kerjasama sesama jiran kurang, malah tidak mengenali antara satu sama lain.
3. Apabila ada tanda-tanda kecuaian penghuni dalam aspek keselamatan rumahnya.
Langkah anda sebagai penghuni rumah yang berwaspada :-
1. Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat.
2. Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.
3. Jangan tinggalkan nota menunjukkan anda tiada di rumah.
4. Hentikan hantaran pesanan harian (surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
5. Pasang semula manga atau kunci rumah yang baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa rumah bertukar. 6. Elakkan dari memberi kunci rumah kepada kontraktor.
7. Simpan wang tunai di bank dan barang kemas di peti simpanan keselamatan.
8. Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti bunyi radio dan lampu terpasang pada waktu malam (guna モtimerヤ, alat kawalan waktu).
9. Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefon berdering berterusan ataupun pasang sistem pesanan/simpanan suara (jangan maklum anda tiada di rumah).
10. Sertai program kejiranan, khususnya bersama polis untuk mengenali serta meningkatkan kerjasama antara komuniti dan polis.
11. Minta jiran tolong tengokkan rumah sepanjang ketiadaan anda di rumah dan kutip surat dalam peti surat, jika ada. 12. Berikan nombor talian anda yang boleh dihubungi dan juga talian balai polis yang berhampiran.
Perlindungan keselamatan keadaan rumah:
1. Pintu utama dan pintu belakang perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
2. Pasang door viewer dan penyelak di pintu utama.
3. Pasang jeriji (grill) berkunci pada pintu dan tingkap rumah.
4. Pasang lampu (guna lampu yang jimat tenaga dan mesra alam) yang mempunyai alat pengesan untuk kawalan di luar rumah.
5. Pasang alat keselamatan tambahan seperti pengera dan ムCCTVメ.
6. Simpan tangga dan peralatan (tools) di tempat yang selamat agar tidak digunakan oleh penceroboh.
7. Pastikan kebersihan persekitaran rumah agar tidak ditumbuhi lalang dan semak-samun yang boleh dijadikan tempat sembunyi penceroboh.
8. Pastikan sekitar kawasan pagar kita tidak mempunyai pokok yang boleh digunakan oleh penceroboh untuk memasuki rumah dengan mudah.
Ikuti perkembangan aktiviti polis ketika musim perayaan untukmengetahui akan program RakanCop serta program keselamatan Balik Kampung,terutamanya ketika musim perayaan.

PENYELUK SAKU
Cara untuk menghindari penyeluk saku:
· Elakkan dari membawa wang tunai secara terbuka di khalayak ramai. Anda boleh membeli melalui internet atau menggunakan kad kredit.
· Silangkan beg anda di hadapan supaya anda mudah untuk memerhatikannya. Pastikan ia telah dikunci atau dizipkan.
· Jangan tinggalkan beg tangan anda di atas bakul atau troli di pusat membeli-belah.
· Periksa beg duit atau beg tangan jika seseorang menghimpit atau melanggar anda.
· Jangan tertipu oleh orang yang tidak dikenali yang cuba berbuat baik dengan anda tanpa sebarang sebab.
· Jangan tidur dalam bas atau LRT dan pastikan beg anda dijaga rapi.

KECURIAN KENDERAAN
TEMPAT-TEMPAT DI MANA KECURIAN BERLAKU:
· Tempat letak kereta awam, kompleks membeli-belah, di depan rumah, tepi jalan raya dan tempat letak kereta di hotel menjadi tempat yang sering berlakunya jenayah ini.


CARA-CARA UNTUK MENCEGAH KECURIAN KERETA:

· Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera yang baik.
· Memasang kunci tambahan untuk stereng, gear, roda dan kelac.
· Pastikan juga kereta sentisa dikunci.
· Sentiasa letak kereta di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang/berlampu.
· Jangan serah kunci kepada 'jockey' kereta.
· Mengukir nombor pendaftaran di cermin kereta (Sand Blasting)


CARA-CARA UNTUK MENGHALANG KECURIAN MOTOSIKAL:

· Letak motosikal di tempat yang dikhaskan.
· Pastikan anda mengunci motosikal ketika meninggalkannya.
· Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat terang/berlampu.
· Merantai dan menggunakan kunci tambahan adalah penting untuk mengelak motosikal dari dicuri.
· Ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian penting.

Klik LIKE di bawah ni untuk sebarkan pada rakan -rakan di FB ... 

Si dia bertanya pasal iklan NUFFNANG ..


" Abang Ben , kenapa saya punya Nuff tak banyak yer ? "
" Lorh ... mana saya tau .. Bila kamu buat blog ? Trafik oke ke ?
" Lama dah .. dua bulan lepas .. Trafik ok .. saya rajin je update .. pastu ping dalam FB lagi... "
" Hurm .. skit tu berapa ?
" Ada la dalam berbelas ringgit untuk minggu lepas .. Tu pon takde BE lagi "
Adoi budak neh.. dia ni saja nak perli aku ke apa ??
" Dua bulan lepas , pastu sekarang untuk seminggu dapat berbelas ringgit ? Tak banyak eh ? "
" Aah .. tak pon .. camana nak bagi dapat beribu cam ramai blogger dapat eh ? "
Aku garu kepala . Aku sendiri pon hampir 8 bulan baru nak merasa beratus .. Dia ni baru 2 bulan , nak beribu ? Huhu...
" Blog cerita pasal apa ? "
" Macam macam bang.. asal ada cerita je .. isu panas ke.. artis ke.. bola ke.. Janji boleh ada orang masuk .. "
" Hurm.. "
Aku nak kata apa kat dia neh eh ? Kang salah cakap , kata aku ajar bukan bukan kat blogger baru neh ..
" Gini je la dik .. saya nak kata lebih lebih pon , saya sendiri pon kais pagi makan pagi .. kais petang , belum tentu lagi dapat makan .. Buat blog ni kalau semata mata nak dapat keuntungan dari iklan , rasanya kena ada teknik dan cara .. Part ni memerlukan modal .. Kalau sekadar usaha kosong , makan masa ..
Ada banyak contoh blogger sekarang ni buat.. Mengiklankan di FB , google dan banyak lagi.. Tu adik kena tanya kat mereka yang lebih arif bab pengiklanan ..  Ok ? Saya cuma rajin update je pon...  "
Aku tersenyum..
"Apa motif adik buat blog ? "
Diam dia ..
" Nak tambah pendapatan .. "
" Buat bisnis dalam blog.. insyaAllah.. tu lagi terbaik .. ramai dah berjaya tambah pendapatan dengan cara tu .. "
" Bisnis apa bang ? "
Aiseyman.. takkan tu pon aku nak bagitau.. Dari aku bagitau , baik aku buat sendiri kan ?
" Apa apa je.. ada banyak .. cuba google.. "
" Ok la bang.. terima kasih sudi meluangkan masa menjawab persoalan saya .. Selamat hari raya bang.. "
" Selamat hari raya .. sama sama .. "

Hurm... Bulan depan , blog aku masuk dah 2 tahun ..  Masih di takok ni lagi.. tiada peningkatan .. Memerlukan lagi usaha untuk naik .. Walaupun ada yang mengajak aku untuk mencuba sesuatu yang baru , aku menolaknya dgn baik ..
Kerana aku punya perancangan aku tersendiri .. Yang mana , hanya mereka yang mampu berfikir saja akan memahaminya ... Mereka yang pernah 'susah' satu tika dulu , akan tau bagaimana nak berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi..
InsyaAllah .. Yang penting adalah usaha .. bukan takat omong kosong ..

Teringat kisah Nabi Musa a.s dengan Nabi Khidir a.s ..

 

Sewaktu aku sekolah dulu , buku sejarah / kisah-kisah nabi mmg senantiasa menjadi pujaan aku .. Terlalu banyak kisah kisah yang boleh dijadikan ikhtibar dan contoh dalam kehidupan seharian ..

Antara yang menarik , kisah Nabi Musa a.s dan Nabi Khidir a.s .. Pengajaran paling mudah dalam cerita itu , belum tentu kita yang bijak pandai ini mampu mengetahui atau lebih pandai dari orang lain .. Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana .. 

Disebabkan kita yang terasa lebih pandai itu maka kadang kadang kita selalu membuat penilaian di luar jangkaan kita .. Sedangkan kita sebenarnya tidak mengetahui apa apa pun ..

Aku amik contoh , ayah aku .. Dia tak kasi aku naik motor sejak dari kecil lagi.. Langsung tak pernah ajar aku .. Dan aku ikutkan saja kata-katanya .. Abang dan adik aku pulak mmg berkemahiran dalam menunggang motosikal .. tu pon diorng belajar curi curi ..

Kata ayah aku , mudah saja .. " Hang mau ? Amik lesen dan beli motor sendiri ! " Aku tersangatlah tidak puashati terhadap 'perintah' ayah aku tu.. Aku memberontak ! Geram.. Kenapa mereka boleh tetapi aku tak boleh ???

image SEASON 94/11-SHAWL POLLY,DOLLY,MOLLY

Akhirnya bila dah dewasa , baru aku sedar .. Buatlah apa saja yang kita nak jika kita dah berkemampuan .. Jangan gunakan harta orang atau jangan sesekali berhutang hanya kerana nak 'berlagak ' ...

Dan alhamdulillah , sehingga sekarang aku takde pon hutang dengan mana mana pihak kecuali selepas  kawin ni .. Tu pon sebab beli rumah .. hehehe..

Cerita Nabi Musa a.s dan Nabi Khidir a.s ini sangat menarik untuk dibaca .. Nak baca ? Boleh je baca kat SINI .. Ni versi Indonesia.. panjang cerita dia .. kalau boring , leh je baca ..

Alhamdulillah... sorang lagi bakal ..

 

Hahaha.. ketawa riang aku membacanya ..

" Alhamdulillah.. kelmarin try g cek kt klinik kerajaan pulak.. Dr sahkan bini aku mengandung kira2, 7 minggu.. "

Syukur alhamdulillah .. member rapat aku meninggalkan PM di Facebook malam tadi dan aku baru baca waktu subuh tadi... huhuh... Sangat mengembirakan .. Tiada apa yang lebih mengembirakan pagi tadi kecuali membaca mesej dia tu..

Tau kenapa ? Kawan aku ni rapat ngan aku sejak aku masuk ke unit aku nun 5 tahun lepas ... Hanya aku ngan dia je lelaki... Yang lain perempuan ! Hehehe.. jadi apa saja kemana mana ke , semua ngan dia .. Kalau outstation pon ngan dia la.. Dan dia banyak ajar aku bab bab protokol menyambut orang orang besar memandangkan dia ni kakitangan istana negara sblm bertukar ke unit sama ngan aku ..

5 tahun dia tunggu !  5 tahun dia dan wife dia menunggu untuk mendapatkan zuriat yang pertama .. Aku pulak 2 tahun ..  Kesabaran serta usaha kami ni berhasil .. tak lupa juga doa dari rakan rakan ..  :)

"mudah2an kedua2 isteri kite ngan kandungan dieorg selamat.. "

Rezeki bulan Ramadan ..  :) Alhamdulillah.. Doakan mereka agar selamat yer .. termasuk juga dua lagi rakan kita , isteri Pembawa Wacana dan isteri Ujang , YanaMib .. tak ingat url ler nak backlink.. haahha..

Psst.. cepat cepat kawin kalau dah mampu ...

Jangan suka suka hati je nak belasah orang !

 

Inilah realiti dunia skang .. 'OPS.. SORI..SALAH ORANG .. HEHEH " atau " Oh maaf , saya tersilap .. "

Mohon maaf adalah sesuatu yang amat mudah untuk dilafazkan .. " MA..AF " atau " I'M SORRRYYYY " .. Mudah bukan ? Tapi tahukah perasaan mereka yang telah kita lukakan hati itu ? Mungkin dia sejuk kembali hatinya tapi parut ?

Dalam dunia yang penuh fitnah ini , adakalanya kita melakukan sesuatu dengan tanpa usul periksa .. Hanya berlandaskan pemikiran logik yang tidak cukup bukti serta penyiasatan yang lebih mendalam , lantas kita terus menjatuhkan hukuman ..

Ingatlah .. Allah Maha Adil .. Hari ini kita jatuhkan seseorang .. Esok lusa , sapa tau aib itu kembali kepada kita .. Maka berhati-hatilah dalam membuat satu tindakan .. Jangan sangka kita dah terlalu betul sehingga membuta mata dan akal fikiran untuk bersikap dengan lebih adil hanya kerana menurut hawa nafsu ..

Cerita panjang pon tak guna bukan ? Dalam kitab Al-Quran , hadis nabi s.a.w dan banyak menceritakan mengenai ini .. Antara baca , kaji dan memahaminya saja ..  Jom layan video kat bawah ni ..

Nak tau lebih lanjut .. Baca kat DeZamanCottage..

Hati-hati bila mengutuk yer ..


Salam .. selamat pagi .. Sahur dah ? Confirm dah kan ? Berkat tu .. OKeh .. Seharian isu isu panas dikalangan segelintir blogger yang melibatkan newbies dan juga aku dah berlalu .. Aku harap la yer ..
Bukan apa , aku dah bagi penerangan berjela .. Kalau masih ada yang tak puashati tu , pasni boleh duduk jauh jauh dan keluarkan entri entri yang menunjukkan anda itu lebih bagus dari apa yang anda perkatakan .. Jangan cari isu murahan ..
Dan , selepas ini ... jangan kata aku tak bagi amaran yer .. mana mana kutukan yang menulis nama aku  secara terang terangan , samada di blog atau FB .. aku tak perlu pening kepala ... aku printscreen dan buat laporan pada ;
  1. SKMM
  2. POLIS
  3. PEGUAM
Aku rasa isu ni hanya di kalangan mereka yang tak tau prosedur atau etika penggunaan internet ..  Sedikit petikan ..
"Orang ramai juga dinasihatkan bertanggungjawab atas setiap komen yang dipaparkan dalam Internet kerana polis mempunyai keupayaan untuk menyiasat dan mengheret mereka ke muka pengadilan," .. Lanjut di SINI
Perundangan Malaysia
Perundingan Malaysia tidak membezakan penulis blog umum dengan penulis terbitan umum yang biasa, dengan itu blog dianggap satu penerbit sama seperti percetakan biasa. Oleh itu pemilik/penulis blog tertakluk dengan perundangan sama. Di antara akta-akta yang meliputi aktiviti blog termasuk seperti berikut:-
  1. Akta Hasutan 1948 - Seksyen 2 akta itu mengatakan setiap perbuatan, ucapan, perkataan atau penerbitan adalah menghasut sekiranya ia mempunyai ‘kecenderungan menghasut’.
  2. Akta Fitnah 1975
  3. Akta Rahsia Rasmi 1972
  4. Akta Iklan Lucah 1953
  5. Akta Perihal Dagangan 1972 - Akta ini melarang iklan palsu dan mengelirukan mengenai barang, harga, perkhidmatan, penginapan atau kemudahan ditawarkan dalam perniagaan dan perdagangan.
  6. Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Media 1998
  7. Akta Hakcipta 1987
  8. Akta Kesalahan Komputer 1997
Lanjut di SINI ..
Jadi , kalau rasa rasa nak kutuk tu , pastikanlah berasas .. Selagi ada yang menafikan ... ada bukti ... Maka berhati hatilah .. Sekian ..
Selamat berpuasa ..
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI