Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 28 Ogos 2011

Kita serupa walaupun berbeza ..

 

Bila lihat mereka berdiri ...
Terasa sungguh gagahnya mereka ..
Ingin juga berdiri sama ..
Tapi siapalah aku ..

Aku cuba mengikuti bayang mereka ..
belajar dari bawah sedaya upaya..
kejar selagi terdaya ..
aku mampu .. aku buktikan ..

Tapi aku terlupa ..
hakikat yang sebenarnya ..
tujuan yang seikhlasnya ..
aku tersasar jauh ..

Kini aku sedaya upaya ..
kembali ke jalan yang sebenar..
pangkat dan darjat bukanlah ukuran sebenar..
rupanya segalanya di hujung jari ..

Aku tahu .. aku sedar ..
aku mampu lakukan ..
tapi biarlah berpada pada ..

Mereka bahagia , aku gembira ..
Mereka bersorak , aku tersenyum..

Kini aku sedar ..
aku dan mereka sama saja ...

Cuma cara dan perjalanan saja yg berbeza ..
dan biarlah angin ini membawa aku .. dengan tenang ..

Kawan aku nak buat blog ..

 

" Loh.. Kau nak buat blog ? " . Aku tanya ..

" Aah.. aku tengok kau buat.. cam best jer .. Dapat duit lagi . Tu best tu .. "

" Sbb dapat duit je kau nak buat blog ? "

" Dapat awek .. Haa.. aku tengok ramai awek cun  jadi blogger nih ! Aku kan single lagi.. Haaa.. Tapi paling utama . duit la "

" Kau minat ke dalam bidang penulisan ? Aku tengok , kau membaca pon malas .. "

" Ala.. apa susah .. Merepek je dalam tu.. Aku baca banyak blog main tulis je apa apa pon.. Tu pon ramai baca .. Haa..cam kau punya.. Ramai jer .. "

" Aahh. ramai je baca.. Tanya la berapa lama aku usaha ? Tanya la camana aku promote .. Aku bukan tulis je pastu nganga .. Pastu ramai je masuk baca .. Tapi tak pe , kalau ko minat .. aku boleh je tolong .. tapi kau kena la usaha sendiri untuk berjaya .. ok ? "

" Kau tak leh tolong aku ke ? Kata kawan kawan .. "

" Hehe.. boleh jer.. Tapi yang penting , dari kau sendiri .. Aku cuma 'leh intro' kau pada rakan rakan blogger.. Part lain , kena usaha sendiri .. "

" Ok ok.. nak tanya.. camana nak pasang nuffnang dan nak dapat banyak trafik eh ? "

" Ko dah register email ke belum ? "

" Alamak..email tu apa ? "

Hampeh.... nampak sangat buta internet ..

Tersembur air liur jap !

 

Caitt.. Geram .. Arghhhh .. Aku g Klcc semalam .. Saja trick wife.. Kalau aku ajak g Low Yatt Plaza , sure dia tak nak.. Jadi aku ajak dia jalan jalan kat sana dengan harapan aku dapat singgah masuk butik HTC untuk lihat HTC EVO yang baru keluar..

Aku tanya harga Evo ... RM2K++ ..tu di butik .. kalau di kedai biasa , mesti dapat tawar lagi... Aku rasa kalau tunggu lagi 2-3 bulan , murah la skit ..

Kemudian aku tanya harga pasaran untuk Desire HD lak.. Korang tau berapa ? ARghhhhhhhhhhh.. Gila jap aku.. Masa aku beli dulu harganya 2K ++ dan sekarang ???? Huhu.. 1600 !! Bro Jiji Yu baru beli dalam harga 1500 .. adeh..

Tersembur aku wehhh... Hahaha... Tapi ok la .. Tu 3 bulan lepas .. Skang ni tech makin berkembang.. Kalau kejar , leh jadi gila jap .. Jadi pandai pandai la no...

Kelemahan DESIRE HD ni ialah masalah bateri .. Tapi berbaloi la bang oiii.. Sbb apa ? Sbb best giler ! Macam macam ada .. sangat puashati..

Tapi nape aku nak tukar ke EVO ? Muhahaha.. dia guna dual core processor dan tech terkini... 3D ! ARGHHH .. Tak caya ? Meh tengok sendiri HTC EVO 3D > SINI

 

 

Apabila Taufan Irene melanda New York

 

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Gambar : Yahoo

Dilaporkan kerugian berbillion dollar akibat bencana Taufan Irene ini .. Pengangkutan awam turut tergendala termasuk juga pengangkutan udara ..

Kenapa perlu cakap pasal orang lain ?

 

286358_264038980286412_100000409372347_988911_2251864_o

Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat,

"Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?"

Lalu jawab Baginda, " Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!"

Kemudian Baginda ditanya lagi, "Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan ltu benar?"

Jawab Baginda, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar)."

(Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).

Firman Allah swt:

"Dan janganlah kamu mengumpat sesama kamu, adakah seseorang dikalangan kamu suka makan daging mayat saudaranya ; tentulah kamu bencinya." 12 : al-Hujjurat .

Sama-sama kita fikirkan ..

 

Berhati-hati di jalan raya .. Selamat Menyambut Aidilfitri.

Rakan blogger memerlukan sokongan anda ..

 

image

Terkejut dengan berita kemalangan jalanraya yang menimpanya semalam , ramai kawan membuat kutipan derma kilat untuk membantu blogger IFFAH AFFIFAH ..

Aku kenali blogger ini melalui segmen segmen yang dia sertai selama ini .. Kalau tak , aku tak rasa pon kenal dia .. Hurm... Dan alhamdulillah , ramai teman blogger telah sudi menghulur bantuan dengan membuat entri kebajikan ..

Untuk cerita lanjut , sila ke blog SUNAH SAKURA. Semoga cepat sembuh IFFAH .. Dia ni suka benar panggil aku Papa Ben... huhu... Syukur alhamdulillah... Pasni ni kita bersegmen lagi yer Iffah .. Kerana segmenlah ramai blogger menjadi rapat ..

Kemaruk atau masa itu emas ?

 

" Ah.. lampu merah .. hurm.. sempat approved satu dua komen ni .. " . Bisik hati aku ..

Tengok FB sat.. Huih.. ada awek bagi private message .. Huhuh.. Nasib baik kawin dah .. kalau tak ? I folllowww ...

"Ler.. lambat la pulak lampu nih.. ". Aku tengok jam.. dah 6 lebih.. Tak lama lagi nak berbuka dah nih ... Membebel sorang sorang ..

Eh.. aiseyman.. Patut laaa diorang pandang aku ! Nasib baik takde kereta kat belakang .. Kalau tak ? Sia sia kena maki dan kena hon.. Bikin malu jer..

Kenapa ? Terlepas lampu hijau.. hahaha.. Adoiii... aparaa... Kot ya pon , kang kat kedai mamak , belek la hp tu Ben oiiiii.. Ni la dia !! Punca punca kemalangan jiwa !

SEGMEN : KAMI BLOGGER PRIHATIN !

INI ENTRI STICKY POST - ENTRI TERBARU DI BAWAH ENTRI INI

Ini adalah segmen sebagai sokongan terhadap kempen TABUNG KEMANUSIAAN SOMALIA  anjuran ISLAMIC RELIEF MALAYSIA atau IRM .
Sebagai blogger , kita punya tanggungjawab sosial tersendiri . Berbeza dengan mereka yang bukan blogger . Blogger memainkan peranan yang penting di waktu ini memandangkan dunia internet telah mendapat sambutan yang amat hebat . Blogger perlu bijak mengambil kesempatan ini dengan menghebahkan mengenai kempen ini di dalam blog masing masing ..
Tak susah .. 1 blog ada 100 pembaca katakan .. Dalam 100 tu dapat seorang derma RM10 .. Cukuplah.. Kalau yang menghebahkan lebih dari 100 blog ? 200 ? Berapa dah kutipan derma ? Mereka tak tau jadi blogger yang yang memberitahu.. Tak susahkan ?
Rakan rakan di FACEBOOK , TWITTER dan blog , sama sama kita sebarkan ..
" RM 3 juta menjelang Syawal yg IRM perlukan utk Somalia tidak mustahil, Insya ALlah! Dermalah dlm 10 terakhir Ramadan ini. "
Buat rakan rakan blogger , jom kita sebarkan melalui segmen ini ..
Sila buat satu entri khas ..
  1. Letak Header Ben Ashaari Blog 
  2. Tajuk : KAMI BLOGGER PRIHATIN  dan linkkan ke entri ini .
  3. Sila letak video ini atau korang leh letak gambar berkaitan dengan isu kemanusiaan ini dengan mengoogle.. Ada berpuluh ribu..

     
            Jika ada yang berminat untuk menderma , boleh ke laman ini :http://irmblog.org/2011/07/serious-drought-in-somalia-affecting-livelihoods/
            Terbuka buat semua blogger ... Tutup sehingga 1 Syawal nanti.. Ini adalah sticky post..  Terima kasih ...
            Tiada penyenaraian url blog ... IKHLAS KERANA ALLAH ..dan juga kerana mereka , saudara seagama ..

            Jenis-jenis kenderaan yang bakal diharamkan digunakan di lebuhraya Malaysia ..

             

            Berikut adalah kenderaan yang diharamkan digunakan di lebuhraya di sekitar Malaysia.. tapi jalan kampung , ok jer ..  :) hehhe.. memandai aku eh ..

            image

            " Garfield "

            image

            " Evergreen "

            image

            Ini kereta dipanggil " Tiada hala tuju "

            image

            " Ahmad Albab yang punya "

            image

            " No komen "

            image

            Yang ni , dikuatiri menyebabkan ramai terbabas sbb asyik memandangnya..

            image

            " Green Peace "

            image

            Jenuh nak kena samak jalanraya tu .. huhu ..

            image

            Hanya kereta saja dibenarkan.. Kasut tak leh ..

            image

            Hellow ?????

            image

            Yang ni sbb tak lepas Puspakom punya !

            image

            "Kembar siam "

            image

            Yang ni tak tau nak kasi kategori apa.. Motor ke kereta ?

            image

            " Kereta sangkut "

            Kalau diberi kuasa ! Ni lah kesannya ..

             

            image

            Kesian... tu je yang aku boleh kata... Haish.. Apa la nak jadi dengan orang sekarang ni ?? Bila polis wat keje dia .. orang kata gila kuasa .. Bila diberi kuasa pada orang awam .. Ni la pulak halnya ..

            Di Pulau Pinang , dua pemuda di dalam gambar di atas , dibelasah tanpa belas kasihan oleh sekumpulan lelaki yang mendakwa sebagai Skim Rondaan Sukarela  ..

            Kononnya mereka kata budak ni nak pecah rumah .. Bukti ada ker ?? Skang tengok.. sapa wat repot... Kot ya pon , berhati perut la skit .. Main taruk jer .. Tang mana akal fikiran ? 

            Apa yang aku boleh kata .. ni sikap manusia di zaman fitnah ni .. Gemar membuta tuli wat keje .. Bila dah tersalah ? Jauh sekali nak minta ampun maaf.. Haih.. Bila kena kat batang hidung sendiri , tau pulak nak jerit mengamuk ..

            Baca je kat  artikal Dipukul tanpa sebab di BHARIAN .. Bab bab ni , manusia spesis ni mmg hero ..

            Badan kalau sekeping , jgn ditayang-tayangkan ..

             

            Teringat kali pertama aku masuk gym .. Ada satu otai tu borak ngan aku ..

            " Budak tu .. kalau gi gym &^$#%& , sah sah kena maki punya .. Baru angkat satu dua set besi , dah tengok besi... Dah la tu .. pakai singlet ! "

            " Kenapa bang ? "

            " Diorg yang main dah lama pon , baru berani nak tengok cermin.. Kalau takat sekeping , segan la kat abang abang yang dah 'berketul' tu .. "

            Aku mampu tersenyum .. Kebenaran dia mmg terserlah .. Tau kenapa ? Biasanya mereka yang nak g gym ni , nak dapatkan badan yang cantik.. berketul .. tapi semangat ?? Sehari dua boleh la.. pastu ? Ke laut !

            Kenapa ke laut ? Sebab kecewa tak dapat macamana yang dihajati ..Semua nak segera .. Padahal yang otai tu , perghhh... takat cedera otot tu , jgn cerita laa.. Ni baru pegang dumbell , nak jadi vin Diesel ?

            Apatah lagi nak bersinglet ??? Aku sendiri pon dah 9 tahun ulang alik ke gym.. Skang ni je dah slow abis .. Bukan pe , kena jaga wife..Yelah , kat rumah ni dia sorang jer ... bahaya la kalau tinggalkan selalu ..

            Nasihat .. Nak besar atau nak maju dalam satu satu bidang , perlulah disusuli dengan usaha .. Takat niat saja tak guna .. Mmg bagus tapi niat perlulah disertai dengan tindakan .. Tindakan pula hendaklah bersungguh-sungguh .. Tetapi bila tercapai , jangan riak atau memadang rendah orang lain ..  okeh ?

            Potong kaki ...

             

            Arghh.. terkejut aku .. Insaf seketika tadi ..

            " Kau tak tau ke yang ayah aku dah kena potong kaki akibat kencing manis ? "

            Astagfirullah al a'zim .. Ayah dia tu , aku mmg rapat.. Dari kecik lagi aku dok melepak kat rumah dia .. Kawan aku ni mmg kawan baik aku dari sekolah menengah .. Gaduh camana pon , esok lusa baik balik ..

            " Haish.. bila ?? " . Aku terkejut ..

            " Lama dah ... "  . Dia jawab..

            Ayah kawan aku ni , mmg smart gila .. Haa.. ada kena mengena ngan Salleh Yakob menurut kawan aku . Dia kata SY tu pakcik dia .. Mmg jenis mulut maniss .. Member aku ni pon sama la.. Kira awek cair la kalau borak ngan dia .. hahaha..

            Jadi aku set ngan dia , raya kedua nanti aku nak ke rumah dia .. Nak ziarah ayah dia dan beraya sekali .. hurm... sian pulak aku dengar .. Tak sangka betul ..

            Itulah .. dalam diam tak diam.. macam macam perkara boleh berlaku pada kita .. Bayangkan hidup kita ni penuh dengan dengki khianat ? Nasib baik la kawan ayah aku tu kaki masjid .. Jauh sekali nak umpat mengumpat.. Kaki baca  Al-Quran .. tu pasal muka jernih jer.. Cuma tu je la.. dah nasibnya begitu..

            Kita lak camana ? Aku terang terang dah ada darah tinggi .. Hehe.. Kau ?

            PDRM melarang memandu kereta ini di atas jalan raya nanti ! Punca kemalangan !

             

            image

            Pasti ramai terpusing kepala bila nampak 'kucing' berada di atas jalan raya nanti ! Ni semua punca kemalangan ..kan kan ?

            Terjebak ...

             

            CSC_0491

            CSC_0493

            CSC_0496   Terjebak ! Member aku datang rumah.. Member sekolah dulu dulu tu haa.. Lama tak jumpa dia .. Saja datang borak borak .. Pastu aku ternampak cincin dia pakai.. Memang bapak gila la di punya cincin .. Kalau tengok pon , mmg geleng pala punya .. Yelah , dia design dan buat sendiri .. Mmg khas untuk jual la..

            Yang dia pakai tu , ada orang nak dah.. RM2 ribu. Batu nilam dan delima .. Ada 4 batu sekali gus atas permukaan tu.. Mmg cantik la .. Cuma orang yang berani pakai je la sbb nampak gengster.. Kalau aku pakai , sah wife suh tidur luar ..

            Aku tanya dia .. Ada bawak stok cincin lagi tak ? Pastinya ada .. Dia bawak dalam bekas.. Memula tu aku berkenan satu cincin batu merah tu ... dalam dia ada 'star'... antara nampak tak nampak .. mmg cantik la.. Tapi design cincin tu , aku da dah..

            Ternampak adik aku dok pakai cincin dalam gambar tu.. Terus aku mintak.. Aku tanya dia .. Nak tak ? Kalau tak nak .. aku nak ni ! Hahahhaha.. Berkenan gila aku yang ni.. Sbb lama dah aku dok perati design macam ni kat butik cincin di Alamanda ..

            Tanya berapa harga ? Ok la.. mampu aku beli.. hahaha.. Harga kawan kawan .. Sapuuuuuuuuuuuuuuu.. Tanya wife.. dia kata oke jer.. Baik aku kan ? Nak beli , tanya wife dulu .. Malas nak bermasam muka.. Apa saja , kena ada permuafakatan .. kan kan ?

            Akhirnya ... ni la cincin raya yang akan aku pakai di pagi raya nanti .. hehehhe ...

            Related Posts with Thumbnails

            Peringatan



            Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

            Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

            Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

            Terima Kasih ..

            BEN ASHAARI