Isnin, 29 Ogos 2011
Menu berbuka terakhir ..
"Malaysia lagi murah la bang .. "
Selesai menghabiskan duit di Alamanda.. Beli vaccum cleaner , baju 2 pasang , sepasang kasut dan roti boy.. Ops... hehehe... Total tak sampai pon RM500 .. Mahal tang vaccum tu jer ..
Pastu terus balik .. Plan nak berbuka kat rumah orang tua malam ni.. Berhimpun ramai ramai kat sana jer .. Lepak kat Putrajaya ni , sah sah berdua jer.. hehe.. Sepi ? Sepikah ?
Kalau sepi cuba bandingkan dengan 'dia' yang dah menghabiskan lebih 5 tahun di Malaysia hanya untuk mencari rezeki bagi menampung keluarganya di sana ..
" Assalamualaikum " .. Dia tegur aku ..
" Wasalam wbt " .. Aku tersenyum dan menutup bonet kereta yang mana aku plan tadi nak keluarkan semua barang dan masuk mengemas rumah..
Tapi dah dia datang menegur , adalah satu kurang sopan la kalau aku biarkan gitu je kan .. Maka aku pon borak jap la ngan dia .. Kesian tengok dia .. Heheh..
Mamat bangla ni bernama Khalil .. Umur dia 2 tahun lebih muda dari aku.. Camana aku tau ? Sbb perbualan aku ngan dia bermula dari A sampai la ke Z ..
Dari situ aku tau cerita mengenai keperitan di negaranya .. Bayangkan gaji dia cuma RM1000 disini .. 600 diantarnya ke orang tua serta isterinya .. Cukup malah boleh simpan lagi ! Duit yang diantar kepada mereka , membolehkan mereka kat sana tak perlu susah payah kerja dah .. Alhamdulillah ..
Cuma dia kata kerja dia teruk sikit la.. kena berhujan panas gitu.. Namun dia tetap bersyukur sbb ada kerja .. Lagi pon segala yang ada di Malaysia ni , dah cukup murah baginya .. Makan minum pon ok dah .. Boleh makan sedap sedap gitu .. huhu..
Dia siap buat perbandingan gitu .. Pengiraan dan sangat beruntung berada di Malaysia .. Sapa kata susah nak hidup di Malaysia ? Segalanya murah dan mewah ! Dia kata la .. hehehe..
Tak cukup lagi kah kita ? Inilah hasil kemerdekaan negara kita .. Namun masih ada yang tak bersyukur ...
TweetOh .. baju raya ku !!
Hehe.. simpan duit untuk si kecik tu .. Baru tau cmna pengorbanan ayah aku dulu...huhu..
SELAMAT MENYAMBUT AIDIFITRI ..
Mereka juga menyambut AIDILFITRI tetapi dalam keadaan yang lebih mencabar dari kita .
SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI . MOHON AMPUN DAN MAAF SEKIRANYA SELAMA INI ENTRI DARI BENASHAARI.COM TELAH MENGHIRIS HATI RAKAN RAKAN SEKALIAN .
SAYA CUMA SEORANG HAMBANYA YANG HINA. JANGAN SERIK UNTUK SINGGAH LAGI . TERIMA KASIH DAN JANGAN LUPAKAN 'MEREKA' DENGAN BERJIMAT-CERMAT SERTA JANGANLAH MEMBAZIRKAN APA YANG TIDAK PATUT DIBAZIRKAN .
Hulur- hulurkan bantuan kepada mereka tanda persaudaraan kita sesama Islam .. InsyaAllah ..
TweetJangan nilai Islam melalui penganutnya !
Wow .. satu kata kata yang membuka mata .. Kata-kata seorang bekas penganut setia Buddha serta Kristian .
" Tapi nilailah Islam melalui AL-QURAN .. Bacalah dan hayatilah kebenarannya . Kebenaran ISLAM .. "
Walaupun baru menganut Islam tapi pemahamannya , sangatlah menakjubkan .. Kalah aku yang dilahirkan Islam ini .. Sangat malu diri ini bila menyaksikan videonya ..
Kenapa video video begini dipinggirkan ? Kenapalah asyik asyik kita mencari awan yang tertulis perkataan Allah ? Badan binatang yang tertera nama Allah untuk memberitahu mereka yang kafir sesungguhnya Allah itu wujud ?
Tengok dan nilaikan sendiri kebesaran ISLAM yang mana mampu menyucikan hati mereka walaupun sudah berusia .. Kita yang masih muda ini ??
Klik SINI untuk menyaksikan video tersebut.
TweetKadang-kadang
Kadang kadang ..
aku terasa kesunyian
keseorangan diri
tanpa tujuan hidup
Kadang kadang ..
aku tak pasti
apa yang aku cari
di atas dunia ini
Kadang kadang ..
aku terkejar kejar duniawi
walaupun aku tak lupa Ilahi
namun sering tidak pasti
apa yang aku cari ..
Kadang kadang ..
aku tertanya sendiri
dimanakah akhirnya hidup ini
mati itu pasti
namun bagaimana
siapa di sisi ku nanti
Kadang kadang ..
aku berharap
biarlah kadang kadang itu
hilang dibawa angin lalu
agar aku kembali pasti
hidup ini penuh erti ...
BEN ASHAARI ..
TweetJika kau benar seorang sahabat ..
ika kau benar seorang sahabat ,
adakah perlu meminta sahabatnya berkorban masa untuknya ?
adakah perlu menyusahkan sahabatnya ?
sanggupkah menegur keburukkannya ?
Jika kau benar ingin bersahabat ,
sanggupkah kau berkongsi rahsia ?
relakah kau menerima kecacatannya ?
atau perlukah aku mengikut telunjukmu ?
Jika aku ingin bersahabat ,
biarlah Allah menentukan keikhlasan kita
kau hanya perlu memahami .. siapa aku ... siapa kau ...
bergelak tawa bersama ..
tika kepayahan , aku rela keseorangan ..
waktu itu , persahabatan teruji ..
Sahabat ..
hari ini kita bermesraan ..
tidak mustahil esok kita bermusuhan ..
terlalu intim persahabatan
terlalu besar jurang permusuhan ..
maka terlalu hampir perpisahan ..
Salam dihulurkan ..
Senyum diberi ..
Hati gembira tak terperi ..
Pada Allah , aku mensyukuri ..
Sesungguhnya ...Sahabat tiada tanding taranya ..
Dialah isteri ...
Peringatan
Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.
Pendapat penulis tidak semestinya kekal .
Terima Kasih ..
BEN ASHAARI


