Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 8 September 2011

Akan ku miliki hatimu itu .. (6)

Sambungan dari episod 5

 

" Ben , Ana nak no telefon kau . Dia nak tanya sesuatu katanya ."

 

Sms yang tertera di telefon bimbit aku yang dihantar dari Wan Kembong. Kenapa aku panggil dia Wan Kembong ? Bukan pasal perut dia . Tapi sebab kata-kata dia tu  yang penuh kekembongan bila berdepan dengan perempuan ! Manis tapi penuh angin jer .. Hampeh.. Tapi peliknya boleh pulak diorg terpikat ! Agaknya sbb dia tu bergaya kot . Tu kelebihan dia nak dibandingkan aku yang pakai baju murah dan jeans memanjang. Aku tak utamakan gaya ketika belajar. Yelah , guna duit orang tua. Kena la berjimat kan ? 

 

" Hurm.. bagi je la .. "

 

Ringkas . Hehe.. Kononnya jual mahal agar tak nampak terhegeh hegeh padahal mahu saja aku buat kenduri 7 hari 7 malam tanpa henti !

Aku kembali membelek laptop buruk aku . Setiap malam sebelum aku mulakan pembelajaran , blog wajib aku kunjungi. Nak update untuk malam dan esok harinya. Tak boleh dibiarkan sepi walaupun sesibuk mana sekali pun.

 

Telefon bimbit aku berbunyi lagi. " Apa lagi si Wan neh ? " .

 

"Salam Beben .. Maaf ganggu awak . Ada perkara nak tanya awak tapi esok saja . Izin saya simpan nombor awak yer . Riana. "

 

" Hah ????? " . Aku gosok mata aku berkali-kali seolah olah tak percaya apa yang aku baca kandungan sms tersebut . Tapi kenapa dia asyik panggil aku BEBEN jer ? Nama manja tu.. Huhuhu..

RIANA ... Mimpi ngeri lagi aku malam ni !

Marsha AF cuba bunuh diri ? Tak laaa !

 

Haaa.. ni entri hiburan lak... saja tukar angin .. hehehe .. ok ? Bukan apa , aku terbaca ada entri mengatakan artis bunuh diri dan jatuh pengsan .. Aku rasa ni la kot kesnya ..  Jom baca ..

 

Selepas satu laporan oleh sebuah akhbar tempatan hari ini mengatakan Marsha Milan Londoh ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya akibat menelan pil berlebihan, teman rapat kepada bekas pelajar Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) ini, Afeeq Abdul Rahman menafikan berita tersebut.

Dipetik daripada laman sesawang mStar, Afeeq memberitahu Marsha jatuh pengsan di kawasan kondominium yang didiaminya di Jalan Klang Lama kerana trauma akibat kemalangan yang berlaku sebelum itu, bukan disebabkan mengambil pil berlebihan seperti yang dilaporkan.

Jelasnya, "Saya masih belum mendapatkan penjelasan yang sebenar daripadanya tetapi difahamkan sebelum dia rebah, dia telah keluar membeli makanan di sebuah kedai berdekatan rumahnya dan mengalami kemalangan kecil sehingga menyebabkan dahi serta matanya mempunyai kesan lebam dan luka.

"Marsha masih boleh memandu ke rumah seperti biasa selepas insiden berkenaan. Namun selepas meletakkan kereta di kawasan parkir, dia jatuh pengsan ketika berjalan kaki ke rumahnya."

Malah Afeeq tidak menolak kebarangkalian masalah penyakit tekanan darah rendah yang dialami oleh penyanyi berasal dari Tamparuli, Sabah ini menjadi salah satu faktor dia rebah.

Afeeq turut menafikan tindakan Marsha yang dikatakan mahu membunuh diri seperti yang dilaporkan oleh akhbar tersebut.

"Laporan yang dikeluarkan ternyata salah kerana Marsha bukanlah jenis yang emosional sehingga ingin membunuh diri," ujarnya.

Penyanyi dan pelakon yang terkenal dengan imej seksi ini kini sedang menerima rawatan di wad trauma dan kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya dan masih belum bersedia menerima pelawat. - Yahoo

Pergh ... macam macam ..

Akan ku miliki hatimu itu .. (5)

Bagi yang tak pernah ikuti drama bersiri tanpa iklan ini , sila klik nombor yang tertera dibawah ini  untuk membacanya dari mula . Terima kasih . Hak milik terpelihara !! Copy tanpa bagitu , aku marah !
Siri  ( 1 ) , ( 2 ) , ( 3 ) , ( 4 ) ...

" Hurm... banyak la pulak komen kat entri entri lama .. Entri tadi dah post , entah apa lak reaksi pembaca nanti .. Pasti kata aku jiwang .. Ahhh.. jiwang pon jiwang la.. janji aku tak kacau orang dah .. Kacau Riana tak pe la .. Hehe.. Janji dia tak kisah ..  ". Seperti biasa , aku akan membebel seorang diri bila jari jemariku ini tersentuh keyboard. Tak kira keyboard laptop mahupun handphone.. Ada je aku nak taipkan.

Anonymous  berkata... [Reply to comment]
Assalamualaikum.. Suka baca sajak awak ..
8 September 2011 11:52 PM

Hurm.. Ada komen baru .. Haish.. Anonymous .. Adeh.. Cukup fobia aku dengan anonymous ni.. Tapi yang ni baik la pulak .. Wah , suka baca sajak aku eh ..

Cinta tidak semestinya bersatu ..
Tapi kerana cintalah kita bertemu ..
Usahlah dikenang cinta lalu ..
Kelak diri merindu .. 

Cinta tidak semestinya bersatu ..
Walau hati ini meronta selalu ..
Hati ini terlalu pilu ..
Ingin bertemu .. 

Aku terima hakikat inilah takdirku ..
Aku pasrah walau jalan berliku ..
Walau payah tetap ku lalu ..
Kerana kesukaran inilah dugaanku ..

Cinta tidak semestinya bersatu ..
Tapi kerana cintalah kita bertemu ..
Aku tetap bersyukur kepadaMu ..
Kerana cintalah aku .. tetap AKU ..
BEN ASHAARI '2011

Aku baca kembali sajak yang aku buat semalam sebelum aku masuk tidur . Sajak yang membuatkan aku tidak lagi mahu terbabit dalam dunia percintaan . Sajak yang meluahkan segala perasaan aku .

"Siapakah anonymous ? Takkan lelaki kot nak baca sajak jiwang gini ? Perempuan ? Kenapa guna anonymous ? Kalau guna id berdaftar , boleh gak aku follow blog dia .. I followwww kata diorang.. Hurm.. tak pe , aku tau nak buat camana nanti .. " Getus hati aku lagi sambil garu kepala yang tak gatal langsung .

Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi. " Adoi , sapa pulak sms aku memalam gini .. Macam tau tau lak aku tak tidur lagi .. "

" Hah ??? Adoiii .. camana si Wan Kembong ni boleh dapat nombor tel Riana ni ?? Ni sudah lebeyyyy... Kacau daun tol la mamat nih ! " . Kembali geram . Kalau beginilah kehidupan aku yang asyik geram kat Wan Kembong , rasanya cecah 30-an nanti , pasti aku dapat penyakit tekanan  darah tinggi .

- SAMBUNG-

Kita jaga pemakanan kita.. Bagaimana pula dengan air ?

 

IMAG0494 Ya .. karat ... ni rumah aku punya ni.. Rasanya skang ni mmg air dah banyak yang tercemar .. Tapi tak boleh nak salahkan pihak pembekal.. Ada caranya juga untuk menapis air ini ..

Yang aku guna ni adalah dari brand X .. Jadi aku tak leh nak komen lebih .. Diorg tak bayar aku.. Hahaha.. takde la , aku takut nak komen sbb nanti lain jadinya ..

Oleh itu , apa kata baca dari pembekal penapis air dari brand Z lak.. hehehe... Ni kira bertauliah punya la... Klik SINI

" Aku keliru laa !! Korang ni anak sapa sebenarnya ? "

 

image

" Dari tadi aku dok pk .. Laki aku putih gak.. Nape anak anak aku ni gelap jer ??? Ker ?? Oh.. tidak mungkin.. Tidakkkkkk !!! "

Teknologi semakin maju tetapi manusia semakin mundur ?

 

image

Hurm... Bila ada kemudahan , tak reti guna .. Bila ada akal , nak juga guna lutut .. Dah tu , nak salahkan Tuhan lagi ? Iskh...

"Sapa cepat , dia dapat ! Lalalala .. "

 

image

Percaya atau tidak , di negara kita sekarang ini sikap mementingkan diri sendiri semakin nazak ! Tak kira dah mana tua , mana muda , mana sihat , mana oku .. Yang penting , DIRI SENDIRI !

" Psstt.. sapa ada gambar bogel ? Ala.. aku nak boleh ? "

 

" Ada ke ? Kalau ada email kat aku eh .. Boleh laaa .. Ek ek ? "

Polisssssssssssssssssssssssssss !! Dia ni nak email gambar bogel kat saya !! Haa.. tangkap dia !! Kasi naik mahkamah !! Hukum penjara 11 bulan kerja berat ! Huhuh.. Baru padan muka ..

Ramai tak sedar , memiliki dan menyimpan bahan lucah adalah tidak dibenarkan sama sekali walaupun gambar sendiri ! Cari pasal namanya tuuu .. Ada baiknya , buang sebelum terjatuh pada tangan yang bijaksana mengambil peluang dan akhirnya anda sendiri malu ..

Peliknya , sekarang ni macam dah jadi trend muda mudi yer .. Suka amik gambar gitu-gituan ?  Tu belum lagi mereka yang buat keja terkutuk tu pastu ambik gambar dan simpan sebagai kenang-kenangan , tanda buat dosa besar .. Kira bangga abis la kan ?

Buat mereka yang masih menyimpan gambar lucah ,  video lucah sebagai koleksi peribadi di kala kegersangan , ada baiknya fikirkan hukuman di akhirat dan juga hukuman di dunia yang mana tirai besi sedang menanti kita semua ..

Berubat sebelum berkulat ! Sebagai panduan untuk saudara saudari sekalian , bolehlah rujuk pada artikal ini sbg pengajaran 5 minit .. Klik SINI ..

Kita jaga aurat kita di dunia ini , mati kita kelak Allah akan jaga aurat kita .. InsyaAllah ..

" Huihhh... bini sapa nehh ? Comel benar neh ! Ayat wehh ! "

 

A : " Ko dah tengok FB ni ? Ni ID dia .. Pergh .. Lawa siuttt... "

B : " Eh.. aaah laaa.. Hulamak aihhhh ... Cer tengok profile dia ... "

A : " Alamak... MARRIED sudah .. kena usha awek lain la lagu nieh ! "

B : " Ala... takat kawan .. apa salahnya kan ? Hehehe .. "

A : " Kau tuuuu.. aku kenal sangat .. Memula kawan .. Pastu , kau tabur baikkk punya ayat ! Last last ? Dosa gak kau kutip ! "

B : " Dah tu , sapa suruh letak muka jambu jambu kat situ .. Goncang la iman aku tengok .. Badan aku ni tempat setan lepak .. Hehehe.. Lambat lagi nak insaf .. "

A  " Astagfirullah al'azim .. Bawak bawak mengucap skit boleh kawan ?  Kot ya gersang sekali pon , jangan sampai kacau rumahtangga orang .. Simpan duit , pastu kawin ! Haaa..buat la sampai nazak ! Takde sapa nak larang punya !! "

B : " Kawin ?? Aiseyman ... takde duit lagi la .. "

A : " Dah tau gaji kecik , g abiskan kat awek awek kau tu nape ? "

B : " Masa depan... hehe.. "

A : " Dah dah .. bini orang jgn kacau ! Nanti tak pasal pasal kau kawin nanti , bini kau lak kena kacau .. Baru ada akai.. "

B : " Sapa suruh letak gambar cun cun n seksi meksi kat FB ni .. Musang jantan pun gugur bulu kalau tengok .. "

A : " Lantak diorg lak. .masing masing ada laki.. pandai pandai ler.. "

B : " Baiklah ustaz ... Eh , cunnyaa.. bujang tuuuu .. Pergh.. pakai tudung jambul terkeluar  nih.. Ni yang sesuai wat bini .. Legging lagi kauuu .. "

A :  " Mana mana ??? Kasi addd !! ASL plsssss "

Sekadar tertanya-tanya ...

image

Gambar : Bharian 

Aku terperasan gambar di  badan 'kotak' bantuan kemanusiaan ke Somalia ini .. Hurm... kalau Jalur Gemilang tu , aku tak perlu pertikaikan dah .. Sememangnya perlu ..tapi gambar-gambar orang lain tu ?

Bukan nak cetuskan isu cuma tertanya-tanya la.. Bantuan dari negara lain ada letak gak ke ? Kalau ada , bagus la.. mmg 'wajib' letak la kot kan ?

Maaf , aku bukan pro pembangkang atau mana mana pon .. Ini bukan entri isu politik .. Bak kata orang , biarlah tangan kanan je beri .. Tangan kiri tu , letak je dalam poket.. Kan ?

Aku suka misi misi kemanusiaan ni tapi biarlah ikhlas kan ? Takde agenda lain .. kan kan ? Pada pihak terbabit , ni la masanya nak buktikan kebenaran dan keikhlasan .. Tak lama lagi PRU kan ? Gunakanlah kesempatan ini ..  Jangan bagi ketara sangat .. Makin 'kurang' lagi nanti ada la..  ;)

Video Rompakan bersenjata di Restoran Mamak di Shah Alam ..

image

Seperti yang dikeluarkan di Hmetro hari ni , aku pon amik video ni dari blog rakan , Dezaman untuk tatapan dan ingatan kita semua ..

Dari apa yang aku nampak , sasaran utama sebenarnya adalah laptop ! Paling mudah dan cepat .. Satu laptop berharga lebih RM1k .. kalau jual di pasaran gelap , dapat sehingga RM800 semudah itu je .. Pasti ada yang nak beli lebih lagi mereka yang memerlukan sangat .. Nak beli baru , mahal kan ? Dan jangan lupa hanset hanset tu ...

Buat mereka yang kaki beli barang curi , makin tinggi permintaan , makin ramai jadi mangsa ! Jangan beli barang curi yer .. Tak berkat hidup .. hehehe..

Apa la nak jadi dengan negara kita ni .. Makin tinggi taraf hidup , makin bergaya rakyatnya  , makin tinggi kes jenayah .. Nak salahkan polis saja tak boleh .. Rakyat kita skang ni dah lebih pada MYOB atau berani bertempat jer .. kan ? Yelah , sapa tak sayang nyawa kan ? Heheh.. jgn marah aaa..

Pasni tamo bawak dah laptop atau hp ke kedai mamak.. Nak lagi selamat , tapau jer .. hehehe... makan kat rumah ..

Ular yang mana paling bisa ??

 

image

Ini King Cobra atau tedung selar .. takde kaitan dengan King Kong atau King koil .. Dikatakan ular yang cukup berbisa ? Apakah ianya paling berbisa ?

Sedikit info mengenai Ular tedung selar ini ..

Ular Tedung Selar adalah ular berbisa terbesar di dunia. Ia mampu mencapai panjang sehingga 5.58 meter (18.3 kaki.), walaupun saiz biasa adalah sekitar 2.5 meter (8 kaki.); dan mampu mencapai berat sehingga 10 kilogram (22 paun). Ular Tedung Selar mempunyai warna kulit hitam, kehijauan atau coklat, seringkali dengan garis bewarna putih atau kuning; semasa ular kecil garis ini lebih jelas kelihatan. Ia berasal di Asia Tenggara, mendiami hutan Malaysia, India, dan Filipina, tatapi tidak terdapat di Sri Lanka. Makanan utamanya adalah ular lain, tetapi sekiranya terdesak, ia akan memburu haiwan bertulang belakang (vertebrates) kecil lain. Ular Tedung Selar hanya memburu pada waktu siang, menggunakan matanya, dan dengan itu dikelaskan sebagai diurnal. DIsebabkan ia tidak mempunyai gigi kacip, ia menelan mangsanya lengkap sebagaimana ular lain. - wikipedia

 

Bagaimana pula dengan yang ini ?

image

Nampak kecik je kan ? Comel jeer .. Nama dia INLAND TAIPAN of AUSTRALIA .. Satu patukan dari ular comel ni mengandungi bisa yang mampu membunuh 100 manusia dewasa atau sejumlah 250 ribu tikus ! Best kan ?

Bisanya 200-400 kali ganda berbisa dari bisa ular tedung .. Dan menariknya satu kali dia ni patuk , amik masa paling singkat pon 45 minit untuk tidur selamanya .. Menarik bukan fakta ni ?

Jadi bila jumpa ular ni , jangan teragak agak untuk amik gambar dia .. Kalau rasa dah lama hidup la.. Hehehhe .. Guwau je .. Wallaualam ..

Ubat khas untuk lelaki gersang ..

 

Pasti ada antara kita .. er , perempuan je kot ? Ke ada gak lelaki kena ? Aku rasa ada .. kena kacau dek lelaki gersang ( gay pon ada okeh ! )  kan kan ?

Tak pe ... Buat lelaki gersang di luar sana , di dalam FACEBOOK ada fakers yang suka benar gunakan gambar perempuan cun untuk memikat lelaki lelaki yang terlalu miang dan gersang untuk dijadikan mangsa .. Aku tak pasti la samada nak dijadikan keldai dadah atau jugak mangsa penipuan wang .. Kalau rasa-rasa nak kaya atau jutawan dengan cepat tapi lebih cepat muflis , silalah balas private message dari wanita wanita palsu ini ..

" How are you doing today? fine i believe, my name is Aminah,, i live in the Uk but My late father is from Telipok Town, Sabah, Malaysia and my mum from England UK,, i will be coming to malaysia for my holiday soon...I will like us to be friends before i come to Malaysia so you can take me around... let me know what you think, then we can know each other better.. i await your reply, have a great day......."

Kalau kaya nanti , jangan lupa aku yer.. aku dah kasi lubang tu ... hehehe.. Oh , lubang tu cam laluan untuk mengecapi saat saat indah bergelar jutawan .. Hehehe.. Gud Luck !

Pening tengok gambar ni ? Aku pun..

 

Haaa.... rileks.. layan dulu ..

image

Tau tau apa ni ? Hehehe.. Belek betui betui ...Tak tau gak ??

image

Amacam ? Dah dapat tangkap ? Heheheeh ..

Mampu telan air liur jer ...

 

image

Mabeles !! Perhatikan betul betul .. Confius ??? Klik SINI

Lelaki gila seks di tengah malam buta !

Baru saja berlaku ... Ada panggilan masuk ke hp wife dan aku berikan pada wife .. Risau la kan tengah malam buta gini ada call masuk ..

Suara lelaki .. Neh, tak kisah walaupun urusan pejabat .. tapi dok bersoal jawab .. Wife aku tnya sapa ni , pastu terputus ..

Aku tanya sapa .. dia pon tak kenal .. Tiba-tiba ada call masuk lagi .. Nombor sama .. Wife bagi hp kat aku .. Aku jawab ..

" Helo, Assalamualaikum.."

" Helo " .. aku baru jawab Helo , dia dah letak ... Best part , aku tanya wife .. Apa yg dia tanya ...

" Awak dah kawin ke belum ? " ..Gila gersang ke apa ??? Adoii.. ni mesti berbulan tak dapat mengawan ni !

Nak tau nombor dia ? Kang aku tulis sini , ada pulak kata aku aibkan org tu lak .. Tak pe la, esok g balai polis .. Aku rasa mcm tau sapa punya kerja .. Sbb bukan kali pertama tapi org yg berbeza beza ..


Perhatian wahai wanita , kalau berlaku apa apa kemalangan kecil kereta , jgn sesekali bg no tel anda .. Bagi no tel lelaki yg ada kaitan dgn anda .. Itu puncanya..
Published with Blogger-droid v1.7.4
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI