Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 9 September 2011

Akan ku miliki hatimu itu .. (8)

Sambungan dari episod 7 ( klik SINI untuk baca episod lepas dan sebelum itu )

 

" Fiona .. terciptalah irama cinta ini
Hanya untukmu
Semoga kau dapat memahami
Perasaan hatiku ini .. "

 

" Arghhhhhhhhhhhhh... Sapa tukar pulak lagu alarm kat handphone aku nehhh .. Ni mesti keje Wan ari tu !! " . Berulangkali lagu Fiona yang aku cukup 'geli geleman' itu berkumandang di telefon bimbit aku. Aku pasti sangat dia buat kerja ni sewaktu aku keluar pergi tandas kelmarin ! Siap dia nanti .

 

" Hurm.. Kul 10 pagi dah ? Nasib baik aku set alarm. Kalau tak , mau gak dekat Asar aku bangun.. Setan setan .. Eh , Riana.. " . Pantas aku check kat inbox handset aku . Wah.. ada satu sms.

 

Bro ! Bangun laaa... kata nak cuci tingkap kat KLCC .. Bosan laa ! Apa kelas cuti cuti ni membuta je kerja !! 

 

" Lain aku tunggu , lain pulak yang hantar sms. Tapi betul jugak. Takkan cuti-cuti ni nak habiskan masa dengan membuta.. Riana kata nak sms pagi ni.. Takde la pulak.. Aku nak sms dia , i segan uuuu .. Hehehe.. Kena la jaga macho skit .. hihi .. ". Bisik hati aku.Mahu tapi malu.Kena kebas nanti baru tahu !!

 

Aku balas sms si Wan Kembong dan set nak jumpa di KLCC lepas Zohor nanti. Tapi sempat jugak aku tanya kat dia dalam sms tu dan ianya berbunyi ;

 

Kenapa KLCC ? Tak bosan ke KLCC ? Sesekali kita main la Tasik Titiwangsa ke , Taman Rama-Rama ke ? Tak pun Taman Burung ? 

 

Tak sampai 1 minit , sms aku tadi dibalas . " Huih , dia ni taip guna kaki gak ke ??? Laju semacam jer ! " . Bisik hati ku lagi .

 

Wak lu ! Kau ingat aku ni gay ?? Kot ya pon berpada pada la nak g melepak Che Ben oiii ! Aku nak g KLCC sebab nak singgah WATSONS. Mak aku kirim pad. Yang ada wings tu haa.. Ala yang si Yuna pakai tu laa... Mak aku dah terpengaruh daaa..

 

Hampeh ! Mak dengan anak sama je perangai ! Malas nak layan . Aku bingkas bangun dan mandi .Dah lewat sangat. Makan pun belum lagi. Sahih kena bebel dengan orang tua aku karang. Mana tidaknya , tidur lewat.. Bangun ? Selagi matahari tak atas kepala , selagi tu la setan dok bertenggek kat mata aku !

 

-SAMBUNG-

Pening kepala betul nih !

 

image"  Banyak " open tree " esok nih.. Pokok sapa aku nak redah dulu eh ?? "

" Alamak ! Kata otai !! "

 

image

" Cepat laaa.... lembab la awak ni.. Kata lautan ni awak punya ! Kita yang ari ari lepak kat padang ragut pon lagi laju dari awak ni ! Berat dosa yer ?? "

Perlukah berkorban @#$% semasa bercinta ?

 

image

" Sayang .. line clear ni ... jom laaa.. U kata U cintakan I ? "

" Jom apa ? Meh dekat lagi kalau berani .. Kalau nak rasa mandul 98 tahun tanpa rehat , silakan .. Takat ni 10 anak beruang jantan dah I mandulkan !! "

" Tak pe la.. esok kita jumpa lagi yer .. I bawak madu untuk u eh ? "

" Tak pe tak pe.. Kalau jantan cam U ni , I petik jadi , bukan takat madu dia bawak , sekali ngan sarang lebah tu dia usungkan untuk I ookeh !! "

" Sombong ! "

" Eh , mestilah .. I dara tau ! "

" Bukan u baru cerai bulan lepas ? "

" Eh .. yeker? "

" Alo bro ... Nak mencuri pon tengok tengok la ! "

 

image 

" Aiseman .. lu kantoi la bro.. "

" Pahal lak ??? Kantoi apa ?? "

" Lu curik kacang gua kan ?? "

' Hekler !! Lu ada bukti kee ???  Ni gua angin ni ! "

" Hadoi... Lu nak kasi gua suluh lagi ka ?? "

" Gulp... Dia nampakkah ?? "

Apakah itu Amalan Terbaik Bagi Laman Perangkaian Sosial (SNS) yang dikeluarkan oleh CyberSecurity Malaysia ?

 

Hari ini CyberSecurity Malaysia , agensi dibawah Kementerian Sains , Teknologi dan Inovasi ( MOSTI ) telah memperkenalkan satu garis panduan Internet yang baru , dikenali sebagai Amalan Terbaik Bagi Laman Perangkaian Sosial atau Social Networking Sites ( SNS ).

Apakah tujuannya ? Dengan memahaminya, pengguna boleh mengetahui dengan baik apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan di samping menikmati faedah menggunakan SNS. Itu cara mudahnya la... -Hmetro

Apakah panduan yang terdapat di dalam SNS ini ? Memandangkan ianya dalam Bahasa Inggeris , ada baiknya aku tak payah translate.. Takut lari makna pulak.. Dan aku petik original terus dari laman web pihak terbabit.

Ini point saja yer ..

1. Be cautious about personal and business agenda

2. Be Objective

3. Think before you “post”

4. Think before you “Click”

5. Don’t expect your privacy is protected.

6. Have a “strong” password

7. Anti Virus or Anti-Malware installed and updated

8. Never ever reveal anything related to PII ( Personal Identifiable Information)

9. Have a tool to filter and scan the SNS

10. Try to limit your “time” with SNS

 

Untuk membaca dan mendownload sendiri Amalan Terbaik Bagi Laman Perangkaian Sosial (SNS) , sila klik CYBERSECURITY

Akan ku miliki hatimu itu .. (7)

Sambungan dari  episod 6 . Bagi yang belum pernah membacanya , sila ikut turutan episod di SINI ..

 

" Riana .. Apa yang penting sangat sampai nak jumpa saya di KLCC ni ? " . Aku mulakan perbualan setelah melihat Riana diam seribu bahasa.

 

"Entahlah Beben.. Eh ,sori...Ben. Pening kepala Ana. Sejak kali pertama kita berjumpa hari tu , Ana rasa semacam jer perasaan ini..Tapi Ana tak boleh.. Ana terpaksa melawan perasaan ini .." . Bicara Ana.

 

Aku pening kepala. Apa kes lak si Ana ni ? Kalau ya pun , ceritalah bagi habis.Ini tidak ! Main setengah setengah jer. Karang tak pasal-pasal dengan aku sekali pening kepala . Tapi tak kisah la , janji aku lepas rindu dapat tatap wajah dia setelah dua hari tak dapat tengok muka dia.

 

"Cuba Ana terus terang je pada Ben . Apa masalah Ana sebenarnya ? " . Aku cuba nak mengorek rahsia. Itu adalah kepakaran ku.

 

" Hurm.. Ana dah jatuh hati pada seseorang . " Terhenti disitu saja kata-kata Ana.

 

Apa ?????????????? Hadoiii.. Pelamin anganku musnah !!! Mau saja aku menjerit sekuat hati tapi aku tetapkan iman aku.Sabar menanti ayat seterusnya.

 

" Tapi Ana tak boleh sbb Ana dah ada kekasih hati . " Ana meneruskan lagi bicara hatinya .

 

Oh.. memang tinggal debu pelamin anganku ..

 

" Cuma Ana tak sayang dah pakwe Ana tu sbb dia suka mengongkong dan selalu menyakiti hati Ana. Dah la tu , kaki betina. Dah berkali Ana nak tinggalkan dia tapi dia ugut Ana ! " Ana mula bocor rahsia.Aku kata dah kan ?

 

Aku kembali membina pelamin anganku itu .

 

"Ana sukakan .. er .. " Terhenti disitu kata-katanya sambil memandang aku !

 

Aku terkedu.Takkan aku kot ?

 

" Sapa Ana ? ". Aku mencuba nasib .

 

" Ana sukakan .. "

 

" Abang !! Bangun laaa... solat subuh ! Dah pukul berapa ni !! Kot ya pon lap la air liur tu haaaa .. Teruk benar tidurnya !! " . Jerit  adik perempuan aku yang serupa cam lelaki tu.

 

" Adoii.. Boleh pulak aku tertidur depan laptop neh ! Hampesss.. Aku ingatkan aku dah dating ngan Riana tadi .. Arghhhhhhhhh... Aku mabuk dah nehh .. Tau kat Wan nanti , mau kena gelak guling guling ! Hampagas tul ! ". Bebel hati aku.

 

Bangun , mengeliat dan buat pumping 3 kali . Baru aku mandi dan solat subuh . Masih terbayang wajah Riana . Oh Riana..Kalaulah aku pilihan mu itu... Alangkah indahnya dunia ini walaupun dah memang indah.

 

- SAMBUNG -

Pendera kucing bakal menerima ugutan maut ??

 

image

" Berani kau main main sama keluarga aku ! Siap kau nanti .. Tembak kat gigi kau nanti .. baru tau camana payahnya tak dapat makan ! "

Model shampoo rambut paling murah !

image
" Lihatlahhhh ... rambutkuuu .. yang lurus dan ikal iniiii ... Ohh.. lihatlahh ... "

Punca sebenar watak SUPERMAN ditamatkan ??

image
Hehe..takde kene mengena aih.. Ni cuma iklan AIDS je.. Maksudnya mudah je... Gagah camana pon , kalau AIDS dah singgah , selamat jalan romeo la jawabnya .. kan kan ?

Ops Sikap 24 tidak gagal - Terima Kasih PDRM


Dan juga pihak berkuasa yang lain seperti JPJ dan banyak lagi .. Tahniah dan terima kasih atas komitmen yang ditunjukkan bagi memastikan kelancaran lalulintas sewaktu Aidilfitri yang lepas .. 

Walaupun angka kematian dan kemalangan lebih tinggi berbanding tahun lepas , bagi aku , kita perlu ambil kira juga jumlah pemandu-pemandu yg baru dapat lesen serta yang baru beli kereta .. Ini bermakna penambahan kereta di atas jalanraya sewaktu Aidilfitri hari tu ..

Ini dapat dilihat dengan logik di mana tiada lagi kes-kes tak dapat balik kampung akibat takde tiket bas atau sebagainya walaupun pihak bas ekspress menyediakan bas tambahan .. Aku rasa ramai lebih suka balik dengan kereta sendiri .. 

Kesimpulannya , ini sekadar pendapat aku .. Kereta bertambah , ramai pakat balik naik kereta dan sikap pemandu yang tidak berdisplinlah menyebabkan angka kematian bertambah setiap tahun ..
Buatlah apa saja operasi , selagi pemandu di negara ini tidak berdisiplin ( bukan semua ) , selagi itu statistik kematian akan bertambah.  

Seperkara lagi , buat penunggang motorsikal ( bukan semua ) , tolonglah hormati pengguna jalanraya yang lain .. Tau korang boleh cilok cilok , tapi bila berlaku kemalangan , walaupun salah korang , tetap nak tuding jari pada pemandu lain .. Maaf , tapi inilah hakikatnya .. Sekali lagi , buat semua .. 

Dan buat anggota polis di Malaysia dan pihak terbabit yang bertugas sewaktu Aidilfitri , jutaan terima kasih kerana berkorban masa demi negara dan penduduknya .. 

Rasanya , apa yang dibuat  sewaktu operasi Sikap ke 24 tu dah ok .. Mungkin boleh diperkemaskan lagi dengan meletakkan anggota di tempat tempat strategik ( kawasan kemalangan ) , agar mereka lebih takut DISAMAN dari malaikat maut !

Dapat tawaran dari SIMPLYSITI SDN.BHD !

 

Wah... satu penghargaan kepada blog aku....

" Kami dari pihak SimplySiti Sdn Bhd berminat untuk menggunakan blog anda sebagai medium "online advertising' yang mampu memberi faedah kepada kami dari segi "create awareness" kepada jenama kami dan juga memberi maklumat tepat dan berkesan kepada pengguna.


Pihak kami amat berbesar hati sekiranaya kami dapat bekerjasama dengan benashaari.com.  ......  "

Email yang baru aku terima dan membuatkan aku membacanya berkali kali ! Yelah , aku kan blogger lelaki .. SimplySiti lak produk perempuan.. Agaknya sbb blog aku ni ramai pembaca perempuan kot.. hehehe..

Tak kisah la.. janji apa yang aku usahakan selama ini berjaya membuka mata banyak pihak ... Samada dapat atau tidak , tu belakang kira .. Yang aku kira , aku dah sampai ke situ !

Apa pun , jutaan terima kasih buat semua rakan rakan pembaca dan juga blogger di blog ini yang mana tidak putus putus memberi sokongan..

Satu penghargaan dan hadiah buat blog aku yang mana hari ni genap 2 tahun aku bergelar blogger ! Terima kasih .. Syukur Alhamdulillah.. Rezeki baby... semua aku simpan untuk dia.. Nak beli lens pon pk jutaan kali tau !

LELAKI berbeza sebelum dan selepas berkahwin ?

 

image

LELAKI sebelum kahwin dikatakan romantik dan begitu penyayang serta lemah lembut ibarat pijak semut pon tak mati..  Sebenarnya hakikat ni , sama je tak kira lelaki ke perempuan ..

Ambil contoh paling mudah je la kan .. Kalau g rumah bakal mertua , apa yang akan kita ( lelaki atau perempuan ) buat ? Berapa peratuskah kita akan menjadi diri kita ? Pastinya kita akan berlakon sedikit kan ?

Sama je bila nak mengorat .. Takkan nak tunjuk taring memula atau nak tunjuk kuku walaupun itulah sepatutnya .. Tapi bila tunjuk sapa diri kita sebenar , apa pasangan kita akan menerimanya sedangkan itulah proses penyesuaian terhadap sesuatu perhubungan ..

Lelaki akan cuba belajar mengenali pasangannya ( perempuan yer ! ) , dan cuba menjadi yang terbaik bagi memastikan mereka bahagia dan menjadi pasangannya ..

image

LELAKI selepas berkahwin dikatakan amat berubah sekali berbanding sebelum kahwin ( nikah dulu ) .. Kenapa ini berlaku ? Sebelum nak kata lelaki berubah , apakah perempuan tidak berubah ?

Ambil contoh paling mudah la yer .. Bab order makanan .. Sebelum kawin , paling tidak pon , makan bihun dan air sirap .. Selepas kawin camana pulak ?

Bab shopping pula , lelaki sebelum kawin akan mengekor ke mana saja pasangannya pergi.. Kenapa ini berlaku ? Ini adalah proses pembelajaran.. Nak tau apakah citarasa bakal isterinya .. Kalau jenis material , maka ada kesempatan untuk cabut lari .. Kalau mampu tanggung , tak pe la kan ? Kalau tak ? Ada gak pinjam along .. pas kawin , mula gaduh sebab sarat dengan hutang gara gara nak tackle pasangannya itu ..

Lelaki berbeza selepas kawin adalah seperti evolusi jugak .. Cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran.. Kenapa lelaki jadi penyayang ? Sebab isterinya .. Kenapa lelaki jadi garang ? Tu kena tanya diri sendiri..

Curang ?? Ini bukan topiknya .. hehehe.. Sekadar pendapat peribadi ..

" Nak try panggilan lucah tak ? "

 

image "Nyet  .. Mai la turun.. Ni ada awek call ko nehh .. "

" Apa kelas bos awek call .. Try buat panggilan lucah laa .. Baru cool !

Isteri kena belasah dek suami kerana lama sangat shopping !

 

" Akibat gagal menahan sabar selepas lebih tiga jam menunggu isteri membeli-belah, seorang lelaki hilang pertimbangan sehingga sanggup memukul wanita itu di depan orang ramai dengan sebuah beg tangan di sebuah pasar raya di Jalan Gambang, di sini kelmarin."

Sebelum kejadian, pasangan terbabit dikatakan masuk ke sebuah pasar raya untuk membeli barangan keperluan sebelum si suami dikatakan penat dan berehat di luar pasar raya itu.

Selepas kira-kira tiga jam menunggu, si suami yang berusia hampir 20 tahun lebih muda daripada isterinya itu mula bengang dan berang apabila mendapati wanita berkenaan tidak muncul dalam waktu yang sudah dijanjikan sebelum itu. " - Hmetro

Perghhhhhhhhhhhhhhh... 3 jam ??? Menanah kepala otak woiiii... Ingat kejap je ?? Walaupun perbuatan memukul isterinya itu tidak patut langsung , tapi apa yang dilakukan oleh isterinya itu mmg boleh buat mana mana lelaki hilang pertimbangan .. Pukul ? Tu melampau la.. tapi kalau naik hangin tu tak mustahil tu ..

Kalau aku ? Jangankan 3 jam , setengah jam confirm aku g masuk cari.. Mana la tau apa apa jadi pada isteri kita tu kan .. Kita jugak nanti pening kepala ...

Belasah ? Buang masa jer .. kang tak pasal pasal menghabiskan hayat dalam penjara...

SAYA BANTAH !!!

 

Memula ASTRO buat keje gila dengan menaikkan harga tak tentu pasal .. Entah apa alasan diorng pon tak tau laa.. Nak kata tak untung , membohong la.. Setiap rangkaian diorng tu iklan memanjang ! Ke nak beli kelab EPL gak ??

Dan semalam , syarikat telekomunikasi di Malaysia ( Maxis , Celcom , Digi dan lain lain ) akan menguatkuasakan cukai perkhidmatan sebanyak 6 peratus kepada pengguna keatas setiap  pembelian tambah nilai prabayar .. Tu pon termasuk ke atas SIM prabayar yang baru ..

Haish.. ni apa gila ni ? Semua pakat nak naikkan itu ini ?? Kalau asyik naik , sapa nak turun ? Makan kat restoran skang ni pon dah ada cukai perkhidmatan .. Kat kedai mamak pon ada kalau tak silap aku ! Semua pakat nak beli kelab EPL atau LA LIGA ke ??

Kerajaan tengok je ? Isu ASTRO pon tak abis .. tambah ni lagi ? Walaweiii ..  Takkan dari ari tu tak abis abis  meeting pasal ni ?? Amboi.. dasat benar ni ... Kalau bab lain , pantas pulak buat kerja .. Ni nasib rakyat tau tak !

Kalau ASTRO boleh la di terajang buang .. Kalau sampai nak guna telefon pon kena cukai , aku rasa ada baiknya kita ....

image

Zaman public phone.. Pasni akan nampak la ramai orang bertenggek kat public phone... Haish.. teringat zaman aku remaja dulu.. Member siap bawak kerusi untuk bergayut berjam jam lamanya... akhirnya kawin ngan orang lain ...  Adeh..

Ben Ashaari Jr. bakal jd bodybuilder ?

Cam biasa, setiap mlm , aku akan buatkan susu khas utk ibu mengandung ..

Tapi mlm ni aku nyaris buatkan dia susu protein milik aku gara-gara dok fikir idea utk cerpen aku tu haa..

Kalu tak ?? Mesti mcm dlm video tuuuu..
Published with Blogger-droid v1.7.4

" Gua otai laa.. Lu apa adahal ?? "

image
" Kerek sama gua ? Meh sini gua remuk lu sekali ! Jangan kasi gua angin weh !! "
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI