Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 11 September 2011

Akan ku miliki hatimu itu .. (12)

Sambungan dari episod .. [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10][11] ..

 

" Camana dia leh teka blog aku dengan tepat ? Apakah blog aku dah popular ??? Wahhh.. Dasyat la kalau gitu ! " .Hati aku melonjak riang ! 

 

" Er... Camana Adawiyah boleh tahu yang blog saya tu BEN ASHAARI ? ". Aku tanya Adawiyah untuk kesahihan.

 

" Tuuuuu.. kalau dah pakai baju Kelab Blogger BEN ASHAARI tu dan nama pon dah BEN , senang sangat la teka .. kan ? ". Adawiyah tersenyum.

 

Aku tersengih.  Aku rasa macam nak lari ke tingkap dan ..

image Sebab terlalu malu ! Syok sendiri kata orang ! Tersedar terus aku dari lamunan .

 

" Eh.. Adawiyah add aku di Facebook. Dengan nama aku begitu , senang sangat la nak search di FB ni .. Hurm.. Nak accept ke tak nak ? Tak best la nanti.. Kang tak accept , sombong lak .. Nape Riana tak add aku ??? " . Aku tertanya sendirian .

 

Pertanyaan aku itu diteruskan dengan mencari id Wan Kembung. Jumpa ! Mamat ni mesti ada add Riana memandangkan dia dah syok kat Riana.

 

"Hurm.. ada beribu kawan mamat ni ! Takkan aku nak geledah  sorang sorang kot ? ". Tapi tak mengapa. Berbekalkan pengalaman dalam dunia Facebook , pastinya aku  mudah menjejaki mereka  yang baru terima rakan baru dengan melihat di wall mereka .

 

" Yes !! Kata dahhhhh .. Amboiii.. Adriana Muhd Yusof rupanya nama dia .. Nak add ke tak nak ? Kang kalau aku add , dia mesti ingat aku terhegeh hegeh..Ilanglah macho aku ... Eh ???? Adawiyah pon ada dalam list dia ???  Takkan dua dua dia nak rembat kot ?? ". Aku menghela nafas. Nak geram , kawan. Takkan nak gaduh pasal perempuan kan ?

Jadi , aku nak add mereka ke tak ni ?

-SAMBUNG-

Sempurnanya perancangan Allah !

 

Maha Besar Allah .. Tiada yang sempurna melainkanNya..

 

Hari ni , aku bersihkan rumah dari A-Z .. wife ada tolong setakat termampu je la.. tak kisah pon.. Dah tau dia mengandung dan tak boleh buat kerja berat.. Jadi  , aku kena amik alih.. Suka atau tidak , ikhlas atau tidak ..kena buat !

Memula wife kesian kat aku .. Nak upah orang gaji ikut jam.. Tapi aku tamo .. Bahaya.. Zaman ni macam macam bentuk jenayah ada .. Tak boleh nak dijangka.. Kang diorng datang rumah , periksa sana sini , tau akan 'kelemahan' rumah kita.. haaa.. selamat !! Kena ada curiga sedikit.. Lagi pon kena bayar , mahal gak wooo.. Kena jimat skang ni .. Lebih lagi zaman cukai ni .. perghh..

Abis kemas rumah ... aku ajak wife g beraya kat rumah jiran. Ada open house.. Dijemput gitu la... Tu pon dah lewat petang.. Sebab sebelum tu , orang tua aku datang..

Nak dijadikan cerita , berborak la pasal mengandung ni .. Pakcik ( tuan rumah ) tu cakap , ni la masanya suami mengambil tugas isteri .. Nanti dah ada anak , suami tau dah nak buat apa bila isteri tak sihat .. Nak kemasa rumah , jaga budak , masak .. Semua tu bukan saja memerlukan skill tapi KESABARAN !

Betul jugak kata dia.. Mmg mencabar betul ! Serius .. bukan semua  lelaki mampu sabar pada mulanya .. Tapi lama kelamaan , alhamdulillah.. Bak kata orang , SABAR JE LA..

Sempurna kan ? Sebelum ada anak , suami 'dilatih' bersabar dengan kerenah isteri kerana karenah isteri ni lebih mencabar dari anak-anak ! Haaa... Isteri pulak , 'dilatih dengan mengandung selama 9 bulan sbb nak jaga baby tu semasa kecik .. Nak dukung.. menangis dia..  Pastu dengan , mual dan mabuk isteri tu agar senantiasa berjaga malam agar nanti dah ada baby tu , tak sukar nak jaga malam !

MasyaAllah ... tak terfikir aku .. Ni aku fikir selepas pakcik tu cakap .. Jadi , buat mereka yang senantiasa dok terpinga-pinga akan suatu kejadian dan tidak dapat fahaminya dengan tepat , ada baiknya terima saja akan keadaan itu dan insyaallah , satu hari nanti , kita akan faham juga...

Bayangkan.. anda naik kapal terbang , tiba-tiba kipasnya berhenti dari berputar ??

 

image

Kalau kapal terbang gini , ok lagi.. Kalau yang takde bilah kipas tu camana lak ? Haaa.. yang macam skang ni la... hehehe... Cuba bayangkan.. Pergh... Tak terbayang !

Fesyen seluar dalam ...

 

image

Nasib baik aku tak ikut fesyen ... Hehehe ... kalau tak ? Perghhh..

Akan aku miliki hatimu itu .. (11)

Episod sebelumnya ..  [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] 

 

Anonymous  berkata... [Reply to comment]
Semakin menarik ! Teruskan berkarya.Saya senantiasa menanti karya terbaru saudara.Saya adalah pembaca setia blog awak sejak dulu lagi.

 

" Wah.. ada komen dari si anon .. Memang dia dah lama follow blog aku rupanya.. Tapi kenapa guna anon ?  Hurm .. " . Aku membaca semula entri yang baru aku karang sejam tadi. Cepat benar dia meninggalkan komen. Pembaca setia blog aku nampaknya dia ni.

 

Cinta datang dan pergi ,

Yang tinggal derita hati ,

Usah gundah dibawa ke mati ,

Semua itu takdirnya Ilahi.

 

Cinta datang dan pergi ,

Kita tetap berdiri di sini ,

Mencari sesuatu yang abadi

Rupanya tersemat selamanya di hati .

 

Cinta yang datang dan takkan pergi ,

Cinta hanya pada Ilahi ,

Tiada dua mahupun imaginasi ,

Segalanya kekal hingga ke syurgawi .

 

Cinta kita takkan mati ,

Jika kau berjanji takkan mungkiri ,

Biarlah rancang diizin Ilahi ,

Agar bahagia serta diberkati .

 

Cinta datang dan pergi ,

Andai putus tiada lagi ,

Tidak semestinya aku benci ,

Kau tetap aku ingati !

- Ben Ashaari 2011'

 

" Hurm... sajak ini rupanya.. Lama sudah aku karang tapi tak pernah aku publish sejak aku seorang diri. Entahlah . Nak mengeluh kerana cinta , bodoh benar aku ni. Yelah , wanita adalah ciptaan Allah yang paling cantik. Kenapa aku perlu persiakan hidup ini yang hanya sekali saja hadirnya ? Tapi dalam cantiknya wanita , penuh onak dan berduri. Silap haribulan , neraka aku pergi.. Heheh.. " . Tersenyum sendirian .

 

" Dok ingat girlpreng la tu ! Baca buku lagi bagus abang oiiii !! Ni dok mengelamun siang malam ! " . Adik aku mula nak membebel.

 

" Aku mengelamun , duit masuk.. Bukan cam hang ! Mengelamun , asap je masuk , wat paa  ! " . Aku balas.Terus dia masuk ke dalam bilik.Malas nak layan aku la tu.

 

Kembali teringat saat tadi bersama dengan Adawiyah.

 

" Ben , nak tanya boleh ? ". Adawiyah mulakan perbicaraan setelah aku membisu seribu bahasa.Segan dengan perempuan sebenarnya aku ni apatah lagi bila perempuan tu berstatus anak dara.Kalau bukan , senang je .. anggap kakak atau makcik.

 

" Tanya je ler. Biasa dah  saya ni jadi pusat pertanyaan.  ". Aku memandang Ada . " Cantik jugak budak ni. Nape aku tak perasan tadi eh . Tapi aku tetap nakkan si Ana tu ! "

 

"Dari tadi saya tengok awak dok pegang handphone awak tu je sambil menaip tak henti-henti. Buat bisnis online ke ? " . Adawiyah saja nak serkap jarangkah ?

 

" Tak de la. Dok update blog jer. ". Aku bagi jawapan ringkas. Malas nak berborak bila idea mencurah-curah.

 

"Oh, iyer ker ? Apa nama blog Ben ? " . Ada masih teruskan perbualan padahal aku cuba mematikan tadi.

 

" MalaysiaKini.com .. Hehe.. tak la.. blog saya , blog budak budak je.. Cerita ringan.Bukan ada pembaca sangat pon . Sekadar tulisan hati . ". Aku bagi penjelasan dengan harapan dia tak bertanya lagi.

 

" Ben Ashaari ? " . Langkah aku terhenti.

 

-SAMBUNG-

Bagaimanakah rupa anda sebenarnya ?

Ketika menguap tak tutup mulut !

image
Buruk kan ?
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Menguap (dengan mulut terbuka luas) merupakan gangguan dari syaitan. Apabila ada di antara kamu yang menguap maka hendaklah dia menutup mulutnya mengikut kemampuan. (Muslim)

Akan ku miliki hatimu itu .. (10)

Sambungan dari episod 9 .. Nak baca dari mula [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] .. Terima kasih SUNAH ..

 

" Eh , naper berdiri je tu ?? Duduklah .. Takut awek korang nampak ke ?? " . Riana mengangkat kening sambil tersenyum.

 

" Eleh.. Nak serkap jarang la tu.Tanya bebaik je kat kitorang ni..Confirm kitorang jawab , " Eh , awek ? sapa la nak muka cam kitorang ni ! " . Kalau aku tu , yer la gak.. Tapi si wan ni ?? Dah sampai penuh poket pon tak nak mengaku lagi ! " . Hati aku membebel sambil membalas senyuman Riana.Eeee.. Manis betul la minah ni ! Terubat rindu aku .

 

"Awek ?? Iskh.. sapa la nak kitorang ni.. Cam si Beben ni lain la.. Petik je , berduyun datang.. Tapi yang dah expired la .. Hehe.. Gurau jer.. Takde la.. kitorang berdua jer . Datang sini , saja nak abiskan masa jer. Memandangkan dah jumpa Ana ni , leh join kitorang tengok wayang .. Eh , sapa nama kawan Ana ni ? " . Wan tersengih cam kerang busuk 30 hari lamanya..

 

" Lupa lak.. Ben , Wan .. Ana perkenalkan kawan baik Ana , Adawiyah. Panggil je Ada.. Ana dan Ada.. Sesuai gitu kan ?? Hehehe.. Sbb tu boleh jadi kawan baik.. Kan Ada kan ?  " .Tersenyum malu Adawiyah .

 

" Hi Ben , Wan .. Apa khabar ? " . Sapa Adawiyah sambil tersenyum.

 

" Hi Ada..". Aku membalasnya. Sempat aku jeling Riana yang tak putus putus tengok muka Wan Kembong.. Arghhhhhhhhhhhhh !!

" Hi Ada .. Eh , Ben .. kau tolong belikan aku boleh ? Air je.. Kenyang lak tetiba tengok muka Ada ni.. hehehe .. " . Wan berseloroh tapi benar-benar menyakitkan hati aku.

 

" Eh , Ben .. Ada ikut Ben yer . Nak beli air gak ni.. Boleh ? " Adawiyah memandang aku .

 

Aku tersenyum. Tapi tetap cemburu !

 

-SAMBUNG-

Segmen Rakan Blogger di Aidifitri 2011/1432H

 

Selamat Menyambut Aidilfitri.. Kiranya tak terlambat lagi buat semua rakan-rakan pembaca dan juga rakan bloggers yang senantiasa keluar masuk di blog ini .. Ampun dan maaf dipinta andai terkasar bahasa semasa membaca entri di blog ini ..

Pastinya korang pelik kan kenapa aku jarang bersegmen skang ni ? Sebenarnya aku beri peluang pada rakan rakan lain untuk bersegmen. Dan hujung minggu ini , pastinya ramai sedang berehat sambil makan kuih raya kan ? Apa kata , blogger yang punya kelapangan dan tak tau nak update apa di blog tu , join segmen ni.. Segmen ni pun atas permintaan rakan yang lain.. Kalau ikut aku , nak saja aku terus 'cuti' dari bersegmen.. Tapi tak pe la.. Seminggu sekali , apa salahnya kan ?

Segmen ni memerlukan korang berkarya sedikit.. Dan paling penting , segmen kali ni memberi peluang pada korang mendapat kenalan baru .. PERINGATAN , ini bukan segmen kumpul FOLLOWER atau TINGGIKAN TRAFIK sebaliknya satu segmen berkenalan dengan blogger yang lain ATAS USAHA SENDIRI ! Harap faham yer .. DAN TIADA PENYENARAIAN URL ENTRI ...

Caranya mudah saja .. Tak perlu backlink dan tak perlu letak header blog aku .. Cukup sekadar buat entri .. Ok ? Cun ? Kalau ok , jom mulakan .

  1. Buat satu entri bertajuk BEN ASHAARI ajak BLOGGER RAYA.
  2. Letakkan satu gambar raya anda pada tahun ini yang mana anda rasa bersesuaian dan tidaklah seksi .. Hehehe.. tu penting.. Pastikan ada watermark yer .. Nanti kena curik lak ..
  3. Ceritakan perasaan anda beraya di tahun ini .. Tak kira seronok , sedih atau sebagainya..
  4. Apakah perasaan anda yang mana tahun ini ( blogger baru ) beraya sebagai seorang blogger ?

Tu jer ..  Siap ? tinggalkan entri anda ruangan komen ini untuk memberi laluan pada rakan blogger dan pembaca lain untuk membaca kisah anda pula..  Terima kasih ..

Pada yang ' tak faham ' , sila ulang baca sehingga faham.. Terima kashi .. Tiada tarikh tamat.. Ini sekadar satu entri sampingan blogger ..

Mungkin gila tapi tak mudah untuk berjaya ..

 

Baru lepas baca entri di blog Dr.Hafiz .. Satu entri motivasi yang benar-benar mengingatkan aku ketika mula mula berblog dulu .. Pinjam sat eh Doc..

Orang berjaya senang dikenalpasti kerana kelainan yang ditonjokan oleh mereka kerana mereka ada 3 sikap yang dibentuk oleh 3 mindset berikut:

Sanggup bersusah payah untuk mencapai kejayaan diidamkannya.

Sanggup bekerja lebih lama dari orang lain disekeliling.

Sanggup bekerja setiap hari walaupun pada hari cuti.

( Penerangan lanjut boleh baca di blog Dr.Hafiz. )

 

Semua kata-kata itu mengingatkan aku , satu tika dulu .. Aku masih belum boleh dikatakan berjaya dalam dunia blog ini memandangkan aku masih berusaha keras untuk merealisasikannya dengan bersungguh-sungguh..

Alhamdulillah , setakat ni ada beberapa pihak yang dah buka mata terhadap blog aku ini seperti SIMPLYSITI , Advertlets ( yang mana dah memberikan aku banyak  jobs advertorial ) dan pengklan pengiklan kecil yang lain .. Esok ada shooting untuk rancangan di RTM lak.. Walaupun RTM , kita belajar dari kecil dan berusaha untuk yang besar !

Untuk mendapatkan 'kepercayaan' mereka ini , aku bukanlah setakat  membuat kajian terhadap 'permintaan' pembaca malah aku telah korbankan banyak masa aku terhadap blog ini .

Mungkin ada yang kata aku obses tapi sebanyaknya tidak .. Ambil contoh seorang atlit seni mempertahankan diri atau bina badan . Mereka bukan saja memperuntukkan masa sejam atau dua jam sehari untuk mengadakan latihan tapi berjam-jam lamanya. .

Pernah aku tonton dokumentari di tv , Jacky Chan sewaktu belajar seni mempertahankan diri , beliau hanya rehat kurang 5 jam sehari saja dan selebihnya dihabiskan masa hanya untuk latihan.

Blog , ada yang amik ringan mengenainya tapi punya cita cita besar. Mereka impikan pendapatan lumayan dari blog.. Mampukah ? Siapa sangka Siti Nurhaliza yang sekadar masuk pertandingan menyanyi di RTM seterusnya juara dan sekarang hidup mewah ?

Segalanya adalah rezeki .. Benar.. Tapi rezeki tidak datang sendirinya.. Kita perlu usaha untuk mendapatkannya.. Setelah usaha , kita berdoa ... Seterusnya yakin dan tawakal terhadap apa yang kita lakukan itu .

Aku .. bukan nak bangga atas pencapaian aku itu tapi apa yang aku nak sampaikanlah , kejayaan takkan datang hanya dengan air liur dan kederat yang seminit dua !

" Pelanggan yang dihargai " .. Hargai la sangat !!!

 

" Pelanggan dihargai , mulai 15/9/2011 , semua pembelian reload & pek permulaan prabayar akan dikenakan 6% cukai perkhidmatan yg berkenaan. "

 

Cool ??? Cool babe !! Pasni pada sapa sapa yang sms sekadar tulis sepatah dua kata tu , maaf aku pinta yer .. Nak jimat prepaid nih... Nak reload RM10 untuk sebulan ...

Nak kena jimat nihh.. Maklumlah , taraf hidup makin tinggi tapi pendapatan makin kurang .. Aku nak kumpul duit gak nak beli kelab EPL ni...

Hurm... Makin tak cukup belanja di Malaysia ni .. Mmg la makan cukup , hidup senang .. Tu pon setelah bertungkus lumus mempertingkatkan mutu kehidupan ...

Aku pon nak naikkan cukai gak la cam ni !!

" Bro ! Cepatlah .. Kata nak g open house lagi ! "

 

image

"Bro.. ala.. lembab la bro neh ! Kata nak g makan.. Kelaparan aku ni .. "

 

image

" Ala... kau pergi la dulu .. aku nak buat sit up dulu.. Kang mantap skit badan , baru aku gerak ! Ko ajak la mamat bawah ni !! "

 

image

" Aku ke ?? Mana boleh .. kena jaga rumah.. Takut pencuri masuk .. Ko try ajak bro kat bawah ni laaa .. "

 

image

" Ala.. aku segan la.. tak tau nak taruk kat mana lagi dah.. semua dah penuh .. Ko ada idea aku nak simpan kat mana lagi tak ?? "

 

image

" Woiii..bawak-bawak insaf la skitt !! "

Menu suami ketika isteri mengandung.

 

Ini namanya ... jeng jeng jeng ... Kari asam laksa !!

DSC_0013

Resepinya ??? Mudah jeeee...

DSC_0010

Maggie asam laksa + kari .. Tadaaaaaaaaaaaaa .... Amacam ?? Hehehe... Selain dari maggie , sila geledah apa yang ada di peti ais.. Cam peti ais aku ini , aku jumpa , sambal tumis ikan bilis beserta petai dan juga ada sambal udang.. Perfect !! Sayur takde plak .. Adeh.. Sebaiknya campurkan sayur sekali .. Hehehe..

Pastu masak cam biasa laa.. Siap ? Makan sorang diri... Wife takkan leh bau maggie.. Jadi , makan la sorang sorang yer ... Hehehe..

Belajar terima hakikat !

 

Pernah dengar ayat gini ?

  • Eleh , takat main dalam Malaysia , apa kelas .. Lainlah kalau main kat luar negara . Baru la boleh dibanggakan !
  • Lakonan cam tu ? Perghh.. Takat pacak muka je la ... Tu pasal laris !!
  • Waah .. badan keding cam tu pon ada hati nak g gym ??
  • Hari hari dia update blog , tapi entri tah hapa hapa !
  • Pergh.. tu mesti playboy punya .. Ayat bukan main manisss !!

Dan banyak lagi ....

Pernah kan ? Kenapa ayat begini kerap kita dengar ? Apakah sebab meluat ? Atau cemburu pada mereka ? Mahupun irihati ?? Mereka saja ada jawapannya ..

Tapi kalau tanya aku , jawapanya mudah saja.. Mereka tidak dapat terima hakikat bahawa ada manusia yg lebih baik dari mereka ! Belajar terima hakikat akui saja akan kekurangan diri . Seterusnya cari kelebihan diri untuk lebih maju di masa akan datang ..Mudah bukan ?

Dah tau sapa yang bakal bawa watak SUPERMAN yang terbaru !!

 

imageTadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !! 

Gara-gara salah guna syampoo..

 

image " Serius .. aku mmg akan saman diorng !! Aku mintak shampoo untuk kurangkan keguguran tapi dia bagi yang kasi lurus !! ARghhh ! "

Kalau aku , sahih bunuh diri sbb malu !!

Tak la bunuh diri yg bunuh diri tu .. Neraka aku nanti .. Maksud aku , malu sampai ke mati punya arr..
Published with Blogger-droid v1.7.4

SENYAP - Program Anjuran Gerakan Belia Teknologi Informasi Bersama-sama Kementerian Belia dan Sukan.

 

image

329021_1967987161427_1295394470_31652786_488587242_o

Nak tau dengan lebih lanjut ?? Klik SINI . Thanks Mia..

Cuba cari mana satu saya ??

 

image

"Cuba cari mana satu along dan mana satu angah ? Haaaa .. "

Ahli baru X-Meng !

 

image

" Nama saya ...DonaldCat ! ..Kuasa saya , berenang sambil mengiau tanpa henti serta mampu mengigit ikan di dalam air .. "

Jangan cuba-cuba nak jadi 'anonymous' okeh !

 

Aku tetap kenal korang punyaaa.. Nyamar laaa.. ingat tak kenal keee  !!

 

image

image

" Aku dah cuba yang terbaik bagi memastikan aku tidak dikenali !! " 

Cerita British di zaman sebelum merdeka ..

 

Sempat pergi satu ' open house ' member sekolah dulu .. Terjumpa geng geng lama .. Hehe.. Lawak bila tengok memasing dengan anak-anak mereka .. Tak sangka la kawan kawan yang jahatnya sama level ngan penjahat ( termasuk aku ) , boleh menjadi ayah yang baik dan penyayang .. Sememangnya masa mematangkan manusia ..

Patutnya lepas satu rumah ni , aku ada sebuah rumah lagi nak pergi tapi memandangkan seminggu aku tak g umah orang tua aku , maka aku cadang nak terus g sana ngan wife .. Rindu pulak kat diorang dan anak anak buah aku tu ..

Sesampai kat sana , bapak aku yang jarang nak luahkan rasa rindu kat kitorang , meluahkannya sampai rasa nak g umah kitorang pagi tadi tapi memandangkan dia kurang sihat maka dibatalkan saja hasrat tu.

Kesempatan melepak bersama ayah aku tu , aku bukak cerita pasal Mat Indera dan cerita British di zaman dia dahulu.. Saja nak dengar pengalaman hidup dia ..

Dia cerita segala pengalaman politik dia ( orang kuat parti sehingga berpaling tadah kerana ... ) .. Mmg ada kebenaran dari cerita dia .. Maklumlah apa yang kita tau sekarang ini cumalah dari pembacaan saja .. Kadang-kadang kita perlu dengar sendiri dari mereka yang berpengalaman kan terutama dari orang tua kita sendiri ..

Ayah aku yang mana dari semenanjung dan kemudiannya berhijrah ke Sabah sehinggalah 'dihalau' keluar dari sana akibat pertukaran pemerintah , mencerita segala -galanya ( apa yang dia tau la ) termasuklah cerita Singapore ..

Apakah cerita sebenar British sebelum Jepun datang menakluk Malaya dan cerita sebenar selepas Jepun pergi sehinggalah cerita mengenai komunis ? Tanyalah orang tua kita atau atuk nenek kita.. Mereka ada cerita mereka tersendiri ...

Hurm... politik ... mmg sukar nak kata sapa betul sapa salah. Orang ni naik , ceritanya begini.. Orang tu naik , ceritanya begitu .. Mmg kita kat tengah-tengah ni jadi mentimun je la..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI