Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 13 September 2011

Akan ku miliki hatimu itu .. (22)

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] ..

 

" Hang laaa sahabat aku dunia akhirat ! Terima kasih Ben !!  Luv u la my friend..". Sms penutup tirai dari Redzuan atau nama manjanya Wan Kembong.

 

"Huh.. ingat aku gay ke ??? Kalau tolong , kawan.. Tak tolong ? Lawan ? Tu la manusia... Bila buat baik je nampak... Sekali buat jahat , terus cop musuh ! ". Aku membebel seorang diri.

 

" Kesian sungguh Riana sebab dapat cinta palsu. Apa nak kata ? Dah dia sendiri pilih yang hensem. Aku yang begini punya macho , tak nak lak dia pilih ! ".Bentak hati aku . Rasa berdosa sungguh aku.

 

Teringat ayat-ayat  Riana dulu  sewaktu bersms dengannya . " Lama dah Ana suka dengan Wan tapi Wan je tak perasan. Maklumlah , pelajar glamer kan ? Sapa la kita nak pandang.. ".

 

" Nasib la Riana.. Dalam tak nak bercinta , kau pilih beruang kutub jugak sebagai pasangan. Aku jugak masuk angin keluar asap. ". Aku kembali menatap skrip laptop.

 

"Baik aku layan chatting dengan Adawiyah ni.. Tak sangka dalam ni cantik dan ramai peminat rupanya. Yelah , kat luar sana , dia pakai cermin mata dengan ikat rambut.. Tapi bila bergambar , dibuangnya cermin mata dan dilepaskan rambut. Pergh... Cair lelaki tengok ni. Tapi kalau bertudung , lagi cantik ni .. ". Terubat luka seketika bila melihat Ada online di Facebook .

 

" Assalamualaikum wahai tuan puteri .. " . Aku menegur dia sebaik 'lampu hijau di Facebook menyala.

 

" Wsalam tuan putera .. ". Ada membalasnya ..

 

Gulp ... Dalam ramai-ramai jejaka , aku dipilihnya ?? Oh tidak.. Aku kembali melihat wall Facebooknya .. Penuh dengan lelaki yang cuba menguratnya.Begitu juga dengan gambar profilenya. Penuh dengan pujian saja dari lelaki ! Tapi dia tidak langsung membalasnya !!

 

Walahweiiiiii..... Berbunga-bunga hati ini .. Riana macamana pulak ?

Menabung demi masa depan

 

Perghh.. satu keping demi satu keping , beria aku masukkan .. Bila mai tak duit 50 sen keping , tak muat.. kena paksa masuk , baru lepas .. Masih baru la katakan .. Heheh.. Nak guna 'dara' , kata lucah lak.. hahaha.. kena jaga bahasa.. Kang kena sembur dalam ni.. hahaha ..

Syok punya syok masukkan duit.. tetiba... bahagian atas tu , tergerak..

 IMAG0507

Loh.. rupa-rupanya , boleh bukak ! Hampehhh.. buang masa betul laaa...

IMAG0508

Nak menyimpan segala duit baki harian .. Tapi jangan sampai kedekut lak kan ? Bersedekahlah jika berkemampuan .. Lagi kita keluar , lagi banyak ianya masuk.. InsyaAllah .. Yang penting adalah niat ..

Hampa dengan CINTA ?

 

Yer .. aku pernah juga hampa dengan CINTA satu tika dulu .. Tapi usia mematangkan kita dan begitu juga pengalaman hidup. Mungkin ada antara kita menjerit mengatakan jangan pandang rendah pada usia yang muda ..

Benar.. Masing masing tetap ada kelebihan .. Tak kira tua atau muda , tapi pengalaman akan membezakan kita .. CINTA , jika mereka punya pengalaman hidup .. kecewa dalam bercinta tidak memberi sebarang makna pada mereka .. Mereka akan terus mencari CINTA ..

Ada yang kata , CINTA yang akan datang belum tentu samanya dengan yang pergi... Tapi jangan lupa , yang datang mungkin lebih bagus dari yang lalu .. Semua itu adalah perjudian .. Kita hanya hidup sekali .. Nikmati kehidupan ini dengan jalan yang betul .. InsyaAllah , akan temui CINTA yang benar-benar CINTA..

Dan yakinlah dengan kurniaan CINTA itu .. Segala dugaan yang datang adalah dari Allah ..  Batasi dengan agama , lindungi dengan agama .. Bercinta dengan agama .. Rindulah dengan agama .. InsyaAllah , mekarlah CINTA itu nanti dengan izinNya. Jika CINTA itu pergi juga , yakinlah bahawa telah dikurniakan satu pengalaman hidup yang amat manis kerana terlindung dari noda dan dosa ..

CINTA , datang dan pergi.. Yang tinggal hanya kenangan.. Kenangan bagaimanakah yang ingin kita cipta ? Dan paling penting , mengapa perlu menangis dengan pemergian CINTA itu ? Semua itu dugaan di dunia sementara ini ..

Yakin dengan CINTA .. bermakna yakin dengan diri sendiri .

Segalanya untuk si kecil ...

 

Aku dah mula menyimpan .. Begitu juga dengan wife .. Tapi aku lagi banyak simpan berbanding wife .. Hahaha.. tak kisah la.. Sama sama punya harta ..

Simpanan untuk keluarga.. Masa depan .. Betul kata ayah aku .. Bila dah berkeluarga maka segalanya adalah untuk keluarga. Dulu aku nafikan kata-kata ini tapi sekarang aku memahaminya.

Sejak wife mengandung , rezeki mencurah-curah. Syukur kepada Allah.. Maka apa yang aku dapat itu adalah miliknya nanti. InsyaAllah..

Kalau ikut gila aku , mahu saja aku beli netbook yang baru sbb yang lama ni dah slow tapi masih boleh pakai.. Atau aku nak sambar satu macro lens .. Atau nak sambar satu alat gym .. Tak pun nak je tukar spek baru .. Atau kawin baru .. Hahaha.. Tang kawin baru ni , aku guwau je la.. Wife dok memanjang mimpi aku kawin baru.. Hahahaha..

Namun aku ketepikan kehendak hati .. Simpan semuanya .. Hanya guna untuk keperluan penting saja .. Tak kisah pon.. Aku dah dapat apa yang aku nak .. Kalau ada rezeki terpijak , baru aku beli apa yang aku nak.. Tu pon bergantung pada keperluan masa tu ..

Buat mereka yang akan bernikah dalam masa terdekat ni , berjimat cermatlah .. Walau banyak mana sekali pon duit , simpan jika tidak memerlukan .. Dan paling penting , ada lebih tu , bersedekah .. :)

Itulah jantungnya ..

Bila doktor kata , "Itulah jantungnya .. kepalanya dan itulah punggungnya .. Nampak yg kelip-kelip tu ? Itulah degupan jantungnya .. "

Subhanallah ... Mengeletar aku melihat kebesaranNya .. Sungguh agong ciptaanMu ..

Selesa si kecil tu dalam tu .. tanpa risau akan kehidupan ini .. tanpa perlu risau akan dosa .. dia berada dlm dunianya ..

Bagaimanakah aku akan mendidiknya nanti ? Besar sungguh tanggungjawab itu .. Aku bersyukur padaMu ,Ya Allah.. Terima kasih..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Akhirnya aku putuskan juga !

 

Aku nak guna bodyguard ! Atau beli senjata api ?

 

image

Walaupun keselamatan negara kita ni masih dalam keadaan terkawal , namun aku sudah mula rasa kurang senang dengan keadaan ini ..

Apakah yang berlaku sebenarnya ? Manusia semakin terhimpit ? Desakan hidup ? Atau teringin nak cepat kaya ? Jenayah semakin menjadi-jadi !

Bulan lepas, kes restoran mamak kena samun .. Dengan pelanggan-pelanggan sekali kena.. Itu yang keluar kat suratkhabar .. Yang tak keluar sbb takde bukti atau malas nak kecoh-kecoh macam samun bersenjata di stesen minyak , kedai 24 jam , cafe siber .. Haa.. banyak ni.. Dan semalam , semasa merisik pon leh kena samun ! Camana tu ??? Makin teruk ...

Tujuan aku bukanlah nak takutkan orang ramai tapi amik langkah berjaga-jaga. Malang tak berbau... Yang berbau nanti kita wooo... Perketatkan keselamatan ...

Nak beli mana satu ehh ..

image

imageTakkan nak g makan kedai mamak nak usung gak kot ?

Disebalik tabir pembikinan Akan ku miliki hatimu itu '2011..

 

Alhamdulillah , dah masuk ke episod ke 21 .. Ramai tanya kenapa pendek benar ?? Kalau panjang , ada yang baca sambil letak bantal.. Atau nanti jadi berbelit belit.. Jadi untuk rileks dan bersantai , dibuat dalam bentuk begitu . Sekurang-kurangnya berjaya gak aku bermain dengan perasaan pembaca kan ?

Ada yang tanya .. Apakah cerpen ni berdasarkan kisah cinta aku sendiri atau aku ciplak mana mana cerpen ? Buat pengetahuan mereka yang nak tau , last aku baca cerpen , masa sekolah menengah dulu ..Begitu juga dengan novel cinta.Kalau ada pon satu dua buku setahun..

Tapi cerpen ini adalah gabungan dari imaginasi , pengalaman hidup , kegiatan rutin harian malah ada juga dari tontonan television tetapi ditukarkan penyampaiannya agar lebih menarik dan mendebarkan ..

Idea adalah spontan . Bergantung pada mood serta aktiviti harian . Yang menariknya , setiap episod dikarang tanpa dibaca semula.. Tulis , siap dan post !

Berbalik pada cerpen itu .. Apa yang ingin akan berlaku nanti ? Persoalannya yang patut difikirkan .. Siapakah yang akan mencuri hati siapakah ? Apakah Ben ? Atau hati Adriana ? Atau Adawiyah ? Apakah yang terjadi dengan Wan ?

Waaaaaaaaaaaaaaaaarghhhhhhhhhhhhh... Bilakah akan tamat cerpen ini ? Si Capik sampai beratus episod.. Takkan yang ni sekejap je kan ? InsyaAllah .. selagi ada idea , aku akan karangkan agar lebih menarik dan yang penting , lain dari yang lain ...

Terima kasih pada yang sudi membaca dan memberi sokongan terutama rakan pembaca di FB , bloggers dan juga admin page / group , En.Angah yang sudi mempromosi entri cerpen di dalam pagenya.. Tak lupa semua rakan rakan juga ! Terima kasih !

Bagi yang belum membacanya , sila rujuk di menu page diatas.. di sediakan dalam bentuk  episod... Terima kasih pada Sunah atas ideanya menyediakan susunan tersebut.

Akan ku miliki hatimu itu .. (21)

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21]..

"Ben , terima kasih sbb coverline aku semalam. Aku tersms Riana lak . Kelam kabut sangat sbb mak aku tuu. Dia suruh aku antar dia dulu g umah makcik aku.. Aku antar sms suruh Zura tunggu jap... Nasib baik aku tulis tu je.. Kalau aku tulis ' i love u ' ? Sah sah melepas Riana tu.. Eh , kau tak berminat ke dengan Adawiyah tu ? Aku tengok dia tu bukan main suka dengan kau .. Jom , g makan.. aku belanja.. ". Wan bersuara setelah membisu seketika . Kelas dah tamat.

 

" Kau tak g dating ngan Riana ke ? ". Aku tukar topik perbualan.

 

" Er.. tak . Jap lagi nak jumpa Rozita. Dia ajak tengok wayang lak malam ni. Nasib baik kau tanya.. Kalau Riana tanya pasal aku malam nanti , kau cakap aku keluar dengan sepupu aku , si Sunah tu .. Boleh eh ?? ". Wan merayu.

 

Muka Wan macam muka si Garfield je aku tengok bila minta belas ! Kang aku buat tak tau , dia pulak merana. Dah la dia spesis tak ramai kawan. Kami dah berkawan sejak kecil lagi. Memang senantiasa berkorban apa saja . Tapi kali ni , aku rasa malas sangat sbb melibatkan perasaan perempuan dan lebih lagi melibatkan orang yang aku suka !

 

"Jadi apa apa , aku tak tanggung ! Aku cakap aku tak tau apa apa tau pasni !! ". Aku bagi amaran pada Wan.

 

Selepas makan ... kami berpisah .. Wan terus ke KLCC dan aku pulang ke rumah ..

 

Di rumah ..

 

" Ada message di FB la.. Hurm .. sapa eh ? " . Aku klik .... Terpampang wajahnya... Tersenyum aku.. Entah kenapa aku boleh pula tersenyum melihat wajahnya di FB ni ..

 

Tiba-tiba , telefon bimbit aku berbunyi.Ada sms masuk.

" Salam Ben . Riana tak dapat contact Wan dari tadi. Kalau Ben dapat call dia atau sms dia , tolong bagitau dia yang Riana pergi KLCC dengan sepupu Riana yer . Dah berpuluh sms bagi , satu pun tak balas.  Tq Ben. Take care. "

 

Masak !

 

-SAMBUNG-

Akan ku miliki hatimu itu .. (20)

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20]..

 

Anonymous berkata... [Reply to comment]

Saya follow awak akhirnya ! Tahniah kerana berjaya memikat hati saya.

 

" Wah.. dia follow aku.. Bererti ??? ". Pantas aku lihat di widget FOLLOWER .. Tapi yang mana satu ? Ada ramai yang FOLLOW aku malam ni ?? Tapi takkan itu je komen dia kot ?? Aisey.. sekurang-kurangnya puji la skit.. ". Bisik hati kecil aku .

imageTercari jugak gambar Adawiyah atau Riana , malangnya tiada . Atau mereka guna gambar Avatar ? Hiskh.. takkan nak buat gitu kot ? Sapa Anonymous ini ?

 

" Umpan aku untuk membuatkan Anonymous Follow blog aku dah tercapai malangnya dia lebih bijak ! Tak tau yang mana satu sebab sebelum aku update , jumlah Follower adalah 18101. Bermakna dia di antara 30 yang terkini ?  Macam Inspektor Gagdet dah aku ni .. ! ". Bisik hati aku sambil tergaru garu kepala dok memikirkan misterinya gadis ini.Kalau la dia gadis. Kalau teruna ? Mau naya aku !

 

Tiba-tiba di FACEBOOK aku ada satu notification. Apakah Adawiyah dah terima aku menjadi rakannya atau adakah Riana add aku ? Wah.. Dengan pantas aku klik notification tu ...

 

" Wow.. " . Terpancul terus dari mulut aku .

 

- SAMBUNG -

Wahhhh.... pelakon Awan Dania bercium mulut !

 

Waaahh.... bila bersandingnya Qila Wan Hisham ? Awat tak jemput peminat ?? Kenal tak dia ? .. Haaa..

image

 

Hurm.. ramai tak setuju aku letakkan gambar tu kat sini maka sila klik SINI

Kesimpulan : Buat aku dan rakan-rakan di blog ini , sila jadikan pengajaran . Kebodohan kita hari ni belum tentu tersebar hari ini juga .. :) . Buat anak dara , simpan maruah dan dara itu.

Kecik kecik dah diajar buat maksiat !

 

image

Sweet la konon !! Kang bersepah anak korang tu haa.. Buat pandai ! Jaga , tak reti langsung !! Tau tau depan pintu rumah orang !

Akan ku miliki hatimu itu .. (19)


" Hi Ben .. Apa khabar ? "

Sms baru ku terima sejurus siap entri di blog aku tadi. Nama yang cukup tidak asing bagi aku . Pemiliknya adalah orang yang pernah aku cintai sepenuh hati tapi dikecewakan kerana aku bukanlah insan yang mampu memberinya masa depan yang cerah.

" Delete ..Reply atau Forward ? . Takkan nak Forward lak kot ? ". Jari aku mengeletar . Tak tau mana satu yang patut aku buat. Rindu padanya sudah pasti tapi aku tak ingin dikecewakan lagi. Apakah dia mencari aku hanya untuk mengubat rindunya seketika ?

Selepas habis SPM , aku terus bekerja memandangkan aku tiada minat untuk menyambung pelajaran aku tetapi 'si dia' itu telah menyambungkan pelajarannya ke ipta . Sejak itulah cinta berubah.Segalanya berubah.Namun aku tetap cekalkan hati dan bersabar serta memberinya peluang tetapi hampa.Sejak itu , aku kuatkan semangat untuk mengubah diri dan buktikan padanya aku juga setanding dengannya !

"Ah , semuanya adalah silap aku sendiri kerana fikirkan cinta mampu mengubah segalanya namun salah tanggapan aku. Putus cintalah mengubah segalanya. Dari seorang yang tiada keyakinan , aku terus punya satu azam untuk menjadi manusia yang berjaya ! 

" Delete " . Keputusan yang aku buat walaupun aku rindu padanya. Aku tidak mahukan cinta mereka yang mengejar duniawi ...

-SAMBUNG-

"Korang pasti ke kereta korang tu dah selamat dikunci ???

 

image

Kalau belum , g kunci macam ni... Boleh melewatkan masa untuk pencuri nak curi kereta tu..

Akan ku miliki hatimu itu .. (18)

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] ..

 

Sepi ..

Mengundang cinta lalu..

Yang tidak ingin ku imbas lagi ..

Di hati ini ..

 

Sepi ..

Menghadirkan cinta baru ..

Berputik mekar ..

Walaupun seketika ..

 

Hati ..

Ingin menerima ..

Namun masih berparut ..

Luka lama ..

 

Maaf ..

Terpaksa ku pinta..

Bukan tiada sudi ..

Hati ini masih keliru ..

Menunggu atau terima ..

Cinta itu ..

-BEN ASHAARI'2011

" Siap  satu entri lagi ! Hehehe... Apa pulak komen si anon nanti .. Haih.. Cuba la tinggalkan no telefon atau id FB.. senang skit aku nak tau pendapat dia mengenai blog aku memandangkan dia suka benar komen ..". Bisik hati aku.

 

"Eh .. baru 5 minit , dah dia tinggalkan komen ? Laju banget nih ! ". Terbeliak biji mata aku sekejap.

 

 

 

"

" Sapa nak tumpang g kerja ? Cepat.. ada ruang..

 

image

" Ni lah contoh pepatah .. Kalau sayangkan kawan-kawan , kita mati ramai ramai ... Hehehe.. Tak tau la sapa punya pepatah tu.. "

Akan ku miliki hatimu itu .. (17)

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] ..

 

"5 missed call "

 

Tertera di skrin telefon bimbit aku gara-gara tak menjawab panggilan dari Riana dari tadi.Ini semua kawan punya pasal ! Dia bersedap kat luar aku lak dapat darah tinggi kat sini.

 

" Haish.. kang aku jawab , aku lak dapat dosa.. Tipu sunat otak dia ! Ni la dia .. Nak makan kenyang tapi tak nak buat keje ! Last last aku gak yang pening kepala .. ". Aku bebel seorang diri.

 

Akhirnya aku jawab panggilan tersebut sebab kesian kat telefon bimbit aku yang 'mengeletar dari tadi tanpa henti macam ada parkinson lak gayanya.

 

" Walaikummussalam w.b.t .. Ya Puan Seri .. Cari Datuk Seri yang hilang ke ?? ". Aku saja buat lawak bodoh.

 

" Entahlah , Ben pun tak pasti sangat..Petang tadi ada dia kata dia nak ke kubur makcik dia.. Eh , rumah makcik dia .. kat mana tah.. Dia ada pesan , rumah makcik dia tu mmg susah nak dapat line. Kalau Riana ada call , jangan risau , dia hidup lagi... Gitu la katanya .. ".Aku balas pertanyaan Riana secara lawak. Sian kat dia.

 

"Er ..Sapa Zura ? Kenapa tanya pasal Zura ? Oooo.. Wan ada hantar mesej pada Riana tapi ada tulis nama Zura ? Zura tu nama anak makcik dia tu. Kira sepupu sepipit dia je la tu.. " . Ikut hati aku , mau saja aku cakap 'itulah madu awak !! '  tapi demi kebahagiaan kawan kawan , biarlah aku berkoban. Macam cerita hindustan pula gayanya aku ni.

Dan tak pasal-pasal aku berborak berjam lamanya dengan Riana. Terubat rindu aku pada dia seketika walaupun aku tahu yang dia tiada perasaan pada aku . Perbualan aku dengannya banyak berkisarkan pada pelajaran , dunia blog dan tidak lupa juga pasal Adawiyah yang meminati blog aku itu sejak dari mula aku punya blog.

 

"Betul Ben ! Dia tak sangka blogger yang dia minat sangat tu berdiri depan dia sewaktu di Klcc tempoh hari. Tu pasal dia nak ikut g beli air dengan Ben. Nak bagitau yang dia minat sangat kat blog Ben tapi muka Ben tu macam singa kelaparan. Takut dia jadinya.". Masih terngiang di telinga aku penjelasan dari Riana.

 

Adawiyah = anonymouskah ? Tapi apa bukti yang aku ada ?? Perlukah aku lupakan Riana dan berkawan saja dengan Adawiyah ? Atau kawan je la dua-dua kan ? Bukan nak ajak kawin pon kecualilah Riana menerima cinta aku tapi ... dia sukakan Wan. Hurm...

 

"Ada no telefon Ada , Ana ? " . Pinta aku tergagap-gagap .

-SAMBUNG-

Mangsa-mangsa fesyen !!

 

image

image

image

image

Yang ni , kebelakangan ni banyak nampak kat Malaysia..kan ?

image

Ni aku tak tauuu...

image

Ni kira nak kata tutup aurat la yer ?

image

Inilah mangsa sebenarnya !!!

Akan ku miliki hati mu itu .. (16)


"Ben , malam ni aku nak kuar dengan Zura .. Kalau Riana ada sms kau , tanya aku kat mana .. kau kata aku ke rumah makcik aku.. Sana signal tak clear sangat..OKeh ? Macihhhhhhhh..." . Macam unta padang pasir punya senyum je !

" Tengok la kalau aku rajin nak tambah dosa aku . Baik aku layan blog aku. Berfaedah la jugak ! " . Aku terus diam dan berlalu . Balik rumah lagi best ..

" Hurm... nak abis jugak bateri HTC aku nih.. Cepat benar abis bateri. Nasib baik berbakti pada aku dengan jayanya ! Eh , ada komen ?? " . Sambil berdiri dalam lrt , aku senantiasa memeriksa emal terkini dan juga komen di blog .

"Salam. Kalau putus cinta sekali pun , janganlah sampai teruk begitu.Kan ramai lagi perempuan yang minat kat awak . Yang ada terang terang depan mata pun , awak buat buat tak nampak ..". Aku membacanya dengan penuh tandatanya. Aku lihat tarikh dan masa. Teringatkan tadi di cafe. Sama masanya.Eh , takkan kot ??? Takkan dia nak guna Anonymous memandangkan dia dah terus terang kata baca blog aku .Haishhh... Sapa dia ni ???

Lantaklah.. Sesampainya aku di rumah , terus aku mandi dah solat Asar.Lewat sangat dah ni. Kemudian , terus aku capai laptop aku .Nak baca semula komen dari Anonymous tu . Mesti dia ada tinggal jejak punya yang mana boleh aku bandingkan samada dari Riana atau Adawiyah.. Tapi aku kurang yakin.. Takkan diorang ???

"Salam Ben .. Nak tanya boleh ? Sapa Zura ?? "

Sms dari Riana.

-SAMBUNG-

Maafkan aku.. aku amat ketakutan ..

 

Haish.. aku tak pernah takut sebegini rupa.. Entah aku terlupa sebenarnya. Silap aku .. Silap aku selama ini .. Aku leka .. Aku alpa... Aku selalu menghabiskan masa dengan internet hingga lupa tanggungjawab aku !!

Apa yang patut aku lakukan ? Aku kesuntukan masa ! Apakah aku perlu pasrah saja dan menghadapinya sebagai anak jantan ? Ahhh.. bukannya mati pon kan ?

Serius , aku amat takut sekarang .. Menyesal tiada guna lagi.. Biarlah .. Jika inilah takdir ku , aku terima.. Apa orang nak kata , katalah .. Malas nak pening kepala dah..

Kalau ada yang nak masuk minang pon , aku terima .. Gagal bukan bererti  mati ! Aku hanya perlu berusaha lagi .. Tak kisah la... Berbekalkan ilmu dari darjah 1 hingga 6 ( kelas tuisyen ) maka aku harap esok ujian UPSR aku akan cemerlang , terbilang dan gemilang !

Tu la.. asik berblog je.. Lupa nak ulangkaji.. Buat teman seperjuangan ku .. Selamat menempuh hari maut kita .. Gagal , kita kawin je la yer ...

( SEMOGA BERJAYA.. Buat ibu bapa, jgn tekan anak-anak sangat .. Biar mereka berjaya menjadi manusia dengan ilmu yang ada itu .. )

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI