Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 15 September 2011

Isteri mengandung , suami kawin lagi !!

 

Haish... sampai hati .. Baru beberapa bulan isteri mengandung , dah fikir nak kawin lagi ?? Alasan sbb terabai ? Sampainya hatimu wahai suami ..

Seorang isteri yang sedang mengandung , amat sensitif perasaannya. Suami yang pegang telefon bimbit lalu memandang isterinya kemudian berlalu pergi pasti mendatangkan syak wasangka..

 

" Apakah suamiku itu telah memasang perempuan lain ??? "

 

Begitulah adanya dalam kepala isteri-isteri yang baru mengandung mahupun sarat mengandung. Maklumlah , badan pon dah ilang bentuk . Bila lalu anak dara ala ala kereta Lotus , leher macam kuda terbang nun Fun Fair punya tu haaa.. Berpusing !!

Awas para suami.. Kasihanilah isteri anda.. Mereka sedang mengandungkan benih anda. Jangan sampai kehilangan mereka .. Atau anda kehilangan anu !!

Akan ku miliki hatimu itu .. (40)

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] ..

 

Aku melihat telefon bimbitku. Tiada sebarang panggilan mahupun sms yang masuk.Perempuan ni benar-benar membuatkan tak keruan. Kenapa aku boleh bersabar dengan dia ? Dulu , aku seorang yang cukup panas baran . Asal ada yang tak kena di mata , aku melenting. Marah tak tentu hala. Cemburu buta ! Tapi kali ni , aku cukup sabar. Dan sangat pelik , kesabaran aku ini diluar dugaan aku sama sekali !

 

"Jam 12 malam dah. Tadi beria nak call ! Ke g makan dulu ngan si Kembong tu ! FB pon tak online. Kang aku chat ngan awek lain kang.. Haaa , baru ada akai.. Tak pasai pasai aku jadi cam Wan. Buaya tembaga Malaysia ! ". Ngomel seorang diri aku .

 

No comments are awaiting moderation.

 

Blog pon sepi. Nak update , takde idea . Kering . Kontang. Habuk berterbangan. Spider berlari-lari. Tikus bekejar-kejaran dengan si kucing. Seolah tiada bertuan blog tersebut .

 

" Si Anonymous ni pon g dating ke ? Kot ya pun nak dating , bagitau la aku. Tak la aku tertunggu-tunggu di sini .. Hehe ". Aku rasa aku kena amik ubat sakit jiwa dah ni. Ini gara-gara cinta tak berbalas.

" Yearghhhh... akhirnya.. Ada panggilan masuk .. ". Hatiku melonjak riang.

 

" Hurm.. kenapa dia pulak ??? ". Bekas kekasih la pulak ! Putus terus nafsu nak bercakap.

 

" Wsalam... khabar baik... Awak ?? ". Aku menjawab panggilan tersebut memandangkan aku tersangatlah boring dan sunyi. Aku terus masuk ke dalam bilik dan meninggalkan laptop di luar.

 

Sejam kemudian..

 

" Dulu , beria sangat nak tinggalkan aku.. Sekarang sibuk nak kembali.  Tu la , dapat bf baru serupa pelesit. Keje nak kikis duit betina jer !! Yang perempuan tu pon satu hal.. Pantang bergaya skit , MASA DEPAN ! Piraaahhhh .. ". Membebel seorang diri.

 

Dah pukul satu pagi. Baik aku tidur ! Terpandang  aku  ke skrin laptop.

 

" Alamak !! Adawiyah call aku tapi engage pulak !! Adehhh .. masak masak .... ". Aku membaca nota yang ditinggalkan di private message lalu menepuk dahi sendiri !

 

Menyesal aku cakap lama lama tadi !!

 

-SAMBUNG-

Akan ku miliki hatimu itu .. (39)

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] ..

 

" Kalau ikut hati aku , balik terus dah ni.. Tapi kesian lak kat Wan. Malu dia dapat kawan cam aku . Dan sah sah diorg kata aku ni tak matang. Rileks Ben.. Kawal emosi. Kasi macho sket tengokkkk.. ! ". Bercakap dengan cermin aku di tandas tadi.

 

Dalam panggung , aku duduk di sebelah Wan manakala disebelahnya Riana dan disusuli Adawiyah.Terdengar suara-suara halus diikuti ketawa kecil yang membuatkan hati aku sakit sangat. Aku kenal sangat suara tu.

 

" Ya Allah.. Kuatkanlah iman hambaMu ini. Kang ada gak yang makan tiket wayang ni !! ". Bisik hati kecilku.

 

"Panggggggg.... ". Akhirnyaaa !! Satu tamparan lelaki hinggap ke muka Adawiyah . Dan penampar itu datangnya dari aku ! Tu la , sapa suruh ketawa kuat-kuat sangat !! Amik kauuuuu ...

 

" Woi.. Ko tengok wayang ke mengelamun !! ". Wan menolak bahu aku.

 

" Hah ?? Huhu.. Terkhayal sejenak. Cerita bosan !".Bisik aku pada Wan.  Camana la aku boleh terkhayal cam ala ala cita Final Destination tu.. Nasib baik penampar. Kalau runtuh panggung ? Mau gak aku keluar dari situ dengan segera !

 

Setelah 2 jam berlalu , tayangan tamat dan kami pun beredar dari Klcc. Wan menghantar kami pulang. Aku di belakang bersama Adawiyah dan Riana bersama Wan di depan.

 

" Pelik.. Wan dengan Adawiyah ni skandal dalam diam ke ?? Nampak cam mesra je Wan dengan Riana. Tapi dalam diam , Wan dan Adawiyah keluar berdating.. Hurm.. takkan Riana tak tau kot ?? Tak pe , malam ni aku nak korek n bocorkan pada Riana. Baru padan muka diorang.. ". Bila syaitan mula membisik kata-kata neraka pada aku.

 

" Ben, malam nanti Ada call yer.. " .Perlahan saja suaranya. Dikhuatiri Wan mendengarnya.

 

Aku tidak mengendahkan bisikannya itu. Dan akhirnya tiba di rumah aku. Wan hantar aku dulu !!!

 

" Hampehhh... Beginilah nasib diriku yang malang , oh Tuhaannnn.. Tak boleh bersenang lenang .... ". Sempat menyanyi sewaktu keluar dari kereta. Tanpa mengucapkan terima kasih atau selamat tinggal apatah lagi memberi salam . Ketara sangat aku marah tu ! Hah , peduli apa dah.. Yang penting sakit hati aku ini berbalas !!

" Makcik.. saya datang nak raya !! "

 

" Assalamualaikummmmmmm... kom apa kombat ..bat apa , batman.. man apa , mandol .. dol apa , dollah , lah  .. bila dah nak abis daa.. "

 

"Makcik oiiii... saya datang nak raya niiii.... Eh , takde orang keeer  Tadi nampak macam ada orang ?? "

 

" Haa... ada ponn .. Macik tak kasi saya datang raya ke ???? "

 

" Wsalaamm.. Nak oiiii .. kalau dengan muka macam tu , sah sah polis pon tahan kamuuuu .. G balik cuci muka tu dulu.... ayooo.. Ingat ni Halloween ke ???

 

image

Boleh ke g beraya dengan muka begini ??

Akan ku miliki hatimu itu .. (38)

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] ..

 

"Sayang , beli apa tadi ? " . Tiba-tiba Wan terpancul seorang diri. Riana tiada disisinya. Terkejut aku mendengar perkataan 'Sayang' dari mulut Wan !

 

Aku buat-buat tak dengar. Sempat menjeling aku pada Adawiyah. Tersenyum malu bila Wan memanggilnya begitu.

 

"Beli nasi ikan lele ni jer. Ben belanja..".Adawiyah menjawab.

 

" Apakah sebenarnya yang berlaku ??? Apa maksud kata-kata Adawiyah tadi ? Dia dan Wan cuma apa ??? Cuma pasangan kekasih ?  Siap panggil Sayang lagi tu !! ".Bentak hatiku .

 

Boleh gila aku macam ni ! Dia kata dia sukakan aku .. Eh , kejap .. ada ker ? Hurm.. Dia cuma menanyakan pada aku apakah aku suka padanya tak bererti dia sukakan aku  !! Oh , aku terpedaya dengan kata-kata seorang wanita .... Mengapa aku disiksa begini..

Selera makan aku tiba-tiba lebur. Sudu dan garfu aku letak lalu bangkit dari situ.

 

"Eh , Ben .. Nak pergi mana ? ". Wan bertanya.

 

" Sakit perut. Rasa nak muntah jer dari tadi. ". Jawab aku sambil berlalu dari situ.

 

Ya Allah... sakitnya hati aku. Baru nak belajar membuka hati. Nampaknya dia bukanlah insan yang aku tunggu-tunggu selama ini .

 

-SAMBUNG-

Akan ku miliki hatimu itu .. (37)

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] ..

 

Cinta ,

Tiada kata mampu diungkapkan ,

Tiada bahasa mampu membicarakan ,

Lahir dari jiwa suci nan murni ,

Kekal tanda kebesaran Ilahi .

 

Cinta ,

Walau seketika di dunia ini ,

Seketika itu pasti bermakna ,

Bahagia jua datang menjelma ,

 

Cinta ,

Bukan bala yang dipinta ,

Hadirnya pasti satu duga ,

Bukti keteguhan kita ,

Bersama selamanya ..

 

"Apakah aku sudah jatuh cinta kali ke 2 ??? Adawiyah datang menjelma membawa sinar bahagia ?? Tapi dia dengan Wan bagaimana ?? Apakah kesudahannya ? ". Bicara aku bagai pahlawan Lang Buana ! Hampeh..

 

" Tak suka pada Adawiyah ?? ". Adawiyah kembali menanyakan soalan itu.

 

" Aah.. mmg Ben tak suka kalau Adawiyah sendiri tak suka ! ". Jawapanku sambil menelan daging ayam penyek. Sungguh tidak romantik ketika itu. Wan dan Riana pula bersama-sama membeli makanan mereka.

 

" Tapi kan Ada kan dah couple dengan Wan .. Takkan Ben nak kacau daun lak kan ? Tak bagus la.. ". Aku memandang tepat anak matanya.Coklat cair warnanya. Cair lagi hati aku.

 

" Hurm.. Sebenarnya Ada dan Wan.." .Terhenti bila Wan dan Arina kembali ke kerusi mereka ...

 

Adawiyah !!! Habiskanlah ayat mu ituuuuuu !!!!

 

-SAMBUNG-

Akan ku miliki hatimu itu .. (36)

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] ..

 

" Jom makan dulu Ben .. Kang lapar pulak dalam panggung tu .. ". Wan ajak makan sesudah aku menunjukkan muka pada mereka bertiga.

 

Cantik Adawiyah petang tu.Berbaju kurung pink.Rambut dilepaskan.Sayangnya.Aku terlewat untuk melafazkan kata cinta padanyakah ? Eh , kenapa pada dia ? Bukan Riana ?? Aku rasa aku dah jatuh cinta pada Adawiyah dan bukannya Riana.Riana mungkin  aku sekadar suka melihat tingkahlakunya. Itu yang menyebabkan aku suka pada Riana dan bukannya jatuh cinta.

 

Perlukah aku meluahkannya ? Bagaimana pula dengan Wan ? Bukankah Wan kekasihnya ? Takkan aku nak berebut. Perlukah aku melepaskan saja ? Tapi bagaimana aku nak mengadap muka mereka hari-hari ?? Tentu aku cemburu sekali ..

 

" Woiiii...petang-petang mengelamun ??? Terpana tengok Adawiyah ke ?? Tu laa.. dulu jual mahal ! Orang nak kat kau , kau lak tak nak ! Haa... Padan muka aku dah kebas ! ". Selamba je Wan melepaskan kata-kata itu. Malu terpancar di wajah Ada.

 

Aku buat tak dengar saja kata-kata Wan itu.Saja nak pekena aku.Tapi kalau benar camana pulak ? Kot benar Adawiyah suka kat aku tapi aku yang jual mahal ? Bila dikebas orang , baru aku ternganga. Apa masalah aku sekarang ni sebenarnya??

 

" Aku ok jer... jom la.. Lapar gak ni.. ".Aku menghala ke gerai nasi ayam penyek. Pilihan utama aku kalau makan di KLCC.

 

"Ben , jom kita pergi beli nasi ayam penyek. Ada nak amik lele. Ben suka ayam kan ? ". Adawiyah tersenyum.

 

" Camana minah ni leh tau aku suka makan nasi ayam penyet ??? Misteri ni ?? Takkan dia follow blog aku dari mula kot ? Haih.. Jangan biarkan idup aku diselubungi misteri ! ". Aku bermain dengan perasaan aku sendiri.

 

" Jom.." .Aku melemparkan senyuman pada Adawiyah.Dan dengan segera Ada bangun untuk berjalan seiring dengan aku. Sempat aku menjeling pada Wan. Merah mukanya.

 

" Ben , marah dengan Ada ke ? ". Ada menatap muka aku.

 

Gulp.. Malu ! Aku tak boleh ditenung perempuan sebegitu rupa.Sangat malu bagi aku. Aku pandang ke arah lain.Kemudian barulah memandangnya seketika.

 

" Siapalah Ben nak marah Adawiyah , kan ? ". Aku membalasnya lalu tersenyum.

 

" Ben suka kat Adawiyah ke ?" . Ada mengerutkan dahinya.

 

" Er... kenapa Ada tanya begitu ?? Nak masuk meminang Ben ke". Aku tanya pada dia semula.

 

" Jawab laaa... " . Adawiyah mengeraskan suaranya.

 

" Tak...". Balas aku lalu meneruskan langkah kakiku.. Meninggalkan Adawiyah yang telah mematikan langkahnya lalu menundukkan wajahnya...

 

-SAMBUNG-

Video persiapan perkahwinan Norman dan Memey

 

Semoga berkekalan.

Kredit - Hmetro

Nuffnang tipu ...

 

Wahh. Ada orang kata Nuffnang tipu ke ? Perghh... sampai hati kata gitu tauuu.. Hehehe.. Keyword ' Nuffnang tipu ' tersekat di blog aku nih...

Benarkah Nuffnang tipu ? Innity tak bayar atau Advertlets juga begitu ? Ini adalah berdasarkan pengalaman aku yang dah guna ketiga-tiga syarikat tersebut.

Semua bayar laaa... Bezanya cepat atau lambat je.. Haaa.. Tapi sebelum itu , sila tanya diri sendiri.. Ada buat kesalahan tak seperti fraud click ? Kalau ada , mungkin akaun korang akan ditahan sementara siasatan dilakukan.

Dan , pastikan segala personal details perlu diisi seperti no akaun bank , alamat dan sebagainya. Sila rujuk kembali di setting memasing.

Dan jangan cepat melatah.. Aku pon cam korang gak dulu.. Memang berbulan nak bayar.. Mereka perlu dapatkan bayaran  terlebih dahulu dari pihak terbabit sebelum membayarnya pada bloggers.

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan pembayaran , korang email terus je pada mereka untuk mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci. Takat tanya kawan-kawan , kadang-kadang tak membantu sangat.

" Kalau dah tak kacak tu... "

 

Kalau dah tak kacak tu , jangan cuba kacakkan diri.. Lagi buruk rupanya..

image

" Toksah menyamar nak mancungkan hidung tu haaa .. "

image

" Kiranya nak sorok la taring tu eh ??? "

image

" Ololo... kira cute abis la tu yer ?? "

image

" Bang , awak tu kuda.. Kalau berlari , nampak macho la gak.. Ni buat camni ?

image

" Bagus la bersenam.tapi kalau niat nak kasi macho, mmg takkan tercapai punya ! "

image

" Serupa lion king ? Cam sea lion lagi ada la !! "

Apa yang perlu kita buat ialah , cari kelebihan diri dan kurangkan kelemahan kita itu. Tu yang sepatutnya kan ?

Akan ku miliki hatimu itu .. (35)

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33] [34] [35] ..

 

" Iskhh.... kalau dah tidur tu , tak ingat dunia !!  Abang , bangun laaa .. Lain kali lepas subuh tu , g la jogging ke bersenam ke.. Ni tidur balik ! Mana la tak boroi perut tu.. ". Jerit adik aku.

 

" Boroi boroi aku , kacak gak tauuu !! " Aku balas semula.

 

Aku tak tahu la jantina sebenar adik aku ni.Fizikalnya perempuan. Tapi serupa jantan garangnya. Peliknya , ramai pulak lelaki berkenan.Agaknya dengan aku je garang kot ?

 

"Huarghhhhhhhhhhh.... ngantuknyaa... ". Aku pegang pipi aku.Haih , nasib baik mimpi.Kalau tak , sahih huduh rupa aku ! Kalau dua dua tu tak nak , tak per la.. Aku cari je lain. Bukan susah pun. Internet ada .

 

" Ada sapa sapa sedang mencari calon suami ?? Kelayakan yang dicari adalah seperti berikut ..

  1. Cantik
  2. Berduit takkan abis sampai bila-bila serta tiada hutang dengan PTPTN
  3. Beriman berbudi bahasa
  4. Punya hati dan perasaan
  5. Takkan jatuh hati dengan Wan Kembung ?

Jika ada menepati piawaian yang  ditetapkan seperti di atas , sila hubungi saya dalam masa terdekat. Calon-calon akan ditapis. Sila klik SINI untuk download borang atau lawatilah laman web www.caricalonkaya.gov.my .

Terima kasih. ".

 

Mengelamun seketika aku dibuatnya sebab geram dengan Wan Kembung serta dua kekasih hatinya .. Dua ????? Tambah lagi empat ! Pergh.. dia ni guna jarum jenis apa pon tak tahulah.

 

" Mandi pon sodap. Karang nak keluar tengok diorang dating pulak.. Adeh...  Tak pe la , kawan punya pasal. Asal diorng bahagia , sudah la... Biar aku je yang merana.. Sudah begini lumrah perjalanan hidupku... ". Mengeluh sebentar aku mengenangkan nasib diri.

 

"Ben , kau nak tumpang aku tak ? Adawiyah ngan Ariana ada sekali ni ?? "

 

Sms yang baru aku terima dari Wan. Ada hati ajak aku tumpang ?? Aku rela naik lrt laaa !!

 

"Tak pe..Duit baki sekolah dulu ada lagi. Aku naik lrt je. Jumpa kat Klcc nanti. Aku nak seat hujung sekali. Kalau boleh jauh dari korang .okeh ? ". Balas aku.

 

"Okeh ! Roger and out .. ". Pantas Wan balas.

 

" Okeh ????? Dasar kawan buaya tembaga cap Afrika betul ! ". Boleh dapat tekanan darah tinggi aku begini ..

 

-SAMBUNG-

Akan ku miliki hatimu itu .. (34)

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [34] ..

 

" Kau memang celaka punya kawan !! Tak cukup satu perempuan ke ??? Sampai hak kawan pon kau nak kebas !! Binatang pon tak perangai macam kau !! ". Aku lepaskan geram aku pada Wan.

 

" Dah kau sendiri kata kau tak berminat kan ? Kalau dah tak berminat , aku berminat. Rugi la kalau dibiarkan begitu saja kan ? ". Wan pantas menepis tangan aku yang mencekak bajunya.

 

" Kenapa diorang ??? Kau tau kan aku sukakan Adawiyah tu ?? Mula-mula aku sukakan Riana, kau kebas.. Ni Adawiyah tu pon kau nak jugak ??  Nenek aku kau tak nak pulak ??? ". Aku mengenggam penumbuk. Rasa nak debik je !

 

Belum sempat aku lepaskan penumbuk , Wan bagi sedas dulu . Tersungkur aku di situ. Dan kebetulan pula Adawiyah dan Riana sedang masuk dari cafe  di mana tempat kami bertengkar .

 

Malangnya aku tidak perasan kehadiran mereka. Aku kembali bangun dan menghayunkan penumbuk. Wan tidak menepis lalu terus kena ke mukanya. Gilirannya pula tersungkur .

 

" Hei Ben !! Wan !! Kenapa bergaduh ni !! " . Riana menjerit. Terus kedua-duanya meluru ke arah Wan yang tersungkur itu. Simpati mereka pada Wan.

 

Aku dipersalahkan. Ketiga-tiga mereka berlalu dari situ meninggalkan aku seorang diri.Terpaku aku tanpa suara. Salah akukah ???  Pengawal keselamatan yang kebetulan lalu di situ memanggil aku ke bilik pentadbiran. Dan aku diberi amaran kerana mencetuskan pergaduhan berdasarkan kamera cctv.

 

Mengapa malang betul nasib aku hari ini ??

 

-SAMBUNG-

Akan ku miliki hatimu itu .. (33)

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33] ..

 

" Bila ? ".

 

" Esok ? Dengan sapa lagi ? ".

 

" Hurmm.. Wan ngan Adawiyah pon ada ? " .

 

" Cerita apa ? Owhhh.. Klcc ? ".

 

" Ok la kalau gitu .. Nanti Ben pergi ngan Wan terus ke Klcc lepas abis kelas.".

 

" Waalaikumsalam.. Selamat malam .. ".

 

" Tengok wayang pulak.. Takkan Adawiyah dah bercinta ngan Wan kot?? Takkan dia tak tau yang Wan tu bercouple dengan Riana ? Haishh.. pelik ni ... Macam tukar tukar pasangan lak.. Bahaya ni.. Eh.. apa aku melalut lak ni ..". Bebel sorang diri.

 

" Tak kisah la.. Kau amik je la semua tu Wan oiii.. Aku nak ngorat Anonymous yang memahami perasaan ku ini.. Oh... Aku kiciwa.. aku sungguh kiciwaaa ... ".

 

Aku buka Facebook kembali .Baca feed rakan-rakan untuk hiburkan hati. Mana yang boleh aku celah , aku celah.. Bosan. Takde yang menarik . Banyak mengarut je status malam ni.

 

" Adawiyah  , adawiyah... bila aku dah suka , kau dikebas orang.. Sama la cam Riana.Nape la tiap kali aku suka sesuatu tu , mesti dikebas orang ???  Aku pon silap gak.. Yang aku suka tu ,semua cantik jee... ni masalah gak.. Dah tu ??? Memang manusia tertarik pada kecantikkan.. Bukan salah aku ? Nak nilai dalaman pastinya kena kenal luaran dulu.. Sapa sangka singa tu baikhati kalau dah dia tayangkan gigi taring dia tu kan ?? ". Dan , aku terlelap akhirnya...

Cristiano Ronaldo ajak pengadil beraya ?

image
" Jom laa ref ! Sombong betul la .. "

" Bukan ai tak nak la you.. i kan pengadil .. Kalau ai pergi nanti , ramai player .. Habis ai kena kutuk punya.. Camana tu ? "

"Ala ref.... Takat kena boo kat stadium pon ref leh cekal , ni kan pulak takat open house ! "

" Yelah... ai pergi pakai baju kurung boleh ?? "

"Lantak la ref .. janji mai... "

" Wooooiii.. ni bincang apa lak.. kot ya nak jemput beraya , tunggu abis game la !! "

Rakaman untuk program RTM ..

 

Isnin lepas , aku ada pergi buat satu shooting untuk satu rancangan di RTM berkaitan dengan IT .. Bila nak keluar tu , aku tak tau.. Hehehe.. Aku pergi pon atas pelawaan penerbit rancangan tu.. Terima kasih kerana sudi memberi peluang ini ..

Baru sempat nak update.. Satu pengalaman yang baru buat aku bila terlibat dalam proses rakaman ni.. Bukan sekejap.. nak tunggu part aku tu , berpeluh gak la ketiak.. hahaha..

 

DSC_0022

DSC_0026

DSC_0033 DSC_0039

Terima kasih buat bro Hezle ..  :)

Akan ku miliki hatimu itu .. (32)

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32]..

 

" Dia mai buat hal daahhh ... Haih.. pelik betul aku dengan sesetengah sikap manusia ni .. Orang bercucuk tanam.. Hasil naik dengan cantiknya dikatakan guna baja kimia.. Orang meniaga makan , laris dikatakan guna ilmu sihir .. Kenapa la ada sikap manusia yang tak reti berlumba menuju kejayaan sebaliknya berlumba untuk menjatuhkan orang lain ?? Inikah saranan Rasulullah s.a.w pada umatnya ?? Inikah yang diajar baginda ? Astagfirullah al'azim.. ". Aku hanya mampu mengeleng kepala. Sedih dan hiba dengan perangai orang kita. Patutlah ekonomi negara kita dikuasai bangsa asing .

 

Anonymous berkata... [Reply to comment]

Alololo... jiwang karat la mamat nii... Lu pasan bagus laaa .. Ada taman punya olaaang !!

 

Komen itu aku delete. Tak ingin dan tak nak pembaca aku membacanya kerana itu bukanlah komen dari mereka yang punya akal sebaliknya komen berunsurkan hasad. Perlukah pembaca aku membacanya dan sakit hati ? Aku yang akan rasa bersalah !

 

Anonymous berkata... [Reply to comment]

As salam Ben. Lama tak singgah.Semakin hari semakin ketara kecewanya perasaan Ben ? Sedang dilanda gelorakah ? Jangan dilayan sangat perasaan itu kelak merana diri. Nikmatilah kehidupan ini. Bak kata Ben dalam entri yang lepas , Cinta ada dimana mana. Jika benar kita mencintai dia , lepaskanlah . Jika dia kembali , dialah pasangan kita. Jika tidak , doakan kebahagiaannya. :)

 

" Wah... terasa aku dengan kata-katanya... sangat mendalam.. Benar katanya .. Aku patut lepaskan .. Lepaskannya pergi.. Aku tahu dia bukan jodohku.. Selamat tinggal sayang ... ". Bisik hati kecilku.Komen itu aku lepaskan .

 

"Eh .. ada komen lagi ??

 

Adawiyah berkata... [Reply to comment]

Ben... sedihnya sajak Ben tu .. Frust dengan sapa ? Dengan tuuu yee.. hehehe.. Sabar la yer Ben... Kalau dah cinta , tak kemana punya.. hehehe..

 

" Arghhh... boleh pulak dia tinggalkan komen .. Selama ni tak pulak dia tinggalkan .. Adeh .. Kenapa Ada ?? Kenapa permainkan perasaan ini ?? Eceh.. bila pulak dia kata dia sukakan aku ?? Adoi.. Syok sendiri sudah ! Hehe.. ". Aku 'terlupa' makan ubat.Kesannya , aku merepek sendirian .

 

Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam .Masa untuk tidur. Tiba-tiba , telefon bimbit aku menyanyi lagi Spoon , Rindu Serindu-Rindunya. Oh karat sungguh aku rupanya..

 

" Riana... "

 

-SAMBUNG-

Akan ku miliki hatimu itu .. (31)

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30] [31]..

 

" Eh ! Wan , tadi ada awek kirim salam kat kau .. Budak baru.. Comel siuttt ... Ala ala muka Lisa Surihani kau !! ". Tersenyum aku .

 

" Hah ?? Budak mana ?? Kirim salam je ke ?? Tak tinggal no telefon ke ?? " . Wan terpinga-pinga ..

 

" Ada gak... tapi aku letak kat mana tah .. Tercicir tadi kot masa aku pergi makan dengan Riana  , tengahari tadi. Aku cari kau.. Tak de .. Aku roger Riana.. Dia ok je.. ". Saja aku kasi Wan sakit hati. Apakah dia ingat dia je pandai buat aku sakit hati ?? Padahal tidak pun. Aku sengaja bagi dia rasa apa yang aku rasa semalam .

 

" Hurm.. tak pe la.. Jom la balik .. ". Tak pandang langsung muka aku bila Wan melepaskan kata-kata tersebut.

 

" Tak nak tunggu Adawiyah ke ? ". Saja aku umpan.

 

" Adawiyah .. Dia ada kelas sampai malam.. Karang malam aku jemput dia la.. ". Selamba je dia balas.

 

Tersembur air yang aku minum ! Aik ??? Takkan dah bercouple kot ?? Abis Riana ??

 

" Owh.. Kau dengan Riana camana ? On lagi ke ? Ke dah tukar channel ? " . Aku tanya pada dia..

 

" Kenapa ? Kau nak ke ? ". Balas Wan.

 

" Amboi.. Kau ingat bola ke perempuan ni ?? ".  Aku mula nak naik angin..

 

"Dah .. malas nak cakap pasal perempuan.. Takkan abis punya .. Jom gerak .. ". Sampai situ saja perbualan aku dengan Wan. Dalam kereta , kami membisu seribu bahasa.

 

Di rumah...

 

Awaiting moderation ( 2 )

 

Ada 2 komen di blog... Anonymous ???

 

-SAMBUNG-

Akan ku miliki hatimu itu .. (30)

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29] [30]..

" LOGOUT ! ". Terus aku klik butang tersebut di Facebook tanpa kisahkan Adawiyah yang sedang menaip lagi. Ternyata aku amat bengang sekali dengan Wan. Aku tak salahkan Adawiyah. Dia mungkin tertipu dengan kata-kata Wan.

New Post ..

Ku umpama burung pungguk ..

Pungguk yang hanya mampu memandang bulan purnama..

Sedangkan bulan itu diterangi dek mentari ..

Pungguk menanti sepi ...

 

Bulan itu ..

Sungguh indah ..

Sayangnya sudah dimiliki ..

Aku , hanya mampu gigit jari ..

Sekali lagi ..

 

Apakah begini takdir ku ?

Sepi tanpa cinta ..

Kasih yang tiada rindu ..

Ingin memiliki dan dimiliki ..

Ingin cinta dan mencintai ..

 

Sekali lagi ..

Segalanya berderai ..

Menangis hiba hati ini ..

Tiada henti...

-BEN ASHAARI 2011'

"Publish" . Sekali lagi butang itu aku tekan ..Siap satu entri di blog .. Cukuplah malam ini ..  Tak larat sudah bermain dengan perasaan..

 

" Wan.. Ini bukan kali pertama kawan makan kawan .. Tapi tak mengapalah , apa guna bergaduh kerana wanita... "

 

-SAMBUNG-

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI