Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 17 September 2011

Akan ku miliki hatimu itu .. (45)

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14][15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28][29] [30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42][43] [44] [45] ..

 

" Haaa .. kenapa ? Awat muka cam tertelan siput sedut je ni ?? ". Wan tegur tanpa memberi salam. Kalau tang perempuan , siap buat langkah silat pulut lagi !

 

" Waalaikumsalam .. sila la duduk. Buat cam rumah sendiri.. ". Padahal kat cafe je nih. Aku buat muka selamba.

 

" Huih.. yelahhh.. Apa cerita nih sampai beria nak jumpa aku ni ? Ketat jee muka .. Pergh.. Ni mesti kes soal hidup dan mati ni .. kan kan ? ". Wan cuba buat lawak bodoh di saat aku tersangat serius ..

 

" Nak tanya skit kat kau boleh ? Kau ada apa apa dengan Riana ke ? ". Aku pandang tepat mukanya ..

 

" Eh , tentulah ada .. Dia kan awek kesayangan aku paling cun. Kenapa kau tanya pasal dia ? ". Wan jawab dengan muka machonya sambil hirup air sirap yang aku order tadi.

 

"Adawiyah pulak ? ". Sekali lagi aku tanya dia ..

 

Wan terdiam ..  Dilepaskan straw yang berada di dalam mulutnya tadi.

 

" Hurm.. Kau suka dengan Adawiyah ke ?? ". Wan tanya aku semula.

 

" Wah... mamat ni nak main psikologi ke ngan aku ?? ". Bisik hati kecil ku..

 

" Kau dengan Adawiyah , ada apa apa apa ? Cuba cakap betul-betul dengan aku .. ".Aku tanya dia sekali lagi dengan nada serius.

 

" Yup.".Ringkas jawapannya..

 

"Ok .. aku nak berterus terang dengan kau. Aku kan panggil Adawiyah dengan Riana ke sini sekarang jugak. Aku dah sms diorang tadi. Kejap lagi , mereka abis kelas dan akan ke sini. Dan aku akan bersemuka dengan korang semua !! ". Aku pandang tepat mata Wan tapi hati aku berdegup dengan lajunya.

 

Aku tak tau la dari mana aku dapat keberanian sedemikian rupa. Seingat aku , kali terakhir aku bertindak tegas , pada pensyarah aku yang berat sebelah terhadap pelajarnya.

 

" Kalau gitu , kita tunggu diorang .. " . Wan tenung kembali mata aku dengan wajah yang serius kembali.

 

-SAMBUNG-

Cilak@ punya blogger !

Andaikata entri maki hamun ini yg terakhir dari aku , apakah nasib aku di ' dalam sana ' sekiranya aku putus nafas bila aku ditimpa malang sejurus pulang dari gym ini ?


Kenapa aku bangkitkan isu ini ? Ada tak baca kisah blogger RARA ZICKRY ? Aku bukan nak kata yg tak elok pasal dia tapi ambil iktibar .. Sedang kita bernafas dengab elok tiba-tiba .... Korang fahamkan maksud aku ? Dan entri berunsurkan negatif adalah yg terakhir dan tidak apa sapa sapa tau nak padamkan , cmana ?


Fikirkan sebelum klik butang PUBLISH !
Published with Blogger-droid v1.7.4

This is my card ..

Simple.. logo dibuat khas oleh blogger Logorithm ... Tqvm bro !

Published with Blogger-droid v1.7.4

Otak ada tapi guna lutut untuk fikir

Aku rasa ramai tau dah kan ? Aku je lambat baca suratkhabar ari ni sbb sibuk skit (alasan) .. hehe ..

Apa nak jadi dgn budak-budak skg ni ?? Jangan bgtau ... Bgtau mereka.. hehe.. Merdekaa sangat eh ??
Published with Blogger-droid v1.7.4

Peningkatan ?

Maka ari ni , aku buat bisnis kad akhirnya .. Terpaksa .. Muhahaha... Simple jer .. Tamo semak semak gitu..

Bersama aku , si blogger imas.my dan hana ... Si mas nak buat gak .. nampak makin ramai serius berblog nehh..hehe ..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Segalanya dari keberkatan hidup .

Ada antara kita sering mengeluh kenapa dirinya teruk dilanda ujian.Seolah-olah Allah tidak menyayanginya langsung.

Mereka terlupa melihat ada insan yg lebih teruk diuji namun jauh sekali utk menyalahkan keadaan dan juga ketentuan Ilahi ..Terlalu byk contoh yg ada tetapi mereka 'terlupa' kerana asyik mengingati malangnya nasib mereka ..

Apakah yg berlaku sebenarnya ? Apakah salahnya sendiri ? Kembali ingat dosa dosa lampau.. Apakah yg pernah kita lakukan ? Bagaimana dengan kewajiban kita pada Allah,keluarga mahupun masyarakat sekeliling ?

Apa yg berlaku sebenarnya adalah satu dugaan dariNya. Kita sedang diujiNya dalam pelbagai bentuk .. Sewaktu inilah keimanan kita teruji ! Apakah kita benar-benar memahami tujuan kehidupan kita ?

Andaikata kita ini malang , cuba lihat mereka yg lebih malang dari kita ..Dekatilah Islam.. Hayatilah Islam.. Carilah keberkatan hidup... Jauhi dari segala dosa dan noda...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sori... buat part time sat..

Jadi mak andam .. muhahaha... Tak de la.. jiran aku ni .. saja menyemakkan diri sat...
Published with Blogger-droid v1.7.4
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI