Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 18 September 2011

Akan ku miliki hatimu itu .. (48)

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12][13][14][15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26][27][28][29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40][41][42][43][44] [45] [46] [47] [48] ..

 

"Hahaha.. aku tipu je la Ben oii... aku tengok muka kau merah abis dah .. Tu pasal aku saja kenakan .. Dah , dah ! Duduk dulu boleh.. Ni macam nak berceramah lak lagaknya .. Kot yer nak luahkan perasaan kat Adawiyah sekali pon , cuba bertenang dulu ! ". Wan cakap terus sedas tepat kena kat muka aku !

 

" Er .. ".Kelu aku.

 

"Haih .. Ben , Ben .. Meh sini aku bagitau kau eh ... Nak tau ke ?? Ke tak nak tau ??? Tapi sebelum itu , cepat bagitau kitorang.. Kau sukakan Adawiyah kan ? ". Wan cuba memaksa dalam halus.

 

Aku mengangguk malu... Auww...

 

" Cakap laa.. sejak bila kau jadi anak dara neh ??? ". Wan sindir aku.

 

" Yelah .. Adawiyah , saya sukakan awak . ok ? ". Aku angkat muka dan pandang mata Adawiyah. Merah terus mukanya.

 

"Tu kau cakap ke atau lafaz nikah ?? ". Wan sakat lagi. Hampeh mamat nih..

 

Wan menyiksa batin aku !! Geramnyaaa ...

 

" Adawiyah , saya sukakan awak. " . Ringkas dan padat.

 

" Baiklah Ben .. Perkenalkan Adawiyah , sepupu aku. ". Wan mula terus terang.

 

Aku ternganga.

 

-SAMBUNG-

Akan ku miliki hatimu itu .. (47)

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13][14][15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27][28][29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41][42][43][44] [45] [46] [47] ..

 

" Ben ... Kenapa ni ?? ". Adawiyah memandang aku dengan penuh tanda tanya.

 

"Budak ni buat tak tau atau memang tak tau ni ?? ". Bisik hati aku. Aku mula serabut. Nak berterus-terang ke tidak ni ?

 

"Hurm... ". Aku membisu semula.

 

" Ben , kalau ada apa nak cakap , cakap.. Kalau takde , aku nak antar diorang balik nih.. ". Wan mengugut aku. Hampeh !

 

"Betul tu Ben .. Riana pun dah lewat ni .. Nak cakap apa kitorang ? ". Riana masuk campur .

 

" Arghhhh.. boleh gila aku macam ni !! Takkan diorang tak tau kot padahal dah baca entri di blog aku semalam ! ". Aku merungut dalam hati.

 

" Baiklah.. Riana , Adawiyah ... Ben nak mengaku ... Ben sukakan Adawiyah ! Bukan sekadar suka , Ben amat amat suka pada Adawiyah. ". Aku menyusun ayat dalam hati. Ok , cun  !

 

"Baiklah .. biar Ben terus terang saja skang ni .. Adawiyah , Riana.. Ben .. hurm.. Ben .. sukakan Adawiyah .. teramat sukakan Adawiyah dan ingin lebih dari sekadar kawan .. ". Aku berkata sambil memandang tepat mata Adawiyah dan dalam benak aku seolah olah melutut sambil menyarungkan cincin ke jari manisnya .. Cait ! Ingat masuk meminang ke ???

 

Mereka tersenyum mendengar kata-kata dari aku .

 

" Kenapa mereka tersenyum ?? Gila ke apa ?? Wan pun senyum ?? Patutnya melenting ?? ". Aku terpinga sendirian.

 

" Nape korang senyum lak ??? Tadi suruh aku berterus-terang !! ". Suara aku mula keras .

 

" Kau masuk air eh ??? Ke dok bermimpi ??? Kot ye pun , zip la seluar tu dulu ... Baru cakap menda yang sebenarnya !! ". Wan ketawa diikuti Riana . Adawiyah tersenyum.

 

" Ya Allah !! Camana aku tak perasan neh ???? ". Aku malu yang teramat sangat ! Nak je aku lari satu Malaysia kerana rasa malu yang teramat ini !!

 

-SAMBUNG-

Akhirnya , tercapai juga cita-citaku ...

 

Dulu aku buat segmen bertujuan untuk mengumpulkan para blogger di bawah satu bumbung .. Namun , cam biasa .. ada yg tak Puashati .. Tak pe la ... Akhirnya impian aku untuk melihat blogger di Malaysia ini berada di bawah satu bumbung tercapai dengan kewujudan sebuah pertubuhan NGO yang dipanggil SENYAP.

 

Apa itu SENYAP ? Tu nanti aku ceritakan .. Penat tak ilang lagi ni.. hehehe... Jadi kita tengok sapa yang hadir di bengkel julung-julung kalinya diadakan.. Kira kitorang ni blogger awalan la..  hehe..

 

DSC_0181

Menariknya , bengkel pertama kali ni dibuat di PWTC.. Haa .. Bukan murah okeh ! Siap makan pagi , tengahari dan petang lagi..

 

Dan ramai blogger-blogger bersua muka buat pertama kalinya pada hari ini .. Huhuh... Best ! Tarak sombong punyaa yang datang hari ni.. Paling muda ialah blogger Sarah yang baru berusia 16 tahun.. Diikuti Mamat.. hehehe ..

 

Nanti cerita la.. Apa pun , aku amat lega dengan kewujudan SENYAP ini .. ! 

Bermula sudah ..SENYAP

Ahakssss...
Published with Blogger-droid v1.7.4

SENYAP !! Senyap la oiiii !!

Muka-muka blogger harapan negara !! Yearghhhh ... Bagus ! Memberi sokongan .. hehe..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Apabila aku dingorat awek cun !

 

Aku ditegur oleh seorang perempuan di FB akaun yang satu lagi. Kalau aku spesis mata keranjang , pastinya aku akan melayan baeeekkkkk punya... Jangan tolak ikan kan ?

Tapi malangnya , mana ada awek nak tegur baeeekk punya di internet ni .. Cun pulak tu... haaa.. camanakah ? Hehehe.. Syukur , Alhamdulillah .. aku punya pengalaman dalam dunia internet ni..

Kalau ada perempuan yang cun tiba tiba tegur , maka periksalah profilenya.. Pasti akan ada yang ketara sangat kepalsuannya. Itu mesti akaun palsu.. Kalau pandai , mesti boleh pikir tak mana palsunya itu.

Sekiranya betul tu akaun dia .. Pasti punya agenda lain .. Nak jadi penipu besar ke.. Nak jadi penyangak ke... Ke nak jadi ibu ayam.. Haaaaaa.... Bukan apa , perempuan yang punya rupa yang cun dalam dunia maya ini , ada satu ego.. Ego yg mana dia tau dia punya aset yang cukup tinggi yang membolehkan 'semut' tertarik dengannya..

Ini bukan dilakukan oleh perempuan yang punya fizikal yang menarik sebaliknya lelaki pun begitu. Mengambil kesempatan pada perempuan-perempuan yang yang sunyi dan mencari teman hidup. Lalu syaitan-syaitan nilah yang akan datang , mengoda dan menipu mereka !

Dan seperkara lagi , awasi akun-akaun palsu di FACEBOOK . Gambar kita boleh dicuri dan digunakan oleh mana mana individu yang tak kenal erti dosa dan pahala...

 

Tutorial Tukar Facebook Navigation Bar Versi Yang Lama ! | Tanpa Terapung

Seronoknya curang ..

 

" Wah ... kau dari mana?? ".

 

" Keluar dengan awek laa.. apa lagi .. ".

 

"Seronok benar kau eh.. Keluar ngan kekasih hati tu la yer.. ? ".

 

"Eh .. tak la.. ni awek baru .. !! ".

 

" Waduh.. bestnyaaa... kan ? ".

 

" Owh.. tentu sekali !! Kau ada ?? Takde kan ?? ".

 

" Tu la. aku tak mampu nak ada cam kau tu haa .. Syukur alhamdulillah , aku berjaya menjauhkan diri dari dosa dosa  mendatang bila berpasangan begini .. Semoga aku terus berjaya menahan gelora nafsu serakah yang mana kenikmatannya hanyalah sementara sedangkan balanya seumur hidup .. Alhamdulillah. .aku mencemburuimu kerana tidak takutkan dosa .. Aku takut ya amaatt.. !!

 

" Pinjam kopiah sat.. "

Perjalanan ini ..

 

Kehidupan ini satu perjalanan hidup si musafir ..

Walaupun tahu di mana akhirnya perjalanan namun ada yang gagal ..

Kompas diberi ..

Peta dibekalkan ..

Namun naluri menjadi pegangan ..

 

Perjalanan ini penuh liku-liku ..

Hanya yang tabah serta berkeyakinan pasti bertarung ..

Mereka yang lemah dan berserah , kaku di tengah samudera ..

Membiarkan diri dihanyut pergi ..

 

Perjalanan ini diberi dua kata peransang ..

Dosa dan pahala. .

Syurga dan neraka ..

Baik dan buruk ..

Realiti dan Fantasi ..

 

Perjalanan ini akan berakhir ..

Bila tiba masa berakhir ..

Maka bermula perjalanan sebenar ..

Syurga atau neraka ..

Menanti kita ..

Akan ku miliki hatimu itu .. (46)

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14][15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28][29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42][43][44] [45] [46] ..

 

" Haa.. tu diorang sampai .. ". Wan bersuara. Jantung aku berdegup kencang.

 

" Assalamualaikum .. Hi Wan , Ben ...". Riana memberi salam. Adawiyah melemparkan senyuman padaku seolah olah memberi semangat pada aku. Semangat apakah ???

 

" Waalaikumsalam .. Ana .. Ben .. Eh , sori.. Ada .. ". Aku tersasul.Gugup punya hal.

 

"Rileks la Ben .. Belum mula dah mengelabah ??? ". Wan perli.

 

Riana dan Ada tersengih melihat telatah kami. Macam badut pun ada lak aku dengan si Wan Kembung ni.

 

" Haa , Ben.. apa yang nak disuarakan sampai antar hidup dan mati ni ?? Setahu aku kalau bab jiwang-jiwang ni , aku malas nak dengar .. Bosan nak berjiwang.. Hehe.. ".Wan senyum perli lagi.

 

" Aik ??? Mamat ni macam tau tau je aku nak bersuara pasal jiwang. Belum nak cakap tapi dah mula gitu responnya. Sahih dia akan menentang punya  !  Jadi camana ??? ". Bisik hati aku. 

 

" Ben ? ". Adawiyah memandang aku .

 

" Adawiyah ada baca blog Ben semalam ?? ". Aku tanya padanya.

 

"Tak de la pulak .. Kenapa ? ". Adawiyah menjawab.

 

"Riana ada baca semalam .. Dan ianya ditujukan pada Adawiyah inikah ? ". Riana memandang aku dan seterusnya pada Adawiyah .

 

"Ya... ". Aku mengangguk.

 

" Apa cerita ni Riana ?? Ben ?? Ben tulis pasal apa semalam di blog Ben semalam ?? ". Adawiyah tertanya-tanya.

 

" Ben meluahkan isihatinya pada seseorang." Wan menjawab.

 

Aku terkejut. " Mamat ni tahu ke ??? ". Aku kembali keliru. Apakah dia berpura-pura buat tak tau atau sengaja nak menyakiti hati aku dengan cuba memiliki Adawiyah ?

 

-SAMBUNG-

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI