Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 19 September 2011

Akan ku miliki hatimu itu .. (2:1)

 

New Post

 

Bila dua hati mula bersatu ,

Indahnya dunia hanya mereka yang tahu ,

Berpisah jauh beribu batu ,

Bukan penghalang dari merindu ..

Bukan mudah untuk memilik cinta .. Cinta perlu dicari .. Yang hadir adalah dari Ilahi .. Bagaimana nak mengawal , itulah yang penting. Bagaimana nak mengekalkan , itulah yang sukar tapi mudah.

Sejak punya Adawiyah , siang dan malamku terisi.  Bukan dihabiskan dengan berdating tetapi lebih semangat untuk menghabiskan studi. Cita-cita , seumur semati .. bersama !

Kawan , doakan aku bahagia bersamanya , selamanya... Doakan aku ke jinjang pelamin bersama si dia , Adawiyah.

 

Butang PUBLISH itu aku tekan.. Wah , ini satu perubahan pada entri di blog aku. Sejak bercinta ni , entri aku berubah rupa. Lebih ceria dan asyik cinta. Hehe.. Apa nak buat , dah begitu perasaan hati aku.

 

Adawiyah oh Adawiyah.. Terima kasih kerana menerimaku ..

" Tu bukan anak aku.. Biar jer lah .. ! "

 

image

Gambar hiasan yg tak tau sapa punya

 

" Alamak bang , tu bukan anak si Jah tu ke ?? "

 

"Yelah.. seksinya.. Awak pergi la tegur dia .. ".

 

" Hah ?? Nak tegur apa bang ? Kang tak pasal pasal saya kena sembur ! "

 

" Kena sembur ? Awak takut kena sembur dari dapat dosa ? Kalau saya tegur , tak pasal pasal dia cakap saya gatal pulak.. Seeloknya mereka yang sama jantina menegurnya .. kan ? "

 

" Eh , biar je la bang.. Tu bukan anak kita.. Pandai pandai la mak bapak dia jaga anak mereka .. "

 

"Haa.. ni la dia .. Kalau anak kita gitu di luar tanpa pengetahuan kita , camana ? Depan kita beria mereka tutup. Belakang kita ? Jangan ingat hanya didikan kita di rumah dah cukup. Pergaulan mereka di luar sana kita tak tau . Kita kawal , mereka kata kita kolot. Kita keras , mereka memberontak . Kita juga dipersalahkan. Jadi , tugas kita sebagai masyarakat serta orang Islam adalah saling tegur menegur. Bukannya suruh g tembak mati orang tu. Dia tak nak ikut , lantak dia la.. Yang penting , tanggungjawab kita dah dilaksanakan. Dah berlaku depan mata kita.Bukan kita pergi cari pon ."

 

" Ala abang ni .. adoi.. serba salah saya... "

 

" Biar serba salah sekarang dari rasa bersalah kemudian hari .. Kalau malang menimpa diorang , tak ke menyesal awak kelak ? Zaman sekarang ni , makin ramai hilang akal, hilang pegangan hidup. Saya ni kesiankan orang tuanya je. Kalau dia tak menyusahkan orang tua dia kelak lain la .. Ni dah susah payah membesarkan dia , last last mencalarkan maruah orang tua dia jugak .. Iskh.. "

 

" Adoii... abang ni. Saya pulak yang kena leter.. abang je la pergi.. "

 

" Tak pe la kalau gitu. Kalau bukan kita mulakan , entah sapa lagi nak mulakan . "

 

MYOB ... SILA KOREK KUBUR SENDIRI.MANDI SENDIRI. MASUK SENDIRI.JAWAB TU MMG SENDIRI.

Amaran ! Jangan gelak lelebih !!

 

Aku , satu tika dulu .. Heheh...

image 

" Koop/ceti ( Bendahari ) kelas kami. Hatinya lembut dan sebab itulah menyebabkan dia susah untuk mengutip duit ! "

 

Gaya aku dulu.. Dulu aku gila ngan KRUmania.. hahahha.. Sampai siang malam asik dok ngan sweater ( suit sukan ). Gara-gara fanatik gitu.. Tapi tak la minat diorng cuma lagu n style diorng yang ala ala tentera dan tarian yang gempak gitu !

 

Jangan gelak lelebih okeh !

Kadang-kadang tak bijak benar jawapan mereka !

 

Terbaca satu artikal berita di Hmetro berkaitan dengan isu seksi yang berlaku di luar negara .. Lawak pun ada bila mereka mempertikaikan isu seksi ni ..

Kata mereka melalui sepanduk yang mana mereka mengadakan bantahan terhadap kenyataan seorang pegawai kerajaan yang menyalahkan wanita berpakaian menjolok mata atas serangan seksual.

 

“Jangan tegur pakaian kami tapi ingatkan mereka untuk tidak merogol” dan “Tubuh saya bukan porno, tapi fikiran kamu yang kotor.”

 

Hurm... Jawapan begini sebenarnya pon ada digunapakai oleh mereka yang senantiasa mencari lesen untuk membolehkan apa yang tak boleh  di negara kita ni jugak..

Bagi aku la kan .. mudah jer .. Fikirkan kesannya sebelum melakukan sesuatu perbuatan itu.. Bukan semua manusia itu berakal dan bukan semua manusia itu baik. Bukan mudah mendidik manusia.

 

Jangan lupa akan kewujudan syaitan ..

Kereta Iqram Dinzly mengalami kemalangan ..

image

Cerita lanjut , di SINI ..

 

Bila tengok kereta dia , teringat bebelan mak aku kelmarin bila pandu kereta ni.. Katanya aku bawak laju sangat..  Berapa ?? 80kmj.. paling laju 120 jer !! Laju ke ??

Mungkin tidak kan ? Tapi baru baru ni , ada aku borak dengan dua orang yg berbeza .. Kereta milik mereka mengalami masalah teknikal diluar dugaan dan nyaris membuatkan mereka kehilangan nyawa.

Fikir-fikirkan ...

Kepentingan FOLLOWER ..


"Wah.. ada blog yang lebih tinggi FOLLOWERnya dari blog Ben Ashaari.. ".

Siap bagitau aku.. Hehe.. FOLLOWER bukanlah sekadar angka.. Mungkin fikir makin tinggi FOLLOWER itu makin popularlah dia .. Benarkah ? Korang tau jawapannya.. Entri ini bukanlah membincangkan isu tersebut..
Dulu , mungkin bagi aku.. Seronok melihat angka FOLLOWER itu tapi sebenarnya kita terlupa , makin tinggi FOLLOWER kita makin tinggi tanggungjawab kita ..
Apakah yang kita sampaikan pada pembaca di blog kita ? Menceritakan tentang diri kita dari sudut mana ? Membina atau membawa mereka turut sama rosak seperti kita ? Jangan jawab , korang pandang cermin dan tanya diri sendiri apa yang korang sampaikan di dalam blog itu .
Pembaca di blog bukan takde otak .. Mereka boleh fikir .. tapi bagaimana dengan mereka yang 'tidak mahu' fikir ?? Bila baca , mereka seolah berpendapat ada orang yg sama 'perangai' dengannya .. Lalu apakah yang dapat dari blog kita ?
Andai kata aku tulis mengenai kehidupan aku yang penuh dengan carca merba.. tak amik tau mengenai hukum agama lalu ada pembaca yang ikut cara kita , bagaimana ??
Jangan sangka semua mampu berfikir secara waras macam anda .. Bayangkan jika ada yang 'jiwa kacau ' ! Lalu mereka dapat idea dari blog korang , lalu menggunakan atau mengabungkan idea tersebut lalu terjadilah sesuatu yang buruk .. sapa yang bersalah ? Pastinya dia kan ? tapi kita tak rasa bersalah ke ???
Sebagai seorang blogger , fikirkan apa yang korang berikan pada pembaca korang .. Jika sekadar buat blog untuk menikmati dunia , maka dunialah kita dapat ...

Bila polis buat tak buat kerja dan makan rasuah !

 

"Wah .. banyaknya roadblock ? Ini mesti nak cari duit poket nih .. ! ".

 

" Iskh , kamu ni.. Ke situ pulak .. Asal nampak polis je , terus pk rasuah ! ".

 

" Dah memang betul ! Polis dan rasuah , memang tak dapat dipisahkan ! Kena terima hakikatnya la.. ".

 

"Manusia dan dosa , tak dapat dipisahkan kan ? Tapi pahala ada kan ? Maka terpulang pada individu tu sendiri.. Kita sendiri pon ada 'jenayah' yang kita buat secara kita tak sedari .. Tapi ada kita nak salahkan diri tak ? Tak de punya kan ?? Kita cari alasan untuk menghalalkan tindakan kita itu kan ? Betul tak ? ".

 

" Tak kira la.. Aku memang tak suka polis ! ".

 

"Kalau begitu , jangan panggil polis kalau berlaku apa apa jenayah bila melibatkan kau dan keluarga kau. Panggil je ambulan ! ".

 

" Yang kau ni emo kenapa ? Marah aku lak !! ".

 

" Bukan emo tapi bosan .. Kita asyik nampak salah orang je.. Salah diri sendiri ?? Wat bodoh je kan ? Tu tadi , kau baru je buang sampai ikut luar tingkap.. Salah ke betul perbuatan kan ? Seperkara lagi , jenayah sekarang menjadi-jadi.. Kalau polis tak buat kerja , kita nak g makan kat kedai pon takut tau ! Silap silap parang kat leher.. Kau berani ? Berani laaa.. nampak lipas pon dah mencicit lari !! ".

 

" Yelah.. kau menan .. ".

 

" Ini bukan soal menang kalah.Tapi hati-hati meluahkan perasaan . Ada pihak terasa hati dan rasa pengorbanannya dipandang remeh. Bukan semua buruk dalam setandan pisang. Walaupun kerana nila setitik tu , susu tu tetap boleh digunakan untuk menyiram air pokok .. Takkan tak berguna langsung kan ?? "

 

" Baiklah cikgu.. Haa.. sampai dah pon.. Jom mencekik.. "

SENYAP oh SENYAP.. Apakah itu ??

 

304759_276019865754990_100000409372347_1030860_703960505_n (1)Semua peserta bengkel SENYAP anjuran ITYM ( Information Technology Youth Movement) dengan kerjasama Institut Penyelidikan Belia Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan , diberi sijil penghargaan.

Mungkin ada yang fikir apa guna setakat sijil saja kan ? Tapi cuba fikirkan mengenai hala tuju badan NGO ini ? Dulu blogger sendirian atau berpuak-puak. Tapi bila adanya badan begini , semua blogger mampu bersatu  apabila 'terancam' atau mengadakan aktiviti yang lebih sihat sesama blogger dan tidak lupa juga beramal. Banyak agenda sebenarnya. Dan mereka dah mulakan lama. Kini mereka nak menarik lebih ramai blogger untuk menyertai mereka. Sekurang-kurangnya , belia sekarang punya jawatan dalam negara ini iaitu membantu perkembangan negara secara tidak langsung .

Badan ini tiada kaitan langsung dengan politik. Mereka terlibat di kedua dua pihak.. Haa... Ada bukti okeh !

DSC_0139

DSC_0152

DSC_0154

Ada banyak lagi .. nanti aku terangkan eh.. Buat masa sekarang , kalau korang berminat , tak kira blogger atau pun bukan asalkan korang rasa korang belia , jom join SENYAP .. Psstt , banyak faedahnya..

Oh ya.. akan ada SENYAP 2.0 nanti.. hehehe.. perjumpaan yang lebih besar selepas ini .. Klik SINI untuk join ..

Blogging seperti makan aiskrim bagi aku ..

 

DSC_0102

Setelah mendapatkannya secara percuma ( blogspot ) ,tiba masa untuk merasai kenikmatannya.

DSC_0104

  Yeargh... sedap aiskrim ini.. Sama seperti berblog.. Nikmatnya mmg best jika kita tau apa yang kita buat. Tak kisah dah orang nak kata apa atau nak tengok ragam kita ..

DSC_0105Jangan sesekali merampasnya dari aku !!

DSC_0108 

Bila berblog , jangan hanya berblog !

Dan paling penting ialah ,

DSC_0111

Jangan nikmatinya seorang diri !!

Sasaran aku sebagai seorang blogger ..

 

Sejak kebelakangan ini , aku dah sertai beberapa aktiviti blogger samada dari Advertlets , rakan blogger dan juga badan NGO (SENYAP).

Menarik ! Selama ini aku berblog hanyan mengikut bagaimana mereka yang dulu dulu berblog yang mana hanya memikirkan soal keuntungan.

Memang benar , $$ amat penting dalam kehidupan kita . Tapi bila dah terlalu mengejar $$ , soal kepuasan adalah nombor dua .. Soal dosa pahala dah tidak dikira langsung .. Asalkan $$ masuk poket..

Bila aku sertai bengkel SENYAP semalam , baru aku menyusun semula niat aku berblog ini. Sama seperti bila aku mula 'bercerpen' , aku kembali mengutamakan soal kepuasan pembaca dan juga aku.

Ada blogger suka menyampaikan  info di dalam blognya . Ada blogger gemar 'berkarya'. Dan ada juga blogger tak tau apa apa langsung nak dibuat dengan blognya memandangkan tiada pendedahan.

Dulu aku memikirkan , blogger tak semestinya perlu bertemu sesama mereka tapi lama kelamaan , pendapat aku itu aku tolak ketepi. Pertemuan sesama blogger atau menyertai aktiviti blogger secara sederhana mampu mengubah corak penulisan kita setelah perbincangan secara sihat dilakukan .

Selepas ini aku akan ceritakan tentang SENYAP. Dan kini , aku semakin yakin dengan apa yang aku buat dan idamkan selama ini..

Akan ku miliki hatimu itu .. (50)

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12][13][14][15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26][27][28][29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40][41][42][43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] ..

 

" Saya ego ?? Jap jap... Jadi Wan dengan Riana ??? ". Aku mula keliru .

 

" Wan dengan Riana , takde apa apa.. Mereka memang kawan rapat dari sekolah dulu. Apa yang berlaku adalah dirancang oleh Wan dan Riana. ". Adawiyah menerangkan.

 

" Tapi kenapa ?? ". Aku tak puashati.

 

" Wan kesiankan Ben. Dia selalu baca blog Ben. Begitu juga Ada.Terus terang , Ada minat gila blog Ben. Ada bagitau pada Riana , yang mana Ada dan Riana sememangnya rapat dari sekolah dulu. ". Ada menerangkan kepada aku.

 

" Jadi , kamu bertiga ni mmg memang rapat dari sekolah ? ". Aku cuba memahami keadaan sebenar.

 

" Yup. Ben pulak tak berani nak bercinta lagi memandangkan dah pernah dulu. Jadi untuk membuka pintu hati Ben , mereka cuba nak rapatkan kita. Dan Ada tidak menolaknya memandangkan Ada lama dah sukakan Ben sebelum Ben kenal Ada lagi ! Maka apa yang kami buat adalah mencuba nasib. Jika berjaya membuang ego serta fobia terhadap cinta , maka adalah jodoh Ada dengan Ben. " .

 

" Erk... " . Terkedu aku.

 

"Supaya tidak berlaku tepuk sebelah tangan , maka lakonan terpaksa dibuat untuk memastikan ;erasaan  Benterhadap Ada walaupun pada mulanya Ben sukakan Riana.. ".

 

" Oh ya, kenapa Ben jatuh hati pada Ada ? ". Adawiyah bertanya.

 

" Alamak.. Soalan maut ! ".Aku terperangkap.

 

" Ben sukakan personaliti Adawiyah sejak kali pertama tengok FB Ada. Di wall Ada , Ada gemar berpuitis. Satusatunya kegemaran Ben ... ". Aku tersenyum. Tiada la segan silu.

 

"Riana , Ben cuma tertarik pada rupa parasnya bila memandangnya buat kali pertama. Bila Ben renungkan semula , sememangnya Adawiyah terbaik buat Ben ! ". Aku menerangkan padanya.

 

" Oh ya... Ada... Ada selalu masuk ke blog Ben , dan komen dengan id Anonymous kah ?? " . Aku tanya padanya setelah segalanya antara aku dan dia , dah terbongkar. Dan sekarang aku nak tahu pasal Anonymous.

 

" Eh , bukanlah.. Tu bukan Ada. Ada kalau masuk pon , sebagai silent reader jer. Sekali tu je ada komen. Kenapa ??. Adawiyah bertanya.

 

" Anonymous... sapakah kau sebenarnya ??? " . Aku tertanya-tanya kembali sambil menghala ke kedai makan berhampiran untuk dating buat kali pertama dan bercerita tentang lakonan mereka dengan lebih lanjut ........

 

-TAMAT BAB  1-

Akan ku miliki hatimu itu .. (49)

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12][13][14][15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26][27][28][29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40][41][42][43][44] [45] [46] [47] [49] ..

 

"Sat .. sat .. !! Aku nak tanya ... Nape kau buat gini kat aku , Wan ? Kenapa kau sembunyikan status kau dengan Adawiyah ?? ". Geram benar aku pada Wan. Adawiyah diam. Begitu Riana.

 

" Kau nak tau ??? Betul ??? ". Wan  pandang aku sambil mengangkat kening.Takde rasa bersalah langsung terpamir pada wajahnya. Siap jelir lidah lagi ! Arghhhh...

 

" Hurm... ". Itu saja yang mampu terkeluar dari mulut aku.

 

" Kalau kau nak tau , kau tanya Adawiyah sendiri mengapa aku sembunyikan status pertalian kitorang .. Hehe.. Okeh ? ". Wan terus bangun dan memandang pada Riana. Riana bangkit dan mereka berlalu dari situ .

 

Gulp ..

 

"Ada..". Aku tegur Adawiyah.

 

"Ben.." Adawiyah membalas.

 

"Ada.. ". Aku balas balik . Tunggu dia mulakan.

 

"Ben .. ". Adawiyah tersengih.

 

Hampeh.. Sampai kiamat tak abis gini !

 

" Ok.. Nape sembunyikan ?? ". Aku tanya Adawiyah.

 

" Semua ni sebab Ben sendiri .. " . Adawiyah mula beri penjelasan.

 

" Ben ??? Kenapa Ben pulak ?? Apa yang Ben buat ?? ". Aku tak puasahati dengan penjelasan Adawiyah.

 

" Ben ego ! ". Jawapnya ringkas.

 

" Erk... " . Aku terkedu terus . Tak tau nak kata apa bila katanya tepat kena kat dahi aku ..

 

-SAMBUNG-

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI