Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 20 September 2011

Akan ku miliki hati mu itu .. (2:3)

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12][13][14][15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26][27][28][29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40][41][42][43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] ..

Episod [2:1] [2:2] ..

 

New Entri

 

Kan aku kata dah .. Aku cuba elakkan dari bersuara. Pendamkan segala perasaan cemburu tapi aku tak dapat nak elakkannya . Aku ingatkan perangai cepat panas baran aku ni lama dah hilang , rupanya masih ada lagi..

Berlaku sedikit pertengkaran ala ala comel gitu berlaku tapi malangnya , Ada tak dapat menerima pertanyaan demi pertanyaan dari aku .. Katanya , aku terlalu cemburu. Dia dan exnya cuma kawan. Lagi pun dia amat menyayangi aku.

Ah... disebabkan ini , 3 hari blog utama aku terdampar ! Tiada idea untuk aku update entri di blog tersebut . Pastinya ramai akan tertanya-tanya .. Ini yang malas aku nak bercinta sebenarnya !!!

Apa yang patut aku buat ? Apakah ini sebahagian dari dugaan percintaan kami ? Atau aku kena bersikap lebih matang dan terbuka dengan Ada ?

Jika begitu , aku sendiri boleh berkawan dengan ex aku kan ?? Dia boleh , aku mesti boleh .. Adil dan saksama la kan ?

 

PUBLISH ... Log Out .... Haih.. Cinta membahagiakan cuma seketika ?

Jawapan Ahmad Idham pasal persenda agama : Hantu Bonceng

 

Aku dah tonton filem Hantu Bonceng .. download je.. Nak g tengok wayang , takut tak berbaloi dengan masa serta wang ringgit yang tergadai. Lagi pun apa guna ada UNIFI kan ?

Bestkah ? Ok je bagi aku . Kira boleh layan je la.. Kalau nak tonton balik tu , mungkin 10 minit pertama je menarik.. Selebihnya aku tekan FF je la.. Hehehe.. Teringat zaman video tape dulu..

Bab persenda agama di dalam filem tu , mendapat liputan meluas terutama di kalangan blogger dan juga pengguna internet.. Hurm.. Jadi aku tak perlu beri pendapat aku lagi memandangkan aku rasa yang si hero tu pon telah menunjukkan 'ketinggian akal pemikirannya' .. Serius , aku pernah bersebelahan dengannya sewaktu menonton filem sewaktu dia baru popular dengan rancangan Raja Lawak.. Mmg perangai dia begitu .. Hampeh ! Loklaq orang utara kata..

Kalau seorang yg berfikiran panjang , dari awal dia boleh pertikaikan babak itu . Bukannya tak boleh kan ? Jangan semua disuruh tu kena buat. Kalau tak betul , bawa la berbincang dengan pengarah. Takkan bab mengucap tu satu bahan lawak kan ? Banyak lagi scene boleh dijadikan lawak. Contoh tang hantu terbang tu tetiba jelir lidah . Pastu jatuh. Haa.. Tu contoh je la ..

Seperkara lagi aku kurang setuju dengan dialog dialog bab yang menunjukkan anak remaja kita semakin tidak kisah bab agama ni seolah olah ok saja dengan perbuatan mereka ..

Memang benar apa yang nak disampaikan tapi jgn terlalu direct. Ramai antara kita ni malas nak fikir panjang .. Mereka fikir , ramai buat maka apa salahnya mereka buat kan ?

Mungkin pengarah akan kata ... Sapa suruh tak fikir kan ? Maka pengarah kena fikir bagaimana nak buat mereka berfikir.. Anda lebih sedia maklum ..

Pertanyaan diantara En. Marikh Azahari dan dibalas oleh En.Ahamd Idham .

image

image

Buat pengarah , bila penonton keluarkan pendapat .. maka bagilah jawapan yang bijaksana . Dulu  kata rayat Malaysia  tak support filem tempatan .. Tapi bila dah support , besar kepala la pulak !

Pasni malas nak tengok filem melayu kalau beginilah cara jawapan mereka ! Baru 8 juta dah poyo !! Kalau beratus juta , entah camana la lagaknya..

 

Sumber : SINI

Fida Ibrahim and Mamat .. Anda diperhatikan !

 Gambar dikeluarkan atas permintaan ramai ..

Gambar - DeZaman

Anda berdua adalah selebriti. Tengok kiri kanan sebelum bertindak .. Ada mata memerhatikan ..

Kita belum tentu betul kan ? Nak tegur orang , kita kena tengok diri kita , keluarga kita dulu kan ? Baru layak tegur orang kan ? Aibkan orang lagi kan ?

Ini bukan entri menegur Fida atau Mamat .. Tapi sebagai seorang manusia yang beragama Islam dan mereka pon sama , apa kata kita saling menegur .. Aku pon ada buat silap... Mereka pon kan ? Jadi , kita sama sama senyum dan berbicara mengenainya.

Rasanya korang pon tau kan ? Aku tamo bicara soal aurat kerana aku rasa Fida lebih arif mengenainya .. Tapi soal bergambar ni.. Zaman sekarang ni , silalah berhati-hati .. Kita amik gambar guna hp ke , kamera biasa ke , webcam ke , jangan ingat keselamatannya dah cukup terjamin.. Bukan di zaman ini yer !! Zaman ini roti canai dalam mulut pon boleh kena ragut tau !!

Jadi rakan-rakan siber sekalian , sebelum kita jadi gila maka elakkan dari melakukan perkara gila .

Akan ku miliki hatimu itu .. (2:2)

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12][13][14][15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26][27][28][29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40][41][42][43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] ..

Episod [2:1] [2:2] ..

 

New Entri

Siapa lelaki itu ? Sms di handphone dia , seolah olah mereka punya hubungan sebelum ini ... Seperti mesra saja perhubungan mereka ! Ah.. ni yang buat aku tekanan jiwa .. Baru nak bahagia , duka melanda ..

 

Rindu ?? Hurm... Ex-Gf aku pun meluahkan rasa rindunya pada aku kelmarin. Tapi aku tak melayannya. Malas.. Kalau layan, entah apa akan jadi nanti. Tapi Adawiyah membalasnya !! Mengapa ?

 

Bukan mudah nak bercinta kalau begini. Dugaan datang tak sudah sudah. Hati aku , aku pasti aku mampu harunginya. Tapi Adawiyah seolah olah .. ?? Haih.. jangan buruk sangka !

 

Apa apa pun , aku kena terus terang dengan Adawiyah. Kalau berlanjutan begini , boleh bermasalah nanti perhubungan aku dan dia . Jangan biarkan ada 'lubang' diantara kisah kita ..

 

Publish .. Haih , aku terpaksa membuat satu blog khas untuk aku merekodkan segala perjalanan kisah cinta aku dengan Adawiyah. Blog ini , hanya aku saja boleh membacanya ...

 

-SAMBUNG-

" Kau rasa kau cantik / kacak sangat ke ?? "

 

Ada insan , kepoyoan terhadap rupa dan fizikalnya membuatkan dia terlupa diri.. Apakah dia lupa akan kita semakin lama semakin mereput ???

image image

image image

 

Haaa... ini antara contoh .. Mereka cantik dan kacak tapi sampai bila kan ? Itu mereka .. Kita pulak camana ? Jangan kita lupa , lubang kubur kita tu melambai setiap masa ...

Derma organ ?? Boleh ke orang Islam ?

 

Tadi , ada satu perbincangan secara sihat tanpa tuding menuding mahupun menggunakan id Anonymous atau buruk sangka ,berlangsung di pejabat aku .. Kira ahli mesyuarat tingkap punya meeting la ni .. Isunya , boleh ke derma organ ni lebih lagi orang Islam.. Maka aku kata , boleh saja sbb aku pernah baca fatwa mengenainya satu tika dulu ..

Jadi untuk menguatkan lagi hujah aku tu , aku pon google.. Jumpa dan aku nak berkongsi dengan rakan pembaca .. Haaa... Ada yang berminat nak derma organ ke ??

 

Mafhumnya: “Barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan karena orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan karena dia membuat kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya. Dan sesiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.” (al- Maidah: 32)

 

Fatwa-Fatwa Berkaitan Pendermaan Organ

Dari sudut Islam, pemindahan organ diharuskan dengan syarat:

  • Tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit
  • Tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penderma atau penerima organ.
  • Pendermaan organ dilakukan dengan ikhlas dengan niat untuk membantu kerana Allah s.w.t.
  • Pendermaan organ perlu mendapat keizinan penderma dan ahli keluarga atau warisnya.

Untuk membaca dengan lebih lanjut , sila klik SINI ..

Dari derma dara , baik derma organ !

Wah.. Akhirnya , Danny X-Factor nikah sudah !

 

image

Caiyok la bro.... Tahniah buat anda dan pasangan.. Hehee.. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.. Tamo tambah atau kurang yer.. Hehehe.. Tamo tamo I follow tauuu..

Oh ya.. nak tau pasal ni , leh la korang g baca kat blog sini .. Aku pon terkujat gak .. Baru tau.. Bagus la kan.. Tak yah berjuta abis.. Ala kadar dan keberkatan majlis tu yang penting... kan kan ?

image

image

Gambar - Falhin

Mari kita belajar mengenai kenderaan ..

 

image

Gambar di atas tu , gambar lampu isyarat yang biasanya terletak di bahagian badan kenderaan dan tiada pada manusia. Faham setakat ini ??

Kegunaannya adalah untuk memberi isyarat bila nak masuk selekoh /simpang atau nak memberhentikan kereta di tepi jalan.. Kalau dulu , boleh guna tangan tapi memandangkan sekarang ini lampu isyarat kenderaan pon dah macam spot light keterangannya , maka tangan tak perlu digunakan langsung.

Jika anda ada kereta/ motor dan jarang menggunakannya bila sepatut menggunakannya , adalah disyorkan gantung saja lampu tersebut di leher atau pacakkan saja di telinga anda.

Lampu isyarat kereta / motor bukanlah perhiasan. Ianya mampu menyelamatkan pengguna jalanraya lain jika digunakan dengan sepatutnya.

image

Apakah perkara paling menarik masakini dibuat jika punya masa lapang ?

image
Makan daging saudara sendiri ... betul tak ? Cerita bab ilmu , ramai akan angkat kaki.. Tapi bila bab mengumpat , pantas je balas membalas ...

Jangan menuding kalau tak bijak !

 

image

Kadang-kadang kita rasa kita dah cukup bagus.. Tapi kita lupa ada yang lebih bagus dari kita .. Kadang kadang kita rasa kita dah betul sedangkan ada banyak kelemahan diri..

Jangan selongkar laci orang untuk mencari kesalahan sebaliknya kemaskan laci sendiri ..  Dan jika jumpa kesalahan , janganlah pura-pura tak nampak ... Perbaikilah ..

 

 

Tudin

Miss Universe 2011 palsukan dokumen untuk menyertai pertandingan ?

 

image

Wargkh... macam macam hal laa.. Jeng jeng jeng .. Apakah yang bakal berlaku padanya nanti ? Hehehe.. Nasib baik aku tak tengok.. Tak minat semua ni... Salah satu  pertandingan untuk 'pergunakan' wanita jer ..

Nak tau apa kes minah ni ? G baca kat SINI ..

" Siapakah kau sebenarnya ? "

 

Haih.. sedih..Tu saja aku mampu luahkan ..

 

Nak kata takde agama , ada .. Nak kata takde pegangan hidup , nampak macam ada .. Nak kata gila , waras pulak .. Nak kata apa lagi ? Apa yang patut dikatakan ?

 

Perasaan dengki , iri hati , benci semakin kuat dalam diri manusia kebelakangan ini .. Setiap hari kita boleh nampak semua ini di depan mata kita .. Mengapakah semua ini berlaku ?

 

Sikap tidak senang melihat kejayaan orang lain mendorong satu perasaan ketidakpuashatian seseorang menyebabkan mencari satu lubang untuk menjatuhkannya .. Kenapa ? Kenapa tidak saja bersaing secara sihat ? Tidak mampu ? Jika tidak mampu mengapa tidak diamkan diri saja ? Perlu ke melihatnya jatuh dan bersama sama duduk dengannya lalu ketawa berdekah dekah ? Itu simbol manusia berakal ?

 

Apakah yang sedang berlaku ? Akhir zaman ? Jangan dipersalahkan pada keadaan. Ilmu serta akal yang ada patut digunakan untuk kemajuan ummah dan juga diri sendiri. Tapi yang berlaku adalah sebaliknya.

 

Marilah ketawa berdekah dekat bersama syaitan. Syaitan mencari rakan untuk bersama sama mereka menghuni di neraka kelak. Apakah kita ingin turut sama mereka ?

image

Gambar hiasan - Bharian

Download Lagu dan lirik lagu All For Love : Dato' Siti Nurhaliza

 

IMG_8463

Antara kandungan lagu :

All Your Love

Nobody Else

Tonight

All Over Again 

I'll Wait Forever

Falling In Love 

I Cry Out

Fight Four Love

Stand Up

Remember You feat Sean Kingston

Filem kita , wajah kita ... Benarkah ?

 

Benarkah ? Boleh pakai kah kata kata itu ? Sewaktu zaman P.Ramlee , banyak filem filemnya punya maksud tertentu. Setiap isi ceritanya disampaikan dalam bentuk tersendiri. Ada yang memandangkan sekadar filem jenaka tetapi jika diperhatikan , setiap filemnya ada kebenaran mengenai dunia di waktu itu dan juga sekarang !

 

Kebelakangan ini , banyak filem menjadi box-office adalah filem filem ringan. Aku pernah pernah terlibat dengan satu meeting bersama U-Wei Shaari dan Melissa Saila  (kalau tak silap aku ) satu tika dulu untuk membantu mereka dalam Jogho .. Sebuah filem berat tetapi tidak mendapat sambutan. Mengapa begitu ?

 

Sememangnya inilah yang kita hadapi. Bila bab berfikir , berapa ramai akan mengangkat tangan untuk berfikir bersama dan jika ketawa , berapa ramai akan berdekah-dekah ?

 

Filem kita masa kini.. Satu perkembangan yang bagus di mana , pasti menguntungkan pembikin filem jika bijak menganalisa citarasa penonton. Tak susah ! Buat lawak bodoh sikit , masukkan isu semasa kemudian letak hantu atau adegan gaduh gaduh ala ala hongkong , maka tip top terus ! Ini adalah rempah ratus filem Hongkong di zaman Jacky Chan , Stephen Chow dan ramai lagi..

 

Aku tak salahkan pembikin filem.. Kita sebagai penonton yang inginkan filem filem sebegitu rupa. Sapa nak beratkan kepala dengan menonton filem berat ? Dah la dengan masalah dunia ! Pastu nak diberatkan lagi dengan filem filem yang memerlukan akal untuk berfikir ? Takde punya kan ?

 

Sama seperti drama.. Tetapi sekarang ini ada perubahan pada drama kita .. Ada intipati dan pengajaran. Sayangnya ini tiada dalam filem.. Kalau ada pon , filem tersebut gagal mencapai kutipan box office dan menyebabkan pembikin filem malas nak buat filem begitu dan beralih arah ke filem filem ringan yang mana pengajarannya hanyalah di penghujung cerita tersebut ..

 

Dan sayangnya , sekarang agama menjadi satu permainan skrip untuk bagi penonton ketawa .. Ada yang sedar , dan ada yang tidak ..  Salah siapa ? Penonton ? Pembikin ? Penulis skrip ? Pengarah ? Atau pelakon ?

 

Bila kita mahukan yang ringan , biarlah menusuk di kalbu ! Bila keluar dari panggung atau abis tayangan , maka yang keluar dari mulut ,

AKU INSAF !

 

Adakah ini berlaku ?? Sayangnya dari 100 yang menonton berapa ramai yang akan kata sebegitu rupa ??  Sapa lagi yang mampu mendidik masyarakat kalau bukan rakyat kita sendiri ? Sesungguhnya kalau filem dari luar , jangan mimpi nak dapat pengajaran tapi bukan semua .. Ada juga filem yang benar benar mampu mendidik penonton tapi berjaya box office ...

 

Perhatikan filem dalam tahun ini .. berapa banyak filem yang dah kita tonton dan memberi kesedaran ... Kitalah menentukan hala tuju filem kita... Apa yang kita makan , itulah yang mereka tanam.. Apa yang kita beli , itulah yang mereka import ..

 

Sekadar pendapat ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI