Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 21 September 2011

Akan ku miliki hatimu itu .. (2:4)

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12][13][14][15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26][27][28][29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40][41][42][43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] ..

Episod [2:1] [2:2] [2:3] ..

 

New Post :

 

Tiada panggilan mahupun sms dari Adawiyah.. Aku tak sangka dia sekeras gini .. Pujuk ? Kenapa perlu aku pujuk dia ? Bukan salah aku pun.. Dia yang mulakan dulu ..

Riana , bergaduh jugak dengan Wan .. Katanya Wan dok bersms dengan perempuan lain di belakangnya .. Wan kata perempuan tu cuma adik angkatnya.. Haih , isu kecik je tu ! Masing masing dok belajar laaa...Bukan nak menikah dah ! Sama la cam aku ..

Blog satu lagi tu , dah bersarang lebah .. Nasib baik boleh dapat madu .. Berguna  jugak... Tak pe la , karang aku update.. Lama si anon tu tak singgah blog .. Mesti rindu kat aku punya tu kan...

Ex aku... kembali solo... Katanya rindu kat aku ... Aku ?? hurm... Perlukah aku melayannya ?? Cari pasal kan ? Arghhh...

Publish ..

 

" Hurm... bila single , sorang awek pon tak nak .. Bila dah bercouple , sorang sorang mai ! ". Mengeluh lagi aku ... Entah sampai bila ..

Bagaimana nak ajak BF/GF kita solat sedangkan dia liat nak bersolat ?

 

Ehem... Bukan mudah tau .. Ada yang akan jadi munafik .. Sekadar 'berlakon' bersolat ketika keluar dating jer .. Kat rumah ?? Atau bila bersendirian ? Memang takkan buat punya kan ?

 

Mulakan dari asas .... Kebanyakkan mereka yang liat bersolat ini tidak tau apa itu SOLAT ! Mulakan dari 0 .. Berapa ramai antara kita tau bagaimana nabi bersolat ? Siapakah yang mengajar baginda bersolat ? Kenapa perlu bersolat ? Asas asas beginilah patut dibaca oleh mereka yang punya akal tapi malas nak berfikir ..

 

Mulakan dari pembacaan disusuli dengan praktikal .. Dari situ timbul kesedaran dan ketakutan akan hukuman dari Allah sekiranya meninggalkan solat .. Peringkat asas inilah yang amat penting.. Kenapa perlu bersolat ?

 

Asas solat inilah penting untuk diketahui oleh mereka yang liat bersolat.. Apa yang mereka nampak di zaman ini ialah , orang yang bersolat pon melakukan dosa .. Orang yang bersolat sendiri pon tak betul apatah lagi dia ? Baik tak perlu solat ! Itulah pemikiran mereka !!

 

Jika kita tau asas solat sebagaimana Rasulullah s.a.w mengajar kita , pastinya tiap kali kita bersolat , kita akan mengeletar kerana kita sedang mengadap ALLAH SWT...

 

Lembutkan hati pasangan kita dengan kelembutan.. Jika benar kita cintakan mereka , inilah bukti cinta kita pada mereka.. Dakwah dalam perhubungan .. Jangan mudah putus asa..

 

Sekadar pendapat ..

 

“Katakanlah (Wahai Muhmmad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Ali 'Imraan, 3: 31)

" Serius !!! Memang tebal betul muka akak tu !! "

 

Inilah antara punca punca kemalangan jalanraya ! Berpunca sikap pentingkan diri dan tidak berhati perut ...

 

Bayangkan .. Hurm.. tak payah bayang la.. aku bagi peta eh ..

image

Dari Jalan P14 tu , ada 3 lorong.. 2 lorong jalan terus satu lorong masuk ke kanan. Dan ada traffic light kat situ.. Ok ? Nampak tak ? Haaa.. Bagus ...

 

Datang satu  kereta kancil ni yang dipandu oleh seorang akak yang aku rasa muda lagi la.. Kalau berusia tu , boleh dimaafkan.. Kereta dok queue la nak masuk ke lorong kanan tu , tapi dia terus pergi ke depan dan berhentikan kereta kat jalan tengah tengah yang mana patutnya itu adalah jalan terus !

 

Aku , cerita banyak .. tekan hon bertalu talu.. Kasi dia sedar skit ! Tapi kan .. best part kan ... dia seolah pekak.. Wat bodoh je.. Pandang pon tidak kat aku !! Serius ! Orang macam ni layak jadi pelakon .. Kira kalau ada gossip kena kat muka , tarak malu punyalah ! Janji dapat apa yang dia nak !

 

Hampeh ! Inilah antara contoh orang orang yang menambahkan lagi bilangan kemalangan maut di negara kita ! Pentingkan diri sungguh !!

Bosan dengan layout FACEBOOK yang baru ? Jom tukar pada yang lama semula !!

 

Tensen eh ? Semak nampak .. Dulu elok elok kemas , g tukar yang baru ni .. Perghh.. Pening sat nak layan lebih lagi orang orang yang dah out of service cam aku nih.. Hehe..

Ok.. nak tukar camana eh ? Mudah jer ... Mula mula sila sebut BERTUKAR ! .. hehehe... Guwau jer... Muka kerasss je tu.. Rilekss ler.. Sat je nih...

 

  1. Mula mula g kat account..
  2. Cari Account Setting..
  3. Jumpa ? Ok.. Kat situ ada tulis English (US) kan ? tukar ke English ( UK ) dengan klik menu di situ.
  4. Tadaaaa... Siap sudah !! Ok , sila masukkan duit ke akaun saya yer ... hehehe.. guwau je..
  5. Semoga berjaya..

Tips ini aku dapat dari group LIKE ini.. Thanks admin ..

 

Cun ke layout baru ni ? Aku rasa ok je cuma tak biasa lagi je kan ? Hehe.. Lama lama nanti ok la tu..

Memang Fida Ibrahim tak bertudung masa bergambar tu !

 

Aku malas nak bertekak pada  entri FIDA semalam memandangkan ada yang kata mmg dia bertudung tapi dengan style yang moden gitu..  Kot la moden ...

 

Padahal kat bahu dia tu , terang-terang leh nampak  helaian rambutnya dia tu .. Tapi tak kisah la.. Tu cerita lepas ... Cuma jadikanlah pengajaran buat kita semua .. Bila nak bergambar tu , pastikan semua tertutup jika mmg kita jenis tutup dan bukalah jika nak sangat buka dan kasi semua orang tengok , PERCUMA .. I like !

 

image

Kenyataaan Mamat Sepah ;

"Saya mengakui itu adalah salah saya tetapi sejujurnya saya tidak berniat untuk mengaibkan nama baik Fida pada mata masyarakat. Dia adalah seorang gadis yang baik ".

 

"Semasa kejadian Fida di dalam kereta dan secara spontan saya mengambil gambar tersebut tanpa menyedari sebahagian rambutnya terdedah tambahan pula saya tidak memakai cermin mata."

Lanjut kat SINI ..

 

Diharap jadikan pengajaran buat semua .. Kalau nak bergaya , seperti aku kata tadi .. pastikan aurat tu tertutup atau satu malaya tengok secara percuma.. Tak kira lelaki ke perempuan ..

"Tanpa berfikir panjang saya terus memuat naik gambar tersebut di laman Facebook milik saya," jelasnya.

 

Sekian.. Comel Fida posing kan .. Takkan tak perasan rambut ? Kena tau mana yang halal dan mana yang belum halal yer ..  :) .. Oh ya , ni bukan Bang Bang Boom tau..

"Bebeh ... Jom beli bra dengan i nak ? "

 

" Jom bebeh .. u tak kisah kan beli bra dengan i ? ".

 

" Oh .. tentu sekali i tak kisah punya .. ".

 

" U tak malu ke nanti ? ".

 

" Eh , apa lak nak malu kan ? Nanti kawin i kena beli jugak kan ? ".

 

" Kalau begitu , jomlah .. ".

 

Ada perempuan tak kisah untuk membeli belah pakaian dalam bersama TEMAN LELAKI mereka yang mana belum lagi punya ikatan yang sah ..

 

Berfikiran terbuka kata mereka .. Hurm.. Apakah ini patut berlaku ? Apakah ini tanda-tanda berfikiran terbuka atau tanda-tanda tiada lagi sifat malu pada anak gadis kita ?

 

Ini adalah hakikat yang berlaku pada masa kini .. Buka mata bila g shopping dan kita akan nampak pelbagai 'cerita' yg membuatkan kita tersenyum atau mengeleng kepala ..

 

Tu belum lagi ajak shopping baju tidur atau pad !

"Maafkan abah .. Abah dulu manusia yang rosak .. "

 

" Ahhhh.. ayah tuu.. semua tak boleh.. Ini tak boleh.. itu tak boleh !! Saya dah besar ! Dah matang ! Tau berfikir mana baik dan mana buruk !! "

 

" Senang cerita .. Beginilah nak .. Inilah keburukan yang ayah lakukan sewaktu ayah muda dulu sebelum ayah insaf .."

 

  1. Mencuri sewaktu kecil ..
  2. Bergaduh ..
  3. Hisap rokok ..
  4. Mengendap
  5. Hidu gam ..

 

" Yang tu sewaktu ayah umur 10-15 tahun .. Lepas pada tu , ayah buat lagi keje keje sampingan gitu seperti .. "

 

  1. maksiat / zina  ...
  2. Meragut ..
  3. Merompak ..
  4. Pembunuh upahan sambilan macam dalam filem Kongsi tu..
  5. Merempit

 

" Pastu , bila ayah dah dapat keje... "

  1. amik rasuah ..
  2. ponteng keje ..
  3. tackle anak dara ..
  4. tipu bos
  5. buat claim palsu

 

" Tapi bila ayah tersedar akan segala perbuatan ayah itu terlalu menyimpang jauh dari agama dan kemanusian , ayah insaf .. ayah bertaubat..

Ayah fikir masa tu , ayah tau apa yang ayah buat .. Ayah berkawan dengan salah orang .. Ayah tersilap jalan ..  Alhamdulillah , panjang umur ayah untuk ayah bertaubat ...

 

Mungkin ini yang nak kamu dengar sangat bukan ? Ayah sembunyikan kerana itu adalah kisah lampau .. Biarlah kamu nampak yang elok elok tentang ayah.. Yang buruk itu , biarlah ayah hadapi dengan Allah .. Itu pon ayah amat takut sangat akan hukuman dariNya. Hanya doa dari kamu akan menyelamatkan ayah .. "

 

.........

 

Kadang-kadang kita rasa kita dah cukup bagus untuk menidakkan orang lain padahal kita sebenarnya tidak tau apa apa langsung !

 

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” Al-Hujuraat ayat 11

Jom !! Tak banyak pon ....

 

image

Masih berbaki gaji tu kan ? Apa salahnya sedekah untuk mereka yang benar-benar memerlukan. Boleh kan ? Aku tau korang boleh punya...

Bank in terus pon ok jer ... Terima kasih pada yang sudi dan prihatin itu .. Semoga Allah merahmati anda dan keluarga anda  ..

Kalau tak HANTU mesti GANGSTER !

 

Itukah citarasa penonton filem rakyat Malaysia sekarang ni ? Macam naik roller coaster la pulak. Masuk panggung , nak kena jantung tu dup dap , dup dap ... Keluar , senyum riang jeer !

 

Bila ditanya apakah pengajaran yang anda dapat dari filem itu ? Bagi seminit untuk recall setiap babak .. Lambat !! Kalau tanya apakah skrip yang anda suka ??? Pastinya tiada kaitan dengan agama punya ..

 

Menyedihkan ke ?? Entahlah .. Nak salahkan sapa ? Pembikin filem ? Penonton ? Pelakon ? Masing masing 'terpaksa' memikirkan perut sendiri. Kalau nak harapkan penuh dengan pengajaran maka tunggulah bantuan kewangan dari kerajaan.. Kalau ada bantuan , maka bolehlah wujud filem filem seperti Bukit Kepong , Leftenan Adnan dan filem filem patriotik yang lain ..

 

Aku suka filem filem aksi ni tapi bila lihat pembikin filem dari negara kita buat begitu , aku rasa macam tak kena pulak ..  Bukan apa , rakyat negara ni tak la seganas seperti  yang digambarkan tapi dalam diam sebenarnya kita dibentuk menjadi ganas melalui apa yang ditonton setiap hari..

 

Janganlah kata ,masing masing punya akal fikiran untuk memikirkan yang mana baik dan yang mana buruk .. Kita kena fikir bagaimana nak buatkan mereka yang tak mampu berfikir dengan baik agar mampu mencerna setiap isi itu dengan betul .. Jangan berikan nasi lemak lalu kata ' makanlah .. asalkan perut kamu kenyang .. ". Sepatutnya berkata , " kalau boleh , elakkan makan sambal yang terlalu berminyak itu .. ".

 

Filem sekarang , menuju ke arah pembentukkan pemikiran pemimpin masa depan . Apa yang ditonton , itulah yang bakal terfikir. Hasilnya ?Sama sama kita fikirkan yang terbaik untuk generasi yang akan datang yakni anak cucu kita .

image image

image 

Cabaran buat pembikin filem.. Bagaimana nak menghasilkan filem yang lawak , box office tapi berilmiah serta mampu ditonton berkali-kali seperti filem-filem P.Ramlee..

Bila aku dijemput untuk hadiri pelancaran album english pertama Dato' Siti Nurhaliza ...

Siapa sangka bukan ? Selain aku , 10 blogger lain dijemput.. Sapa ? Yang aku nampak di email tu , Hanis Zalikha , Fatin Liyana , Annas Easkey , Irene Nadia , Budiey , Maria Elena .... dan beberapa orang lagi ..

Rasanya aku je kot bukan blogger popular gitu .. hehehe.. Yang lain tu , mmg tip top ten gitu... Adeh .. malu weh ...
Print
Kritik tetap kritik tapi perlu ada pandangan lain. Bukan kritik dengan caci maki.. Rezeki jgn ditolak , maut jangan dicari ...
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI