Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 24 September 2011

Norman - Memey sah bergelar suami isteri.

 

imagePergh.. Sekali lafaz jee terus sah ... Waaa.. pengalaman gitu.. hehehe.. Gurau bro .. Tahniah yer ..

Menurut Mstar :

" Dengan sekali lafaz, pelakon Norman Hakim, 35, telah selamat dinikahkan dengan pasangannya, pelakon Memey Suhaiza, 23, di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor pada pukul 5.10 petang, Sabtu.

Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah mukim Kambau, Kota Tinggi, Zulkifli Tarmizi berwalikan bapa Memey, Suhaimi Sawarni, 49.

Pada majlis tersebut, Memey turut menerima mas kahwin berjumlah RM22.50 dan lima dulang hantaran termasuk wang hantaran RM24,000, sistem pengesanan global (GPS), rantai, cincin berlian, kek buah berbentuk beg tangan Gucci, sirih junjung dan al-Quran.

Sementara Norman menerima tujuh dulang hantaran daripada Memey iaitu iPad 2, cincin, coklat, buah-buahan, sirih junjung, kek lapis Sarawak dan al-Quran. " ...

 

Alhamdulillah .. Semoga berkekalan ke akhir hayat .. Apa yang berlaku tu , antara kita dengan Allah .. Sama-sama kita bertaubat ..

 

Blog Pilihan : Princess of Gossip

Bantahan lanjut Marikh Azahari : Pengirim email pada Ahmad Idham.

 

Isu berkaitan kalimah syahadah yang diucapkan oleh Zaizan. Komen  Marikh Azahari ditinggalkan di  entri INI .. 

 

" Assalamualaikum…


Untuk maklumat, sebaik sahaja kenyataan ini dikeluarkan oleh Pengerusi LPF menerusi Bernama. Sebaik sahaja solat jumaat saya seorg diri telah pergi ke Pejabat Ketua Pengarah Jakim di tingkat 9 Blok D7 Putrajaya bagi mengemukakan bantahan terhadap keputusan yg dibuat oleh Jakim. Disana saya telah bertemu dengan Ustazah Asiah iaitu PRO kepada JAKIM. Segala isu telah saya ketengahkan kpd beliau berkenaan isu ini, dimana saya tekankan bahawa isunya bukan dari konteks ayat mahupun senafas atau dua nafas seperti kenyataan yg dikeluarkan oleh LPF.


Apa yg patut diberi perhatian adalah isu AZAN, kalimah syahadah dan tasyahud akhir HARAM dijadikan bahan untuk lawak jenaka. Turut saya suarakan kpd beliau mengenai petikan surah Al-Taubah ayat 64,65,66,67 / surah Al-An’am ayat 70 dan Surah Kahfi ayat 104, 105 dimana jelas menunjukkan ANCAMAN KERAS drpd Allah s.w.t kpd sesiapa sahaja yg menjadikan Allah, Rasul-Nya dan kalimah-Nya sebagai olok-olok mahupun main-main sebagai persendaan.Ustazah tersebut berjanji bahawa perkara ini akan diberi perhatian. Malahan saya telah bertanya kpd beliau apakah pandangan peribadi beliau terhadap hukum menggunakan kalimah suci Allah seperti Azan dan kalimah syahadah adakah salah ataupun tidak. Jawapan yang saya terima dari ustazah tersebut adalah “HARAM”.


Oleh itu, kita tunggu apa tindakan seterusnya dari JAKIM dalam tempoh 5 hari lagi memandangkan mereka semua sedang sibuk dengan persiapan Kongress Majlis Islam pada 26hb ni.Sekiranya tiada juga tindakan susulan, saya berjanji akan membawa perkara ini ke atas lg.Ini isu kesucian Allah dan Rasul diperlekehkan bukan isu politik ataupun utk menjatuhkan mana2 pihak. Aku takda masa nk pertahankan org, tapi wajib bagi aku pertahankan Allah dan Rasul ku.


sekian


Wasalam "

 

Nampaknya saudara kita bertindak sendirian manakala blogger menggunakan mediumnya sendiri .. Bagaimana pula dengan NGO seperti PERKASA dan yang lain lain tu ?? Takkan nak diam je ??

 

Teruskan bro ! Kami menyokong anda ..  Semoga Allah memberkati usaha anda ..

 

Blog Pilihan : missxiera

Kenapa si ibu mengandung asyik muntah ??

Mungkin dari segi saintifiknya , ada penjelasannya tersendiri ...


Tapi jika difikir kembali , apakah si kecil tu tak nak apa yg dimakan itu menjadi darah dagingnya ??? Cuba selidiki punca makanan yg dimakan ? Kandungan makanan itu dari sudut agama ...


Wallahualam ..


* Terkini - Lanjutan , sila klik SINI
Published with Blogger-droid v1.7.4

" Ben !! Buang sampah tuuuu .. busuk dah !! "

 

image

Masih aku ingat .. Satu tika dulu , sewaktu aku berusia belasan tahun ..

 

"  Bennn .. o  Bennnn ... " , mak aku menjerit .. Satu taman leh dengar ngauman mak aku tu ..

 

"Adoi... mak aku dah jadi tarzan tuu .. " , kata aku pada kawan kawan aku .. Aku tika itu , dalam kepala hanya tau 'main , main , main !' .Selagi tak maghrib , selagi tu tak balik rumah ..

 

"Buang sampah ni .. " , perintah mak aku ..

 

" Laa ,tuu angah ada tuu .. dok tengok kartun jer !", aku membangkang perintahnya ..

 

.......

 

Sekarang , sesudah berkahwin barulah tahu kenapa emak aku 'suka' memerintah aku buat itu dan ini .. Tujuannya adalah untuk mendidik agar ringan tulang dan belajar memimpin diri sendiri dan keluarga tanpa di suruh oleh sapa sapa lagi ..

 

Ketika ini , apa yang aku lakukan bukan lagi atas perintah sebaliknya disiplin diri dan juga KEIKHLASAN kita terhadap rumahtangga aku .. Bayangkan jika aku lakukan keranaTERPAKSA ? Bayangkan juga jika aku tunggu mood IKHLAS untuk melakukan sesuatu pekerjaan ? Apakah akan terjadi ? Bersepah ! Rumah macam Titanic karam 10x punya wooo !!

 

Blog Pilihan : Miss Watie

" Jom makan nasi lemak ! "

 

 

image

" Fuiyoooo .. sedap ni ! Nasi lemak sapa ni bang ?? ".

 

" Ni abang g amik kat rumah Mat Gebu tadi. Dia buat kenduri skit.. Bertunang katanya.. Entah sapa bertunang pon tak tau la .. Janji ada makan .. hehe .. ".

 

" Wahh.. sedap bang.. Saya makan eh ?? " .

 

" Kamu dah solat Asar ? ".

 

" Erk.. lom bang.. Hati lom ikhlas nak solat ni .. Tunggu ikhlas baru solat ?".

 

" Kalau gitu , jangan makan selagi tak ikhlas ! ".

 

" Kenapa pulak ?? ".

 

" Rezeki ni Allah yang beri.. Rasa-rasa kamu la kan , Allah beri ni pada kamu ikhlas ke tidak ?  Kamu tak tau kan ? Ikhlas atau tidak , itu antara kamu denganNYa ..  Wajib tetap wajib .. ".

 

" Tadi dah makan skit kan ? Jadi , g solat dulu.. Ikhlas tu akan hadir bila kamu berdepan denganNya nanti .. Ingat , bila solat , kamu sedang mengadapNYA .. Ingatlah akan kematian kamu dimana hanya kamu saja akan menhadapiNya .. Takde orang lain akan dapat bantu kamu ketika itu  ... ".

 

" Yelah bang.. Tinggal tau nasi tu skit untuk saya .. ".

 

" Jika kamu percaya pada Allah , percayalah juga rezeki ini milik kamu sekiranya Allah memberinya pada kamu.. "

 

" Yelahhhhhhh ... "

 

Blog Pilihan : Mirul

"Sedihkan bila blog tak ramai pembaca ? "

 

Dua situasi .. Contoh ..

 

" Konsert Akademi Fantasia yang dihadiri berpuluh ribu termasuk ratusan ribu yang menonton di television .. Berapa ramaikah yang akan menitis air mata kerana pengajaran yang terdapat dalam rancangan tersebut ? Berapa ramaikah akan tutup tv dengan perasaan insaf ? Atau paling tidak pun tersenyum gembira kerana ilmu yang diperolehinya bakal digunakan dalam kehidupan sehariannya ?

 

" Wardina Saffiyah dalam sebuah rancangan agama yang berkongsi segala pengalamannya manisnya sewaktu berhijrah ke arah jalan Allah .. Berapa ramaikah yang menontonnya ? Berapa ramaikah yang menitis airmata keinsafan ? Berapa ramaikah yang mengambil wuduk lalu mendirikan solat selepas menonton rancangannya ?

 

Mereka yang ' menjerit ' kerana tidak ramai masuk membaca di blognya , apakah niat sebenarnya ? Jangan bagitau aku atau kongsi disini . Simpan saja jawapan tersebut.

 

Seronok ramai pembaca di blog .. Tapi seronokkah kita melihat mereka masuk sekadar untuk ' ketawa riang ? ' . Sama sama kita fikirkan ...

 

Blog Pilihan : Nur Zawani

" Maaf kawan-kawan .. Aku tak dapat hadir.. "

 

Kempunan .. Kempunan nak melepak bersama rakan-rakan sekolah nun di zaman berseluar hijau.. Setelah lama tak jumpa , inisiatif seorang kawan buat open house hari ini dengan harapan dapat berkumpul beramai-ramai untuk kembali mengenang saat kenakalan dulu .. Teringat zaman peperiksaan SPM dulu.. Ujian serta keputusan SPM di luar jangkaan tetapi alhamdulillah , 80% kawan aku jadi manusia dan berjaya memimpin keluarga mereka ..

 

Dah plan nak pergi .. tapi apakan daya , kita mampu merancang saja .. Wife sejak semalam tak sihat .. Muntah teruk dan tak bermaya untuk jalan jauh .. Aku pon cam demam dah je ni.. Cuaca di Putrajaya penyumbang kepada faktor kesihatan juga.. Panas terik ! Bukan salah cuaca la cuma badan ni je tak tahan panas.. Dah tua gamaknya.. hehe..

 

Selain dari tu , rumah abang angkat aku , Dato Suhaimi Shahadan pon buat open house.. Keluarga aku semua g setelah dijemput.. Ari tu pon dia sekeluarga datang beraya rumah mak aku.. Aku plan nak g gak sbb ada perkara nak bincang tapi dah tak sihat ni , kensel je la..

 

Risau.. Kalau g sorang , aku takut aku 'terpitam' seketika dalam kereta.. tu yang merbahaya tu.. Bukan alasan tapi kena fikir semua faktor bila kita dah tak sihat .. Jangan merbahayakan nyawa orang lain semata-mata kerana perkara kecil .. Itu yang aku kira..

 

InsyaAllah , ada rezeki kita jumpa geng !

 

Blog Pilihan : Lia Lomi

" Sori geng ! Aku dah kaya !! "

 

tobacco-company

" Alhamdulillah ... dulu aku susah .. tapi sekarang aku sudah senang .. "

 

" Apa yang kau buat ? "

 

" Aku meniaga .. aku jual rokok .. Ramai rakyat malaysia jual rokok !! "

 

" Wah.. kau jual rokok boleh kaya ??? Menarik tu.. "

 

" Oh , mestilah ... Tahun depan , rokok naik harga lagi .. Aku dah simpan stok banyak-banyak .. Lagi kaya aku !! " .

 

" Baguslah begitu ..sekurang-kurangnya kau juga penyumbang kepada kematian rakyat Malaysia.. Tahniah .. Paling tidak pon ,ramai keluar masuk klinik atau hospital dek kerana rokok ni .. Ini pon satu penyumbang ke arah peningkatan ekonomi negara .. OK la tu kan ? "

 

"  Hehe... "

 

" Kau bangga ke dengan kekayaan melalui  penjualan rokok ni ? Kawan ayah aku , dia nelayan .. Setiap pagi dia turun ke laut untuk menangkap ikan.. Walaupun miskin , dia bersyukur pada Allah kerana rezeki yang masuk ke perut anak anak dia adalah dari rezeki yang dicari dengan kedua tangannya sendiri .. Biar miskin tapi berkat kata orang.. Wallahualam.. ".

 

" Eleh.. dengki la tu.. ".

 

" Tak la.. saja berkongsi cerita .. Pelik tapi benar .. Mau kaya hari ni tapi tamo mati esok ... ".

 

Blog Pilihan : Perfectionist

Kenapa perlu berjudi untuk kaya ??

 

Aku tak nak bicara tentang bangsa lain.. Aku nak bicara mengenai bangsa aku yang mana ada yang berjudi hanya ingin kaya dengan segera ..

 

Pelik tapi benar .. Kalau dinosaur hidup zaman ni pon pasti geleng kepala melihat ada orang melayu yang sanggup bergolok gadai untuk berjudi hanya kerana ingin kaya dengan segera ..

 

Aku pernah saja saja join kawan-kawan berjudi untuk 'menikmati keindahan' berjudi ini .. Seronokkah ?? Aku rasa perbuatan ini bukan saja berdosa malah tidak berguna langsung ! Duit yang dapat ,dah tentu haram . Berkat , jauh sekali . Kemudian , bagi mereka yang kalah pasti akan garu kepala ..

 

Pernah ada sorang kawan aku , siap nak pinjam duit dari aku kerana dia tersilap langkah. Duit  yang isterinya beri untuk bayar duit bulanan kereta digunakan untuk berjudi. Kalah ! Bukan sedikit .. Maaf , aku tak dapat bantu dia .. Biar dia rasa sendiri .. Kalau aku bantu , lain kali dia tau dah dan akan buat lagi ..

 

Hurm... Hari tu , di 999 ada isu mesin judi. Peliknya , dikatakan satu tempat tu dah berkali kali kena serbu tapi tetap dibuka. Ni apa cerita ?? Apa yang tak kena kat sini ?

 

Contoh lain ? Kat tempat aku selalu bersenam .. Kat sana ada satu kedai judi. Sepanjang aku membesar , kedai tu dah ada !! Maaf PDRM .. Hari tu berbulan ada sebuah van polis parking kat situ ( macam pondok polis sementara ) , tapi tiada langsung tindakan diambil terhadap kedai tu.. Budak melayu lepak saja kat situ dan merekalah yang memeriahkannya ..

 

Nak tuding jari pada sapa ? PBT ? PDRM atau rakyat yang tak melaporkannya ? Aku sayang bangsa aku .. Cukuplah dengan maksiat , kekotoran politik , murtad dan banyak lagi dosa dosa yang terhasil dari kelalaian kita ni .. Nasib baik , masih ada lagi bangsa aku yang menadah tangan berdoa 5 kali sehari dan memenuhi masjid.. Kalau tidak ? Malaysia jadi Laut Mati atau tunggu tsunami melanda ? Tak perlu tsunami aku rasa.. Cukuplah dengan kemarau berpanjangan .. Nauzubillah... mintak dijauhkan ...

 

“Hai orang-orang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi (Al-Maisir), (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib adalah rijs (najis, perbuatan keji) termasuk perbuatan syaitan, maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum khamar) dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan solat, maka berhentilah kamu (dari mengerjakannya).”

(Al-Maidah : 90 – 91)

Wallahualam ...

 

Blog Pilihan : Kotak Bulat dan Jaja Azmi

Pelik tapi benar , pilihan terbaik masyarakat kita ?

image

Gambar Hiasan - Utusan 

 

Mastika , antara majalah yang sering aku baca sewaktu membesar dulu. Kenapa aku suka baca cerita yang terisi dalam majalah tu ? Haaa.. Gamaknya aku suka meremangkan bulu kat tengkuk aku ni kot ?

 

Kadang-kadang  aku terfikir la kan , masyarakat kita ni  (termasuk aku la ) nak kena ada contoh untuk dijadikan satu kekuatan untuk berjaya .. Amik contoh , bila Wardina menceritakan saat-saat dia berhijrah .. Alhamdulillah , ramai yang sebak dengan kisahnya .. Syukur pada Allah jika ada yang tergerak hati untuk berubah.

 

Kalau takde contoh camana ??  Amik contoh iklan TMNET yang baru tu .. Kejayaan anak orang dijadikan contoh yg patut diteladani.. Perlu ke ada ? Kalau takde contoh ???

 

Tapi kan ... bagi aku la , contoh contoh nun di zaman para nabi dan sahabat dah cukup terbaik untuk dicontohi dan diikuti..  Cerita mereka tu , mmg sesuai untuk seluruh zaman ..

 

Kenapa aku kata gitu ? Kebanyakkan orang di dalam masyrakat kita ni gemar memandang 'kisah lampau' dan mencari lubang untuk menidakkan kebaikkan seseorang.. Contoh ... " Ala, tu baru je alim.. Dulu , perangai cam anak antu ! " dan banyak lagi.. Aku rasa korang lagi sedia maklumkan ?

 

Perlu ke kisah aneh dan ikhtibar untuk menginsafkan umat Islam ? Tepuk dada tanya selera .. Lebih baik mencuba dari duduk diam kan ? Tahniah UTUSAN kerana menerbitkan buku Pilihan Terbaik : Kisah Aneh dan Ikhtibar dari Mekah ini ... 

 

Blog pilihan : Cikgu Fad

Penghargaan untuk FOLLOWER blog BENASHAARI.COM ?

 

Ada rakan blogger meninggalkan komen di blog minta aku tagkan rakan rakan blogger terutama yang baru singgah di blog ini .. Hurm.. Nak tag ...

 

Dulu , aku rajin la buat semua ni.. Tapi kebelakangan ni , aku tak buat dah memandangkan ramai blogger mampu berdikari.. Kalau aku cuba nak tolong pon , lain difikirkan mereka .. Tapi alhamdulillah , aku buktikan juga yang kata-kata mereka tu , jauh menyimpang ! Blog aku tetap berdiri teguh . Bukan bangga tapi itulah kenyataannya.

 

Ok .. InsyaAllah .. Mana mana yang baru Follow blog ni melalui widget Follower .. aku akan masuk dan tengok blog mereka .. Tapi aku tak tinggal jejak kecuali  cuba Follow kembali. Ini bukan janji yer !  Aku pon ada keje lain nak buat ..

 

Bila ada entri menarik di blog tersebut atau blog tu menarik untuk dikongsi bersama , aku akan kongsikan .. Sekali lagi , ini bukan janji tau ! Aku cuba buat sedikit perubahan .. Bantu rakan blogger yang baru..InsyaAllah ..

 

Entri rakan blogger : Bahaya Telefon bimbit, boleh menyebabkan kanser.

Lebih 1 juta pengunjung dicatatkan bagi tahun 2011 di BENASHAARI.COM

 

Syukur pada Allah .. Impian aku satu tika dulu membuahkan hasil . Segala usaha keras selama ini , menampakkan kejayaan . Dugaan demi dugaan , tidak mematahkan semangat sebaliknya satu per satu kesan dari usaha aku menampakkan kejayaan ..

image 1-1-2011 hingga 23-9-2011

Yang aku cerita ni adalah blog aku .. Bukan blog orang lain .. tapi BENASHAARI.COM .. Kalau nak buat perbandingan , sila buat dengan blog sendiri.

 

Maaf , ini bukan entri riak .. Angkuh .. Sombong .. atau Poyo.. Setiap kejayaan perlulah kita catit sendiri agar satu hari nanti , kita mampu tersenyum bila mengenangkan zaman muda kita .. Sekurang-kurangnya , kita punya tugu sendiri untuk diperingati ..

 

Jutaan terima kasih buat semuaaa rakan blogger , rakan-rakan di Facebook dan juga rakan-rakan yang mengenali diri ini , yang tidak putus putus memberi semangat untuk berjaya dalam bidang yang aku minat ini .. Tidak lupa juga , isteri tercinta dan juga keluarga yang tersayang.. Sokongan koranglah penentu kejayaan aku ..

 

Kalau sebut nama sorang sorang , ada yang tercicir nanti.. Kecik ati kan ? Hehehe.. Untuk tahun depan , aku cuma berharap , aku dapat kekalkan pencapaian aku ini.. InsyaAllah .. Doakan aku terus disini , bersama korang semua ...

 

TERIMA KASIH ... ANDA TERBAIK BAGI SAYA !

Akan ku miliki hatimu itu .. (2:8)



Bila hati mula menangis ..
Cinta mula menjauhkan diri ..
Rindu tidak mungkin bertandang lagi ..
Benci semakin menjadi-jadi .. 

Bila hati mula menangis ..
Segala indah menjadi sepi ..
Bintang tiada peneman lagi ..
Bulan menghilang menanti mentari ..

Bila  hati mula menangis ..
Hati ini kembali terkunci ..
Tidak sesekali berpaling lagi .. 
Biarlah jodoh ditentu Ilahi .. 

Maafkan aku .. Hatiku ini bukan milikmu ... 


.............
" Riana call ?? Kul 12 dah ni ? Tetiba je ni ?? ". Bisik hati ku ...

" Helo... ".

" Wsalam , Riana... ".

" Nape dengan Adawiyah ?? ".

" Iskhh... takkan la gitu ??? Tadi oke  je Ben tengok dia .."

" Hurm.. Riana ada sekali ? "

" Oklah... kalau gitu , kita jumpa esok je kat KLCC .. "

" Wsalam ..Selamat malam "

" Haih... Adawiyah nak minta maaf pulak .. Aku dah malas nak berkapel ngan anak orang kaya ni .. Buang masa je .. Dah la kena hina ..  ".Bebel hati aku..

" Maaf Adawiyah .. Aku tak ingin kau kembali ke dalam hati ku ini ... "

Butang Refresh di browser aku tekan ..

" Satu komen .. mesti dari dia ... "

Akan ku miliki hatimu itu .. (2:7)

E : [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] ..

Episod [2:1] [2:2] [2:3] [2:4] [2:5] [2:6] ..

 

New Post :

 

Aku tau dah .. Sama je semua perempuan .. Hanya kerana ayah aku bukan dari golongan berada dan aku cuma .. Haih .. Apakah tiada peluang untuk aku buktikan yang aku mampu membela anak orang ???

Selayaknya aku hanya untuk perempuan yang sama kedudukan dengan aku ? Aku tidak boleh berkawan dengan perempuan yg tinggi kedudukannya ? Apakah mereka itu punya tempat istimewa di akhirat kelak ?

Tu baru mak dia aku jumpa .. Belum ayahnya.. Patutlah Adawiyah membisu seribu bahasa jer.. Ex bf dia , mmg dari golongan berada.. Nak dibandingkan aku yang mana ayah aku cuma seorang pemandu teksi ? Apakah teruk sangat seorang pemandu teksi ? Sekurang-kurangnya ayah aku ni tau keluar pagi balik malam dari tak balik langsung ! Keluarga diutamakan !!!

Pelik .. Bila duit menjadi ukuran.. Mata terus buta ! Tak mengapalah , Adawiyah .. Mungkin jodoh kita tiada.. Engkau sendiri pon tidak mempertahankan hubungan kita.. Nasib baik tak lama , kalau tidak mahu jugak menonggeng sekali lagi ..

Patut la si Wan pon perangai sama je .. Darah satu keturunan.. Memilih yang cun dan kaya saja ! Kenapa aku tak nampak ? Adoii.. Hampes betul laa...

Riana , apa cerita dia .. Dengan Wan pon tak menjadi .. Nampaknya masing masing dah single balik .. Tapi aku malas nak bercinta lagi !! Aku nak abiskan belajar ni , pastu kerja.. Kawin ... Hurm.. tapi dengan sapa ?? Siapa yang nakkan aku ni ? Haih ..

 

Publish

 

Adawiyah , selamat tinggal ... Hanya blog saja peneman sepi ku ...

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI