Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 25 September 2011

Blog : Berapakah trafik / pengunjung blog yang anda perlukan setiap hari ?

 

Mula-mula , aku nak minta maaf dulu la yer .. Kot nanti ada yang terasa akan entri aku ni... Ini cuma satu entri motivasi saja buat diri aku dan juga rakan rakan blogger yang masih belajar mengenai blog ini ..

 

Trafik adalah pengunjung blog .. Mula-mula , kita kena tau niat kita .. ' Kenapa aku buat blog ni ?? ' . Hurm... Jangan jawab kat aku.. Simpan dan teruskan membaca entri ini ..

 

Majoriti yang buat blog ini adalah kerana suka-suka kan ? Ok.. Kalau suka suka , apakah yang korang logkan setiap hari ? Jangan jawab kat aku.. Kembali lihat blog korang ..

 

Apakah korang logkan aktiviti harian korang ? Atau korang logkan isu-isu semasa ? Kenapa dan mengapa korang buat begitu ? Jangan jawap gak kat aku .. Simpan jawapan tu ..

 

Fikirkan semula .. Trafik yang masuk ke blog korang tu , kerana nak baca blog korang ? Atau kerana mereka sedang mencari maklumat ? Kalau mereka masuk ke blog korang semata mata nak baca aktiviti korang , korang rasa la kan , dengan status kita ni yang bukan selebriti ni , berapa ramai nak tau sangat ? Selain kawan kita , ahli keluarga atau kenalan maya kita ? Jadi , berapa tinggikah trafik harian kita ?

 

Berbanding mereka yang logkan isu isu semasa ke dalam blog mereka . Pastinya trafik akan tinggi melambung .. Tapi , kembali fikir semula tujuan asal kenapa korang buat blog ?

 

Dan fikirkan kembali sudut kepuasan berblog dan menulis .. Bayangkan 10 orang masuk blog kita  semata mata nak tau apa yang kita buat hari ini , bukankah itu satu perkembangan yang bagus ? Sekurang-kurangnya ada orang masuk dan baca ... Kalau takde sekali pun , kembali ke niat berblog .. Senantiasa kembali ke niat berblog .

 

Buat mereka yang melogkan aktiviti harian mereka seperti aku ni ,di dalam blog .. asalkan ada orang masuk baca , setiap hari adalah cukup bagus dari kita duduk tengok tv setiap hari atau pergi merewang tak tentu hala...

 

Menulis serta berkongsi pengalaman hidup adalah satu budaya yang sihat dan patut dibuat oleh semua orang ..  Ceritakan yang baik , luahan pendapat melalui cara yang betul pastinya akan mendapat perhatian seseorang , satu hari kelak .. Sapa tahu bukan ?

 

Berbloglah kerana anda ingin berblog ..

 

Blog Pilihan : fRyNcEsZ raRA

Baru aku tau kenapa ARTIS kena GLAM gitu !

 

Esok , akan menjadi satu lagi langkah bersejarah bagi aku sebagai seorang blogger .. Sebelum ni dah selangkah selepas setahun bergelar blogger ( klik SINI ) . Dan segenap 2 tahun aku bergelar blogger , aku dijemput menghadiri pelancaran album english Dato Siti Nurhaliza , esok di Star Hill , Kuala Lumpur . Ada jamuan open house SimplySiti sekali ..

Print

Hurm... Tertulis kat situ WEAR COLORFUL GLAM ! Aiseyman .. Aku ? Pakai GLAM ?? Adehhh ... Serius .. Takkan GLAM punya laa.. Kalau aku letak lampu lip lap , mungkin nampak GLAM kat aku .. Hehe.. Entah la..

 

Seperkara yang bermain di kepala otak aku ni lak .. Wife masih belum sihat.. Tak henti muntah dari semalam selepas makan .. Tapi malam ni , selepas aku suap sendiri mee goreng dengan menggunakan jari aku sendiri , Alhamdulillah .. Tak muntah dah ! Apakan enzim lelaki yang keluar dihujung jari aku memberi kesan padanya ??? 

 

Kalau dia sihat esok , maka aku akan sampai ke Star Hill.. Kalau tak ? Kena bawak g hospital la wife aku tu.. Sian dia .. huhuh.. Bye bye GLAM !

 

Eh , lupa lak.. Patut la artis kena GLAM kan ? Setiap event tu kena baju baru.. Takkan nak pakai baju sama kan ? Yelah , yang datang tu muka yang sama jee.. nanti ke perli lak .. Hahahaha.. I bukan artis okeh !! Retis pon tidak ! Tak relaaa uuu...

 

Blog Pilihan : sharifatul aida

Segmen terbaru khas buat rakan blogger yang BERMINAT saja..


Aku ubah pendekatan aku membantu rakan blogger yang baru .. Kali ni aku tak nak buat dah entri di blog ni .. Aku akan lakukan di page aku yakni SANTAI BEN ASHAARI ..

Terlebih dahulu , aku nak bagtau , segmen ni aku cuma uruskan saja .. Korang yang akan jayakan ! Ingat , tekniknya mudah saja .. AKU DATANG , AKU LAWAT , AKU BACA , AKU KOMEN DAN AKU PERGI .. kalau nak betul2 up , SILA BALAS KUNJUNGAN .

Kelebihan segmen kali ni , korang tak perlu letak header aku tu , backlink pada aku atau sebagainya .. Tapi kalau sudi, apa salahnya.. Tiada paksaan yer .. Terima kasih ..

Selain dari mulakan segmen di page aku , aku akan letak BLOG PILIHAN di setiap entri aku berdasarkan FOLLOWER terkni dan juga mereka yang rajin tinggalkan komen di setiap enti .Komen juga perlu logik dan ikhlas. Heh.. ok ?

Tu je la.. InsyaAllah , aku mulakan satu segmen , malam ini .. Sama sama kita jayakan .. Ini je la yang boleh aku bantu ketika ini untuk rakan blogger yang baru .. Tak mampu nak beri lebih lagi .. OKeh ?

BLOG PILIHAN : IBU GEBU

Tolong jangan upload gambar lucah anda di FACEBOOK anda ..

 

image

Kesilapan Mamat Sepah mengupload gambar Fida tak bertudung ke Facebook  menyebabkan Fida mendapat malu yang teramat sangat .. Janganlah kata itu untuk tontonon peribadi. Amat bodoh sekali jawapan itu. OK , itu cerita lama yang patut dijadikan pengajaran .

 

Ni ada lagi kes perempuan perempuan yang tak sedar diri yang suka mengupload gambar seksinya ke FACEBOOK untuk tontonan kawan-kawan mahupun ahli keluarganya ! Jangan tak tau !! Ada okeh !! Dia rasa bangggaaaaa sangat dengan perbuatannya .. Bila orang jaja gambar dia , tau pulak malu !!  Hampehhh ..

 

Persoalan  ! Dia tak fikir ke maruah keluarganya ? Kalau diri tu dah takde maruah , jangan gadaikan maruah keluarga dengan menayangkan gambar seksi ala ala api neraka tu di FACEBOOK !  Sapa suruh follow FB dia eh ? Masalahnya dulu tak gituuuu.. Gitu ok jee.. Dulu , berbaju kurung weh ! Tapi bila dah kenal dunia GLAM gitu , terus lupa daratan !

 

Akak .. akak tu bukan mantap sampai umur 60 tahun ! Lagi setahun dua , layut dah !!  Maaf cakap kasar ni .. Tapi aku serius tak leh tengok perempuan begini ..

 

Aku bukanlah nak tunjuk alim ..Tapi aku malu weh.. Perempuan tu , melayu dan beragama Islam .. Kalau nak buat gitu sekali pon , buat la antara ' kau dengan Allah'.. Kitorang tamo tengok.. Kalau tengok , kitorang sedekah pahala kat kamu tu..

 

Jawapan terbaik.. UNFRIEND .. Semoga bergembira dengan dunia GLAM kau yang tinggal sehari dua dan seterusnya akhirat tanpa batasan waktu ..

 

Ada aku kisah ??? Aku tau itu yang akan kau kata dalam hati .. Bak kata kawan blogger , KALAU KAU MATI , KAU MANDI SENDIRI , KAU ANGKAT JENAZAH KAU SENDIRI , KAU TANAM SENDIRI , KITORANG PON TAK KISAH LAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA ...

 

Bukan marah tapi nasihat ...

 

Blog Pilihan : this is qimay

Akhirnya , Jacky Chan lakonkan adegan ranjang !

 

image

Ini adalah kali pertama adegan ranjang Jacky Chan setelah hampir 100 buah filem dia berlakon. Adegan ini dilakonkan bersama Li Bing Bing setelah kedua-dua-'memabukkan' diri sekejap ..

 

Menurut Li Bing Bing , dia terpaksa memabukkan diri kerana gementar untuk melakon adegan bersama Jacky Chan. Namun , adegan itu terpaksa dipotong kerana terlalu panas untuk ditontonan umum ..

- Yahoo

 

Blog Pilihan : keyna kina

Bila FARID KAMIL dijadikan AYAHANDA ..

 

Dulu Awie.. Skang Farid Kamil ... Hurm...  Tahniah la yer .. Hurm ...

image

Ayahanda kawasan mana pulak ni ? Awie , setahu aku Ayahanda di Bukit Antarabangsa tu ..kan ? 

 

image

Gambar ni diambil oleh aku sendiri sewaktu Awie datang ke majlis perkahwinan sepupu aku di Pulau Pinang.. Kira 'adik-beradik' la.. Ada kes sewaktu Awie , problem di Penang dan sepupu aku dan kawan dia ( atas arahan) tolong settlekan .. Best kan ? Rujuk entri SINI ..

 

Bukan takat Awie je .. Yang satu kes ni ,  aku pon join sekali .. Waktu Adam AF ada masalah dengan ayah angkat dia  .. 'Adik beradik' gak terlibat masa tu .. Aku ikut sekali masa tu .. Memang layaaannnn .. Bila along angah turun.. hehehe .. Otai Kg Baru turun masa tu.. Kekekek.. Ni real punya KL GANGSTER .. nun tahun 2007  kot ..

 

Tapi tu cerita dulu laa... Ada bagus dan ada tidak bila kuasa disalahgunakan .. Wallahualam .. Harapnya tidak berlaku pada Farid Kamil ..

Bayangkan jika kepala korang ditembusi dengan ...

 

Paku menembusi tengkorak kepala anda !  dan lain lain lagi ..

image

 

image

 

image

 

image

image

 image

Nak tau apa kes semua ni ?? Klik SINI

Akan ku miliki hati mu itu .. (2:9)

E : [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] ..

Episod [2:1] [2:2] [2:3] [2:4] [2:5] [2:6] [2:7] [2:8]..

 

" Hurmmm ... "

 

" Hurmm .. "

 

"Entahlah.. "

 

"Serik dimalukan begitu .. "

 

" Tak pelah .. Biarlah Ben begini. Dulu boleh , sekarang pon ok jer .. Tak pernah mintak kasih sayang dari sapa sapa pon .. Haih .. "

 

" Mungkin bukan jodoh kita sekarang .. Ada baiknya kita berkawan .. tu mungkin yang terbaik buat kita.. Mana tau , jika ada jodoh kita , tak kira miskin atau kaya , pasti bersatu .. "

 

" Yelah , Ben balik dulu .. Jumpa lagi .. Bye Adawiyah .. "

 

 

Masih bermain di kepala aku segala perbincangan antara aku , Riana dan Adawiyah. Aku nampak Riana memandang aku dengan penuh kesayuan.  Apa lagi yang boleh aku katakan lagi ? Cukuplah aku dimalukan begitu tadi.

 

Kembali merenung komen yang ditinggalkan oleh Anonymous di blog aku.

 

Anonymous  berkata... [Reply to comment]

Kenapa Ben ? Kamu semakin 'menghilang'. Apakah cinta membinasakan kreativiti kamu ? Saya rindukan Ben yang dulu. Penuh 'romantik' tapi sekarang ??

 

Haih......Buntu aku ...

"Ibu mengandung , kenapa kerap muntah muntah (Lanjutan ) ."

 

Firman Allah Ta'ala ( al-Haj 22:5-7):


Maksudnya: Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebgai bayi, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun (sangat tua), supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah. "

 

Ada yang kurang faham di entri INI .. Aku ni bukanlah ahli agama untuk membincangkan isu agama atau seorang doktor . Tapi apa yang berlaku pada isteri aku membuatkan aku tertanya-tanya ..

 

Menurut seorang rakan blogger yang mana seorang doktor , katanya itu adalah perubahan hormon yang menunjukkan kandungan sihat .. Ok , aku terima .. Tapi dari satu sudut aku kembali terfikir ..

 

"Apakah sumber rezeki aku itu halal ? ". "Apakah makanan yang isteri aku makan di kedai tadi tu besih ? Atau kandungan makanan tu ada yang dicampur bahan yang tidak halalkah ? "

 

Isteri aku mengandung 3 bulan .. Orang kata awal trimester ni , si ibu kuat mabuk dan muntah-muntah .. Kembali lihat pada ayat Al-quran tadi ..

 

"dari setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi ."

Sebagai seorang ayah dan ibu , kita asyik fikir 'baby tu' asyik lapar je kan ? Jadi kita asyik cari makanan .. Tapi macam aku kata tadi la.. kita terlupa bahagian tu .. Setiap saat dan minit , Allah mengajar kita dalam kehidupan ini ..

 

Aku terfikir .. "baby ni tak nak dibentuk dengan makanan yang tak bersih atau sumber rezeki yang tidak diberkatikah ?" . Apakah duit yang aku dapat itu tidak berkat ??? ".

 

Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu…”(al-Baqarah:172)

 

Bila terfikir gitu , aku kena hati-hati dengan apa yang aku lakukan sebelum ini kerana aku akan membesarkannya dengan pekerjaan yang aku lakukan ..

 

" Makanan dan minuman yang halal dan baik itu menjadi punca kebersihan akal, jiwa dan batang tubuh manusia. Mereka yang membesar dan berkembang dengan sumber makanan halal dan baik akan mendorong mereka lebih berhati-hati jangan sampai terlanjur melakukan perbuatan budaya berdosa. Jika terlanjur pun dia akan segera menyesali dan bertaubat nasuha. Begitulah hebat dan mujarabnya kesan makanan halal kepada akal, jiwa dan fizikal manusia. "

 

Dalam Ihya ‘Ulumuddin karya Imam al-Ghazali tentang kesan makanan yang haram kepada zuriat iaitu anak-anak :


Jika kita ingin anak kita menjadi soleh, bijaksana dan berguna, berikanlah ia makanan daripada rezeki yang halal sejak mereka dilahirkan. Makanan yang halal selain daripada menjadikan anak kita berguna, boleh menjadikan mental mereka cerdas dan pintar. Sebaliknya anak akan menjadi derhaka terhadap kita jika ia diberi makanan yang kotor ”. - Sumber

 

Bayangkan maksud yang tersirat dari setiap kejadian. Kita diminta berfikir dan berhati-hati dalam setiap perbuatan ..

 

Sekadar terfikir.. Wallahualam ...

 

Blog Pilihan : Muhammad Najmi

Malaysia's First Ever Blogger MasterChef !

Malaysia's First Ever Blogger MasterChef ! Waaahhhh ??? Siapakah ??? Hehehe.. Tak yah masuk la Mat .. Dah tentu tau sapa punyaa !!

Nin diaaaaaaaaaaaaaaaa... Chef dari sedenak ! Walaupun tiada title Chef namun aku bagi ! Yearghhh... Sekadar title je kan ? Apa adaaa.. Hehehehe ...

 


Sapakah pilihan hati ku ??? Eh , ni bukan pertandingan sapa pilih sapa atau kena klik LIKE tapi ni aku sendiri pilih jer ... Tak yah masuk pon tau dah confirm menang punyaa arrr...


Blog Pilihan : Sch@
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI