Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 26 September 2011

Kenapa aku tak layak jadi Artis Hiburan ..

 

Yer , aku tau .. aku tak layak.. Tapi andai kata la kan , aku berminat atau tidak , nak jadi pelakon , penyanyi mahupun mereka yang bergelar bintang ini , sesungguhnya aku tidak layak sama sekali dan tamo laaa berada dikalangan mereka ..

 

Sepetang bersama mereka di Star Hill , membuatkan aku rasa cam jakun sekejap walaupun itu bukanlah kali pertama aku berada dalam majlis yang disertai VVIP namun entah kali ni aku rasa macam , hurm.. satu pentas sandiwara yang penuh dengan kepura-puraan. Maaf yer cik Selebriti .. Anda pun akui perkara ni kan ? Tergambar di wajah masing masing . Anda hanya perlu lakonkan saja .. kan kan ?

 

Bila aku perhatikan muka sorang sorang artis yang hadir , dalam hati aku , alangkah bertuahnya mereka yang bergelar ustaz , ustazah , ulamak yang menghabiskan masa mereka untuk berdakwah ke jalan Allah ..

 

Aku tak kata la artis ni teruk cuma kesian je la.. Kena berlakon dikalangan mereka walaupun takde kamera menghala ke arah mereka .. 

 

Dan sekali lagi , itu bukanlah duniaku .. Cukuplah aku sekadar menulis blog dan dikenali hanya di blog .. Mencari rezeki dengan blog juga ... Apa yang berlaku di masa akan datang , itu adalah ketentuanNya dan buat masa sekarang , aku bersyukur pada Allah atas segala bakat yang dikurniakan pada aku ..

 

Tamo laaaa jadi retisss...

 

Blog Pilihan : penDragon ( dipilih secara rawak di widget FOLLOWER terkini )

( Gambar ) Sekitar Pelancaran Album Dato' Siti Nurhaliza

 

image Album english pertama dari Dato ' Siti Nurhaliza yang aku dapat percuma tadi la .. Kalau suruh beli , belum tentu lagi la.. hehehe... Aku dah dengar tadi dalam kereta .. Mmg boleh layan.. Best !

Antara  lagu yang terkandung dalam cd tu ialah All Your Love , Nobody Else , Tonight , All Over Again , I'll Wait Forever ,Falling In Love , I Cry Out , Fight Four Love , Stand Up .dan  Remember You feat Sean Kingston . Lirik pun ada eh.. hehe..

Psst, tak sangka lak member blogger tuuu pun dah rembat satu tadi... hehehe.. Sapa ?? Tuuuuuu.... heehhe.. Eqbalzack .. Cayalah bro.. Minat eh..

 

Jom tengok apa yang berlaku di sana petang tadi ..

IMG_8281Haaa... Datuk Khalid bersama anaknya .. Kalau tak silap aku , What's Up  yang menerbitkan album ni adalah syarikat milik mereka sendiri.. Dan Warner Music juga terlibat sama.

IMG_8288Ehem.. Azwan Ali ... seperti biasa ..

 

IMG_8293   Maria Farida , juga seperti biasa ..

 

IMG_8303

Ana Rafali yang baru tiba , tidak ketinggalan mendaftar nama di buku tetamu VVIP ..

 

IMG_8317Natasha Hudson ..

 

IMG_8327 

Sekali lagi , Ana ..

 

IMG_8349

Aizat and the gang.. Aku tak tau apa nama diorg ..

 

IMG_8355

Bro Naz kena terjah akhirnya !

 

IMG_8357

Tak kenal .. Fesyen rambut yang aku buat nun tahun 90 an.. Ketinggalan dia ni .. Fesyen rambut tentera .. hehe..

 

IMG_8376Dato' Siti munculkan diri akhirnya.. bersama anak tirinya ..

IMG_8385 

Antara gimik sebelum pelancaran dan persembahan Siti ..

IMG_8414

IMG_8419

IMG_8445

IMG_8451

Kucupan tahniah dari suami tercinta .. Ehem ..

 

Ok ... cukupppp ... kang lelebih muntah lak korang tengok gambar ni .. hehehe ... Terima kasih pada Farid Islahudeen aka Fais , selaku jurugambar bagi BENASHAARI.COM dan juga adik aku.. hehe ...   Thanks bro !

 

Dan aku dapat projek SimplySiti tuuu.. Alhamdulillah... Tu tujuan utama g sana .. Hehehe. ..

Artis paling GLAM di pelancaran album Dato' Siti Nurhaliza 2011

IMG_8347

Jatuh kepada , Ana Rafali laaaa .. sapa lagi kan ? Tengok , simple gile jer.. Tak kisah bab glam ke lip lap ke.. Janji cun tetap ada .. Yang penting sopan kan ? Skit hari lain , leh tutup aurat sebenarnya yer Ana.. Tunjuk contoh baik pada peminat ..

 

Yang paling seksi sapa ???? Jeng jeng jeng ...

 

Blog Pilihan : Nurahiza

Akhirnya Dato' Siti Nurhaliza muncul..

Tak nampak dah rambut tapi ... Cam biasa , kita tau la kann ..

Well .. ini bukan duniaku .. Hehe... Tunggu sambungan selepas ini .. heheh .. babak makan kot ? Haaha. Baik balik makan ngan wife aku... Lagi seleraa..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Akhirnya ... aku duduk diam saja ..

Batu ini menjadi saksi .. aku takleh nak masuk dunia yg penuh glam ni .. Nampaknya , biarlah aku mengintai dari batu ini saja..

Oh..apakah aku sudah tua ?? Atau aku ini seorang yg pemalu ?? Eceh.. Takpelah , biar adik aku je buat keje .. Dia jadi photographer ..cover utk aku .. Ahaks ..

Takde pelakon cungg ker ?? Eh , botak ada.. aku ingat besau benar .. kalau aku jadi botak , mesti lagi brutal punya .. perghh..

Perasan daaahhh .
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sekitar pelancaran album english pertama Dato' Siti Nurhaliza ..

Ramai artis yg turun tapi entah kenapa , aku tak berminat nak bergambar dgn diorang , buat masa skg.

Datang sini sekadar nak merasai pengalaman dunia yg dikatakan penuh glamour ni ..

Hurm ...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Bila Ben jumpa Cik Epal ..

GLAm kauuuu ... Hehe ..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Setelah bertahun lamanya..

Perghhh.. aku rasa macam aki ni seorang cleaner di samping-samping CEO CEO bila dlm STAR HILL ni ..

Last aku datang sini , umur 20 kot ?? Lupa dah .. Hehe.. Cun kan
?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Ipoh Gengster bakal ganti KL Gengster ?

 

Tu dia.. Realiti kehidupan di Malaysia .. Sekarang tak takut dah pada pihak berkuasa.. Takut pada Tuhan ? Lagi la tak .. Takut mati , ye la kot.. Berani tu kejap je ...

 

Dulu , aku tak tau pun kewujudan perkataan 'Langsi' dan 'Apa celup' ni .. Terima kasihlah pada pembikin filem masakini yang telah membuka mata aku .. Nampak sangat aku ketinggalan zaman .. Perghh... Tapi syukur , alhamdulillah .. Biarlah aku ketinggalan zaman dari mengikuti arus zaman sekarang ni yang entah semakin hilang nilai nilai moralnya.. Salah siapa ?? Jangan tuding menuding .. Sila selak kain sendiri ..

 

Haa.. ni berita terkini hiburan sensasi . Berbekalkan pengalaman belajar bergaduh yang ditonton  kat filem barat ( filem kita tak ajar gitu ) , maka telah berlaku satu kes yang mana seorang remaja maut akibat ditetak oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dan ianya berlaku di IPOH ..

 

"Dalam kejadian 8 malam tadi itu, mangsa yang menunggang motosikal dikejar oleh sekumpulan lapan lelaki yang menaiki empat motosikal berhampiran simpang empat lampu isyarat Falim, Menglembu.

"Mangsa kemudian dikepung dan kumpulan lelaki itu menyerang dengan menetak di kepala dan badan dengan parang.Kumpulan itu kemudian melarikan diri selepas mangsa terbaring di atas jalan manakala polis yang menjalankan siasatan ke tempat kejadian menemui dua bilah parang yang dipercayai digunakan oleh kumpulan berkenaan.".

 

Perghhh.. tu aku kata tadi .. Bukan KL je Gengster tapi IPOH pon dah mula Gengster .. Aku percaya bukan takat IPOH malah bandar bandar lain pun ada Gengster .. Perghh... Aku hidup dikalangan Gengsterisme ..

 

Nak join group mana eh ???  4U2C ada lagi tak ? Newboyz ?? Aiseyman .. Aku g masjid je la ... Geng Masjid .. Geng Surau ada dah .. hehehe ..

 

Sumber Berita : Bharian

Perlukah DBP terlibat sama dalam penapisan filem masakini ?

 

Selain Lembaga Penapisan Filem ( LPF ) , agak agaknya la kan perlu tak Dewan Bahasa Dan Pustaka juga libatkan diri dalam penapisan filem sekarang ini memandangkan rakyat Malaysia kembali menonton filem tempatan ?

 

Atau mungkin dah ada wakil dalam LPF ? Kalau benar dah ada , kenapa perkataan-perkataan pelik wujud dalam filem ? Sungguhpun wujud perkataan di dunia nyata , perlukah unsur negatif itu diterapkan dalam filem yang ditonton oleh anak remaja kita ??

 

Jangan main sedap nak kaut untung sampai ketepikan adat budaya kita .. Cuba tengok filem filem P.Ramlee (maaf , tu antara contoh filem terbaik masakini )  , bahasa dia tetap standard walaupun dalam babak samseng.. Jangan kata bahasa Melayu baru nak dicipta tahun tu ??? Tak silap , tokey produksi tu  dari Hongkong kan walaupun beroperasi di Singapore .. P.Ramlee tetap terapkan nilai cintakan bahasa Melayu .. Sekarang?? Lu langsi ? Apa celup ??

 

Filem mendidik penonton secara tidak langsung .. Apakah ingin perkataan perkataan negatif ini diucapkan oleh anak remaja kita sekarang ?? " Apa celuuuup  !!! " Cuba fikirkan dari mana datangnya perkataan tu ?? Ada blogger membongkarkan ayat tu .. Menurutnya , APA CELUP tu  ialah WHAT THE FUCK !

 

Terperanjat ? Rujuk entri sahabat APA CELUP adalah WHAT THE FUCK .. Baca dan fahami sendiri .. Inikah budaya yang ingin kita pada masa akan datang ? Budaya berbahasa samseng ???

 

Diharap pembikin filem dan penulis skrip dapat menilai semula setiap karya mereka .. Ingat , apa yang anda lakukan adalah saham anda .. Diharap DBP dalam ambil langkah permulaan.. Jangan tunggu hancur baru nak mula bersuara ...

Fenomena Najwa Latif ..

 

Cinta Muka Buku .. Facebook Love ? Hehe.. tak kisah la .. Adik Najwa kita ni dah mencetus satu fenomena di kalangan remaja dengan lagunya yang popular tu .. Dasat kan ? Skang lagu tu top di stesen stesen radio .. Ok la kan ?

 

Aku pernah lepak sekali Najwa sewaktu  buat vlog dia bersama 1tube. Orangnya , cool .. Pemalu tapi hormat pada yang tua .. Alhamdulillah .. Berlagak ? Jauh sekali.. Suara ?? Best ! Main gitar pon teror .. Cikgu Siti Hajar yang ada ketika tu pon sukakan suaranya..

 

Punya bakat dan tak mustahil akan meletop dalam masa terdekat ni. Harapnya , Najwa jgn jadi cam ada sorang 'akak' tu la .. Bagi aku , mengarut kebelakangan ni.. Maaf cakap yer buat peminat 'akak' tu .. Bukan anti tapi bagi aku , mmg mengarut ..

 

Buat Najwa , teruskan usaha .. Jangan lupakan pelajaran .. Tu paling penting .. Jadilah artis berpendidikan seperti arwah Sudirman serta kreatif seperti Allahyarham Tan Sri P.Ramlee .. Yang penting , hiburkan peminat anda dengan bakat di samping berdakwah .. InsyaaAllah ... OK ? Cun !!!

 

Blog Pilihan : mrs penguin

" Mudahnya jadi GURU , kan ? "

 

Umur aku , 35 tahun . Pelbagai pekerjaan pernah aku buat termasuk menganggur bertahun lamanya.. Sepanjang 35 tahun ini , apakah pengalaman hidup yang paling menarik sekali yang tak mungkin aku lupakan ?  Menjadi GURU SANDARAN selama 2 tahun ..

 

Apa yang menariknya ?  Sepanjang 2 tahun itu , aku merasainya seperti bertahun lamanya .. Setiap saat bergerak adalah saat yang sangat indah !  Melihat muka anak murid mengingatkan aku pada zaman persekolahan dulu , betapa aku anti pada guru !!

 

Bila aku bergelar GURU , aku akan pastikan anak murid tidak ANTI pada aku ..  Sukar sangat tapi itulah kehidupan ! Ibarat seorang rodeo menjinakkan seekor kuda liar .. Jika dijinakkan , kuda itu akan menurut kata malah akan manja pada tuannya .. Aku tak la kata anak murid tu kuda tapi ibarat laaa .. aiseyman..

 

Sukarkah menjadi GURU ? Tak ! Jika punya minat serta dedikasi terhadap tanggungjawab , InsyaAllah akan dipermudahkan . Jika takde minat , suruh jadi perompak pon tak mungkin dapat rompak rumah ! Haa.. Tu contoh je la.. Jangan ikut lak !

 

Mungkin korang kata , " Alaa.. 2 tahun pon nak kecohhh .. "... 2 tahun di situ , 6 tahun di sektor awam yakni kementerian  pelancongan , 4 tahun bergelar programmer , 2 tahun jadi konduktor bus sekolah .. Haaa.. Aku tetap kata 2 tahun sebagai guru itu tetap indah !

 

Saat paling aku suka ialah , menarik kerusi murid kemudian duduk di tengah-tengah kelas dan diam ! Bayangkan la masa tu badan aku cam Stone Cold ngan kepala botak lagi ! Hahahahaha.. Diam wehh anak murid !! Hahaha.. Dalam hati aku , ketawa terbahak bahak .. Rupanya camni laaa perasaan cikgu aku dulu ehhhh .. Hahahha.. Hampehh ..

 

Bila kelas tak dapat aku nak handle , aku panggil semua dah duduk di lantai .. Aku bukak cerita .. Kisah pengalaman hidup aku yang aku tokok tambah lagi bagi lagi sedap dan menakutkan mereka .. Haaa.. Yelah , aku jahat .. hahaha.. Tapi niat aku nak sedarkan mereka akan beruntungnya mereka sekarang ini berbanding nenek moyang kita dulu ..

 

Aku bersekolah Menengah di sebuah sekolah yang mana zaman aku tu , kalau sebut nama sekolah tu , confirm menitis air mata punya laah ..  Antara sekolah budak nakal . Aku ni dah la baik budaknya.. Takde rekod disiplin langsung wooo .. Tapi bila tercampak kat situ atas sebab yang tak diketahui ( UPSR cemerlang okeh !) , aku tawakal je la.. Nasib baik ada abang aku kat situ .. Abang aku tu lak , dah jadi cam adik beradik ngan Pengetua sekolah . Takat kena rotan tu ibarat dapat gula gula setiap hari .. Tu abang aku ..

 

Budak nakal ... Bila aku masuk situ , aku jadi nakal.. Dalam kepala aku hanya nak main bola je .. Pelajaran , bila ujian , 50-50 je lulusnya .. Malas belajar ..

 

Satu hari tu , seorang guru Sains , panggil aku mengadap dia .. Dia berikan aku satu buku teks tambahan untuk rujukan pembelajaran aku .. Weh !! Mengalir airmata okeh !! Tak sangka ada guru amik berat pada aku .. Selepas tu , subjek Sains adalah subjek kegemaran aku .. Kalau gagal , aku malu pada dia ..

 

Dalam kelas , aku duduk bersebelahan dengan seorang budak ni .. Dia ni , masa SRP ( skang PMR ) , score cermerlang punya laaa .. tapi dia tak nak masuk sekolah budak pandai .. Nak stay sekolah tu gak.. 

 

Satu hari tu kan , dia datang sekolah .. Dia bawak satu paket besar ganja !! Terkedu aku !! Aku rasa kalau buat spot check , ngan aku sekali kena ni  sebab subahat ! Tapi dah dia ni spesis gengster sekolah , aku wat dek je la .. Lagi pon dia bukan kacau aku pon ...

 

Malangnya pelajar pintar cam dia ni , terbiar hanyut .. Bukan dia je , ramai lagi .. Yang nak belajar ni ramai sebenarnya tapi tak dapat perhatian dari guru.. Aku tak salahkan guru .. Tapi kalau semua guru punya semangat dedikasi terhadap anak muridnya , aku rasa sampah masyarakat di negara kita ni berjaya dikurangkan ..

 

Sebenarnya banyak cerita nak dikongsikan bersama tapi panjang lebar lak .. Kesimpulannya bagi aku , Menjadi GURU adalah seperti menjadi LILIN .. Gaji tak seberapa tapi pengorbanannya adalah sangat mulia .. Bukan semua orang mampu jadi guru yang baik dan benar benar komited pada amanahnya ..

 

Bagi mereka yang bergelar guru sekarang dan akan datang , Terima kasih .. Tanpa anda , sekolah tiada berseri.. Berkhidmatlah kerana Allah .. Berkhidmatlah kerana anda mencinta tugas anda itu .. Anggap  setiap anak murid seperti darah daging sendiri.. Didiklah mereka seperti mana anda dididik satu tika dulu ...  Terima kasih Cikgu..

 

Sekadar pengalaman hidup ...

 

Blog Pilihan : NasZ

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI