Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 27 September 2011

Hati-hati dengan apa yang anda bisikan di hati ..

 

 

" ARghhh... baik aku mati jee dari hidup begini !! " .

 

" Benci ! Aku sumpah kau jadi monyet jadian ! " .

 

" Celaka budak tu ! Eksiden kau kat situ !! " .

 

Perasan tak ? Tak kan ? Kadang kadang main sedap je kita sebut dalam hati seperti " Eh , lantak laaa.. nak kencing manis ke .. darah tinggi ke ... badan aku .. suka aku la .. !" .. Kalau itu jatuh sebagai doa camana ??

 

Aku spesis panas baran. Dulu la.. Sejak ada darah melambung ni , aku kena kawal dah amarah aku ni .. Sekali dia hinggap , demam , mengeletar , sakit kepala , pasti menjengah .. Apa yang berlaku aku rasa adalah dari kecabulan mulut aku sendiri ..

 

Ayah aku sering bagi nasihat untuk kawal sikap panas baran aku ni.. Nanti dapat darah tinggi baru tau .. Ada aku kisah ?? Masa tu aku muda lagi .. Suka sangat ikut syaitan punya perangai ..

 

Akibatnya ? Sekarang dah ada darah tinggi ... Ni sbb dok berkata dalam hati la ni..  ' ada aku kisah aku ada darah tinggii ?? ' ... Sekarang ?? Baru padan muka aku ! Mmg aku kisah aku ada darah tinggi !

 

Jadi , berhati hati dengan apa yang korang bisikkan di hati .. Kelak menyesal sampai mati ..

5 blog yang aku minat ..

 

Setelah hampir sebulan aku tak buat segmen , malam tadi aku buat satu segmen pendek khas buat rakan rakan blogger yang teringin mencari rakan baru ..

 

Kalau aku nak cari rakan blogger baru yang rajin , pastinya mereka antara yang pasti aku kunjungi.. Kenapa ? Tu korang masuk dan baca sendiri entri entri mereka ..

 

38 buah blog... Blog manakah yang menjadi pilihan mereka .. 5 buah blog yang telah menjadi pilihan hati mereka sejak kenali dunia internet ini .. Jom tengok ..

" Aik?? Masuk sama sama.. tapi aku je keluar ?"

 

Alhamdulillah .. Nampak ok sikit wife .. Setelah 2 botol air dimasukkan , dah tak nampak pucat muka dia .. Dah boleh tersenyum dan bertambah selera makannya ..

 

Diceritakan kembali pada aku saat-saat dia didalam wad semi kritikal tadi , dia kata disebelah katil dia ada seorang lelaki dalam lingkungan 20an pun turut dimasukkan air.. Punca sakit tak tau ..

 

Wife kata bro tu tidur jer... Berdengkur dengkur.. Perghh.. mau tak dengkurnya , nurse jaga .. Haaa...  Wife aku tak leh tidur.. Dia mmg susah nak tidur kalau ada orang yang tak dikenalinya ada berhampiran .. Maka berjagalah dia sehingga habis 2 botol tu kira-kira 3 jam jugak la..

 

Menariknya , selepas 3 jam , bro tu punya air tak jugak abis.. Akhirnya dia panggil nurse...

 

" Patutlah... air tak bergerak dari tadi ! " .. kata nurse setelah buat pemeriksaan kat botol tu haa..

 

Boleh ??? Hahahhaha.. gamaknya lagi 3 jam la dia dlm tu.. Wife aku , selamat dh keluar .. Sian bro tu eh .. hehehe.. Tak pe , nurse comel comel dalam tu ..

 

Blog Pilihan : aQu dOt cOm

Segmen : Jom Kenali Blog Saya ..

 SEGMEN DITUTUP SUDAH !

Lama tak buat segmen eh ? 

Dinasihati mereka yang  ingin sertai segmen ini  dengan niat semata -mata nak tinggikan trafik atau ramai follower , sila batalkan niat anda itu untuk menyertai segmen ini  .
Tiada penyenaraian entri juga dibuat. Segmen dibuat atas permintaan. Terima Kasih .

Segmen ni adalah bertujuan mencari kenalan blogger-blogger yang baru buat blog selepas Ramadhan yang lepas . Mudah je nak join segmen ni .. Tutup tepat jam 11 malam ini ( 27hb September 2011).

Siapa yang layak join ? Siapa saja yang punya blog boleh join. Tapi sekali lagi diperingatkan , ini bukan segmen trafik atau follower. Ini sekadar berkenalan antara satu sama lain .. Ok ? Faham ? Tak faham , jangan join . Nanti jadi isu lak..

Apa yang perlu buat ialah , sediakan satu entri baru ..
image
  1. Letak  logo ini di permulaan entri sebagai tanda penyertaan segmen ni ..
  2. Tajuknya : Jom Kenali Blog Saya dan linkkan ke entri ini .
  3. Beri latar belakang secara ringkas kenapa anda buat blog ?
  4. Jelaskan kenapa anda nak para blogger/ pembaca singgah ke blog anda ?
  5. Berikan 5 buah blog yang menarik yang mana anda pernah jumpa selama anda mengenali dunia internet ini .
  6. Impian anda terhadap blog anda ?
  7. Siap ? Tinggalkan url di ruangan entri ini .
Tu saja .. Senangkan ? Jadi segmen kali ini juga merupakan sebuah entri .. Tulis dengan menarik agar mereka tertarik .. 

Inilah masa nak pikat pembaca baru anda .. Join , dan kunjungi mereka yang telah sertai segmen ini , jika punya kelapangan waktu. InsyaAllah .. Sekadar berusaha.

Selamat Bersegmen

'Teringin..'

Masih lagi kat hospital Putrajaya.. Lama jugak tunggu .. Ni baru je masuk. Jangka masa, tgk entri yg sebelum ni dan yg ini.


Sebelum masuk tadi , wife sempat mintak nak makan pau kacang yg dijual kat cafe tadi.. Nasib baik dekat dan tinggal satu je lagi !!! Nak makannya skit jee , tp tinginnya mkn nak makan gajah ..


Ni la dugaan seorang suami .. Kena ikutkan saja kehendak si isteri mengandung .. Selagi mampu dan tak mengarut , turutkan saja kehendak mereka.


Kesabaran mmg perlu ketika ini .. Dua dua kena byk sabar.. Bakal suami , jgn ingat part sedap jer... Bakal isteri ?? Ni ibu ibu leh tolong jwbkan ..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Masuk hospital jugak akhirnya aku..

Hospital Putrajaya yg terletak berdekatan Stesen Putrajaya. Jalan kaki pon boleh sampai..Peluh skit jer...hehe..

Aku ke sini atas arahan doktor .. tapi bukan aku yang diarahkan ..hehe..wife.. kena masuk air kata doktor tu ..

Tapi kalau doktor check aku , aku rasa dengan aku aku sekali kena tahan kat wad !
Published with Blogger-droid v1.7.4

Isu Hantu Bonceng : Ahmad Idham-Pemuda PAS selesai. Kesimpulan ?

 

Aku tau ini isu basi . Zizan dah minta maaf . Kes tutup. Ahmad Idham pulak ada ke ? Setakat kenyataan yang dibaca di intenet ni , tak nampak pulak dia minta maaf . Mungkin baginya adegan tersebut ok kot ?  Wallahualam .

 

Perbincangan antaranya dengan Pemuda PAS dah menemui kata sepakat.

 

“Pertemuan ini memberikan hasil yang cukup positif. Selain itu, ia juga menunjukkan sifat keterbukaan kedua-dua belah pihak dalam menerima sebarang cadangan sekali gus mampu memperbaiki penghasilan filem pada masa akan datang untuk industri perfileman tempatan.

“Perbincangan ini turut mencapai kata sepakat sementara pihak Pemuda PAS juga bersedia menyokong penerbitan filem tempatan khususnya yang boleh membawa mesej berguna kepada masyarakat,” - Mstar

 

image

Ni pendapat aku pulak ... Tiada pengajaran dalam filem HANTU BONCENG . Penonton disajikan dengan adegan yang hanya mampu ketawa tapi kosong ..

 

Selepas ni , kalau filem arahan Ahmad Idham .. aku download je dari internet atau beli je cetak rompak , atau suruh member je ceritakan kat aku ..  Ok bro ? Jangan ingat box office tu dah cukup bagus. Nasib baik ada Si Zizan yang keloloh tu.. Kalau tak ? Filem tu pon sama bungkus.

 

Zizan , jangan lupa pesanan otai. Kamu naik melalui undian peminat. Peminat bayar nak tengok sesuatu yang memberi manfaat buat mereka dan keturunan mereka satu hari nanti . Psst.. kaji balik filem P.Ramlee..

 

Isu ditutup. Selamat maju jaya buat mereka .. Ampun maaf dari BenAshaari.Com

 

Blog Pilihan : BiQaHatmin

Lagi mengenai Klinik Kesihatan Putrajaya , Precint 3

Selain daripada pemeriksaan ibu dan anak , utk pesakit luar pun ada .Aku tak perasan tadi sbb klinik ni dipecah dua bahagian.


Menurut seorang rakan pembaca, klinik ni utk komuniti tempatan.. Mungkin utk yg keja atau tinggal berhampiran je la kot .. Yang tinggal kat Seberang Takir , Kuala Terengganu atau kawasan yg sewaktu dgnnya , tidaklah digalakkan datang yer ...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Kena serang lagi ??

Haih .. sakit kepala.. berpinar pandangan mata aku ni .. ubat tak bawak .. Ni gara gara makan tom yam masin semalam la ni .. terus sakit kepala aku..


Terasa semakin pening sejak bangun tidur pagi tadi .. Waktu drive ke klinik ni , nyaris beberapa kali nak eksiden sbb tak perasan kereta kat sebelah..

Gamaknya ,balik ni wifelah kena drive.. aku dah tak boleh bukak mata ni.. pening .. blog pon nak off day jer .. lama tak cuti blogging ..


Takde gossip panas dari aku la hari ni jawapnya .. dan cerpen aku pun tergendala jap .. Nak kasi idea yg fresh.. sabar eh ..


Terima kasih atas sokongan ..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Klinik Kesihatan , Precint 3 , Putrajaya.

Terletak di antara bangunan Kementerian Asas Tani dan Maybank atau lebih tepat lagi bangunan hijau g cun , klinik kesihatan milik kerajaan ini menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan untuk ibu mengandung dan anak. Ayah mengandung takde ,okeh !

Nak ke sini , mudah jer.. G cari bangunan Palace of Justice.. parking kat sebelah bangunan tu . Bangunan hijau tu terletak berhampiran dengannya..

Buat masa sekarang , ramai tak tau kewujudan klinik ni.. maka buat ibu mengandung yg nak buat kad merah , bolehlah ke sini..
Published with Blogger-droid v1.7.4

FACEBOOK kena bayar ?? Ada aku kisah ?

 

Serius , aku tak hairan semua ni .. Kalau betul sekali pon , inilah hakikat kerja yahudi .. Dia kasi kita makan sampai gemuk secara percuma .. Sampai kita nak merangkak pun tak boleh .. Dia kasi tolong suapkan lagi !! Secara percuma dan bila kita tak leh hidup tanpa makan dalam masa seminit , diorang kenakan bayaran ..

 

" Lu mau makan ??? Lu bayar !! Tamo kalu ?? Selamat jalan romeo ! "

 

Apa cerita ?? Bijak tak yahudi atur strategi ?? Sama gak laa bab download mendownload ni .. Dia kasi free jeeee download movie ni .. Diorang blocked kira wat lakonan je.. Saja nak kasi leka umat Islam menonton semua filem filem maksiat mereka .. Dan akhirnya ? Jiwa dan minda kita dijajah secara tak disedari ! Ada terfikir ??

 

Bab kena bayar ni la kan .. Nun masa NAPSTER tuuu.. Tau NAPSTER ?? Kalau nak download mp3 masa tu , guna je NAPSTER ! Senang gilerr !! Search , jumpa ..

 

Selepas semua bergumbira mengunakannya tanpa was-was tetiba ada akta royalti plakkkkk ... Tak pasal pasal NAPSTER kenakan bayaran !

 

" Lu mau download ??? Lu bayar  ! Tamo kalu , sila beli original ! Pirate kalu .. suara monyet jugak lu dengar ! ".

 

Agenda sapa ??  Yahudi jugak kan ? Sapa mangsa ??? Kita kita inilah ... Ada terfikir ?? Takde kan ?? Eh , ada ? Baguslah.. jadi apa tindakan kita ??

 

Boikot ????? Mampukah ?? Eleehhh..

 

FACEBOOK JUST RELEASED THEIR PRICE GRID FOR MEMBERSHIP. $9.99 PER MONTH FOR GOLD MEMBER SERVICES, $6.99 PER MONTH FOR SILVER MEMBER SERVICES, $3.99 PER MONTH FOR BRONZE MEMBER SERVICES, FREE IF YOU COPY AND PASTE THIS MESSAGE BEFORE MIDNIGHT TONIGHT. WHEN YOU SIGN ON TOMORROW MORNING YOU WILL BE PROMPTED FOR PAYMENT INFO...IT IS OFFICIAL IT WAS EVEN ON THE NEWS. FACEBOOK WILL START CHARGING DUE TO THE NEW PROFILE CHANGES. IF YOU COPY THIS ON YOUR WALL YOUR ICON WILL TURN BLUE AND FACEBOOK WILL BE FREE FOR YOU. PLEASE PASS THIS MESSAGE ON IF NOT YOUR ACCOUNT WILL BE DELETED IF YOU DO NOT PAY!

 

Pasni , TWITTER lak .. hahahah.. mana mau lepak ??? Blogspot pon pasni kena bayar !! Blog tak pe.. aku bayar ... Sbb berguna untuk aku.. hehehe ..

 

Propa je lebih diorang ni !

 

Blog Pilihan : NANA !

Otai Komedi sudah sound !

 

"Bila sudah popular dan mula hanyut dengan populariti membuatkan mereka lupa dengan tujuan asal mereka menceburi bidang ini.

"Mereka seharusnya lakukan sesuatu berbeza bagi menarik perhatian peminat dan mendapat sokongan mereka," ujar Saiful Apek di Mstar .

 

Aku tak tau la sapa yang bro Saiful tu kata kan .. Eceh.. Terus bro tu.. hahaha .. Bro tak bro  , yang penting respek .. ke nak panggil En.Saiful ? Waahh , ke Datuk ??? Hehehe.. InsyaAllah bang Saiful.. Hahaha.. sori wak ! Memain jer..

 

Tapi buat pelakon komedi , janganlah eksen sangat yer .. Ada antara awak tu tu naik disebabkan duit sms peminat awak tu .. Bila dah naik , eksen la plak .. Kang bila sakit ? Haaa.. kat sapa nak merayu undi ?? Cek pikiaq skit ..

 

Aku kebelakangan ni asik artis la plak eh ? Saja .. kasi variasi .. 2 tahun sudah berlalu .. Kena ada perubahan.. Tamo takok tu je kan .. Bergerak sedikit .. Tapi tak semestinya hiburan .. Mana leh 'bang' , kita bang ... asalkan niat kita adalah untuk sama sama mempelajari erti kehidupan ini dan kerana Allah .. InsyaAllah..

Berapa ramaikah antara kita sedar ?

Sedar apa yang sedang berlaku pada saudara kita ?
Published with Blogger-droid v1.7.4
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI