Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 1 Oktober 2011

Itukah aku ?

 

Dalam kereta sewaktu ke rumah orang tua aku  tadi  , ada dua situasi yang membuatkan aku terfikir mengenai masa depan .

Seorang lelaki tua berbangsa cina , yang sudah sangat tua ..masih lagi bekerja keras untuk mencari rezeki ..  Dan di kiri aku , ada sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki tua cina , bersendirian.

Hurm... Bagaimanakah aku nanti ? Sekarang , aku bergelak ketawa bersama rakan-rakan. Duit ada .. Kuat .. Muda.. Tapi lagi 30 tahun , jika umur aku panjang ? Jika tidak panjang , apakah nasib aku di dalam kubur kelak ?

Pernah korang terfikir ? Hari ni kacak atau cun ? Tersengih tengok cermin ... Cantik jelita .. Kacak segak .. Rasa megah dalam diri .. Tapi untuk apa semua itu ? Pujian semata yang cuma ibarat angin lalu ?

Bayangkan setiap kali pujian tu membuatkan dosa kita bertambah ? Dengan bangga kita letak gambar ke internet lalu ditatap oleh ramai orang. Bayangkan jika aurat kita terdedah .. Macam jarum saat dosa kita bergerak ..

Perhatikan lima batang jari kita bermula dari jari kelingking dan ibu jari.. Itulah kehidupan kita. Bermula dari kecil dan diakhiri dengan kecil.. Bayangkan kehidupan kita. Muda , comel kemudian remaja , dewasa dan tua .. Sedarkah kita ?

 

Kita sedar sekejap jer.. Tak caya ? Tengok jap lagi ... Pengajaran dari Allah senantiasa diberi pada kita. Cuma kita je tak nak buka mana dan menilainya. Apa yang kita tunggu ialah , mimpi yang kononnya satu hidayah dari Allah atau tunggu satu insiden yang membuatkan kita tersedar rupanya kita cuma berlakon di atas satu pentas yang mana akan tunggu masa pengarah berkata , 'CUT' dan ketika itu segala lakonan terhenti .. Apakah akan jadi pada kita ? Menunggu masa untuk dibangkitkan dan dihimpunkan di padang masyhar..

 

Cuba ingat kembali ... semalam.. Bukankah ianya cuma sesaat yang berlalu cuma ? Apakah akan ada esok bagi kita ? Apakah kita sudah bertaubat ?

 

Kubur tak menanti tua .. Usia tak menanti masa .. Mati itu pasti . Antara syurga atau neraka , kita di sana . Kita cuma hambaNya dan tugas kita adalah menghambakan diri padaNya.

5 entri menarik hari ini ..

 

Pasti teringin nak tau kan ? Apakah entri korang menjadi pilihan mereka ? Aku pun nak tau gak .. Hehehe.. Tak banyak join nih.. Jadi senang nak g usha.. Kalau beratus , pening gak nak usha.. Okeh .. Jom usha sekali ...

Amacam ? Apakah pilihan mereka tu best ?

Kebangangan mereka terserlah sungguh !

 

Maaf , sbb guna perkataan yang agak kasar tapi itulah yang aku tergambar di kepala otak aku ni . Mampu geleng kepala. Aku pelik . Serius , aku pelik. Kenapa ?

 

" Rakaman gambar bogel mangsa di depan kamera web turut menjadi alat lelaki Nigeria memeras ugut wanita tempatan bagi mendapatkan wang.

Selepas memerangkap mangsa dengan ayat-ayat cinta, mereka meminta mangsa berhubung menggunakan kamera web, tetapi mereka sendiri tidak menunjukkan identiti sebenar dengan alasan tidak mempunyai peralatan itu. "

 

Kenapa ?? Kot ya sunyi sekali pun jangan la perbodohkan diri sendiri. Takkan la tak baca suratkhabar kot ? Haish... Akhir sekali , sendiri susah !

 

Mangsa yang sudah hanyut dengan cinta palsu suspek dipujuk berbogel depan kamera web sebelum suspek merakam aksi berahi pasangan mereka itu,”.

Selepas itu, suspek menyamar sebagai individu lain dan mendakwa mempunyai rakaman gambar bogel mangsa dan memeras ugut mereka.

Katanya, akibat takut gambar bogel mereka disebarkan, mangsa sanggup membayar wang ribuan ringgit kepada suspek tanpa menyedari mereka diperalatkan kekasih maya terbabit. " - Hmetro

 

Sebanyak 774 kes penipuan melibatkan wanita tempatan yang mana malaun-malaun tu telah mengaut RM24 juta untuk 8 bulan pertama tahun ni ! Pergh.. Bukan sikit okeh !!

 

Aku tau ramai dapat email , mesej di FB dan sebagainya ..  Tapi tak sangka ada yang tertipu ! Haiskh.. Dalam 1000 ditaburnya , pasti akan sangkut satu gak ..

 

Adoi.. Bawak bawak la bercampur dengan masyarakat.. Baru la tak sunyi hidup tu..

 

Blog Pilihan : fAtrinA

Tipu daya secara halus wanita bergelar isteri

 

image

" Oh , abang ku... kenapa nampak hensem sangat hari ini ? "

 

Wahai rakan rakan suami sekalian .. jika perempuan-perempuan bergelar isteri itu tiba - tiba memuji kita setelah bertahun lamanya tidak memuji kita ( para suami ) percayalah ! Mereka takkan memuji kosong .. Yearghh..

 

Apakah maksud aku itu ??? Bila mereka memuji kita , maka pandanglah wajah mereka . Sesungguhnya akan ada ayat lanjutan dari pujian itu. Samada ianya merupakan satu perintah secara halus atau juga satu permintaan yang besar !

 

Jeng jeng jeng ...

 

Bagaimana pula dengan suami bila memuji isterinya itu ? Hehehe.. Tu tunggu entri akan datang yer.. Hehehhe..

Segmen Hujung Minggu : 5 entri pilihan saya

-SEGMEN DITUTUP-

Dinasihati mereka yang  ingin sertai segmen ini  dengan niat semata -mata nak tinggikan trafik atau ramai follower , sila batalkan niat anda itu untuk menyertai segmen ini  .
Tiada penyenaraian entri juga dibuat. Mereka yang mengambil bahagian segmen ini , melakukannya atas sukarela. Terima kasih.

Segmen kali ni mudah je.. Aku pasti antara kira ramai yang blogwalking pada hari ni dan jumpa entri entri yang best untuk dikongsi bersama.

Jadi , segmen kali ni bertujuan berkongsi entri entri menarik yang korang jumpa tadi. Ok ? Mudah je kan ? Untuk menyertainya , seperti biasa ...

  1. Buat satu entri kosong .
  2. Letak header blog Ben Ashaari.
  3. Beri tajuk : 5 entri blog yang saya suka hari ini  , dan linkkan ke entri ni .
  4. Berikan 5 url lengkap entri blog yang korang jumpa dan baca hari ini .. Kalau nak lagi best , ceritakan sedikit kenapa menjadi pilihan anda .
  5. Tu saja.. Tinggalkan url entri korang di ruangan komen ini .
  6. Tutup ? Bila aku tulis tutup tapi rasanya malam ni kot. Hehe..

Contoh url :

Ini contoh je la yer ... Sekadar membantu rakan blogger yg berminat ... Terima kasih .

Fida Ibrahim dah single ?? Yeyehhhh ...

 

 

Sian... Itulah harga sebuah populariti. Bukan mudah jadi selebriti. Kadang-kadang , kena 'berlakon' tak kira tempat .. Hakikatnya ? Jadilah diri sendiri tapi biarlah berpegang pada agama. Jangan bagi alasan tunggu hidayah.

 

Kes Fida dan Mamat ni , peminat dah mula menyampah sebenarnya. Ramai malas amik tau. Sekarang ni mereka dok sok sek sok sek kat Norman dan Memey. Biasalah , ada isu panas yang memanaskan bontot masing masing termasuk bontot aku .. Hehehe.. Aku jujur gak neh.. Bukan pe , masing masing ada kelemahan dan kekurangan diri. Kena terima hakikat .

 

Kes Fida ni , seolah dia nak salahkan Mamat 100% .. Wah.. itu tak adil la Fida. Kalau Mamat tak terbuat gitu , nampaknya peminat akan terus ditipu dengan sandiwara gadis melayu terakhir ini . Lagi pun kejadian itu berlaku dengan izin Allah , kan ?

 

Malah dalam drama sekali pun , kita nampak camana lakonan Fida yang tidak menjaga batasannya kan ? Haa.. Dari situ , ramai dah tertanya-tanya..  Itulah , bukan mudah sebenarnya masuk industri hiburan ni.

 

Aku bagi contoh cam Heliza Helmi. Setakat ni cuma satu filem je kan dia berlakon ? Kenapa takde dah ? Aku rasa dia kurang selesa dengan berlakon ni. Aku sendiri ada pengalaman bila bersama dengan dia sewaktu  shooting vlog bersama dia. Dia amat jaga batasan dia. Contoh artis masa kini yang patut diteladani, bagi aku.

 

Menurut Fida ,  "Saya memang sengaja tidak menjawab semua panggilan. Saya mahu menenangkan diri dan tidak mahu memberi sebarang penjelasan. Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan yang ketika itu sangat tegang"..


"Saya tak tahu nak cakap apa. Saya sangat terkejut dengan tindakannya tapi, sukar untuk saya jelaskan. Terus terang saya katakan saya terkilan dan kesal dengan apa yang telah berlaku".
"Bukan sahaja gambar malah apa sahaja kenyataannya, saya benar-benar tidak tahu dan sangat kesal. Perkara pun sudah berlaku. Saya berharap tidak lagi dikaiktan dengannya selepas ini," katanya dengan nada begitu kecewa.

Fida berharap tidak ada lagi cerita kurang enak berlaku pada dirinya. Fida juga tidak bertemu mamat selepas insiden itu dan hanya berhubung sekali bertanyakan perkara itu.

"Seperti yang saya pernah kata, kami masih dalam peringkat permulaan. Belum lagi bercinta dan masih mengenali hati budi masing-masing katanya.. " - Sumber : Amyliana

Hurm... Mamat ni pon cakap main lepas je.. Tengok dalam kenyataannya kelmarin di  sebuah akhbar online ..

 

" Cuma sebagai kawan, saya ada memberi teguran. Saya minta dia fikir yang terbaik untuk dirinya. Fikir kalau peminat boleh terima fesyen tersebut saya tidak ada masalah. Jangan sampai peminat komplen, kerana karekter kami berbeza. Saya pakai seluar pendek pun tak apa, tapi dia dilahirkan dalam industri ini dengan bertudung. Saya tidak tahu sejauhmana dia terima teguran saya. Tapi setakat ini saya tak berani nak sentuh banyak soal pemakaian dia, ”.

 

Mamat , lain kali cakap .. fikir dulu... Kalau terlepas cakap susah.. Mulut tak rabun tapi cabul .. Masalah gak tu .. Hehehe..

 

Ben :  Sekadar luahan hati seorang peminat seni tanahair .

Akan ku miliki hatimu itu .. (2:20)

Bab 1 : [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] ..

Bab 2 :  [2:1] [2:2] [2:3] [2:4] [2:5] [2:6] [2:7] [2:8] [2:9] [2:10] [2:11] [2:12] [2:13] [2:14] [2:15] [2:16] [2:17] [2:18] [2:19]  ..

 

Telefon bimbit dicapai lalu ditekan kekunci untuk ke ruangan menu utama.

 

New Message

Kau nak datang ke ? Ok gak. Sepupu aku yang tabligh tu ada kat rumah nenek aku ni . Lama kita tak layan khutbah dari dia. Cepat la datang.

 

Send

.............................................

5 minit kemudian ..

 

Aku ketawa besar. Aku tahu si Wan ni pantang jumpa sepupu aku tu.. Maklumlah , si Wan ni kan berjiwa budak bandar . Tahu je la camana kan ? Antara mereka yang spesis liat bab agama ni.

 

Eh , ayah aku nak pakai kereta pulak. Tak jadi datang la. Nanti kita jumpa je kat KL .. Daaaa..

Pesanan ringkas dari Wan Kembong. Sah taknak kena leter la tu ! Hiskh .. Bila la nak insaf .. Puas dah berleter tapi kata tunggu ikhlas.. Gamaknya bila dah digali kubur baru nak ikhlas kot ?

 

" Hahaha.. Yearghhhh... Baru gertak skit , cuak dah ! Adoii. Aparaa.. Jadi , plan esok boleh diteruskan la eh.. Tapi , aku tak ajak lagi si Sabrina tu.. Adoi. Aku ni dah kira syok sendiri ! Haiskhhh.. "

 

" Er... sms kat Sabrina sat .. "

 

New Message

Salam .. Sabrina , esok free tak ? Teman abang pergi perpustakaan kat bandar ,boleh ? Kita pergi sekali dengan Lisa.

Send

...............................

 

Tidak lama kemudian , telefon bimbit aku menari nari ..

 

"Alamak ...  "

 

-SAMBUNG-

Laporan trafik 2011 dan pendapatan blog tahun ini..

Alhamdulillah .. satu pencapaian di luar jangkaan aku. Ini bukan entri berlagak atau nak tunjuk hebat. Maaf , ramai lagi yang punya trafik yang jauh hebat dari yang ditunjukkan di bawah . Ini sekadar satu laporan ringkas untuk simpanan dan tatapan mereka yang berminat nak mengetahuinya.

image Trafik untuk Ogos 2011

2011
Trafik sepanjang tahun 2011 ( Jan - Sept)

image
Sumber trafik sepanjang 2011 . Tertinggi dari web/blog.


image
  Sumber trafik


image
Top 10 Pecahan pengunjung blog mengikut negara berdasarkan pageviews sepanjang blog BENASHAARI.COM diwujudkan.

image
Pecahan mengikut umur 


image
Pecahan mengikut jantina


image
Pecahan mengikut sistem operasi dan gajet bagi melayari blog ini.

Kerja keras perlu dilakukan dua kali ganda untuk tahun depan. Sekurangnya sasaran 6 bulan pertama untuk mendapatkan 1 juta pengunjung unik.

Mampukah ? Erk , tah .. skang ni berdua.. tahun depan bertiga.. InsyaAllah .. Hehehe.. Dan mungkin aku akan jadi full time blogger tahun depan .. Hehe..

Dan income untuk tahun ini ialah ... mana bleh cakap... nanti kecohh... lalalalala ... Tapi , apa yang aku boleh kata ... usaha tangga kejayaan .. Berblog atas minat dan usaha .. Kreativiti dan kesabaran mmg penting serta komitmen. Tu je.. Tu lebih penting dari $$ kerana dengan semua tu , $$ akan hadir dengan sendirinya dalam apa jua bidang yang kita lakukan !!.. InsyaAllah ..

Pengalaman pertama aku bersama ikan ..

 

Memandangkan isteri aku yang tak boleh bau apa apa termasuk aku jugak , maka semalam selepas membeli ikan di pasar malam , gerai ikan yang aku tak tau nama pemiliknya maka tugas membersihkan darah darah yang ada pada ikan itu jatuh kepada aku !

 

" Ni nak bersihkan camana ??? "

 

Tulaa.. dulu masa kecik , sibuk main je ! Siap kata , tugasan dapur ni milik orang perempuan je.. Tugas lelaki , mudah je.. melepak sambil layan kartun .. Tu dulu laaaa.. pemikiran lelaki yang tak matang ..

 

Dan sekarang , baru padan muka ! Nak bersihkan ikan pun tak tau ???  Tapi berkat pengalaman aku sebagai seorang penonton tv yang setia dulu dulu , maka aku tau apa nak buat berdasarkan filem lakonan Hamid Gurkha yang mana dia bersihkan ikan siap dengan gosok gigi ikan tu sekali sebab gigi ikan tu kuning ! Boleh ?? Hahahha.. mampus cirit birit nanti !

 

Jadi semalam , sejarah tercipta .. aku membersihkan ikan bawal dua ekor dengan mengambil masa hampir 15-20 minit ! Perghhh.. macam bersihkan ikan jerung je gamaknya aku... Dah wife kata kasi ilang merah merah tu.. jadi aku sental kasi tinggal putih ! Mata dia yang merah tu , aku letak eyemore ..ok ?

Oh Mawi dan Ekin .. Kita sama laaa...

 

Mereka berdua tak sabar nak tau jantina anak mereka .. Wahh.. Tahniah la bro.. Kita sama laaa.. Kawan aku tu pon sama.. Si Ujang , Ahsan dan Adi .. Semua mengandung .. Eh , silap.. Isteri mereka mengandung berhampiran masa.. Jeng jeng jeng.. leh berbesan nehh.. Amacam ? Wahahaha..

image

Menurut Mawi , “Setiap kali buat pemeriksaan saya tak sabar untuk mengetahui jantina anak saya tetapi buat masa ini belum nampak apa-apa lagi kerana masih terlalu awal. Kalau boleh saya mahu bayi lelaki kerana adik beradik saya semua perempuan tetapi Mawi mahu anak perempuan kerana keluarga dia ramai lelaki.". - Mstar

 

Alamak bro.. Tak kisah laa.. Janji , sihat tubuh badan , comel serta bijak berbakat cam ayah diorang la kan ? Tu lagi bagus.. Kalau berharap sangat , nanti ada yang kecewa .. Haaa. betul bro ?

 

Apa pun , semoga Allah lindungi isteri-isteri kita la yer .. Dengan menjadi seorang ayah bermakna tanggungjawab kita semakin besar dan mencabar.. Nak mendidik anak di zaman ni bukan mudah.. Sangatlah mengharu-birukan zaman ini ... Dah tungang langgang..

 

Ok bro.. Apa apa , roger gua ! Leh pekena teh secawan dua sambil borak pasal bisnis atau blog .. Okeh ? Wahahaha .. poyos tul.. Oklah, abis dah ngarut.. Semoga Allah melindungi mereka serta kandungan mereka .. Amin ..

Jom Teka | Apa yang mereka nampak ?

 

image

Dari riak muka diorang tu la kan , apakah yang diorang nampak ? Takkan perempuan tu tak pakai seluar dalam kan ? Kalau pakai , mungkin seluar dalam BEN10 ??  Atau seluar dalam mereka koyak ? Atau sebenarnya dua orang ni berat ??

Korang rasa ?

Saya ingin kelihatan anggun dan menawan. Apakah rahsianya ?

 

image

Sekadar hiasan

" Ohh.. saya ingin kelihatan cantik , anggun dan langsing .. Bila badan saya begitu pastinya dapat memakai baju baju yang ikut bentuk badan saya.. Encik ada rahsianya kah ? "

 

" Oh ada.. tapi sebelum itu  , kita hayati sejenak gambar ini .. Moga cik tau apa yang cik nak nanti.. "

 

image

Dan juga kata kata ini ...

 

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim).

" OK.. sekarang sebelum kita mulakan sessi , awak nak camana ? Yang slim dan mantap agar lelaki terngiur melihat awak nanti ?  Atau awak nak lelaki mengatal ngan awak nanti sehingga awak pulak tak selesa ? "

 

" Erk... "

Sapa tak nak cantik kan ? Tapi kalau cantik bisa memusnahkan seseorang itu , maka ada baiknya terima saja ketentuanNya dan paling penting , jaga tubuh badan demi kesihatan. Tu yang sepatutnya...

Orang dalam FACEBOOK dah keluarkan kenyataan isu yuran langganan .

 

Yearghhhhhhhhh.... Selamat tinggal FACEBOOK ! Aku kan pergi jauh mengembaraaaa.. mencaariiii .. kedamaiaannn..

Setelah bertahun lamanya aku membesar bagai johan di sebelah FACEBOOK ini , apakah aku perlu membayar untuk tengok status garut kawan kawan di wall FB ?? Oh tidak ... tidak sama sekali !!

 

Aku takkan keluarkan satu sen pun untuk si Mark tu .. Eceh.. dia pon tak nak duit aku ! Hahahaha.. Poyos tul aku.. hahaha.. Sori la beb , aku tengah belajar berlakon.. Kot dapat berlakon dengan Julia Ziegler yang jadi hantu tu pastu wat wat terkejut sambil lafaz apa yang patut .. kan kan ? hehehe.. Saja je timbulkan isu kontroversi nehhh..

 

Jadi apakah kata orang dalam FACEBOOK ? Diaorang kata , YURAN FACEBOOK AKAN DIKENAKAN APABILA BEN ASHAARI AMIK ALIH FACEBOOK ! Haaaa... dia kata cam tu laa... Gitu gitu la bunyinya... Jadi sampai kiamatlah BEN ASHAARI takkan dapat amik alih FB neh.. Jangankan saham , nak dpt pegang kayu mop tukang cuci pejabat FACEBOOK ni pon belum tentu , okeh !

 

Mereka di FACEBOOK berkata ; A rumor on the internet caught our attention. We have no plans to charge for Facebook. It's free and always will be”.

Selamat menghabiskan masa di FACEBOOK ! Wachaaaaaaaaa...

 

Blog Pilihan : Bieyant

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI