Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 2 Oktober 2011

Lagi pasal Mamat Khalid

 

Kalau tak kerana membaca artikal kolumnis di HMetro tadi , pasti aku tak jumpa blog abang Mamat Khalid ni .. Bila aku tengok komen yang ada , rupanya ramai kawan kawan aku dah singgah blog dia lama dulu..

Dikira senior dalam penulisan blog kerana mengikut dari blog archivenya , dia dah mula menulis sejak 2008 lagi.. Dan blognya hanya menitikberatkan luahan hatinya .. Tiada iklan diblognya yer ! Hahahah... Lawak tapi sinis.. Sedas kena kat aku tapi macam aku kata , blog adalah sumber pendapatan sampingan aku yang mana aku tak perlu tinggalkan wife aku sebelah malam untuk keluar mencari rezeki atau membuat pinjaman bank bagi membuat perniagaan kecil-kecilan .. Lain orang lain caranya ..

Apa yang aku respek dalam penulisannya , dia ikhlas dan berpijak di bumi yang nyata. Mungkin pengalaman hidupnya mendorongnya menulis sedemikian rupa.

Dan dia gemar berbalas komen .. Katanya dia suka berdebat. Teringat Bob Lokman yang mana dia pon suka berdebat , menurut buku yang aku baca di mana dia sendiri yang menulis.

Macam biasa, komen yang pedas datangnya dari anonymous yang  terang terang lari dari isu yang dikeutarakannya .. Dikaitkan dengan politik mahupun ada yang bersikap kurang ajar dengan mengaitkan fizikal.

Aku tak nak ulas pasal Namawee tu .. Aku respek dia buka ruang buat sapa sapa nak komen di postnya.. Pergh.. Aku rasa dia merehatkan minda dengan membaca 'peel-peel' manusia ni.. Hehehe..

OK.. bagi mereka yang nak tau blog Mamat Khalid ni , klik TEMPURUNGPECAH .. Ni baru otai lagi selamba.. hahaha..

 

Blog Pilihan : tnZack J

Mamat Khalid buat aku kecil hati ..

 

image

Hahahaha.. Kecik hati ? Tak de makna laaa.. Aku ketawa besar lagi ada laa .. Akhirnya aku jumpa blog pengarah terbest di Malaysia , En.Mamat Khalid ! Yearghhh ..

Kat sidebar dia , ada letak gambar di atas tu untuk menggantikan iklan ! hahahahha.. Hampehh.. ahaha.. Tak pe la , En. Mamat dah masyukkk.. kami ni nak cari duit sampingan je.. Hehehe.. kan kan ?

Best tulisan dia ! Pewwitttt ... Teruskan usaha lagi .. Saya senantiasa menyokong anda !

 

Blog Pilihan : Asya Aisyah Aqasyah

Tipu daya secara halus LELAKI bergelar SUAMI

 

image

" Oh sayang ... abang tengok sayang , cantik berseri malam ini .. Apakah sayang minum jamu perapat  kebelakangan ini ??? "

Jeng jeng jeng ... Kalau si isteri terkena pujian begini oleh suaminya , gamaknya apakah yang tersembunyi disebalik hati sang suami ? Adakah ianya jujur dan ikhlas ? Apakah suami itu baru baca buku Permata Yang Hilang atau baru khatam kitab kamasutra ? Hahaha..

Kalau betul bagus la.. Tapi kalau betul juga , masalah juga .. Kenapakah sekarang ? Apakah ilmu rumahtangga itu diisi kerana punya agenda lain ???

Jeng jeng jeng ...

Jangan fikir negatif.. Suami anda mmg mencintai anda.. Tiada muslihat di sebalik pujian itu. Mereka ikhlas.. Kan suami kan ? Hahahaha.. Mau kena pancung aku dek Kelab Isteri Taat nanti.. hehe...

Sekadar gurauan .. Anda lebih mengenali suami / isteri anda ..

Maaf ! Aku tak nak anak

 

Terkejut tapi tak leh nak kata apa .. Kenapa ? Kerisauannya terhadap masalah sosial masa kini menyebabkannya tak nak anak .. Hurm... 

Aku nak kata apa dah .. Dengar je la luahan hatinya.. Itu je aku mampu buat ..  Berusia lebih dari aku , pengalaman hidupnya membuatkan dia takut untuk memiliki anak ..

Rakan-rakan disekelilingnya dijadikan pengajaran baginya. Majoriti yang dia nampak , mereka yang punya anak pasti bermasalah di kemudian hari..

Aku nak nasihat lebih lebih , kesian pulak kat dia.. Mungkin sebenarnya dia ada masalah lain dan untuk menutupnya , itulah alasan yang diberikan pada aku.

Aku pernah rasa apa yang dia rasa.. Untuk membela anak di zaman yang penunh pancaroba ini amatlah mencabar lebih lagi perempuan. Seperti yang kita tau , sekarang ini 3 daripada 6 remaja di zaman ini , pernah terlibat dengan seks. Menakutkan kan ? Tapi itu bukan alasan untuk tak nak anak.

 

Hurm..

Adibah Noor kesal dengan Namawee

 

Wahahaha... Youtube NamaWee maki Utusan Malaysia dah disekat !

image

 

Adibah Noor dan Adflin Sauki melahirkan rasa kesalnya kerana gagal pimpin si mamat ni ..

"Saya kesal dua perkara," kata Adibah Noor bila diminta memberi komen tentang tindakan Namewee meluahkan perasaan amarahnya terhadap seorang wartawan Utusan di YouTube beberapa hari lalu.
"Satu, Namewee tidak mampu kawal panas barannya. Kedua, kita yang dapat menghampirinya masih tidak dapat pimpin dia. 'Kita' merujuk kepada sesiapa yang dapat berjumpa dan bekerjasama dengannya.

"Seperti bila bekerjasama di dalam filem 'Nasi Lemak 2.0', saya cuba tunjukkan yang bangsa kita tidak seperti yang disangka, that 'Hello, boy. Wake up, everyone is just like you.'

"Bila dapat tahu (tentang video itu), 'Alamak, apa budak ni nak buat.' Rilekslah dulu. Jika masyarakat nak benci, biarlah. Tapi cuba fahami where he's coming from.

"Baik saya mahupun Afdlin (Shauki) tidak menyokong tindakannya. Kita tak suka but what are we doing about it? Adakah kita nak biarkan dia menjerit seorang diri? Atau adakah kita akan pimpinnya? Sebaiknya, kita duduk dengannya, cakap cara baik dan tanya, bagaimana kita boleh menolong anda." - GUA

 

Heheeh.. lama dah kesal ngan mamat ni ... Aku pon ada gak perasaan tak puashati dengan 'mereka' tu cuma tak la diluahkan dengan maki hamun .

 

Blog Pilihan : embun aRoRa

Dua artis TERSANGKAK NEGARA


Waduh waduh... hahaha.. Sejak dah potong ASTRO ni , aku cuma layan tv1 ,tv2 dan tv3 jeee.. Tu pun hujung minggu di waktu kemas rumah.. Selebihnya , tv aku tu berehat.. 

Haa.. terlayan ( saja je layan kot ) MELODI kat TV3  tadi  .. Ada kes pengacara fofular yang baru balik umrah ( berpuluh kali dia sebut , 'baru balik umrah' ) , tak sudah sudah bergaduh dengan sesama mereka ..
Gelaran Artis Tersangkak Negara yang diberikan pada mereka , mmg buat penonton gelak jer .. Kata dah balik umrah , bawak bawak la insaf sikit .. Tapi bila tengok gaya pakaian tu , tak nampak pon cam baru balik umrah tapi cam baru balik Hollywood gitu kauu..

Wahahah.. lawak la diorang ni.. Haih.. Tu pon ramai tergila nak jadi artis mahupun retis... Aiseyman.. Kiri kanan sama je.. Peminat gelak je la tengok lagak korang .. Di tv mahupun di internet ..
Sapa artis Tersangkar ni ? I dengan D ke ?

Bukan Sekadar Rupa


Perghh.. anda suka berkaraoke ? Suka menyanyi ? Tak tinggi sekolah ? Nak glamer sehingga satu Malaysia kenal ? Tak perlu buat blog ! Anda pasti glamer tak hengat punyaaaaa...
Bagaimanakah ? Masuklah program tv BUKAN SEKADAR RUPA ! Mereka menilai melalui suara korang ! Menyanyilah dengan pitching yang betul .. tak betul , mereka boleh betulkan .. Yeargh.. Pastu ??? 
Apakah dah abis pekerjaan ke dalam Malaysia ni ? Apakah kita hidup ni , nak kaya je ?? Artis ni kaya ke ? Glam je lebihhh weh.. Tapi ??? Haaa.. tu artis je tau jawapannya..
Apa jadah laaa dok galak rakyat Malaysia ni dok pegang mic memanjang ? Yang berkualiti dan layak menyanyi ni , berapa kerat je ? Yang meletop cam yoyo ni banyak pastu diam... G la tanya apa jadi dengan mereka ?? Ke dah kaya skang ni ?
Risau tengok kita yang makin lalai dan leka dengan hiburan .. Nasib baik masih ada 'mereka' yang menadah tangan mendoakan kesejahteraan Malaysia , 5 kali sehari semalam .Yang ada pendidikan tu , carilah kerja .. Penat je belajar tinggi tinggi pastu nak hidup dlm dunia penuh sandiwara ...

Yasmin Hani berkemban ke majlis persandingan Norman dan Memey

 

image

Tergelak aku baca tulisan Diva ;

" Diva tertarik dengan busana pelakon Yasmin Hani yang seksi dan elegan. Kalau kat kampung, pakaian begitu macam berkemban sahaja, tapi bila dah letak corak-corak, manik, labuci bagai, jadi cantik tambah lagi si pemakainya cantik, macam mat saleh pula. ".

Artis kita makin daring .. Gila gila punya daring .. Seolah olah tak mati atau takkan masuk kubur .. Muda  dan cantik selamanya ..

" Diva rasa, kalaulah fesyen berkemban itu dipakai anak dara pergi majlis kenduri kahwin mahunya pitam pak cik dan mak cik melihatnya. Yelah, anak dara berkemban datang kenduri kahwin.".

Nasib baik masa aku g pelancaran album Dato Siti Nurhaliza tempoh hari , takde yang berkemban.. Cuma yang artis wanita berambut pelik ala ala tentera gitu.. Ahaks....

 

Blog Pilihan : Nani

Mantan PM , Mufti : Cerita hantu tidak membawa kebaikan !

 

SOKONG ! Kebelakangan ini cerita hantu semakin mengarut .. Semakin ditokok tambah bagi lagi best ! Pengajaran ? Tarak ! Dari orang tak tau apa apa , tau dah apa nak buat nanti bila sakit hati ! Risaukan dosa ? Mudah je ... Part aurat langsung mereka tak takut.. Part solat pon tak ambil berat apatah lagi nak lakukan kerja syirik ? Aisyeman ..

 

Pengajaran dalam filem ni ambik yang asas dah la.. Ni nak tunjuk masalah dalam masyarakat melayu kononnya penuh dengan khurafat ? Yeke ? Kalau melayu mesti percaya pada bomoh ? Yang percaya bomoh bomoh ni mereka yang takde asas agama yang betul..  Bertudung belum tentu solat.. Solat belum tentu bertudung.. Bertudung dan bersolat belum tentu lagi percaya pada qada' dan qadar  .. Asas dan pegangan masih longgar.. Sebab tu tunggang langgang ..

 

Menonton cerita begini tidak membawa kebaikan, tidak memberi keuntungan hanya perasaan takut, lemah semangat serta tidak baik kepada negara yang memerlukan rakyat yang berpengetahuan dan bijaksana,”. kata Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhamad - Bharian

 

Filem hantu untuk hiburan selain mendidik penonton. Ia bukan mempromosi kisah tahyul, sebaliknya pada masa sama nilai agama menerusi watak ustaz yang berperanan mendidik penonton secara tidak langsung. " kata David Teo

 

Hiburan ? Hahahaha... Sampai kalimah syahadah pun nak dijadikan lawak ? Tak payah laa.... Banyak cara untuk berhibur.. Filem hantu ni nak ajar anak anak kita takut pada hantu syaitan jer.. 

 

Kalau pembikin filem negara kita ni kreatif , takat nak bagi penonton ketawa ,  kacang je ! Tapi dengan buat filem hantu semata mata nak bagi penonton ketawa , baik buat citer katun je ..

 

Hantu ! hantu ! hantu ! Kita sendiri jadi hantu ! Hantu pun ketawa tengok kita yang sememangnya lebih hantu dari mereka ! Tak caya ? Tanya diri sendiri..

Nak saya berlakon ? Meh RM1juta. Ada berani ?

 

Tersirat ... Aku tak rasa dia nak sangat pon berlakon dah . Yelah , bidang lakonan di Malaysia ni , bayaran dia rendah . Glamer je lebih. Bila box office , baru dapat bonus . Dari dia dok buang masa berlakon , baik dia menyanyi. Tak payah nak buang masa nak duduk kat set berhari hari lamanya..

image

Kalau bayaran berlakon yang saya terima itu sedikit ia bukan sahaja merugikan masa dan tenaga saya tetapi juga bakat serta populariti saya dalam bidang lakonan. Lebih baik saya tumpukan masa saya dalam bidang nyanyian yang lebih senang, cepat dan berbaloi buat saya.

“Sebagai contohnya, sekarang ini kalau saya menyanyi dalam satu-satu persembahan saya dibayar lebih RM10,000 hanya untuk menyanyikan dua buah lagu sahaja,” katanya kepada para wartawan di Angkasapuri, di sini sewaktu pelancaran Konsert Gemilang 50 Tahun Orkestra RTM.

Pengalaman dia mematangkan dia .. Aku rasa dia pun malas dah tu. Tapi kalau ada yang berminat , sila la bayar 1juta.. Rasanya ada ke berminat nak bayar ? Mesti diorang kata Jamal demanding padahal bagi aku , tu cara halus dia nak bagitau dia malas dah berlakon. Tak berbaloi.. Bayar 1juta , baru berbaloi .. Kan kan ?

Rihanna dihalau keluar gara-gara bogel dalam klip video

 

Gara-gara menanggalkan pakaiannya , Rihanna diarah meninggalkan ladang yang dimiliki oleh seorang peladang berbangsa Irish , di Ireland Utara ketika membuat pengambaraan klip video yang bertajuk We Found Love.

 

Apakah Rihanna sudah ketandusan idea untuk menaikkan semula namanya setelah tenggelam dek kehadiran ramai penyanyi yang menyanyi kemasyurannya ?

 

Tu la.. Kita tak selamanya diatas kan ? Hehe.. Peladang tersebut Alan Graham, 61 yang mana penganut setia agama Kristian meminta Rihanna dan krewnya meninggalkan ladangnya secara baik . Dan dia tahu juga bahawa Rihanna adalah penganut yang setia dan apa yang dia buat tu adalah melampui batasan agamanya..

 

Sian Rihanna... Dia ingat semua orang tergila kot nak tengok dia bogel ? Bengong ke apa ? Hahahah.. Adoi... tak semua lelaki lapar nak tengok perempuan bogel.. kan ? Hahahaha .. Aku ? Aku kawin dah .. hahaha .. Lucah laaaaa .... Sowieee...

 

Lapar maggie laa..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI