Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 6 Oktober 2011

Sangat membangsatkan bangsa dan agama !

Apa yg sedang aku dengar secara langsung ni , melayu yg bangga dengan minum arak , zina dan mempersendakan agama manakala mereka yg lain ketawa dengan lawaknya..

Sangat membangsatkan.. serius..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wanita umpama aset bagi lelaki

Maka berusahalah si lelaki itu utk mendapatkannya wanita tersebut .. Bila dah dapat ? Apa jadi gamaknya ? Maka pelaburan bermula.. Untung atau rugi ,tunggu lagi 10 tahun..

Lelaki umpama apa pada perempuan ?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Discover U @ KLMU


image
Tergaru-garu kepala ke kawan –kawan ? Tak tau nak amik jurusan apa kat kolej nanti ? Kalau zaman duluuuuuu .. mungkin perlu garu ! Tapi sekararang ni , tak perlu sudah ! Kenapa ?? Ada sesuatu yang menarikkah ?
Sudah pasti ada ! Bagi membantu pelajar memiliki pengalaman kolej yang berkualiti, Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU) menyediakan buku panduan kursus dan kuiz personaliti secara talian terus untuk memudahkan pelajar dalam menentukan kursus pilihan mereka.
Apa itu Kuiz Personaliti ?
Kuiz ‘Discover U-Ujian Personaliti’ ini direka khas bertujuan membantu lepasan sekolah untuk mengenalpasti personaliti, kekuatan dan minat mereka supaya pelajar boleh memilih kursus yang bersesuaian dengan mereka.
Apakah perlu pelajar mengambilan Ujian Personaliti ?
‘Ujian personaliti’ membantu pelajar merancang masa depan dengan menilai sifat peribadi mereka bagi menentukan kerjaya yang ideal dengan mereka.
Bagaimanakah nak menjawab soalan Ujian Personaliti tersebut ?
Pelajar boleh melakukan kuiz ini menerusi laman web www.discoveru.com.my atau menjawab soalan yang terdapat di dalam buku panduan ‘Discover U’ dengan mengirimkan semula jawapan kepada KLMU di alamat yang tertera. Kuiz and buku panduan boleh didapat di laman web www.discoveru.com.my bermula pada 6 Oktober.
Menariknya , pelajar juga akan dibekalkan dengan buku panduan ‘Discover U’ yang mana akan meliputi tajuk tajuk seperti berikut :
  • 10 perkara yang perlu dirancang sebelum melangkah ke dunia kolej
  • 10 Tips Memilih Kursus Yang Tepat
  • 10 Cara Untuk Memperoleh Pendidikan Berkualiti Dari Kolej Anda
  • 10 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Industri Pekerjaan Sebenar
  • Prospek Kerjaya Untuk 10 Kursus Popular
Bagaimana ? Tertarik ke tidak ? Nanti dulu ! Ada lagi yang lebih menarik .
Bersempena dengan pelancaran kempen Discover U, KLMU akan memberi tawaran kepada pelajar yang giat membuat perancangan awal bagi kerjaya masa depan mereka. Pelajar yang mengambil bahagian dalam kuiz personaliti dan menghantar slogan yang paling kreatif berpeluang untuk memenangi iPad2.
Selain dari itu pelajar boleh menyemak siri video komik berkisarkan rahsia fantasi, harapan dan impian menerusi yang akan menampilkan tujuh watak yang sedang merenung masa depan mereka. Siri komik yang dipenuhi adegan lucu, dramatik, tragis dan pada masa yang sama menyentuh perasaan ini digarap dengan gaya komik retro dan boleh ditonton di www.discoveru.com.my bermula 6 Oktober 2011.


Best kan ? Dan yang paling menarik ialah KLMU juga memberikan tawaran istimewa kepada pelajar yang mendaftar awal. Bagi 500 pelajar pertama yang mendaftar akan menerima biasiswa berjumlah RM1, 000.
Kempen “Discover U” adalah berkenaan perjalanan ke alam dewasa di mana anda akan menemui keghairahan dan aspirasi terhadap pilihan tepat yang telah dilakukan. “Discover” ini sinonim dengan pendidikan dan kehidupan kolej yang bakal anda tempuhi, manakala “U” membawa erti "Anda sebagai pelajar" dan "Universiti".
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web KLMU di www.discoveru.com.my atau hubungi kami di 1800-88-5566.

image

Kau dan aku sama la , Johnny Depp !

 

"Saya rasa seperti “diperkosa” apabila foto wajah saya diambil. Entahlah, susah untuk saya gambarkan dengan kata-kata. Apa yang boleh dikatakan, saya rasa pelik dan bodoh," kata Johnny Depp.

 

Hehehe.. Itulah yang aku rasa setiap kali nak bergambar ! Aku jadi kayu atau tiang lampu terus . Tak reti nak bagi gaya yang menarik gitu !  Nak dibandingkan dengan mereka yang pantang nampaka kamera , terus bergaya dengan hebatnya ! Caya laahhh ..

 

Menariknya , walaupun sesi fotografi adalah bukanlah kepakaran dan kesukaannya, Johnny terpaksa menerima tawaran sesi fotografi daripada mana-mana majalah kerana wang yang diterima itu akan diberikan kepada anak-anaknya.

"Saya rasa bodoh dengan pekerjaan ini tapi tetap menerimanya kerana wang yang diperoleh itu khas buat anak-anak saya," katanya

 

Bagus dia kan ? Buat semata-mata anak-anaknya .. Ada orang buat sebab nak kejar glamer je.. Tapi habuk pun tarak .. Wat apa kan ? Ada baiknya buat untuk sesuatu yang lebih berfaedah.

 

Sumber : Mstar

Baju KELAB BLOGGER BA : Edisi Khas dan Terhad !

baju 2
baju 111 

Edisi pertama tak dibuka dah .. Yang ni bersama logo baru serta satu keunikkannya ialah , ada nombor . Nombor tu mengikut turutan. Blogger yang ke berapa memiliki baju tersebut ! Unik.. 

Ayat di bahagian depan pon ditukar memandangkan ada yang kurang selesa dengan perkataan GUA tempohari. Jadi , aku cadang guna yang lebih lembut sedikit..

Logo pulak , kedudukannya di belakang.. Kali ni kedudukannya lebih kemas dan strategik. Begitu juga dengan url blog anda akan dipamerkan di bahagian atas atau boleh juga disebelah logo jika mereka yang bertudung , pasti sukar kelihatan url tersebut.

IMAG0376

Warna... Dinasihatkan bila memilih warna baju nanti , pilih warna yang sesuai dengan logo dan tulisan . Buat wanita , mungkin putih tidak beberapa sesuai kerana ada kes kata jarang. 

Sebarang pendapat dan pertanyaan dibuka sekarang. Selepas ini , akan dibuka untuk tempahan. Terhad ! Pastikan ikuti entri selanjutnya.

Terima kasih .

Akan ku miliki hatimu itu .. (2:27)

Bab 1 : [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] ..

Bab 2 : [2:1] [2:2] [2:3] [2:4] [2:5] [2:6] [2:7] [2:8] [2:9] [2:10] [2:11] [2:12] [2:13] [2:14] [2:15] [2:16] [2:17] [2:18] [2:19] [2:20] [2:21] [2:22] [2:23] [2:24] [2:25] [2:25] [2:26]..

 

Aku berlari ke arah bunyi tersebut dan hanya terkaku sebentar ! Aku pejam mata dan mengeluh.

 

" Hampeh !! " . Aku pandang ke kiri aku. Adawiyah berjalan sambil menunduk. Kesian dia.

 

"Perlukah aku memujuknya ? Kalau aku memujuknya bererti aku menerimanya semula. Bagaimana dengan pegangan aku ? Aku akan bermain dengan api sekiranya menerimanya. " bisik hati aku.

 

" Ahh.. ni dah macam cerita Azura pulak tapi bezanya aku yang miskin.. Haa.. Macam cerita Ibu Mertuaku.. Kang tak pasal pasal aku jadi Kassim Selamat.. " dan lagi , bisik hati aku.

 

" Tak pe la Adawiyah. Biarlah kau menangis hari ini dari kau menangis kemudian hari. Kau mungkin kehilangan cinta tapi aku tak nak kau kehilangan keluarga. Mereka itulah yang terbaik buat kau ,selamanya ! Aku cuma orang luar saja.. ". Aku berpaling dan kembali ke dalam cafe sambil memandang anak kucing yang hampir dilanggar tadi.

 

" Ibu kucing ni dah buang dia ke ? Ke dia yang merayau.. Iskh.. Kalau tak , terburai perut dia ni ! Aihhh... Dah.. g main jauh jauh.. " . Aku kutip anak kucing tadi dan letakkan di tempat yang jauh dari jalan raya .

 

Aku paling ke belakang untuk melihat Adawiyah sekali lagi. Terkejut aku ! Rupanya dia memerhati aku dari tadi. Dan dia melangkah kembali ke arah aku , semula !

 

" Er... apa pulak kali ni.. "

 

-SAMBUNG-

Er ..SEPAH ! Eh... SEPAHTU ! Mana satu ni ?

 

Mamat Dakwa Sepah Belum Bubar !!!

 

"Memang kami sudah tidak bersama lagi tapi Sepah masih wujud. Shuib akan bersama-sama dengan saya apabila membuat persembahan dan aktiviti melibatkan Sepah," kata Mamat.

 

" Sebelum ini banyak kenyataan di media mengatakan kami sudah berpisah. Ketika itu saya juga ada mengumumkan Sepah dibubarkan. Selepas itu, saya dan Shuib menubuhkan Sepahtu pula. Jadi anggota Sepahtu selepas ini hanya saya dan Shuib saja." kata Jepp .

 

Hurmm... Gamaknya si Shuib ni kaya la pasni ! Rezeki anak .. hahaha.. SEPAH kalau ada show , panggil Shuib.. SEPAHTU kalau ada show gak , Shuib kena ada ! Haaa...

 

"Jika mereka katakan saya bermasalah, saya rasa semua orang ada masalah. Saya tak nakkomen lanjut dan tak kisah dengan apa yang orang nak kata,” jelas Mamat.

 

Sudah lama saya bersabar dan masalah disiplin Mamat bukan sehari dua berlaku namun apa saja nasihat yang diberikan ibarat mencurah air ke daun keladi. Tiada perubahan dan dia tetap dengan sikapnya. Ikutkan hati mahu saja berpisah pada program Raja lawak lagi tetapi mengenangkan tidak adil kepada pengundi yang mengundi atas nama Sepah, saya bersabar sehinggalah keputusan berpisah akhirnya saya ambil,” katanya yang mula mengakui punca perpisahan kumpulan itu berlaku disebabkan masalah disiplin Mamat." jelas Jepp.

 

Maka akhirnya ....

 

“Sebaik mengetahui saya ambil keputusan berpisah, Shuib sedih namun akhirnya dia faham. Mamat pula menyangka hanya saya mahu keluar dari kumpulan Sepah dan ada memberitahu di Facebook bahawa dia dan Shuib akan meneruskan Sepah, tetapi tidak lama kemudian Shuib juga mengambil tindakan sama." . kata Jepp.

 

Hurmm.... Mamat oh Mamat .. Tak pelah .. Bukan rezeki kamu bersama mereka... Bak kata kamu ..

"Karya datang daripada Tuhan. Jadi jangan katakan karya itu hak milik kita kerana kitasebenarnya tiada apa-apa,".

Jadi , apa ada hal kan ? Kawan kawan tamo lawan .. Tapi ada kawan , jagalah hati kawan ...

 

Sumber : Bharian dan Mstar

Akan ku miliki hatimu itu .. (2:26)

Bab 1 : [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] ..

Bab 2 : [2:1] [2:2] [2:3] [2:4] [2:5] [2:6] [2:7] [2:8] [2:9] [2:10] [2:11] [2:12] [2:13] [2:14] [2:15] [2:16] [2:17] [2:18] [2:19] [2:20] [2:21] [2:22] [2:23] [2:24] [2:25] ..

 

"Tapi keluarga Adawiyah tak boleh terima Ben kan ? Marah mereka nanti pada Adawiyah.". Perlahan saja suara aku .

 

Mata Adawiyah bergenang namun dia cuba menahannya.

 

" Ben .. Ada dah cuba.. Tapi tak boleh. Ini kali pertama Adawiyah sukakan seseorang .. ". Menitis juga akhirnya ..

 

Aku tunduk hiba. Kasihan melihat gadis di depan aku ini yang mana pernah aku sukakannya dahulu tapi segalanya dimusnahkan kerana semata mata darjat ! Sesuatu yang cukup aku bencikan dari dulu.

 

" Hurm..". Itu saja yang mampu aku ucapkan.

 

" Ben tiada perasaan pada Ada ? ". Sebak suaranya.

 

"Sekali pun Ben punya perasaan , apa yang mampu Ben buat ? Ben tak sanggup bawa lari anak dara orang ! Ben tak nak Adawiyah buang keluarga kerana cinta !  Ben tak nak Ada menyesal satu hari nanti ! ". Tegas sekali jawapan ku.

 

" Adawiyah sanggup Ben .. Ada sanggup.". Mengalir deras airmatanya.

 

" Ada , kita ke sini untuk belajar.. Ben perlukan semua ini untuk masa depan. Ben bukan anak orang kaya. Ben belum bersedia untuk .. ". Terhenti di situ kata-kata aku bila melihat Adawiyah mengemaskan barang-barangnya dan memasukkan ke dalam beg.

 

Adawiyah berdiri dan berjalan keluar dari cafe tanpa menoleh ke belakang.  Aku cuma mampu mengeluh . Aku sendiri dah buntu. Apa yang perlu aku lakukan ?

Tiba-tiba terdengar bunyi kereta membrek dengan kuat. Aku mengangkat kepala .

 

Adawiyah !!!!!

 

-SAMBUNG-

Akan ku miliki hatimu itu .. (2:25)

Bab 1 : [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] ..

Bab 2 : [2:1] [2:2] [2:3] [2:4] [2:5] [2:6] [2:7] [2:8] [2:9] [2:10] [2:11] [2:12] [2:13] [2:14] [2:15] [2:16] [2:17] [2:18] [2:19] [2:20] [2:21] [2:22] [2:23] [2:24] ..

 

" Riana .. Ada.. ". Aku menyapa mereka yang memerhati aku seolah-olah aku baru balik dari perang bersama yahudi.

 

"Ben.. sihat ? Lama tak nampak ? ". Riana tegur .

 

" Kan cuti. Mana nak nampak. Balik kampung. Kita ni orang kampung , jadi balik la kampung... " . Sinis jawapan aku. Memang nak tuju pada Adawiyah yang membisu seribu bahasa.

 

" Kau nak g mana Wan ? ". Tiba-tiba Wan bangun . Riana juga turut bangun tapi destinasi mereka berbeza. Meninggalkan aku bersama Adawiyah.

 

" Hurm... Sihat Ada ? ". Aku mulakan perbualan.

 

"" Alhamdulillah.Ben ? ". Ada bertanya tapi tidak memandang muka aku.

 

" Ben ok jer .. Syukur pada Allah ".  Ringkas dan padat.

 

" Happy je sekarang ni ? Berbeza dari sebelum bercuti. Tak rindukan Ada ke ? ". Adawiyah tanya tanpa berselindung.

 

Tersembur air keluar dari mulut aku. Mana pernah Adawiyah begitu 'jujur' dalam perbualan bersama aku. Nampaknya dia seolah-olah dapat hidu sesuatu. Mungkin ketara sangat aku gembira sekarang ni.

 

" Eh.. apa lak.. biasa je la ..Dulu dan sekarang , tiada beza.. Saya hanya umpama pungguk menanti bulan jatuh ke riba .. Tapi kalau bulan jatuh ke riba pungguk tu , pasti pungguk tu koma 9 bulan punya kan ? " . Saja buat lawak bodoh. Tapi Adawiyah tetap dengan muka seriusnya.

 

" Adawiyah tak nak putus dengan Ben. Ada dah mula sayangkan Ben.".  Ada memandang tepat ke mata aku. Dan aku seolah olah baru dihimpap  dek bulan purnama !

 

-SAMBUNG-

Bila blogger jadi wartawan

image

Jeng jeng jeng .. Aku dan beberapa rakan blogger lagi dijemput untuk menghadiri majlis Sidang Media Pilih Kasih Musim Baru ..

Nampaknya , sekarang ni dah jadi trend  yang mana blogger juga memainkan peranan penting dalam mengembangkan lagi industri hiburan dan lain lain di negara kita.

Satu perkembangan yang sememangnya membanggakan buat para blogger.  Buat bro Jai , terima kasih atas jemputan ini..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI