Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 7 Oktober 2011

Ranking Universiti Terbaik di Dunia 2011- 2012

 

image

 

Kedudukan Universiti Terbaik di seluruh dunia ( Top 10 )

  1. California Institute of Technology

  2. Harvard University

  3. Stanford University

  4. University of Oxford

  5. Princeton University

  6. University of Cambridge

  7. Massachusetts Institute of Technology

  8. Imperial College London

  9. University of Chicago

  10. University of California, Berkeley

 

Kedudukan Universiti Terbaik di Asia 2011-2012 ( Top 10 )

  1. University of Tokyo

  2. University of Hong Kong

  3. National University of Singapore

  4. Peking University

  5. Kyoto University

  6. Pohang University of Science and Technology

  7. Hong Kong University of Science and Technology

  8. Tsinghua University

  9. Korea Advanced Institute of Science and Technology

  10. Tokyo Institute of Technology

 

Caltech dinobatkan sebagai universiti terbaik dunia ekoran kejayaan mereka mengekalkan keputusan memberangsangkan dalam semua kategori dan peningkatan dalam pembiayaan penyelidikan.

Institut Caltech adalah khusus untuk pengajian sains serta kejuruteraan dan kampus utamanya terletak di utara Los Angeles.

Havard yang berusia 365 tahun dan buat pertama kalinya gagal menduduki kedudukan pertama sejak senarai ini dikeluarkan oleh THE berada di tangga kedua bersama Universiti Stanford California.

Kedudukan universiti utama Britain turut berubah dengan Oxford berjaya menduduki tangga keempat menewaskan Cambridge yang berada pada kedudukan keenam.

Pemilihan ini dibuat berdasarkan 13 kategori termasuk bidang penyelidikan, pengajaran, pemindahan pengetahuan dan aktiviti antarabangsa - Utusan

 

Tercari gak universiti dari Malaysia ... tapi ???? Tak caya ? G tengok sendiri.. Kat mana ? Eh... cari la sendiri.. hahahha.. Rileks le.. Tegang je mukaaaa .. hehe .. Klik SINI

Bajet 2012 .. Cerita ku ini.

 

Setelah mendengar dan membaca semua teks perbentangan Bajet 2012 , maka kali ni banyak kelebihan pada rakyat jelata.. Namun ada yang kata ini Bajet bodek rakyat ..

Semalam sewaktu aku berada di Masjid Jamek , Kuala Lumpur .. aku diberi  helaian kertas Bajet dari PKR oleh satu kumpulan terdiri dari lelaki melayu dan aku membacanya .. Seperti yang aku nampak , ianya juga umpama Bajet umpan Rakyat.. Itulah politik ! Sana cakap gitu , sini cakap camtu .. Jadi camana ?

Maaf cakap , aku bukan pro mana mana .. Teringin sangat aku tulis disini mengenai suatu perkara yang sangat tidak aku puashati yang mana ramai tak sedar tapi mereka yang tahu saja berdukacita.. Ada sapa amik kisah ? Tapi aku tak boleh sbb aku 'terikat'.

Nak kata apa dah kan ? Segalanya kena 'bertolak ansur'. Nak kasi semua menang , gamaknya susah la jugak. Masing masing punya tekak nak jaga.

Dalam erti kata lain , apa yang diberi itu , itulah rezeki kita sekarang. Untuk masa depan , kita usaha lain. Kalau ada , itulah nama rezeki.. kalau tak de , teruskan usaha.

Bukan mudah nak puaskan hati semua orang .. Cuma , rasanya elaun ahli parlimen tu tak perlu la nak kaji dan tambah lagi... Rakyat belum buta lagi.. Cukup cukuplah.. Kata nak jimat.. Mulakan dari pemimpin !

Apa kemenda la si wartawan ni ?

image
Aku baca kenyataan sorang sorang .. Aku tak salahkan mereka , tapi aku tuding jari pada wartawan yang menanyakan soalan pada mereka ..
Ibarat tanya  Dato Lee Chong Wei pasal litar Sepang. Apakah pendapat beliau mengenai trek lumba kereta di situ ? Kalau mengenai kecantikan atau kesesuaian , mungkin dia boleh jawab ler.. tapi sesuatu yang dia tak rasa lagi .. Camana dia nak jawab ? Bukan bidang dia kan ? Cuba kasi dia pusing 8 round kat litar tu.. baru bleh komen .. kan kan ?

(Download) Teks Ucapan Belanjawan 2012

 

image

Belanjawan 2012 bertemakan Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara dibentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Pada mereka yang tidak bekesempatan untuk mengikuti perbentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri sebentar tadi , bolehlah download di SINI dan lampiran , Pengecualian Duti Setem ke atas Surat Cara Penjanjian di Bawah Skim Perumahan Rakyat Malaysia ( PR1MA), klik SINI .

Bonus 3.5 bulan untuk penjawat awam

 

imageApakah PM kita mengumumkannya ???

 

Tak la.. tunggu yang bawah ni jadi PM , baru dapat bonus seperti yang tertulis pada tajuk .

 

image 

hAHAHA... Guwau je laaa.... Rileks laaa.. tegang sangat muka tuuu..

Hadiah produk untuk setiap Fan genapan 100 di page dqis2u.com

 

Assalamualaikum dan Salam Jumaat,

Alhamdulillah seronok rasanya dapat jumpa jumaat hari nieh... 

Alhamdulillah masih diberi nikmat dariNya... Saya juga amat berbesar hati nak bagi hadiah, tapi tatau camne nak buat..... Saya rasaaaaa saya nak bagi melalui KLIK KLIK kat page dqis2u.com di facebook..boleh ?


Okehhh sett!! saya nak bagi hadiah mana2 aje dari produk yang saya ada untuk setiap KLIK gandaan 100 sehingga berjumpa jumaat seterusnya...Saya nak mencari seramai sahabat, sudi2 kan lah yee... terima kasih...


PAGE FB ID : dqis2u.com 

Direct LINK Page FB : DQIS2U


Terima kasihhh u'olsss...

p/s : pada yang dok mencari income partime niaga... boleh jengok2 produk kami di www.dqis2u.com.... produk keluaran dqis sendiri Halal, Bersih dan Segar... Insya'allah....


--
DQis Enterprise
www.dqis2u.com
YM : dqis_online

Kakak Dato Siti Nurhaliza sah bercerai

 

image

Penyanyi Saida Taruddin sah bercerai dengan suaminya, Mohd. Ghazali Yahya Zikri dengan lafaz talak satu secara khuluk (tebus talak) di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Hakim Syarie, Suhaily Rosli memerintahkan badan hakam yang dilantik oleh mahkamah untuk menyelesaikan konflik rumah tangga itu untuk mengendalikan proses lafaz cerai setelah Mohd. Ghazali enggan untuk menceraikan isterinya.

Lafaz cerai talak satu tersebut terhadap Saida dilakukan oleh seorang pegawai mahkamah selaku wakil hakam bagi pihak Mohd. Ghazali. - Utusan

 

Wow ... wow ... tu dia penangan dunia hiburan .. Dari elok elok berkeluarga , akhirnya ? Haih....  Sapa lagi nak jadi artis ??? Cepat cepat .. G join Vokal bukan sekadar rupa tapi kalau ada fizikal atau duit mahupun network yang best best , pon ok gak !

Hampeh .

Mana satukah kita ?

 

 

image Wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !!!

 

image

Hahahahaha !!

 

image

Ada antara kita lebih gemar ketawa dari menghulur tangannya

 

5 blog terkini : karmila , Ros , sharifahzalikha , Afifah Hanim dan tieqa

Contoh peniaga makanan yg aku suka

Alhamdulillah.. layanan dari tokey kedai makanan ni , sangat memuaskan hati .. Aku bagi 5 bintang dari 5 !

Walaupun budak sekolah datang beli air kosong pon dia takda nak buat muka .. Padahal waktu skg ni ramai org dok membeli, dia layan dengan mesra gak ..

Harga ? Murah gilaa.. Terletak di Medan Selera Precint 16, makanan dia tip top dan byk pilihan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Aaron Aziz jadi pembunuh upahan dalam diam !

 

Pergh.. caya la bro Aaron.. Dalam diam diam ehh ..

image

Aaron akan memegang watak  sebagai pembunuh upahan dalam filem Hollywood yang bertajuk PRINCE OF THE CITY . Turut sama berlakon adalah pelakon yang pernah berlakon dalam drama bersiri 24 dan CSI :Miami , Micheal Madsen.

image image

Selain Aaron, filem itu turut menggandingkannya dengan pelakon Tara Wallers, Yang Kassim dan Jehan Miskin.

Filem yang bakal menjalani penggambaran selama 16 hari di Malaysia itu menggunakan sepenuhnya dialog dalam bahasa Inggeris.

Semoga berjaya buat mereka !

Sumber: Kosmo

Alhamdulillah .. seronok dengar !

 

Rezeki ada di mana mana .. Yang penting , cuba sebelum mengatakan TIDAK ! Kan kan ? Heheh..

Tempoh hari aku ada syorkan pada seorang kawan di pejabat aku ni .. Yelah , dia dok kata gaji laki bini tak cukup memanjang .. Dan dia pulak pandai memasak .. Jadi aku syorkan dia agar buat nasi kerabu dan jual di opis ..

Permulaan , mudah jer.. Buat la demo dulu kan.. Kasi kawan kawan rasa .. Mana yang berminat , order la nanti.. kan kan ? Hehehe.. Senang kan ?

Lepas dia buat tu kan , sekarang sehari dalam 20-30 bungkus abis dijual ! Hahahaha.. suka aku dengar .. Laki dia pun jual gak kat opis.. Tak payah bukak table pon .. Sampai sampai dah ada orang amik .. Hehehe..

Yelah , sekurang-kurangnya beban seorang manusia dah kurang. Bukan pe , kesian je tengok diorang yang kena tunggu hujung bulan baru dapat gaji ni..

Alhamdulillah.. usaha tangga kejayaan. Nak mula memang susah .. Tapi bila dah jalan , susah nak berenti.. hehe..

5 blog baru Pilihan Ben Ashaari

 

image

khairiz

image

Esham World

 

image

♥Amalina♥

 

image

LittleTimmie

 

image

Zatee

Anak buah aku sendiri buat laporan terhadap aku !

 

Hampeh gas betul !!  Tak mengenang budi betul anak buah aku ni !! Baru berusia 3 tahun tapi mulut cam peguam takde lesen .. Ada ke patut dia g report kat mak aku  yang aku bawak kereta laju laju sewaktu bawak dia meronda yang tak sampai 5 minit pon perjalanannya !! Adoii..

Aku bawak tak la laju mana pon.. Laju skit je sbb nak antar dia cepat . Aku nak balik rumah kat Putrajaya sebab dah lewat malam. Aku spesis tak suka memandu lewat malam ... Dia pulak dok teriak nak ikut g jalan jalan ..

Lepas turunkan dia kat depan rumah , aku terus memandu keluar.. Tak sampai pon 5 minit , mak aku telefon ..

" Ni haaa.. Aniq komplen kat aku .. Hang bawak kereta laju laju.. Hang bawak slow slow keta tuu.. "..

Adoi.. Nak pergi kena leter.. Nak balik pon leter !! Pergi kena leter dengan wife .. Balik , ngan mak aku.. Adoi... Teruk sangat ke aku memandu ???

Kalau nak bagi orang ketawa , jangan buat lawak bodoh !

 

Berbalik pada entri aku tadi tu , aku tak cerita details. Tadi , aku bersama dua rakan blogger aku menjadi saksi diatas kebangangan seorang lelaki berbangsa melayu beragama Islam, mengutuk bangsa dan agamanya sendiri demi untuk dapatkan tepukan gemuruh diatas lawak bangangnya itu ..

Satu lawak yang memalukan dirinya secara tidak langsung ! Kitorang tadi masing masing dah berapi . Akhirnya kitorang beredar dari situ yang mana sepatutnya tamat dalam kul 11 lebih. Event yang kitorang pergi tadi , aku pun tak tau  apa motifnya. Mungkin bukan line aku kot..

Yang pasti , aku balik rumah dengan bau badan yang aku sendiri naik pening dengan baunya. Bau asap rokok yang sangat kuat ! Naik lrt tadi pon , rasa segan giler ! Camana mereka yang perokok boleh hidup dengan bau begini ? Maaf la yer.. aku cuma heran.

Masih terngiang lagi kata  kata lelaki melayu celup omputih yang perasan AMERICAN tu ...

" Aku Melayu .. Beragama Islam dan minum arak.. Jadi ? " ...

Aku tulis tu pon dah panas kan ? Bayangkan ada penambahan selepas ayat tersebut.. Silap aku tak rekod tadi.. Dah keluar kamera cuma aku amik gambarnya saja.

Kawan aku , Jai .. Dah tweet Coo company tu untuk minta penjelasan. Tunggu je nanti apa cerita sebenarnya .. Haih... Ni la contoh Melayu yang tak sedar diri ! Baru studi kat luar negara , dah anggap bangsa sana  ! Caitt... Yelahh.. aku tau bukan semua .. Tu contoh yang tak sedar diri je.. Aisey.. takkan nak kena tulis gak kot ?

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI