Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 10 Oktober 2011

Salah seorang blogger lelaki di final MasterChef Malaysia

DSC_0078
Katanya , dia berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir dan dialah antara salah seorang  blogger lelaki nanti ! Peerghhh .. Cayalah bro !! Jejai@Jai  dengan blognya , www.teratakarmo.com
DSC_0082
Adik kita ni bukan finalist tapi dia sedang membayangkan andai kata dia berada di tempat Jai nanti ! Perghh... Apakah masakan yang mampu dia masak di depan orang ramai nanti sewaktu final MasterChef Malaysia ? Dia terbayangkan ikan keli 3 rasa. Rasa mual , masam dan rasa nak mintak duit balik !

DSC_0081
Adik ni salah program .. Dia ingat skang final K-POP .. sori yer dik..
DSC_0079
Dan bro Jai kembali meneruskan cerita beliau yang mana telah berjaya memukau hakim pertandingan sewaktu di separuh akhir hari tu.

DSC_0130
Jumpa di final !!!! Gud luck bro ! Menang , jangan lupa open restaurant!

* Ralat : 3 blogger lelaki di final kelak.

5 blog pilihan Ben Ashaari

 

image

http://aquejaxtowk.blogspot.com/

 

image 

http://hzaid.blogspot.com/ 

 

image

http://fafa-fiha3dye.blogspot.com/

 

image

http://fida-ilias.blogspot.com/

 

image

http://fifipinky.blogspot.com/

 

TERIMA KASIH

Akan ku miliki hatimu itu .. (2:31)

Bab 1 : [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] ..

Bab 2 : [2:1] [2:2] [2:3] [2:4] [2:5] [2:6] [2:7] [2:8] [2:9] [2:10] [2:11] [2:12] [2:13] [2:14] [2:15] [2:16] [2:17] [2:18] [2:19] [2:20] [2:21] [2:22] [2:23] [2:24] [2:25] [2:25] [2:26] [2:27] [2:28] [2:29] [2:30] ..

 

"Oklah .. Nanti kita pergi sekali. Naik lrt je tau. Ben takde kereta. Nak naik teksi ayah Ben ? Ok je kalau Sabrina nak ? ".

 

Sms Sabrina aku balas.

 

2 minit kemudian. Sms balasan dari Sabrina.

 

" Apa kelas naik lrt .. Kereta takde ke ? Ala... ada ke naik teksi ayah Ben. Nanti blogger lain tengok , segan la Sabrina .. Kita naik kereta abang Sabrina eh ? Sab pinjam nanti .. ok ? ".

 

" Waaahhh... Aku tak sangka pulak perempuan ni dah bermata duniawi ! Aku ingatkan dia ni berbeza la dengan wanita wanita berstatus metropolitan ! Rupanya tidak.. Mak aih... Nampak gayanya , aku terpaksa ceraikan kau la wahai Sabrina dengan talak 3 !! .. Sat... Couple pon belum ? Camana nak cerai ??? ". Getus hati aku yang terasa geram yang amat sangat padanya.

 

" Kalau begitu , Sabrina naik kereta abang Sabrina saja. Ben akan naik lrt. Ok ? Jumpa nanti . Salam".

 

Ambik kau ! Ingat aku terhegeh sangat kat kau tu ! Huh...

 

Tiba-tiba masuk lagi pesanan ringkas dari Sabrina.

 

" Amboi .. Serius benar la Ben neh ! Sab gurau je la.. Abang Sab mana ada kereta. Motor tayar empat ada la... Tu pun tunggu masa nak dijadikan tukun tiruan kat Selat Melaka tu nanti. Kita pergi sekali yer.. Daaa.. Wsalam... "

 

Hampeh.. Memain betul la budak ni ! Tak sudah sudah nakal dia dari dulu . Tapi betul ke dia sukakan aku ? Hurm... Kalau betul pun , bagus jugak. Memang susah nak cari perempuan sukakan kita. Asyik asyik aku je sukakan diorang ...

 

......................................................

 

Hari yang ditunggu telah tiba ..

 

" Tuu.. Sab , jom.. Cepat .. kang bertolak tolak pulak nak masuk dalam Lrt ni .. " . Aku suruh Sabrina masuk terlebih dahulu dan diikuti aku.

 

Destinasi , KLCC .

 

-SAMBUNG-

Kekecohan sewaktu pelancaran PILIH KASIH 3

 

Kecoh ! Kecoh ! Kecoh banget !! Nape kecoh lak ni ??? Haaa.. Kecoh sebab tak sangka Rosyam Nor , Erra Fazira dan Umie Aida sangat sporting untuk bergambar dengan bloggers yang hadir tadi ! Malah abang Rosyam Nor tak henti henti mengucapkan terima kasih pada bloggers yang sudi hadir pada pelancaran program realiti PILIH KASIH tajaan TM ni..

 

DSC_0123

DSC_0159

DSC_0145

Bukan senang nak dapat bergambar dalam satu majlis yang mana bloggers sendiri dijemput hadir oleh pihak pengurusan SUHAN MOVIES dan Rosyam Nor sendiri .. Kena pulak selebriti tu , mmg naik dari bawah .. Haaa.. satu contoh yang aku selalu pegang..

" Biar bermula dari bawah .. Sampai atas , jadikannya kenangan terindah ! "

 

Nanti aku cerita lagi pasal majlis PILIH KASIH 3 ni.. LIKE 100X

Bila bloggers di sidang media PILIH KASIH ..

Ramai blogger turun kali ni ... Antaranya ..

Azfar9897.blogspot.com
www.iMas.my
Penmerah.com
Www.taufiqnazli.com
myravea.blogspot.com
Www.namia.gomofm.org
Www.prince91.com
Broframestone.com
Yananako.blogspot.com
Akusendiriponada ... Lalala..

Published with Blogger-droid v1.7.4

Semua orang buat blog tapi..

Bukan mudah nak bercucuk tanam .. Nak merasa hasil tanah memerlukan satu usaha yg berterusan ..Bukan seperti menanam tauge .. Campak kacang hijau , siram pastu tumbuh dah... Tu pun kalau subur tanah tu .. Atau paling tidak , lalang yg tumbuh..

Sama seperti blog .. Tanam sayuran ada ulat .. Buat blog ada lalat .. Fikir-fikirkan ..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Stim tengok perempuan mengandung

 

Ni masalah sosial sekarang ... aku pasti ianya dari mereka yang baru 'bersunat' ! Maaf , cakap wahai adik adik ... Tapi inilah hakikatnya.. Tapi bukanlah semua...

image

Keyword di blog aku pada hari ini .. Hurm.. Aku boleh katakan punca pada semua ini adalah dari internet .. Maka kalau boleh wahai ibu bapa , dan abang mahupun akak , pastikan adik adik kita bila mengadap internet tu hanya untuk buat kerja.. Jangan sampai bila dah 'tersesat' baru nak mengeluh..

Masalah ini bukan pada remaja je  tapi yang dah tua nak mati cam aku ni pun berlambak gak .. Contoh kes seorang bapa yang kemaruk seks sanggup liwat anaknya yang baru berusia 23 hari !

Inilah tanda dunia semakin hampir ke penghujungnya... dan bukannya pasal bulan !

Jawapan sebenar HELIZA HELMI isu HUDUD !

 

Yup .. Dari mula aku baca isu pendapat artis mengenai Hudud tu , aku terus baca kenyataan Heliza.. Aku kenal dia sbb aku pernah duduk berborak dengan dia dan aku tahu bagaimana dia berfikir bila ditanya mengenai sesuatu ..

Dan sememangnya aku tak percaya dia kata begitu. Lagipun jawapan diorang , lebih kurang jer.. Takkan la Heliza berani nak bagi kenyataan begitu memandangkan itu adalah isu politik tika ini.. Kalau dia bagi begini , maka dia akan dikatakan pro sana.. kalau dia kata begitu , maka diorang akan tulis Heliza pro situ pulak.. Cakap camana pun , pasti dia akan kena !

imageRujuk entri SINI

 

Alhamdulillah , rakan blogger aku Ujang mengambil tindakan bijak dengan menanyakan pada Heliza sendiri..

image

image

 

Aku pernah tengok video kenyataan seorang menteri dengan apa yang ditulis semula oleh wartawan yang menemubual beliau .. Hampeh ! Dia tulis ikut pemahaman dia .. Camana tu ?

Ingatkan blogger je pandai create isu panas , rupanya wartawan yang ajar blogger dulu.. kan kan ?  Tak caya ?? Tuuuu... Melodi tuuu... Tuuu.. Buletin TV3 tuuu..

Tuding jari ? Eh , terasa ke ? Alaaa.. tak merasa masuk TV3 pasni.. hahahah...

Buat Heliza , saya tau awak guna akal bila berbicara.

Orang memberi , kita merasa ..


Ini yang aku pegang dalam dunia blog dari mula aku mengenali 'keindahannya'.
Bagi yang nampak akan keindahannya maka mereka akan saling bertukar kenikmatannya tanpa sebarang prasangka langsung. Apa guna dunia ini andai kita tahu , nyawa kita ini rapuh cuma ?

Namun , tak rama memandang segala itu dengan rasa positif di hati. Apa yang mereka nampak cumalah ianya satu permainan psikologi. Jika itulah rasa mereka , maka mereka tak bergerak ke mana langsung.

Mereka tanya aku , bagaimana aku naik dengan pantas dalam dunia blog . Macam aku kata tadi , aku berpegang pada ' mereka memberi , aku merasa.. kemudian aku cuba membalasnya dengan niat , sama sama merasa..' .

Dan ianya mmg indah sekali ... Tak percaya ? Klik SINI .. Apa guna kedekut .. Bukan bawak masuk kubur pon .. Kan ? Semua ini sekadar dugaan dari Allah. Kalau sekecil ini pun kita kedekut bayangkan jika harta kita yang melimpah ruah sekiranya Allah berikan pada kita. Pergh.. tak dapat bayangkan kedekutnya kita nanti..

Wallahualam...

Lan A to Z tunjuk bakal isteri baru

 

image Cayalah bro ... bakal isteri muda wooo... 24 tahun dan Lan dah 42 gitu. Ni la 'rezeki' namanya.. Heheheh..

Selepas tiga tahun bersendirian, penyanyi Norazlan Abdul Aziz, 42, atau Lan A To Z akhirnya memilih untuk berkahwin dengan Siti Nur Ain Daud atau Ain, 24, dari Dengkil, Selangor.

Ain dikenalinya sejak tiga tahun lalu selepas bekas isterinya, Marcella Casissi Shariff atau Cella meninggalkan dia untuk kembali ke sisi keluarganya di England bersama tiga anak mereka,  sewaktu Ain hadir menjalani ujibakat menyanyi di studio di Gombak.

Menurut Lan , “Cella pulang seorang diri ke Malaysia awal tahun ini untuk selesaikan kes kami. Hubungan kami sekarang hanya sebagai kawan serta ibu bapa terhadap Puteri Nur Aqmar,11, Puteri Nur Syafiqah, 10, dan Puteri Nur Farhana, 4 tahun ".

Apa apa pun , semoga berbahagia bro ! ;)  .. Lupa lak , takde sapa nak sponsor ke ??

 

sumber : HMETRO

5 blog pilihan BEN ASHAARI

 

image

http://shafydavictoria.blogspot.com/

 

image

http://cherrynnee.blogspot.com/

 

image

http://luqmanul-stuwry.blogspot.com/

 

image

http://shayeslamenyer.blogspot.com/

 

image

http://hatiyangmenulis.blogspot.com/

 

Berdasarkan Follower terkini yang tidak ramai follower.. Kira baru buat blog la.. Kasi can kat diorang eh.

Fikir-fikirkan sebelum difikirkan

 

image

" Apa saja manusia ni .. Aku tak kacau orang , diorang kacau aku..  Bila aku kacau orang , diorang kata aku jahat.. Bila diorang kacau aku , kitorang kata manusia ni mmg takde keje dah ! "

 

Teringat kata nenek moyang aku ..  "Kita buat baik , mereka butakan mata .. Tapi bila jumpa kelemahan kita , mereka kompang satu dunia .. "

 

Dunia oh dunia... Mudah benar kita lupa , terlupa dan dilupai. Selagi kita bernafas , jangan mudah gelakkan orang kerana kelak kita akan digelakkan. 

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI