Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 11 Oktober 2011

Boleh tak aku berbogel bila ke KLCC ?

 

image

Eh , eh .. sapa suruh tengok ni ?? Dosa tau tengok aurat orang ... Haaa...

Iskh.. Apa yang aku mengarut eh ? Takde la .. Ada orang kata , sapa suruh tengok orang lain punya aurat , kan ?  Suka hati aku la nak pakai ketat ke .. tak nak pakai tudung ke .. Nak kasi nampak lurah bontot ke cam "Kak , nampak la bontot akak .." ni ..

Bayangkan kalau semua orang pegang alasan gitu ! Sapa suruh tengok ? Pandang la lantai  bila jalan tu .. Pergh.. Kalau gitu la kan , aku nak g kl dengan pakai seluar pendek atau bogel jer..

" Eh ?? Sapa suruh tengok ???  "

Boleh gitu ? Gamaknya selepas ni semua orang main sedap tekak je la bagi alasan tanpa pedulikkan sensitiviti orang lain . Betul tak ? Kucing , kalau dia ajar makan frieskies  , hari hari dia tak kisah punya .. Tapi kalau sua ikan kat depan mulut dia , dia ngap gak ..

Sama gak manusia , selagi punya nafsu dan syaitan jadi rakan kongsi dalam membina dosa , maka manusia tak lari dari melakukan kesilapan .

Tapi !! Tapi jika sama sama membantu , insyaAllah .. Aku tolong kau , kau tolong aku ... Aman dunia kita ni ...

Dan janganlah lupa , dalam Al-Quran pun berpesan.. dua dua kena jaga.. Yang sorang jaga auratnya dan sorang lagi jaga mata dan nafsunya. Sebelah pihak je jaga , susah la kan ?

Buat pengguna Streamyx dan UNIFI , hadiah menanti kita pada 2012 !

 

 

image

Pengguna Unifi dan Streamyx akan dikenakan cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak 6 peratus mulai 1 Januari 2012 nanti.

Best tak , best tak ?? Haa.. ni la dia kan ? Suruh support barang tempatan , kita support .. Bila dah support , diorg sepok  kita pulak ! Haih...

Ni apa cerita ni ??  Cuba habaq mai sat ? Tak cukup cukup ke nak bonchetkan perut tu ? Nak tampung kos ? Wah wah wahhh... Kang pakat tutup kang... Haaa... Tak mati takde UNIFI dan STREAMYX ni.. Bukan tak biasa !

Ingat semua orang ke naik gaji dan dapat bonus ? Beringat laaa .. Tak kira laa dulu korang tanggung ke apa ke.. Skang nak bagi pelanggan tanggung ? Apasal ? Teruk sangat dah bisnis ? Elelele...

Nampak je 6% tu dalam bil , aku tutup terus UNIFI aku.. Guna broadband biasa je .. Nanti aku pulang balik semua barang korang tu  ! Huh.. Baru nak support barangan buatan Malaysia.. Dah gini pulak perangainya .. Hampehgas betul !

 

Sumber : Harakahdaily dan Dezaman

Akan ku miliki hatimu itu .. (2:32)

Bab 1 : [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] ..

Bab 2 : [2:1] [2:2] [2:3] [2:4] [2:5] [2:6] [2:7] [2:8] [2:9] [2:10] [2:11] [2:12] [2:13] [2:14] [2:15] [2:16] [2:17] [2:18] [2:19] [2:20] [2:21] [2:22] [2:23] [2:24] [2:25] [2:25] [2:26] [2:27] [2:28] [2:29] [2:30] [2:31] ..

 

"Abang , nanti nak g gathering kat KLCC tu , abang nak guna nickname apa ? Haa.. kata tak nak bagi Sabrina tau.. camana tu ? ". Lisa tanya pada aku .

 

" Kan abang ada 2 blog. Guna la blog satu lagi tu.. Blog tu sapa pon tak tau .. Hehehe .. ". Jelas aku.

 

" Owh.. kenapa abang tak nak Sabrina tau sapa abang eh ? ". Lisa soal aku kembali.

 

" Saja nak low profile. Biarlah orang kenal blog je .. Orangnya tak perlu dikenali.. kan kan ? " . Aku senyum pada Lisa.

 

" Poyos tul la abang ni .. Orang buat blog sbb nak glameer .. Orang kenal.. abang lak nak sembunyi identiti.. ". Lisa saja nak provoke aku.

 

" Lain orang lain cara .. Abang selesa dengan cara gini.. Yang penting mesej abang dalam blog dapat disampaikan.. Tu lagi bagus kan ? Mereka yang nak glamer tu mungkin ada sebab kenapa buat gitu. Sapa tau kan ? Janji niat kena betul. Dah , abang nak tidur ni.. esok esok abang nanti abang call . Nak abis dah kredit ni ! Tinggal RM45 je ni.. ". Aku ketawa.

 

" Yelah.. kedekut gila ! Baru nak korek rahsia dia.. Huh.. Byee.. Salamm.. ". Terus Lisa matikan perbualan.

 

" Abang ! Sampai dah laaa.. Mengelamun jee keje dia ! Dalam lrt pun boleh mengelamun ! " .  Sabrina mencuit lengan aku setelah berkali memanggil aku yang asyik mengelamun.

 

" Hurm.. rasa malas pulak nak g gathering tu Sab.. Kita ke g makan je nak ? Pastu g jalan kat taman .. Ok ? ". Aku pandang muka Sabrina.

 

" Tamoo.. Sab dah janji nak jumpa kawan kat situ .. Kawan blogger .. Lama dah nak jumpa dia .. hehehe.. ". Sabrina menjeling !

 

" Amboi.. Sekali menjeling kat aku ! Tapi lawa la pulak .. Takat Lisa Surihani , pukul habis budak ni ! Hurm.. Malas betul la aku nak jumpa orang .. Entah tetiba je mood takde .. Iskh.. Apa alasan aku nak bagi kat dia ni lagi ? Haihhh ". Bisik hati kecilku.

 

Sampai sudah destinasi. Kaca mata hitam jenama Oakley aku kenakan untuk elakkan dikenali.

 

-SAMBUNG-

5 blog pilihan Ben Ashaari petang ini.

 

image

http://you2nique.blogspot.com/

 

image

http://miszlovelove.blogspot.com/

 

image

 http://mazmiesya.blogspot.com/

 

image

http://ayuzan.blogspot.com/

 

image

http://whoamieitismei.blogspot.com/

 

Kriteria pemilihan ? Takde .. rawak je ... Hehe..

Anak Ben Ashaari

 

image

Sumber : Niena

 

Menurut diari pregnancy yang aku muat turun melalui Htc Desire HD , usia kandungan wife aku baru 14 minggu 5 hari  dan ada lagi 179 hari lagi untuk aku bergelar ayah / walid / abah / daddy / ... Lama lagi tu kan ?

Tapi ada dah mencari eh ? Hehehe.. nak bagi advertorial kah ? Hahahah... Ke nak buat bisnis nehhh... hehehe.. Tak kisahlah apa pun.. Jangan wat bukan bukan dah la yer ..

Buat yang masih menanti saat ini , bersabar dan teruskan usaha. Selagi bernafas , selagi itulah mencuba. InsyaAllah.. Ini dugaan Allah.. Banyakkan doa.. Aku doa korang juga cepat dapat baby... Jangan masam muka.. Senyumlah .. Ada yang lagi kurang bernasib baik dari kita..

Nasib aku , suami isteri pun tak tau lagi camana.. Doakan kesejahteraan kami yer dan juga sahabat sahabat yang lain juga.. Amin..

Apa ?? Penjawat Awam naik gaji ? Swasta camana ??

 

Hehehe.. Dasatkan ? Penjawat awam naik gaji , swasta pun nak ... Tapi bila swasta naik , penjawat awam telan air liur je kan ? Sama gak bila bab bonus yang berbulan bulan malah ada sampai berbelas bulan .. Penjawat awam tak bising pon ?

Ok.. aku bukanlah nak bela mana mana pon.. Tapi kita sama sama kena pandang dari satu sudut yang mana sama sama mencari rezeki.. Inilah hakikatnya bila makan gaji. Kalau nak gaji besar , buatlah bisnis sendiri.. Ada kerja , ada gaji .. Malas kalu , makanlah angin ..

Diorang kata penjawat awam ni keje senang .. curi tulang , melepak banyak .. Tapi itu yang diorang nampak.. Yang tak nampak pulak camana ? Bagi aku , tak perlulah nak sakit hati kat mana mana pihak.. Kalau tak puashati , tukar keje .. Masuk gov. Kalau kata susah nak dapat , tahukah korang yang tak kerja tu susah nak dapat keje kat swasta sbb nak kena ada pengalaman ?

Dunia ni seimbang tapi kita sendiri yang kasi susah. Kalau gaji RM1 , selera tekak nak makan mamak hari hari , mana cukup kan ? Kalau nak lebih , usaha kena lebih .. Makan je la apa yang ada.. Sapa suruh tak belajar rajin rajin dulu kan ? Kalau tak , mesti dah jadi angkasawan negara punya..

image

Skit tapi syukur pada Allah.. dapat bantu keluarga sedikit sebanyak. Jangan pulak abiskan duit kat karaoke dan main golf !

Tapikan , kalau kerajaan arahkan swasta naik gaji kakitangannya , gamaknya mesti diorang g pindah ke negara lain yang mana tenaga buruhnya lebih murah dari Malaysia kan ? Ada baik dan buruk..

Aku ? Tahun depan full time blogger.. Kata nak gaji besar.. buat la bisnis kan ?

 

Jadual : Ujang

Cerita di sebalik pelancaran PILIH KASIH 3

 

Mula-mula aku nak ucapkan terima kasih pada bro JAI atas kesudian menjemput aku dan juga rakan rakan blogger yang lain ( SINI ).. Satu event yang sangat happening walaupun bukan bertaraf 5 bintang tapi sangat memuaskan hati para hadirin terutama bloggers. Dilayan sama rata dengan media  yang lain.

Selepas lunch bersama wife semalam , aku dan Ujang gerak ke Holiday Villa sejurus menunaikan solat Zohor di Masjid Putra. Aku mmg suka pergi awal sebab tak kalut dan berebut dengan hadirin yang lain nanti.

Sampai kat hotel tu dalam kul 2 petang . Ikut jadual , pukul 3 baru mula. Ok la.. tengok sana sini dulu. Tengok Rosyam Nor yang mundar mandir dengan pikiran yang penuh. Tapi orangnya sangat simple. Tak kenal , maka orang kata dia sombong. Kalau dah kenal , tak larat nak layak borak tapi pastinya , kalau tak tahan gurau maka janganlah bergurau dengannya. Pasti pedih telinga.. Hahahaha..

 

DSC_0071

DSC_0136

Kemudian bro Jejai sampai bersama geng yang lain. Bersama aku dalam gambar diatas ialah En.Suhaimy Abdul Rahman , Buss. Dev. Director Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.

Orangnya sangat sempoi dan peramah . Katanya , kemungkinan Suhan Movies nak gunakan medium blog untuk pasaran produk Suhan akan datang.. Bagus gak kan ? Hehe..

Tak lama kemudian , bermula sesi pelancaran yang mana wakil dari TM dan RTM turut hadir dan memberikan sepatah dua kata. Wakil blogger ? Nehhhh... hahaha..

DSC_0112

Sidang akhbar pastu .. Hehehe ... Tak nampak pulak blogger g join sidang akhbar tapi pakat beratur amik makanan.. hahahah.. Yelah , nak tanya apa kan ? Blogger ni bukan wartawan. Mereka akan cerita selepas terjadi dan bukannya sebelum . Untuk pelancaran Pilih Kasih nih , semua dah terjawab dengan Siaran Akhbar yang dibekalkan tu..

DSC_0116

Selesai sidang akhbar maka , sidang bergambar pulak.. Hahaha.. Tu boleh tengok kat sini ..

Selesai ... Aku tengok rakan-rakan blogger semua happy je.. Lebih lebih lagi bila dapat bergambar dengan Erra dan Umie Aida .. Tak ketinggalan juga bergambar dengan bekas bekas peserta PILIH KASIH yang telah selesai shooting drama INSPIRASI VARSITI .. Sebuah drama musikal gitu ! Hehehe.. Bakal ditayangkan di TV1 nanti..

DSC_0159

Apa yang pasti , Rosyam Nor berjaya didik mereka menjadi pelakon yang merendah diri , sama sepertinya ! Harapnya disiplin mereka berkekalan dan jangan lupa akhirat.. Hehe ..

DSC_0160Aku sempat buat muka Mickey Mouse dikala mereka sedang .. ehem.. Hahaha.. Yana , jangan risau .. Suami anda tak miang !

Dan sempat bergambar penutup bersama .... sbb memang minat lakonan dia sejak Soalnya Siapa .. ke Soalnya Hati ? Erk... Lama dah.. Heheh..

DSC_0147 

Lalalalala.... Tamat cerita Pilih Kasih.. Terima kasih Suhan Movie.

Aku pun minat tapi tak la bengong lagi !

 

Ni kalau Faizal Tahir tengok pon , tabik kat mamat bawah ni !

image

Sanggup buat pembedahan semata-mata nak serupa macam Superman ! Bengong ke apa ? Kot ya taksub sekali pon tak payah la ubah muka tu haa.. Adoiii ..

image

Jangan kau g pasang enjin kat belakang badan tu agar boleh terbang , sudah la yer ... Haish.. Makin maju manusia , makin mengarut jadinya ..

“Saya mengambil keputusan menjadi Superman kerana sejak kecil saya mahu menjadi sepertinya. Saya sedar dengan kelihatan seperti Superman akan menggembirakan saya dan saya berpuas hati selagi saya tidak mencederakan sesiapa,”.

Nama dia , Herbert Chavez, 35, Sama umur ngan aku pulak tu .. Aiseyman.. Kalau gini , aku pun nak nak buat pembedahan la.. Nak macam Justin Bieber  boleh ?

Tau apa yang dia buat agar serupa macam si Clark Kent tu ? Pembedahan plastik berulang kali sepanjang 16 tahun lalu untuk membolehkannya mendapatkan dagu lekuk dan hidung Superman. Dia juga menyuntik silikon untuk menebalkan bibir dan menjalani implan pada paha supaya kelihatan lebih tegap dan berotot.

Gila .. hahaha... aku g gym bertahun pon tak jadi cam Superman ! Jadi cam Vin Diesel ada la.. Hahahha... Macam macam ..

Jadual ujibakat PILIH KASIH 3

DSC_0107

Menariknya Pilih Kasih 3  akan menampilkan Erra Fazira dan Umie Aida sebagai juri tetap. Pemilihan mereka diharapkan dapat memantapkan lagi program realiti tersebut di samping dapat berkongsi pengalaman luas mereka kepada peserta-peserta yang terpilih menyertai pertandingan itu.

Penyertaan dua pelakon popular tanah air selaku penasihat kepada Rosyam Nor terutamanya semasa sesi pembuangan peserta sewaktu siaran langsung Pentas Pilih Kasih yang bermula awal Februari nanti. Selain itu, kedua-dua pelakon popular tersebut juga akan terlibat sebagai panel penilai siri uji bakat dan bertanggungjawab memantau perkembangan pelajar sepanjang 11 minggu. Mereka dipilih berdasarkan kecemerlangan mereka dalam bidang lakonan.

Pemilihan kedua-dua pelakon tersebut juga selepas perbincangan yang dibuat dengan pihak penaja iaitu Telekom Malaysia Berhad (TM) dan RTM.

Tenaga pengajar untuk Pilih Kasih 3 ialah Erma Fatima, Hamzah Tahir, Fauziah Nawi dan Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah.

 

DSC_0165Bersama ibu @ Fauziah Nawi yang sememangnya seorang yang peramah.

 

Demi kelancaran program dan sejajar perkembangan semasa,sebelum sesi uji bakat, para calon dan orang ramai boleh mengetahui pelbagai maklumat tentang Pilih Kasih termasuk tarikh dan lokasi ujibakat , malah , boleh memuat turun skrip uji bakat sebagai persediaan awal di portal gaya hidup TM, EveryoneConnects di www.everyoneconnects.net.

Selain daripada itu, lain-lain kandungan berkaitan PK3 yang terdapat di laman portal EveryoneConnects ialah profil dan biodata juri serta finalis PK3, klip-klip video dan gambar belakang tabir semasa sesi uji bakat dan pentas pemilihan, siaran ulangan episod-episod PK3 secara ekslusif di ruangan Sini Maa serta wallpaper yang boleh dimuat turun. Sementara itu, peminat juga boleh menyertai peraduan untuk peluang memenangi pelbagai hadiah hebat.

Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Senawang Negeri Sembilan sekali lagi menjadi medan tumpuan ramai apabila Pentas Mingguan Pilih Kasih berlangsung di lokasi ini sepanjang 11 minggu.

 

SENARAI TARIKH DAN LOKASI UJIBAKAT PILIH KASIH 3

 

TARIKH LOKASI UJIBAKAT

22 & 23 OKTOBER 2011

THE SUMMIT, BATU PAHAT, JOHOR

 

29 & 30 OKTOBER 2011

AEON BUKIT TINGGI, KLANG, SELANGOR

 

12 & 13 NOVEMBER 2011

CENTRAL SQUARE, SG PETANI, KEDAH

 

19 & 20 NOVEMBER 2011

TBC

 

26 & 27 NOVEMBER 2011

CENTRE POINT, SABAH

 

3 & 4 DISEMBER 2011

THE SPRING, SARAWAK

 

10 & 11 DISEMBER 2011

KL SENTRAL, KL

 

 

DSC_0130

" Andakah pelakon yang kami cari ? "

Joey dan Watie Elite bakal nikah

 

image

Alhamdulillah... Sorang sorang bakal tamatkan zaman solo.. hehe..Cepat cepat ..

"Pertemuan kami seperti telah ditentukan untuk hidup bersama. Saya merasakan Watie adalah orang yang dapat membahagiakan hidup saya hingga ke akhir hayat,". - MSTAR

Semoga pertemuan korang diakhiri dengan pernikahan yang sah ..

Kereta tertua di dunia bernilai AS$4.6 juta

 

image

Kereta yang dianggap tertua di dunia yang menggunakan kuasa stim dan masih boleh digunakan, dijual dengan harga AS$4.6 juta (RM14.2 juta) dalam satu lelongan.

Kereta buatan De Dion-Bouton et Trepardoux Dos-a-Dos Steam Runabout atau lebih dikenali sebagai “La Marquise,” yang dikeluarkan di Perancis pada 1884, dijual dua kali ganda daripada harga anggarannya dalam lelongan di Hershey, Pennsylvania, Jumaat lalu. -BHARIAN

 

Ben - Agaknya tahun diorang dah panda 'bikin' kereta tak atau dah layan drag car ? Hahaha..

Bini aku marah sbb aku gelak weh

Aku nk pecah perut wehhh!!! Dia tgh tdo.. Habis berdekah aku ketawa..
Published with Blogger-droid v1.7.4
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI