Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 14 Oktober 2011

Kenapa aku kena marah dgn wife tadi ???

 

Wife sedang ..

image

Manakala aku ..

image

Tiba-tiba

image

Yang terus membuatkan dia terkejut dan ..

image

Sian aku kan ? Ni gara gara lupa nak ..

image

Sewaktu

image

Pasni... fobia dah... hahaahha..

Bukan takut bini.. Bini yang tak takut aku... hahaha..

Gurau je.. sapa sapa pun pasti akan meletup bila tengah tidur tiba-tiba keluar bunyi muzik yang kuat.. Tapi bunyi kentut yang perlahan pun mampu membangunkan seseorang.. Hahahahha..

Hampeh !

Terima kasih sahabat-sahabat sekalian !

 

Sememangnya anda semua terbaik !

Semalam aku ada buat satu entri walaupun tika itu blog aku bermasalah. Jap ada jap takde ... Tapi aku tetap buat jugak la.. Hehehe.. Saja nak tolong kawan kawan ..

Tapi semua ini adalah berkat pertolongan kawan kawan yang lain jugak.. Kalau nak harap aku , apa pun tarak kan ?

Jadi semalam aku ada buat satu entri Jom bagi dia cukup 1000 FOLLOWER .. Alhamdulillah , dengan sokongan kawan-kawan .. sekejap je tercapai angka yang diimpikan tu..

image

Walaupun ada yang kata FOLLOWER ni tak memberi bantuan 100% dalam dunia blogging ni namun anggaplah ia cuma sekadar satu semangat kecil untuk memberi sumbangan pada rakan pembaca kita.

Buat semua rakan yang telah membantu aku semalam , jutaan terima kasih. Semoga Allah membalas budi baik korang semua.

InsyaAllah , kalau aku blogwalking dan jumpa blog blog yang menarik  dan unik untuk dikongsi bersama , akan aku habaq kat korang eh.. hehe..

Kawan kawan .. tamo lawan.. Lawan setan je yer..

Terlupakah anda?

 

image

Cari cermin dan pandanglah dalam dalam cermin itu .  Apa yang akan kita nampak ? Kita akan nampak diri kita.  Yang selebihnya adalah 'pakaian' kita di dunia ini.

Bila kita 'berpakaian' maka ada antara kita terlupa seketika. Mungkin kerana merasakan 'pakaian' kita sudah cukup bagus untuk menidakkan 'pakaian' orang lain. Mungkin juga tidak.

Ok.. Itu satu.. Satu lagi isu .. Apa yang aku perasan sekarang ni , akibat terlalu bebas bersuara di dunia maya ini maka ..

image

Ada yg tak tau membezakan mana tua dan mana muda. Mungkin terasa diri sebagai blogger yang cukup gah atau sudah bagus maka blogger atau pembaca yang lebih tua darinya tidak memberi sebarang erti.

Jangan risau. Kita semua satu hari akan jadi tua. Bila kita tua nanti , apa perasaan kita bila seorang budak kecil lalu depan kita lalu .. Jangan dimarahi budak itu . Kembali fikirkan apa yang pernah kita lakukan satu tika dulu.

image

 

Apa yang kita lakukan hari ini adalah apa yang bakal kita dapat satu hari nanti .. Fikir fikirkan ..

Nak jadi blogger yang bagus ?

 

 

image

Apa yang boleh kita buat dengan tanah ini ?

  1. Hadirkan kebaikan dan jauhkan keburukan.Biar sedikit tapi berbaloi.
  2. Asli dari titik peluh sendiri.
  3. Kepuasan.
  4. Berjaya membuatkan mereka tersenyum.

 

Mudah bukan ? Susah sebenarnya. Tak caya ? Cuba la buat !

Betul tak apa yang aku kata ? Kenapa begitu ? Sebab takde sapa nak baca blog kita walaupun entri kita best ! Jadi ianya pasti akan mematahkan semangat kita untuk terus berblog !

Jangan gitu .. Nanti niat kita  terpesong pulak .. Itu seolah olah nak tunjuk kita ni baik ! Seolah kita nak menderma tapi nak bagi semua orang nampak. Apa salahnya , kita tulis dan publishkan saja. Ada orang baca atau tidak , kita serahkan pada Allah.

Lainlah nak cari $$ melalui blog. Maka corak bloggingnya dah jadi lain pulak. Tu camana ? Aku rasa korang pon dah tau. Isu entri aku kali ini  cumalah bagaimana NAK MEMBERI TANPA MEMINTA PULANGAN.

Jojie ( kakak Ella ) sudah berhijab

 

image

“Saya dah mula sepenuhnya memakai hijab beberapa hari sebelum Ramadhan. Nawaitu nak pakai hijab dah lama dah, tapi manusia biasalah, suka nak ikut kawan dan sebagainya. Namun, bila dah tiba masa, terus saja nak pakai. Masa itu saya tengah solat Subuh dan sewaktu sujud, hati saya rasa nak pakai sangat-sangat waktu itu juga,”.

“Masa tak pakai tudung dulu, bila kita keluar rasa panas saja. Tapi, bila kita tengok orang yang pakai tudung ini, tak panas pula. Bila dah pakai tudung sekarang, baru saya tahu memang tak panas. Alhamdulillah, selepas pakai hijab ini, saya rasa lebih tenang lagi.”.     - GUA

 

Ben : Alhamdulillah ... sorang sorang berubah .. Yang seksi meksi di luar sana, sama sama kita doakan agar mereka cepat cepat tersedar dari lamunan.

Hantu makan pulut kuning

 

image

Gambar - Jiran 

Dulu aku tak suka makan pulut kuning sbb bapak aku tak kasi .. Katanya angin dan tak elok untuk mereka yang ada darah tinggi atau kencing manis ..Maka sebagai anak yang baik , aku ikut je la tanpa banyak bicara ..

Nak dijadikan cerita , hari selasa lepas aku ngan wife ke pasar tani Putrajaya dan ternampaklah satu akak n anaknya jual pulut kuning dan juga nasi lemak yang mana berjaya membuatkan aku terliur untuk menikmatinya.

Cerita banyak takde lalu aku langgar pantang orang tua aku !! Aku amik pulut kuning tu , sambal telur dan sambal ayam .. Daging aku tak leh makan.. Kalau makan , blog ni tak berupdate dah nanti.

Harga ? Boleh tahan gak laa .. Tapi tak pe .. Duit ada , makan je la.. Bukan selalu kan ? Bukannya aku abiskan duit dengan berkaraoke atau enjoy dengan perempuan lain kan kan ? ? Amboi mulutttttt... Tak sayang betul ! Hehe..

Sejak tu , bila selisih gerai jual pulut kuning maka pasti aku mintak wife belikan.. Kalau aku beli , semua lauk yang ada atas meja tu , aku suruh dia masukkan !

Dan sekarang , mmg aku ketagih. Patut la bapak aku tak kasi makan ! Dia tau anak dia ni hantu ! Ke aku ikut perangai dia ??

Kerja gila di awal bergelar blogger

Abis semua benda aku nak snap dab dijadikan cerita .. Hahaha.. Bila teringat semula , mmg lucu ..

Tapi tak pe .. tu semua belajar .. Bila dah lama , tau apa yg patut di cerita dan apa yg patut di simpan saja ..

Ehem .. dan yg tak berubah ialah aku tetap update di mana mana walaupun sambil berjalan macam sekarang di dlm pasar tani Putrajaya.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sekejap saja berlalu

 

Pasti ada yang tertanya kenapa petang ni banyak aku update gambar lama lama ..

Setiap pagi , bila mandi aku akan renungkan janggut aku nih haa... Tau nape ? Pasti akan ada uban uban putih di situ yang baru tumbuh dan setiap uban itu mengingatkan aku akan diri aku yang semakin tua..

Gambar-gambar tu , ibarat semalam berlalu.. Masih segar diingatan. Saat kenakalan bersama rakan rakan sekolah mmg tak dapat dipadamkan dengan kenangan yang manis sekarang ni..

Aku pasti bila kita mengenang saat itu, ramai antara kita akan tersenyum .. Walaupun ada duka namun manisnya lebih banyak kan ?

Dan 5 tahun akan datang .. aku akan menjengah umur 40 tahun.. Satu usia yang mana sepatutnya aku sudah pun stabil dalam kehidupan namun aku masih lagi terkial kial mengayuh perahu mencari daratan untuk berlabuh.

Rakan pembaca sekalian ... masa amat pantas berlalu.. Buat yang masih belajar , gunakanlah dengan sebaik mungkin.. Satu saat yang lepas tak mungkin kita nikmati lagi dan kita terpaksa bazirkan satu saat lagi untuk memperbetulkan kesilapan kita tadi.

Masa bukan lagi emas sebaliknya masa adalah nyawa kita yang sangat berharga .

5 blog Pilihan BEN ASHAARI

 

Pilihan secara rawak berdasarkan Follower terkini. Terima kasih .

 

image http://cikferrepunyahidup.blogspot.com/

 

image

http://pzulzarien.blogspot.com/

 

image

http://wannurhasnita.blogspot.com/

 

image

http://jemarisangsotong.blogspot.com

 

image

http://hati-qaseh.blogspot.com/

 

Selamat Berkenalan.

Aku dulu dulu lagi ..

 

imageEhem...

image

Mana satu aku ? Hahahaha... Mana bleh bagitauuu.. Ni masa aku umur 14 tahun weh.. Hahahaha... adoii... 

 

imageAda yang tanya tadi .. mana satu aku .. Tuuu.. yang tersengihhh.. :)

imagePerkhemahan di Pulau Pangkor selepas SPM .. Adeh.. aku tak dapat bayangkan la kehidupan masa kat sini ..  Berkhemah la konon.. Makan pagi , kat kedai makcik anak kembar .. Cun wooo.. Member aku gak dapat no tel.. Hahaha..

Ada satu lagi , team bola.. hehe.. tapi pakai suar pendek.. tu tak yah la yer ... ehhehe..

Aku , dulu dan sekarang ..

Zaman sekolah ... Nakal jer.. Ada satu ni awek kata kat aku , aku kurus ! Tamo laki kurus !! Waahh ..

Tercabar wehhh .. pastu buat badan .. Original tanpa cucuk cucuk punya .. 8 tahun kemudian , terjumpa awek tu semula ..

Ehem .. nak cakap lebih , riak pulak kan ? Hahaha.. tp aku puashati la.. Namun niat utama, kesihatan ..

Sekarang ???? Sekarang ???? Jin malas dah berkubang kat dlm badan aku !!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Layan HTC Desire HD

24 jam , HTC desire hd ni di tangan aku .. Segalanya aku rekodkan samada di dgn gambar atau terus ke blog .. Tak perlu edit lg ..

Maka , sememangnya gadget ni penting buat aku selama aku bergelar blogger..

Ehem.. iklan percuma HTC
Published with Blogger-droid v1.7.4

Projek seharian aku esok !

 

Pergh.. Kali pertama dalam hidup aku nak join treasure hunt neh..  Entah boleh abis ke tak pon , aku tak tau.. Team aku , ada 3 orang.. Esok aku buat livee eh.. Sambil mencari tu , aku update terus kat blog ! Hahaha...

image

image

Ada yang tanya camana nak join.. Huhuh.. Dah tutup pon penyertaannya..

image

image

Amacam ? Cam best jer kan ? Standby gps ! hahaha..

Akan ku miliki hatimu itu .. (2:34 )


Kata laluan Facebook itu aku masukkan. Ruang pesanan persendirian aku tengok .. Ada satu mesej dari seorang gadis. Bukan dari kalangan kawan kawan aku .. Pandai dia ! 


" Huh.. buat akaun baru tuuu.. Sanggup dia ! ". 


" Ada nombor telefon. Macam baru beli je nih ! Dasat dasat .. "


" Hurm... nak telefon ke tak ? Ke sms je ? Segan la pulak nak cakap dengan orang yang tak kenal ni ! ".


"Camana eh .. letih gak nak berkawan dengan orang yang tak kenal ni.. Main sorok sorok pulak.. Kang aku kena kencing baru ada akal ! ".


" Nama pon pelik je ... Ada ke suruh panggil CINTA je .. adehh.. nak mampus panggil orang tak kenal CINTA ! Ni sah nak pekena aku ni  .. Tapi sapa nak pedahal aku nih ! "


Bingung.Bertambah dengan isu di KLCC lagi. Memang saja nak kasi aku dapat darah tinggi di usia muda ni . Hampeh tul ! 


" Camana la Adawiyah boleh datang ke gathering tu ! Siap jadi kawan baik si Sabrina lak tu.. Adoiii... ".


Teringat kembali saat Adawiyah tersenyum memandang aku ketika Sabrina mengenalkan aku pada dia . Entah apa Adawiyah cerita kat Sabrina nanti. Mau mau dikatanya aku ni buaya tembaga lak atau aku punya blog yang sebenar. Perempuan ni tak suka ditipu walaupun tipu sunat ! 


-SAMBUNG-

Ramalan buruk Uncle Seekers pada artis

 

" "Saya cuma bermimpi dan apa yang berlaku dalam mimpi itu dikongsi dalam blog. Lagipun itu sekadar ramalan, kenapa perlu gusar? " - Uncle Seekers

 

image

Marsha akan menganut agama Islam

 

image

Rebecca Nu Islam ( Pergh.. nama dan gambar )

image

Zizan dikatakan bakal punya isu seks

image

    Abang Anuar Zain takkan kawin eh ?

 

"Bila orang meramalkan tentang cuaca, boleh saja diterima, tetapi bila saya buat ramalan tentang manusia, orang tak boleh terima pula. Kenapa?

"Saya sedar, diri ini bukanlah seorang bomoh. Rasanya tidak salah untuk kita memberitahu apa yang berlaku dalam mimpi kita," tegas Uncle Seekers.- MSTAR

 

Percaya ? Hehe .. Percaya pada Allah.. Apa yang berlaku adalah kehendakNya .. Kalau ramalan cuaca tu , takde orang nak percaya pon dah skang ni..

 

”Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)" [Al An’aam:59]

Alat untuk hindari dirogol

 

Wanita di bandar raya New Delhi , India  tidak lama lagi boleh mengatasi sesiapa yang cuba menyerang mereka dengan hanya menekan satu butang telefon untuk meminta tolong kepada pelbagai pihak, termasuk ahli keluarga dan polis.Butang itu juga menghidupkan penggera di laman sesawang sosial mangsa.

Polis berkata, satu daripada setiap empat kes rogol di India berlaku di New Delhi.Biasanya, mangsa ditarik ke dalam kereta dan dirogol beramai-ramai ketika kenderaan itu dipandu sebelum mangsa dicampakkan ke tepi jalan. Data polis India menunjukkan, berlaku satu kes rogol bagi setiap 18 jam.

Namun, melalui kemudahan Fight Back itu, wanita boleh menghantar mesej kecemasan berserta lokasi tepat kepada lima pihak, termasuk polis. Ia juga dipaparkan dalam Facebook dan Twitter. - Hmetro

 

Perghhh... Dasat ! Kat Malaysia pon kena ada gak ni ! Kalau ada di pasaran , aku nak dapatkan satu , untuk aku gak ! Yelah , sekarang ni , perempuan rogol lelaki pon ada tau ! Lelaki rogol lelaki pon ada ! Haaa... Dunia semakin menuju puncak dah ..

Semakin tak sedar kita .. Bala yang turun satu persatu namun masih ramai yang leka dengan kehidupan duniawi seolah olah tiada maut buat kita ..

Agak-agaknya apa wasiat aku nanti yer ?

image

Terfikir gak kan.. Apakah wasiat yang bakal aku tinggalkan untuk waris aku nanti yer ???

Korang ??

Hurm...

Aku wariskan kata laluan blog je la.. Facebook tu , akan terkubur dengan sendirinya ...

Huk , huk... sebelum tu ... kena buang gambar gambar yang tak patut ada .. Huhuhu..

Skang gak nak buang .. Nak redah gambar yang tak tutup aurat.. Huhuh.. nanti bertambah je dosa akuuuu ...

Persamaan BEN ASHAARI dan AWAL ASHAARI

 

Ada yang dok mencari Awal Ashaari dalam blog aku.. Adik dia pon sekali ! Jadi sapa adik sapa abang antara aku dan awal ni ? Dia laaaaa abang ... Sbb dia awal dulu !

image

image

Nampak kan ? Nampak kan ? Hehehe... Sama tak ? Sama tak ?

 

Yang bawah ni takde ASHAARI dibelakang  yer !

image

Pakcik ni , UJANG .. bukan bujang tau !

Ahh.. masihkah kau ingat akan awek ini ?

Ehem .. ehem ... ehem .. no komen ..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Melampau gila la kan ?

Kalau aku jadikan gambar ni wallpaper hp aku , sahih aku dapat renungan maut dari wife aku !

Muhahaha..Org perempuan ni ada dua jenis .. Satu cemburu macam naga buana .. Satu lagi cam gunung berapi ..

Lelaki ? Satu je .. Cemburu cam lagu Erra sendiri .. CEMBURU MU .. carilah sendiri lirik tu ..

Hahaha..pagi pagi bikin panas ..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sayang jugak anak buah aku ni kat aku !

Hurm ..bila teringat kembali mulut dia yg ternganga hari tu apabila tgn aku terkena bilah kipas syiling sedang berputar , membuat aku senyum sendirian..

Dan baru baru ni, dia ikut aku lg , g pusing pusing taman .. Sblm aku mula memandu, dia bg pesanan penaja ..

" Pak ngah, tak nak laju laju tau..."

Tapi dia silap laa.. lg aku lajuu ..hahaha
Published with Blogger-droid v1.7.4

Aku , dulu .. hari tu dan sekarang

Jangan gelak !!! Yang terbaru ... Tu yg ngan Rosyam Nor ... Huhu..

Pelbagai bentuk kan ? Zaman sekolah paling selekeh... Tak reti bergaya .. maklumlah , sekolah jantannnn.. Lagi pon tkde org minat kiter kiter niii .. hehe
Published with Blogger-droid v1.7.4
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI