Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 17 Oktober 2011

Kenapa lelaki turut ‘mengandung’ bila isterinya mengandung ?

 

image

“ Abang… teringin nak makan ….  “

9 bulan weh korang akan dengar ayat tu ! Haaa… Bagi suami yang berhati perut .. maka diikutkan saja permintaan isterinya.. Yelah , isteri sendiri .. Bukannya kekasih atau pon jiran sebelah.. Tak baik tau kasi isteri telan air liur mengidam ..

Cuma satu je masalahnya… Bayangkan , si isteri kata ,

“ Bang , teringin makan sotong masak lada hitam .. “

Zasss.. si suami berkungfu kat dapur.. Kalau kena tak tau nak masak cam aku ni , terpaksa berguru dengan sifoo Mat Gebu. !

Siaaappppppppppppppppppppppppppppppp !!

image

Maka si isteri pon makan la 2 ekor sotong tu dari 10 ekor.. Baki suami makan.

“ Bang , teringin makan ayam madu ! “ ( nasib baik ayam madu.. kalau di sebutnya nak bermadu ??? Tak ke kes naya ? “.

Zasssssssssssssssssssssssss !!!  Siaappp !!

image

“ Alamak bang .. saya mintak ayam masak madu.. Ni kari ayam.. Tak pe la bang .. Saya makan esok je la.. “ .

Sampai hati tak ??? Tak punya kan ? Mesti masak lain punya. Abis yang ada tu ?? Nak buat apa? Suami gak makan ! Haaa… Dalam erti kata lain , isteri mengandung ni sekadar nak rasa jer.. Si suami ni la yang jadi ‘Alam Flora’ .

Tu baru yang salah buat.. Kalau makan tak abis ? Haaaa… Isteri makan satu sudu … bakinya?? Mana tidaknya suami turut mengandungkan ?

Ok tak alasan ni ?

Haa..bersih pun tapi .. Alamanda lagi.

Sekali lagi aku 'terpaksa' makan di food court Alamanda ( Rasa ) ..

Semalam aku ada buat komplen dalam blog pasal kebersihan kawasan ni ..

Kali ni , bagus.. ada peningkatan.. tapi masih ada lalat ... Apa mau buat ? Tingkatkan lagi !
Published with Blogger-droid v1.7.4

10 blog baru pilihan BEN ASHAARI

 

Berikut adalah 10 buah blog yang dipilih secara rawak pada hari ini. Sila klik pada nama untuk ke blog mereka.

 

AnakOrkid

i'm just a normal girl like any other normal people that live normal life. nothing extraordinary things about me. anyone are welcome to read my blog. comment if you have anything to share. do respect my blog and i'll respect yours.

 

Mesut Firdaüs

Assalamualaikum.. Korang boleh panggil aku Firdaus.. Aku bukan seorang Perdana Menteri mahupun seorang nelayan.. Aku tinggal di atas muka bumi ciptaan Allah S.A.W. dan aku harap aku dapat menjadi seorang insan yang berguna.. Insya Allah..

 

~::Our Stories::~

~~Saya isteri kepada Mohd Affendy bin Bidin, Mama kepada Nur Adriana Qistina dan Muhammad Ammar Qayyum~~ ::Kebahagiaan Perlukan Kejujuran dan Keikhlasan:: ~AFFENDY*ALFIDAH*ADRIANA~

 

gothic mama

helo sy juz a simple person....eager to make friends with anyone.....join blog nie juz for fun...utk share pengalaman dgn anyone....bukan la nk buka aib diri sendiri.....or famili.....juz nk share pengalaman utk dijadikan iktibar utk sume.....jd kan la sbgai pengajaran.....hehehe......

 

:: BeBeLan ku ::

i love ALLAH.. My Family.. My Hubby.. My Friends and My World.. Muaahhhx!!

 

apitmind's

blog untuk aku.. ntah aku pun tak tau

 

Areliff | Perjalanan Seorang Blogger

Pelajar bernama Muhd.Alif yang menuntut di UNIKL MFI BANGI, Anak ketiga dari 3 orang adik beradik.Start Blog since dicember 2010 tapi aktif april 2011. Nak tahu lagi follow la my blog tak pon add di facebook :-)

 

LayaR TraNSpaRenSI kEhIDuPAn......

Mula hidop kat dunia 18JUNE1995..Jangan lupa wish birthday k..hii..Bersekolah selama 5tahun diSKSERISEKAMAT,KAJANG.. 1tahun diSKSEKSYEN7,BANGI..3tahun di SAMSMEL,SEPANG..dan baru stahun kat SMKJALANREKO..:)SPM tahun depan,2012 derr..and one more,love wedjes KFC..:) SINGLE and AVAILAIBLE k..cewahh:P

 

Humaira' Raudhah

Dilahirkan di bumi salju Allah. Tangisan pertama di catat pada 10 Jun 1994 bersamaan 1 Muharram 1415. Memulakan ABC di Taski Saidatina Aisyah dan menyambung pelajaran di SKJ3 dan seterusnye di SMKJ3. Anak bongsu daripada 4 adik beradik , 2 adam dan 2 hawa. Menghirup udara di bumi Allah sudah 17 tahun. Masih meniti sisa-sisa hidup sebagai hamba Allah :) Salam Ukhuwah Fillah ^__^ Hypocrite itu bukan dia tapi Innocent itu adalah dia ^_^

 

 

erin moshimoshi

Just because i laugh a lot, doesn’t mean my life is easy. Just because i have a smile on my face every day, doesn’t mean that something not bothering me. Its just that i choose to move on with the negative in my life. ♥ saya mmg seorang yang : ♥ + kuat cemburu ( hanya pada pasangan ....bukan pada sahabat..( x langsung,wek) + mudah terasa + mudah kesian + mudah sunyi + mudah menanges + x suke BERKONGSI !!!!!!!!!!!

Takkan kena lagi hack kot blog aku ?

 

image

Ari tu dia wat hal jap.. Ni jadi lagi ???  Haih.. Tensen la lagu nih.. Penat dah lari sana sini .. Memanjang je error..

Apa lagi aku nak kata ?? Shutdown laptop pastu tidur. Aman damai ! kan ? Tak payah nak pk pasal blog dah.. Letih letih letih … Zzzzz…. Tapi tak leh tidur gak.

Kena hack ? Takkan kot.. Hurm.. Ok ! Salah sendiri rupanya ! Bengong ! Cepat sangat nak kiciwa… Haih.. menda kecik saja looohhh.. Aiyooo.. Kensel mau tutup blog !

Eh sat, blog aku pernah kena hack ke ? Tak menarik kan , blog aku .. Buang masa jer.. Blog Mat Gebu best la skit kalau hack.. Tinggal souvenir gula gula hack sekali yer.. Hehehe..

Lain kali Ben , bukak mata bila menaip !

Setia pada yang satu ?

 

image

Setia pada pasangan anda ? Berapa ramai mampu setia ? Bagaimana pula dengan kes kawan makan kawan ? Anda bagaimana ? Tidakkah pernah terdetik untuk mencurangi pasangan anda ?

Wow… dasat sungguh godaan syaitan. Syaitan gak dipersalahkan yer ? Hehehe ..

Cinta oh Cinta .. Mereka kata aku mencintai mu tapi si dia berkata , ‘ Apa buktinya ?’ . Maka tergadailah dara dan maruah diri .. Akhirnya terkontang kantinglah seorang diri.. Masih lagi nak kata AKU SEORANG YANG SETIA ?

Setia tu , berpada-padalah .. kalau rasa nak sangat , suruh je masuk minang.. tapi pastikanlah pasangan tu berguna diwaktu susah senang. Jangan tang masa dahi licin , baik punya janji… Bila dah beranak pinak , janji lain pulak..

“ Abang janji akan bersikap adil .. “.

Bila dah dapat ?

“ Abang cuma seorang manusia biasa .. “

Well….

Eewww.. best ke blog ada lagu ni ???

 

Blog ada lagu ?? Best ke ? Iyewww.. tak bestnya ! Erk ... betul ke ?

Gini kawan kawan .. Hehehe.. Blog yang suka pasang lagu ni  , ada pengikut tersendiri. Sama gak blog blog yang suka main SEO , Segmen ,  atau sebagainya..

Setelah aku mengenali blogger LyssaSecret ni , rupanya pengikutnya adalah blogger yang gemar menghias blog .. Kecantikan blog adalah keutamaan mereka. Dan mereka pasang lagu dalam blog ! Haaa.. Tarak kisah la ada orang nak masuk ke , tak de ke.. janji hati senang .

Macam Lyssa , blog dia yang orang nampak ala ala gitu , tapi sebenarnya bukan ala ala tau ! Haaa... Boleh terbeliak gak la bijik mata tu kalau tau kisah sebenarnya.

Jadi, bagi pembaca blog ni .. mereka ada pilihan.. Samada nak masuk blog ada lagu , atau pon tak nak .. terpulang ! Takde sapa memaksa. Macam aku ni , kalau masuk satu satu blog tu untuk aku pilih blog untuk dipromosikan , aku akan cari blog yang tak berat.. Kalau berat , terus aku pangkah.

Apa pun , blog memasing punya citarasa. Tak perlu nak marah atau maki hamun blogger tersebut. Tak suka kalu , pangkah jer..Mungkin blogger tu sekadar suka berblog atau menghias blognya dari mengejar trafik ..

Tip jimatkan topup prepaid

 

image

Nak tau ?? Hehe... G baca kat SINI

Akan ku miliki hatimu itu .. (2:35)

Bab 1 : [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15][16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] [29][30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43][44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] 

Bab 2 : [2:1] [2:2] [2:3] [2:4] [2:5] [2:6] [2:7] [2:8] [2:9] [2:10] [2:11] [2:12] [2:13] [2:14] [2:15] [2:16] [2:17] [2:18] [2:19] [2:20] [2:21] [2:22] [2:23] [2:24] [2:25] [2:25] [2:26] [2:27] [2:28] [2:29] [2:30] [2:31] [2:32] [2:33] [2:34] ..

 

" Camana life Ben sekarang ? Mesti lagi best kan tanpa Adawiyah di sisi .. Kena pulak sekarang dapat awek lagi cun .. ". Adawiyah menyindir aku. Sabrina ke tandas waktu itu.

 

Aku memandang tepat ke mata Adawiyah.

 

" Kenapa Ada cakap gitu ? Ben kah yang bersalah  ? ". Aku menyoalnya semula.

 

" Ben terlalu mudah menyerah kalah ! Cepat putus asa untuk tackle keluarga Adawiyah. Semudah itu mengucapkan selamat tinggal ! ". Adawiyah mula menekan suaranya.

 

Aku diamkan diri. Aku tak ceritakan perkara sebenar mengapa aku meninggalkan dia.  Dia tak tau yang aku menerima ugutan dari seseorang untuk mencederakan ahli keluarga aku sekiranya aku tidak meninggalkan Adawiyah. Aku tak nak ianya berlaku. Terlalu kejam aku pentingkan diri sendiri.

 

" Kenapa diam Ben ? Sekarang puas ? Puas tengok Ada derita begini ? Mesti Ben sayang sangat kat Sabrina kan ? ". Adawiyah terus menekan aku.

 

" Ya , mmg Ben sayangkan Sabrina sekarang. Kenapa ? Tak boleh ? Dia dari golongan biasa macam Ben ! Bukan anak orang kaya atau berpangkat macam cik Adawiyah kita ni .. ". Saja aku sindiri dia agar cepat pergi dari situ setelah aku nampak Sabrina sedang menghala ke arah kami.

 

" Huh ! " . Adawiyah terus bangun dan berlalu dan pada masa yang sama Sabrina baru sampai. Terpinga-pinga dia .

 

" Kenapa abang ? Kenapa dengan Adawiyah tu ??  Abang kenal rapat ke dengan dia ? Lain je muka abang ? ". Sabrina mengerutkan dahinya.

 

" Hurm.. Duduklah dulu. Nanti abang cerita. ". Pinta aku.

 

-SAMBUNG-

Letupkan isteri sendiri hanya kerana cemburu

 

Astagfirullah al'azim... haih...Makin mengarut manusia di Malaysia ni.. Ni gara gara television atau filem la ni .. Idea dari situ .. Berjaya sungguh yahudi merosakkan manusia.

 

" Menurut sumber, sebelum insiden itu suami mangsa dipercayai sudah menyimbah petrol selain meletakkan bom petrol di dalam bilik air berkenaan.

“Sebaik isterinya masuk, suspek dengan sengaja membuang puntung rokok ke kawasan berkenaan menyebabkan tercetusnya api sebelum satu letupan kuat berlaku. ". - Hmetro

 

Gila tak gila la jantan tu ??? Bangang sangat ke apa? Yang dia nak bunuh tu manusia ! Aku nak bunuh lipas pon pk kesian kat dia .. Ni kan pulak manusia .. Sungguh menurut kata syaitan ! Berdekah dekah ketawa binatang tu.

Menurut akhbar tu lagi , suami dia baru berusia 28 tahun. Hurm.. belum matang sangat lelaki di usia ni. Maksud aku , bila bab cemburu ni.. Panas membara je jiwa tu.. Maaf yer lelaki.. Tapi inilah hakikatnya walaupun bukan semua lelaki gitu.

 

"Perbuatan keji yang dipercayai bermotifkan cemburu itu menyebabkan mangsa, 28, yang juga jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, kritikal apabila lebih 80 peratus tubuhnya melecur. ".

 

Haih..  Kot yer cemburu sangat , cerai je la.. tenang hidup tu.. sapa sapa tak susah dah !

EHEM | BEN ASHAARI meminang LYSSA SECRET !

 

Iklan : Baju lelaki dan baju perempuan yang murah dan terkini . Klik saja tulisan merah itu.

 

 

Panas ke tajuk ??? Hahaha .. Well ... Biasa laaa.. Tapi betul apa ??? Memang la aku meminang dia ... dan dia pun setuju apa ???

image

Nampak tak tuuu.. Kat atas tuuuu .. DARI LYSSA SECRET ... Tu la dia.. Aku meminang blog dia untuk bertukar RSS atau FEED bertujuan untuk menukar rakan pembaca sebagaimana selama ini aku buat dengan MAT GEBU aka www.tiffinbiru.com .

Tak de isu lain yer.. Lagi pon dia ni orang kampung ayah aku .. Hehe.. Oh ya , ada yang tak tau dan fikir aku ni boypreng dia .. Hahahhaa.. Kawan , aku ni tua dah.. dia tu muda belia .. Kang marah pulak boypreng dia .. Tak de , tak de .. kami buka berkapel yer.. Dosa dosa .. Saya sudah berpunya.. Lainlah wife nak buat gila macam BINI BINI KU GENGSTER tu.. Hahahah.. gurau jeee... haha.. ada gak kena piat telinga petang kang ..Hahaha..

Pertukaran feed ni ramai dah buat .. Kalau tengok kat bawah blog aku tu pon ada lagi dengan dua blogger.. Masing masing punya kumpulan pembaca yang berbeza. Ini akan menghasilkan pembaca yang 'berbilang citarasa' di blog aku ini.

Macam aku kata dulu , blog aku ni masih dalam peringkat promosi secara berterusan.. sehingga sekurangnya 1 tahun lagi , aku rasa ok dah kot..

Bagi yang nak berkenalan dengan si kecil molek neh atau nak belajar cantikkan blog , boleh ke blognya.. MEMANG CUN ! Blog dia laaa.. Dan blog dia baru je masuk majalah REMAJA ..;) ..

Meh , bila lamaran aku diterima LYSSA SECRET .. klik SINI

(Video) Pemandu IndyCar maut ketika berlumba

image

LAS VEGAS: Pemandu kelahiran Britain, Dan Wheldon terbunuh dalam kemalangan buruk pada siri akhir perlumbaan Las Vegas 300 IndyCar, pagi tadi.


Wheldon, 33, pemenang Indianapolis 500 pada Mei lalu, mati akibat kecederaan parah selepas keretanya melambung ke atas sebuah kereta lain dan merempuh pagar ketika kemalangan membabitkan 15 kereta.

Beberapa kereta lain turut melambung manakala selebihnya terbabas akibat terbakar.

Ketua Eksekutif IndyCar, Randy Bernard, berkata pihaknya amat sedih apabila mengumumkan bahawa Wheldon mati kerana kecederaan parah.


"Ingatan dan doa kami untuk keluarganya hari ini. Pemandu-pemandu lain sudah dimaklumkan mengenai kematian mendiang sebelum Bernard membuat pengumuman rasmi," katanya. - Bharian

 

 

Sedih. Berita kehilangan teman sekolah sejak umur 7 tahun !

 

Hurm.. Masih tergambar lagi dalam benak aku ni ,gambar kelas sewaktu darjah 1 dulu.. Kawan aku yang baru saja aku dapat khabar berita yang mana telah meninggal dunia 2 bulan lepas melalui page group FB budak sekolah menengah aku dulu ..

Status FB :

" brothers..ada sad news..harap kita bless the friend of us our buddy..KIRANPAL SINGH meninggal dunia 2 bulan lepas..saya dapat berita dari kakak saudara dia di HOSPITAL BESAR KL..harap kawan kawan kita send this message around..thanks "

" Kiran went tru depression(mentally cronical)..paling last dia dapat tekanan mental..dia meninggal semasa nak mandi kat dlm tandas hospital bro..tergelincir dan kepala dia cedera parah..meninggal on the spot..:( Halim Manaf yg badan besar..satu satu machaa punjabi pakai boo cut kat sekolah ...i jumpa di last pun masa dia buat show kat umah saudara dia kat pandan jaya 8 bulan lepas...masa tu dia ada cerita...dia sakit hati pasal hidup dia..sampai nangis..hmm..but kawan2 dia nampak je ganas tapi...soal tolong menolong ngan soft heart ..he the man..RIP KIRAN..kamu sampai message kat member kita k.. ".

 

Orangnya besar , suka buli kawan kawan tapi hatinya baik. Selalu diorang kata aku kembar dengan dia ! Siap cikgu pun letak aku sebelah menyebelah dengan dia .. Ok tu ok tapi bau ketiak dia tak tahan.. Haih.. tinggal kenangan.. Sampai ke tingkatan 5 , aku satu kelas lagi dengan dia ..

Dah sampai ajal dia ... RIP KIRANPAL SINGH !

Entah ajal aku bila pula .. hurm...

Kepentingan tajuk pada satu satu entri di blog

 

Tajuk panas .. Mungkin akan ada yang pandang  serong terhadap blogger yang sering amalkan tajuk tajuk panas untuk menarik pembaca masuk membaca artikalnya. Tapi bila di baca , seringkali ada yg tertipu.

Memang terjadi ! Tidak dinafikan. Biasanya pembaca akan marah dan rasa tertipu. Kesannya , blog tersebut akan dimasukkan ke dalam senarai hitam blog yang tidak perlu dikunjungi langsung !

Bagi aku , tajuk hot atau panas mmg perlu untuk menarik pembaca ke blog kita. Konsep ini serupa seperti strategi pemasaran filem. Trailer trailer yang memaparkan adegan yang menarik dipaparkan. Mereka takkan paparkan adegan biasa untuk promo. Begitu juga tajuk pada blog. Ianya merupakan satu promosi juga.

Tetapi , tajuk dan kandungan perlulah ada kaitan .. Jangan tiada langsung. Ini mengundang rasa tidak puashati pada pembaca kelak. Maka berhati hati dalam memilih tajuk dan juga kandungan entri.

Blog aku biasanya tajuk yang aku letakkan adalah sebahagian dari isi kandungan juga tetapi ianya adalah tersirat. Aku gemar menggunakan tajuk sebegitu rupa agar pembaca  perlu teliti membaca dan menilainya. Aku tak nak pembaca sepintas lalu kemudian komen yang tiada kena mengena atau terus lari tajuk dari entri tersebut.

Ada yang gunakan tajuk biasa atas alasan kandungan entri lebih penting dari tajuk . Benar ! Jika kita punya pembaca setia , kita letak NOKTAH saja pon mereka akan masuk. Bagaimana pula mereka yang baru menulis blog ?

Pendapat aku , tajuk adalah penting. Mungkin mereka kata mereka tertipu tapi fikirkan kenapa mereka masuk untuk membacanya ? Pastinya tajuk itu menarik buat mereka bukan ?

Aku amik contoh , ARTIS DITANGKAP KHALWAT .. Bayangkan berpusu-pusu orang masuk membacanya tapi hampa kerana kandungan  tiada kaitan. Marah ! Loh.. kenapa nak marah ? Takkan nak masuk baca entri pasal tu kot ?? Sapa suruh ! G la baca entri yang lebih ilmiah kan ?

Pada peringkat awal berblogging dulu , aku gemar lakukan ujian untuk mengetahui apakah isu isu atau  bahan bacaan kegemaran rakyat Malaysia setiap hari.. Pastinya , hiburan dan politik.. Kalau bab agama sekali pun , pasti ada kaitan dgn politik.. Takkan lari..

Ya , citarasa masing masing .. Terpulang pada pembaca. Sebab itulah tajuk itu penting. Tajuk saja sudah boleh membuatkan pembaca tahu apakah isu yang bakal dibacanya nanti.. Entri perlulah diolah dengan lebih santai atau lebih padat untuk memastikan mereka tertarik dengan blog kita .

Maka , tajuk adalah umpan. Kalau umpan sekadar ' AKU MAKAN IKAN GORENG TADI' , maka kita dapat tulang sajalah .

Sekadar pendapat saja.. Terima kasih .

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI