Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 23 Oktober 2011

Suami-suami takut isteri

 

“ Bukan aku takut kat bini aku tapi bini aku yang tak takut kat aku ! “. Alasan macam pernah kita dengar kan tapi di mana yer ?? Heheh…

image

Benarkah si suami takutkan isterinya ? Atau sebenarnya malas nak bertekak ngan isterinya ? Mana satu ??

Bagi aku la kan , sebenarnya si suami ni malas je nak bergaduh n bertekak ni .. Buang masa jer.. Bila gaduh , si isteri keluar air mata.. Merajuk .. Tarik muka masam .. Kalau si suami malas pujuk , gamaknya ada yang asyik makan kat luar jer.. Tu kalau takde anak.. Kalau ada ?

Sbb tu laaaa si suami ni mengalahnya.. Apa jadi kalau suami tak mengalah ??

image

Tapi bila suami bagi muka , si isteri pulak naik lemak !! Wa wa wa wa !! Jangan kak .. jangan .. nanti meletus gunung berapi… Tak pasal pasal akak ada madu … Nasib baik dapat madu .. Kalau dapat cermin mata jenama RAY BAN , camana pulak ?

Pandai pandailah beralah yer …  

Melantak kat Padang Kota

Wife teringin char keow teow..Aku ?? Semua yg aku nampak .. bawak sepupu aku sekali sbb dia kenal org niaga situ .. jadi tak la kena sembelih ..hehe...

Jemput ..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Apa pandangan mereka mengenai CINTA SIBER ?

 

Sebelum  baca pendapat mereka , aku bagi pendapat aku yer.. Hehe… Ni sekadar pendapat aku …

“ Cinta Siber ni , aku mmg suka .. Berkenalan dan berkawan sebelum mengenal hati budi secara berdepan. Dengan berkawan terlebih dahulu di dunia maya , sedikit sebanyak dapat mengurangkan kegugupan bila berjumpa nanti. Disamping itu , kita dapat tau serba sedikit latar belakang keluarga masing masing…

Keburukkannya ialah .. Terlalu banyak yang amik peluang dengan ‘kebolehan’ yang ada pada mereka yakni jika lelaki , gunakan gambar untuk memikat dan ayat yg manis untuk menipu manakala perempuan , sama je cam lelaki.. hehe..

Maka , silalah berhati hati… “

 

Pendapat mereka pula bagaimana ?? Jom kita baca ..

Wow… geng baru ! Terima kasih … :)

Jom Fikir¦ Tanda

Berapa ramai yg prihatin ?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Baik beli cetak rompak !

Hampeh ! Tak sampai beberapa kali dengar , dah rosak !! Beli ori nehh.. Baik beli pirate je .. Bukan taknak support tapi bila dh memasing pk untung jer , ni la jadinya.. Kualiti cd mmg lebur ...

Haihh...
Published with Blogger-droid v1.7.4
Published with Blogger-droid v1.7.4

Nasib baik ada member bagus !

Aku pening kepala dah semalam bila dpt tau port pengecas rokok yg aku gunakan utk charge hp , tak boleh digunakan selepas aku buat servis kereta kat PERODUA ..

Hangin satu badan wehhh.. mana tidaknya , hari ni aku ngan wife nak ke Penang .. Dalam pulau nanti , nak bergerak aku guna GPS ...Tanpa port tu , mmg problem laaa..

Jadi mlm tadi aku roger member aku .. dia keje kat PROTON service centre dan cerita masalah aku ni ..

Aku kata aku nak bawak ke kedai kereta biasa je tapi dia tak kasi. Masalah pendawaian je katanya. Jadi dia nak tolong betulkan ..

Deal nak jumpa dia kul 12 mlm selepas abis futsal dan dia pon ada keje sebelum tu..

Dalam kul 1 pagi baru dpt buat kereta tu .. Punyalah member tu check satu satu , last last masalah CHARGER aku tu !!! Hampeh laaa.. connector dia tertanggal dan aku tak perasan ! Buang masa betul ..

Nasib baik aku ada back up car charger tu.. Maka selamat la aku nak gunakan gps tu kang ...

Kalau tak , mau pening aku nanti tercari jalan kang kat Penang walaupun berpuluh kali aku g sana dan kampung aku pun kat situ gak .huhu..

Bikin ana tensen je laaa.. Tq choo
Published with Blogger-droid v1.7.4

Segmen Hujung Minggu : CINTA SIBER OH

 - SEGMEN DITUTUP -

Okeh.. ni segmen ringkas buat blogger hujung minggu … Sambil sambil kita membaca pendapat  dan mencari kenalan blogger baru ..
Cara nak join segmen ni , mudah jer… Buat satu entri baru . Apa yang perlu ada ialah
  1. Letakkan headar BEN ASHAARI .COM
  2. Tajuk bagi CINTA SIBER OH  ialah dan linkkan ke entri ini.
  3. Tuliskan pendapat anda mengenai CINTA SIBER .. Berikan kelebihan CINTA SIBER dan kekurangannya.
  4. Siap .. tinggalkan url entri anda di ruangan komen ini.
OK … tu je .. senang je kan ? Terima kasih ..
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI