Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 26 Oktober 2011

SPOON bakal buat comeback ??

 

SPOON ? Sudu ??? Heheh.. Pernah dengar lagu diorang , RINDU SERINDU RINDUNYA , MEMORI SEKUNTUM RINDU dan banyak lagi.. Ingat ? Tak ingat , tak pe.. karang layan je lagu diorang kat bawah ni ..

Dari mana aku dapat info ni ??  Petang tadi , salah seorang ahli kumpulan Spoon ni , Shahnaz ada mesej aku di FB ..

 

“ ben.....spoon nk bwt comeback..... bwt lagu 1st & 2nd album orcherstra version & 1 single baru...dlm proses ni. mintak support. tq.. “

“ stkt ni yg dh bg komitmnt aku,norul & azlong...adk along.... yaya & boy blm dpt jmp lg. skg tgh bwt muzik dulu... awl thn dpn insyaalah siap... “

Haa… lebih kurang gitu la ceritanya… Amacam ? Rindu nak layan lagu jiwang ni lagi ? Hehehe.. Kena sabar ehh… Doakan semoga impian mereka tercapai ..

Apa pun , tolong jangan ungkit cerita lama mereka .. Yang berlalu tu , biarkan .. kita masing masing punya dosa silam .. Jaga masing masing punya kain yer .. 

Buat pengetahuan , diorang ni kawan aku .. Pernah gak la aku ikut diorang g buat show .. Saja nak tau camana rasa kena serbu dek awek.. Hahahah..

Bab surat n hadiah dari peminat tu, mmg berguni laaa… Aku pon join bukak n baca .. Macam macam ragam … Adeh… Kenangan manis gak la bersama diorang ..

Sayang tak tahan lama.. Hurm.. Harap impian diorg tercapai.

BEN ASHAARI bersama Rakan Blogger| Idola aku ?

 

Ok , segmen hari ni ada sesuatu yang menarik .. Apakah yang menariknya itu ? Setiap blogger akan bagitau sekurang kurangnya ,1 blogger idola mereka .. Haaa ..

Senarai dah dibuat … heheh .. tapi sebelum tu , mesti korang nak tau sapa idola aku dalam dunia blog ni ?? Jeng jeng jeng …Nak tau ?? Nak tau ??  Tak yah tau laaa…hehhe

Sat sat. jom layan ni dulu .. http://blin.gd/4coD

Senang jer.. Dia ni kan , lama dah berblog .. Tapi tak pernah putus asa langsung walaupun boring melanda .. Haaa.. Kira blog adalah rutin harian dia .. Selain tu , dia rajin gila blogwalking walaupun dia dah cukup popular.. Kesukaan dia adalah masuk blog blog baru .. Katanya cerita mereka tu fresh ! Tu yang menarik tu ..

Sapa dia eh ??? Ala … aku bagi clue dah tu… Takkan tak kenal kot ??? Haaaa.. pandai pon teka ! Betul la tuh ! Hahahaha.. ok ok .. sebelum aku bocorkan rahsia , apa kata kita g ziarah kawan kawan kita dulu.. Pergh.. rugi tak sapu bersih kawan kawan kita ni ..

Jom kita g berkenalan .. Aku pon nak gak weh.. Meh klik SINI ..

Terima kasih semua dan Arol kerana rajin update.. hehe..

Eh,eh ?? Mengapa perlu jadi blogger terkenal ?

 

Apa itu blogger terkenal ?? Perlu ke  jadi blogger terkenal ?? Best ke ?? Syiok keee ??? Dapat apa jadi blogger terkenal ??? Duit ? Awek ? Boypreng ? Dapat Astro free ? Ke dapat glemer je ??

Aiseyman … Jangan simpan angan angan gitu dik ..bahaya.. Nanti salah bawak pulak blog tu.. Maka jadi mengarut … Tak best dah nak berblog .. hehe..

Sat sat. jom layan ni dulu .. http://blin.gd/4coD 

Sebenarnya , boleh je nak jadi blogger terkenal tapi kena tau la kenapa blogger tu terkenal .. Apakah kerana entrinya yang best ?? Atau orangnya yang best ?? Haaa.. Mana satu nak ?

Bagi aku , untuk mendukung gelaran blogger terkenal ni , biarlah kerana blognya. Orangnya , tak kisah la camana pon .. Artikal di blognya senantiasa mampu membuatkan pembaca puashati serta mendapat manfaat daripada setiap penulisannya. Tu baru best !!

Aku tau , sekarang ni ramai berminat nak jadi blogger terkenal ada dua sebab.. Sbb pertama .. RM dan kedua Glamer .. Maaf la kalau salah .. Tapi itu pendapat aku saja .

Bagi aku la kan , baik terkenal kerana artikal kita .. kerana blog kita .. Bab $$ , jgn risau .. Rezeki kan Allah yang beri..  Kalau blog kita bermutu , orang pasti akan cari punya .. Apa mau kisah kan ?

Biar lambat asalkan puas ! Puas itulah yang susah nak dapat sebenarnya .. Dapat duit senang jer… kan kan ?

Bila masa pulak aku jadi gay ??

 

Hampehgas betul la.. Dah la guna gambar aku.. Pastu jadi gay lak ! Cilanat betui la ini mamat indon ! Jom tolong aku report sama dia … Kalau sudi la… tak sudi tak pe.. hehe .. 

image

Uih.. wall dia … Cam gampang ! Mmg dasar gay indon betul mamat ni ! Hampehgas !! aarghhh….  Klik SINI untuk ke profile hantu raya nih.. Baskin robin betul !

Akhirnya .. sambar !

Pusing p pusing mai .. Wife bunyi lama dah nak guna Sony Viao .. Beli je la tadi ..

Lenovo yg ada kat rumah tu , buat belasahan mendownload .. yg ni guna bila outstation jer ..

Harga ? Dlm RM1.5k jer .. Nape amik warna pink ? Aku mmg suka warna pelik ! Hahaa.. Ada warna hijau tapi mcm tak feel lak.. Bila tgk macam slurpee sundae lak ..hehe..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Netbook baru aku


Published with Blogger-droid v1.7.4

Remaja lebih mudah untuk naik dalam dunia blog !

 

Tak percaya ?? Silalah percaya ! Kenapa ? Berbanding orang orang dewasa macam aku , pelajar punya pelbagai perasaan dalam diri mereka tetapi yang paling menarik ialah perasaan MEMBERONTAK !

Kenapa aku kata itu yang lebih menarik ?? Haa… Bukan mudah seorang remaja nak meluahkan perasaan MEMBERONTAK terhadap satu satu perkara itu ke dalam bentuk penulisan tetapi dengan lemah lembut !

Kalau takat nak caci maki , aku pasti ramai bleh buat ! Tak susah punya tapi bagaimana nak luahkan dalam bentuk yang lembut tapi keras seperti kungfu ! Kungfu ni pergerakkannya lembut tapi pukulannya keras !

Aku bagi contoh la kan .. Tadi kat sekolah aku dirotan oleh guru disiplin atas sesuatu alasan yang aku rasa tidak adil. Kawan aku yang buat pasal tapi aku pulak yang kena ! Bagaimana aku nak menyampaikan perasaan aku tu ?

Itulah cabaran seorang remaja yang bergelar blogger .. Bagaimana entri aku tu nak pikat pembaca terutamanya mereka yang lebih tua dari aku dan juga lebih muda dari aku.. Pastinya golongan sebaya akan lebih tertarik untuk membacanya tapi macam aku kata , camana nak bagi yang lain tu tertarik ?

Penyampaian kita .. Itulah jawapannya.. Remaja punya banyak aktiviti ! Dari pagi sampai malam .. Mereka punya ramai ‘penjaga’ dan paling penting , hati mereka senantiasa berbicara untuk melakukan sesuatu.

Kadang-kadang remaja tak tau pada sapa mereka nak meluahkan perasaan. Ibubapa bz atau pandang enteng perasaan mereka menyebabkan mereka memberontak. Maka dengan punyai blog , mereka boleh meluahkan segalanya tetapi dalam bentuk yang sopan.

Bila menyampaikan dalam bentuk hitam putih , ibu bapa akan lebih memahami anak mereka berbanding secara lisan. Yelah , bila anak cakap lain , mak faham lain. Contoh la kan … “ Mak , amin nak sunat laaa .. “ .. Ada mak akan jawab , “ Amboi, gatai dah hang nooo “ .. Padahal si anak tu malu dengan kawan kawan yang lain sbb daah sunat sedangkan dia belum.. Haaa.. Tu contoh je la..

Selain dari tu , remaja yang penuh dengan aktiviti ni boleh cerita segalanya ke dalam blog tapi biar ringkas dan padat.. Aku pasti korang dah belajar mengenai meringkaskan karangan dan membuat rumusan kan ? Nilah masanya nak praktikan.

Kalau korang berjaya buat gini , aku pasti korang boleh naik dengan cantik sekali. Tak payah sibuk posing dengan tiang lampu mahupun dengan shawls atau kat gym cam aku ! hahahaha…

InsyaAllah.. sekadar pandangan dan cadangan.

SEGMEN : Rakan Blogger Hari Ini ..

 

Mulai hari ini , aku akan tukar segmen BLOG PILIHAN kepada RAKAN BLOGGER HARI INI …

Untuk permulaan , aku akan mulakan dengan satu segmen terlebih dahulu. Kemudian , hari hari berikutnya barulah aku memilihnya secara rawak samada melalui widget FOLLOWER atau komen yang menarik dan logik.

Hari ni , kita buat secara ramai ramai .. ok ? Jadi mereka yang tidak pergi ke mana mana pada hari Deepavali ni , marilah kita berkenalan dengan rakan-rakan blogger yang baru atau lama di dalam dunia blog ini.

Ini bukan segmen ramaikan Follower atau tinggikan trafik sebaliknya mencari kenalan baru di dunia maya ini.. Sapa tau kan , kita g mana mana  ada je kawan kawan .. kan kan ?

Nak join ? Ok.. senang je.. Buat satu entri baru yer.. Bagi yang tak tau nak buat , tengok rakan rakan yang dah buat . Kemudian , ikut je prosedur ni ..

  1. Letak header BENASHAARI.COM
  2. Tajuk : BEN ASHAARI DAN RAKAN BLOGGER , kemudian linkkan ke entri ini.
  3. Ceritakan serba sedikit mengenai blog anda dan kenapa anda berblog
  4. Siapakah idola di dunia blog ini ?
  5. Siap.. tinggalkan url entri anda di ruangan komen entri ini..

Tutup segmen ini , kul 5 petang.. Selepas itu senarai nama akan dinaikkan .  Sementara tu , korang bolehlah blogwalking untuk mencari kenalan baru .. okeh ?

Terima kasih ..

Jadikan blog ini sebagai contoh !

 

“Penulis blog Muhammad Hafiz Ismail memenangi Anugerah Terbaik Perdana Menteri di Anugerah MSC Malaysia Asia-Pasifik ICT Alliance (APICTA) 2011, menerusi blognya, "Life Through My Eyes' (www.apistakkisah.blogspot.com). “ - Mstar

imageInilah blognya.. Sangat simple tapi apa yang membuatkannya menang ?? Isi dan cara penyampaiannya ..

Ramai antara kita terikut cara blogging orang lain tapi sebenarnya kita terlupa setiap dari kita punya keunikkan tersendiri untuk menyampaikan ‘cerita’ pada pembaca kita ..

Apa yang kita kejar sebenarnya bila buat blog ? Duit ? Populariti ? Kawan ? Kepuasan ?  Jawapannya , korang saja yang tahu .. 

Masuk dan kajilah blog tersebut … Penulis blog tersebut juga seorang penulis buku dan juga seorang guru tapi jangan jadikan itu satu alasan untuk menidakkan keistimewaan korang !

Kalau dia boleh , korang ? Ya , tak perlu jadi seperti dia tapi perlu ada semangat untuk berjaya seperti dia . Berjaya membuktikan yang korang juga mampu menghasilkan sesuatu berdasarkan usaha serta semangat juang yang tinggi sebagaimana dia ..

Kemenangan bukanlah ukuran sebaliknya kepuasan dalam bidang yang kita cintai. 

 

Ben : Aku bangga bila blogger diberi pengiktirafan peringkat tertinggi seperti ini .. Sbb ada orang memandang rendah pada blogger !

Kayak dan blog !

 

IMAG0614

Merenung kayak .. Mampukah aku pergi dan kembali dengan selamatnya ?

Pedulikkan … selagi aku ikut prosedur seperti yang diarah dan diajar ,insyaAllah aku mampu .. Selagi tak buat , selagi tu tak tau kemampuan kita..

Sama seperti blog .. Aku nak mula , aku tak tau camana .. tapi apa yang aku tau , aku pandang kiri kanan .. atas bawah.. kaji dan tanya orang yang lebih arif soal dunia blog ni.. Ada yang jawab dan ada yang tidak .. Mudah je , belek blog mereka.. Pasti akan dapat jawapannya ..

Ada yang kata , blog tak best tapi popular .. Kenapa korang amik berat pasal mereka ? Biarkan.. Rezeki masing masing.. Citarasa masing masing.. Jaga blog sendiri .. Seperti kayak jugak .. Kenapa tengok kayak orang ?

Kayuh dan terus kayuh.. pastikan sampai ke tengah dan kembali ke daratan dengan selamat .. Begitu dengan blog .. Taip dan publish ! Pastikan ada kepuasan disitu .. Ada orang tepuk tangan atau tidak , lantak yang penting , sampaikan apa yang patut di sampaikan .. Janji ORIGINAL dan TERBAIK DARI LADANG ! Itu yang pembaca anda mahukan ! 

Kayak dan blog , sama sama mencabar .. Salah langkah , nyawa dan maruah melayang ..

Jadikan blog sebahagian dari diri anda !

 

Ada yang dok tanya kat aku , camana nak bagi orang kenal blog kita ??? Cuba tanya dia balik , ‘ hang kenai tak blog hang ??? ‘ . Sat sat.. Ni awat aku mai lorat utara neh ?? Sat tukaq…

Ok…  Cer tanya dia balik ( pergh , ‘ Cer ’ tuuu ) , ‘ Anda kenal kah blog anda itu ? "’ … Haaa ..Mesti la dia jawab kenal kan ? Suruh dia ceritakan apa yang dia buat dengan blog dia.. berapa kali dia kasi update.. camana dia kasi ‘makan’ .. camana nak dia kasi 'kasih sayang ? ‘ … Haa.. ternganga dah kan ?

Ala , senang cerita la kan … Bagi mereka yang benar-benar serius dalam dunia blog ini , sila tolak tepi bab populariti terlebih dahulu.. Utamakan bab penulisan dan pengisian artikal korang tu ..

Takde orang baca , tak per.. Hari ni takde orang baca , esok lusa ? Bayangkan eh .. Entri korang yang dah buat cun cun tu , takde orang baca ari ni tapi bila korang dah top nanti , entri tu boleh di recycle .. boleh diulang tayang ! Bagitau pada pembaca sebenarnya lama dah korang hasilkan entri yang bermutu cuma masa tu tak ramai pembaca lagi ..

Yalah , sapa tau untung nasib kita kemudian hari .. Yang penting kita perlu berusaha , berdoa dan bertawakal. Dari dok mengeluh padahal tak buat apa apa pun kan ?

Yang penting kan , kena rajin update.. Jangan sesekali bagi mati blog tu .. Sekali dah bersawang , jawapnya … bye bye ..

Ingat … asah kemahiran sewaktu tiada pembaca .. Bila dah ada pembaca , baru nak asah , sah sah pembaca dah lari !

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI