Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 27 Oktober 2011

Hampeh betul la syarikat telekomunikasi ni !!

 

Serius ! Bukan satu tapi ada dua syarikat yang besar dan aku sangat sangat geram dengan cara mereka !

Pertama , sms yang mengarut ngarut masuk ke dalam hp aku.. Takkan la tiap kali yang berbeza beza masuk , nak hantar STOP ?? Nak antar tu free ke bayar?? Pastu , kalau kita biar , kita tertekan secara automatik  terus download application. Perghhh.. Hantu betul !

Tu yang syarikat biru.. Yang merah ni .. Haih.. bulan ni saja beratus kena wife aku. Yang dia guna buat call cumalah berbelas ringgit ! Selebihnya dikatakan gunakan internet sedangkan aku dah matikan semua aplikasi yang guna internet ! Bila call , dia ajar kita lak suruh buat itu ini sedangkan mmg dah buat .. Sms ngarut pun masuk ! Bila masuk , internet on ! Charge wehhh.. 1kb ,1 sen kot.. adoii

Ni pon ada hati diorang nak kenakan charge tambahan kat pengguna .. Aku rasa la kan , pengguna ni bagi lemak sangat kat diorang… Haih.. Seolah olah pengguna ni diorang buat

“ LU NAK GUNA , LU BAYAR ! TAMO KALU , KASI TUTUP MULUT ! “

Pastu kawan wife aku.. dia ada amik pakej Iphone baru baru ni.. Siap dengan data sekali la kononnya .. RM75 sebulan tak silap aku.. Korang tau berapa kena bila check bil tadi ??? RM300+ ! Internet lebih !!

Grrrr…. Bukan persatuan pengguna tak tau , tapi mmg dah tak leh nak buat apa dah.. Salah sapa ??? SPRM , silalah check !

Kau bukan poyo

 

Hurm… blog … Ada orang kata , blogger ni pandai cakap jer .. Dalam blog ‘memekak sana sini ‘ pasal macam macam isu ..Padahal kat luar dia camana pon tah la.. Entah entah lagi teruk ..kan ?

Bagi aku la kan .. Apa yang dia tulis itu adalah satu kesedaran .. Aku amik contoh bab pakaian .. Tak kira lelaki atau perempuan , pasti ramai blogger buat entri pasal tu .. Tapi apa yang tak puashati lalu berkata ,

“ Ala .. adik beradik lu pon belum tentu tutup aurat !”

Heh.. yang kau terasa tu nape ? Mana tau dia tulis entri tu , adik dia baca .. sedara mara dia baca .. Aku tak nafikan ada gak sedara mara aku baca blog aku .. Kawan kawan aku.. Jadi secara tak langsung , blog tempat kita menegur secara berhemah.

Yang tak bagusnya ada spesis blogger yang menyampaikan dengan kata-kata kesat .. Hurm… Tak best la gitu .. kan ? Cakap la elok elok dari hati tu .. Kalau baca dah macam tu , bayangkan camana blogger tu ? Haih..

Ada juga kata blogger ni ‘ cakap tak serupa bikin ‘ . Cuba fikir kembali kenapa artikal tu boleh keluar ? Kesedaran diri !! Dia sedar sebenarnya tapi masih belum mampu buat namun  bila dengan wujudnya entri begitu , pasti dia akan berfikir berkali kali .. Dan dia pasti akan malu sendiri..

Kita sama sama doakan yang menulis dan membaca berubah ke jalan Allah.. Bukan menjatuhkan sesama kita lagi .. Itu yang tak bagus.. Kita , adakalanya tersesat jalan maka kawan kita yang membaca itulah yang akan menegur dan membetulkan kita kembali.

Itulah indahnya dunia blog ini…

Putus cinta sudah ABBY ABADI sama ZUL

 

image

Dapat banyak BE ke kak ?? Heheheh…

Sewaktu aku dok merayau kat Gua.com.my , terbaca kisah Abby Abadi yang dah putus cinta dengan Zul Ariffin .. Sian dan tak kesian gak la .. Hehehe..

Kenapa tak kesian ? Ada hikmah semua tu.. Korang tau la kan maksud aku.. Nak kata lebih lebih ,sapa la aku ni .. Kang ada gak dok kata ‘poyos uik’ kat aku ni.. hehehe..

OK ok.. pasal perpisahan tu , mungkin Allah sediakan jodoh untuk dia yang lagi elok la kot .. Tak la kata Zul tu tak elok tapi yang berpadanan la.. Tapi mana tau , kot ada jodoh di lain hari , sapa tau kan ?

Apa apa pun , bawak banyak bersabar.. Putus cinta tak bererti penamat hidup .. Jangan putus asa dengan Allah ..Tu paling penting ..

Eh , nak tau blog Abby Abadi kan ? G la baca sendiri .. http://absolutelyabbyabadi.blogspot.com

Banyak giler dosa aku !

Sedap .. tgk sana sedap. Tgk sini pon sedap ..

Aku terfikir la kan , laki atau bf depa tak kisah ke ?? Awek atau bini depa pakai sendat , jarang ... Kasi buta buta org tgk ..

Ada lelaki berfikiran , tak luak pon atau takat tengok jer ! Bukan leh pegang atau rasa ..

Bodoh benar kenyataan itu ! Maruah anda wahai wanita .. Sapa nak jaga kalau bukan anda sendiri ..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Layan ABC sambil cuci mata

Adehhh... Seeeeejjuuukkkkkk.....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Cinta Remaja .. sambungan

 

 

image

 

“ Sayaaannggggg…. “

 

“ Yerrrrrr  lalinkk … “

 

“ Mana hadiah aiii ??? Kata tadi nak bagi hadiah kan ??? “

 

“ Ada ke ai kata nak bagi  u hadiah ??? “

 

“ Alaaa… mana aci.. tadi kan ai dah cakap dalam telefon.. ai nak perfume yang wangi tahan seminggu punya !! “

 

“ Oooo.. itu bukan hadiah… tu u yang mintak.. kan kan “

 

“Alaa.. boleh laaa.. u sayang ai kannnn ?”

 

“ Kalau ai bagi u hadiah , ai dapat apa ??? “

 

“ U dapat aiiii  !! “

 

8 bulan kemudian ..

image

Cinta Remaja

 

 

image

“ Hari ni kita nak g dating ke mana sayangku ? “

 

“ Rasanya seperti nak pergi tengok wayang la.. Dengar ada cerita best.. HANTU BONCET .. Nak tak ?? “

 

“ Waaah.. nak lalingku !! Si Zezan berlakon kan ? Dia berlakon best.. Ada cam hero tamil gitu.. Siap ada bunyi bunyi haa.. Jom laaa.. “

 

“ Ok ok.. jom kita balik rumah dulu.. Tukar baju sekolah ni.. Nanti tunggu kat Pavillion eh.. KLCC apa kelas ! OK? “

 

“ Yeyyyy… bestnyaa dapat dating ngan lalinggg.. Laling belanja ehhh ?? “

 

“ Apa lak kita .. Cam biasa la.. kita paw orang tua kita .. Sayang mintak RM10 .. kita pon mintak 10.. Kita makan kat rumah dulu baru jumpa.. Jimat sikit.. boleh simpan duit untuk kawin .. kan kan ?

 

“ Yeeeeeyyy.. jommm .. bapak kita punya harta pun tak abis lagi ni.. mmg nak kasi abis kat anak anak dia .. jom laling jom .. “

 

“Jangan lupa bawak botol air sekali tau.. leh minum dalam panggung nanti.. “

 

“ Yeeeyy.. lalingg bijakkk .. jimat duit kitaa … leh kawin lepas sekolah .. Pastu kita sambung belajar sama sama .. dapat anak sama sama … Yeeyyy .. “

BEN ASHAARI dan Rakan Blogger Hari Ini

 

image

 

Wahh.. tomei la blog dia niehh… Heheheh .. Muda belia lagi blogger kita ni.. Idea untuk berblog tu ada .. cuma kalau dapat keluarkan idea yang lagi menarik dan unik , pasti blog ni mampu meletop nanti !

http://storycikbunnyhomei.blogspot.com/

Jom Fikir| Namewee

 

 

image

Sungguhpun filem dia dapat 7 RM 7 juta , namun aku sedikit pon tidak rasa kagum langsung !

Maaf … Aku tak respek orang bilamana orang itu tidak respek pada orang lain . Dalam menyampaikan pendapat , caci maki tidak diperlukan walaupun itu hak peribadi. Bagi aku , bila nak berkongsi dengan orang lain , maka perlulah jaga bahasa.. Janganlah kita lupa , yang menggunakan internet ini ada tua , muda dan kanak kanak riang..

Nak caci maki , g lepak dalam gua. Sesuai untuk mereka yang teringin bercaci maki.

Ah, sekejap je dah nak 3 tahun

Hurmm.. Wife tak mo gambar dia ada.. hahaha.. Jadi , aku bergambar ngan ....hehe

Bulan depan , cukup 3 tahun kami bergelar suami isteri .. Er, yeke 3 ? Ke 2 ? 4 ? Eh .. lupa pulak.. Oh ye la... 22/11/2008 .. 30/11 harijadi aku ..

Sapa Sagitarius ??
Published with Blogger-droid v1.7.4

Bila aku lihat ayah

 

Semalam , ada aku singgah rumah orang tua aku .. Memang setiap minggu aku akan singgah sana. Jengok orang tua selagi diorang ada. Jangan dah takde baru beria dok ziarah kubur sedangkan masa hidup , diabaikan begitu saja.

Aku sembang ngan mak .. Ternampak kotak rokok ayah aku. Aku tanya la mak aku nape dia hisap rokok jenis ni lak ? Dulu dah slow dok hisap rokok daun je ..

Jawab mak aku , harga lebih kurang je. Dia pon malas nak membalut dah .. Hurm , aku nak kata apa dah . Tapi ayah aku kalau merokok , mmg dia akan ke dapur bila takde orang. Atau keluar rumah je.

Sian je tengok ayah aku. Mak aku kata , bila dia duduk diam diam sorang diri , pasti dia mengelamun. Tetiba dia kata dia nampak cahaya. Pastu bau busuk. padahal takde pon bau. Haih , risau gak aku.

Nasib baik adik perempuan aku tu ada. Selalu gak la aku nasihatkan dia supaya sabar layan karenah diorang. Cuma leh harapkan dia je la. Penghibur diorang tu , anak adik perempuan aku yang 2 orang tu. Kalau tak , mau sunyi diorang.

Bila tengok ayah aku yang mmg jenis ringan tulang dan tak reti duduk diam tu , aku kenangkan nasib aku bila tua nanti. Camana la aku nanti …

Tgk kat rumah je la .. Abis cerita !

 

 

image

“HARGA tiket final Piala Malaysia kekal RM50. Mahu atau tidak, penyokong Negeri Sembilan dan Terengganu harus membayar RM50 bagi sekeping tiket jika tetap berhajat menyaksikan aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu ini. “.

Kalau aku ??  Tunggu kawan kawan update je dari blog .. Bukan apa , tiap kali tengok live .. haih.. hampa ! Main tah hapa hapa.. Cerita dalam paper cam best giler ala ala Real Madrid lawan Barcelona tapi bila tengok cam layan futsal kat dewan futsal Ah Keong !

Jangan diharap pada makan gaji

 

Alhamdulillah.. Baru nampak sahabat tu ceria sekarang ni  .. Eh , sat sat .. nak bagitau ni.. Ni entri pertama dari Sony Vaio yang baru aku beli semalam .. Hehehe.. Best gak.. Fresh gitu… Ni mmg buat untuk update bila keluar dari rumah. Kat rumah , guna bini tua .. Hahahah.. Sapa bini tua ? Sila rujuk Bila aku punya 2 isteri ni..

Sahabat tu , officemate aku .. skang ni nampak ceria sbb bisnis dia dah mula maju. Dulu ,makan gaji je laki bini. Mana nak boleh hidup.Gaji lepas untuk g kerja n  wat duit makan je.. nak bayar itu ini , mmg susah la nak lepas..

Mahu atau tidak , kena ada buat keje lain lebih lebih lagi kalau tinggal kat bandar besar ni. Macam aku kata tadi la , nak harap pada makan gaji je susah .. Berpuluh ribu sekali pon kalau tekak besar

Bak kata jiran aku , KL ni lombong emas .. Kena bijak dan cepat gali .. Kalau duduk nganga sambil harap orang tlg suakan pon akan ada orang suakan tapi tak la hari hari kan ..

Belum ada lagi yang mati kebuluran di KL ..

Sekarang ni , boleh dikatakan sahabat tu senantiasa tersenyum bila rezeki mencurah masuk . Tapi ingat ingat gak la kan .. Jangan jadi tamak lak … Tu yang tak bagus.. Kan FAM kan ?

Bila aku punya 2 isteri

IMAG0676
Tu dia.. Bini tua dengan bini muda .. Bini tua dah 2 tahun digunakan tanpa rehat .. Siang malam dikerjakan .. Tak kira waktu .. Bila dah tak larat , nikah terus yang lain.. Dasatkan ?

Bila dah ada bini muda … terasa rupanya bini tua ni lagi best.. Bini muda ni harap rupa je cun , body solid molid .. Tapi tak sesedap bini tua .. 

Itulah dia .. Tapi keadaan boleh berlaku sebaliknya … Ada yang sedap tang bini muda.. Tang bini tua ditinggalkan terus .. Haih… Yelah , dapat yang fresh gitu.. 

Aku ? Takat ni aku suka guna lagi yang tua.. hahahaha… Semua dia ada !  Aku beli yang satu lagi tu sbb yang baru ni tak leh nak charging dengan sempurna … 

Jangan fikir bukan bukan yer ..
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI