Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 28 Oktober 2011

Apa kaitan aku dengan SPRITZER ???

 DSC_0319

Eceh ?? Apa cerita nehh ?? Hahahaha …. Rilekss… Esok awal pagi aku cerita eh.. Tapi yang pastinya , water dispenser brand Spritzer ni , aku dapat free !! Weee…. berbaloi blogging gitu.. Dah la free, dapat duit lagi..

Sapa kata tak berbaloi blogging ni ?

BEN ASHAARI dan Rakan Blogger

 

MOHD HAFIZ ZULKAFLY

● nama , seperti yang tertera dekat header tuh ● just panggil apiz je ● papepon thanks sudi bukak n bace blog apis :) ● still baru dalam dunia blogging ni :) ● thanks juga kat sape-sape yang sudi follow blog yang tak seberape nie ● seorang yang sangat suka memekak , suka bercakap , mudah terase , suka berkawan tak kesa ngan laki ke pompuan . tu je kot , papepon selamat membace :) . ^^

 

my love land

owner yang cute plus manja ;)) hehehe just call me fareena or anne (angel) hubby je yang panggil an..enjoy your reading okay..

 

p/s : nie saye punye blog ok !

:: 19 years old :: : dip. tourism pelancongan : :belajar dan terus mempelajari: kite cume ade 3 beradik jerk " kakak, adik dan abg " kite petame. kakak, tapi mcm adik.. arghh ! what ever lorh... huhuhu..

 

!AinALuVmYLifE!

....my full nme SITI NUR AIN BINTI MOHD RAFIE.. my nick nme AIN... study at UiTM Melaka,,in Office Management n Technology.. i'm 19 years old.. i LuvE my famIly SO mUCh n Taken By: Mr.Ezwan

 

Words come from heart

seorang budak yg comot dan lambat. aku cube menyayangi,menggembirakan orang sekeliling ! :)

Aku salah seorang dari 4.3 juta orang itu !

 

“ Kira-kira 4.8 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas didapati menghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) dan ia termasuklah penyakit hipertensi dan penyakit berkaitan jantung.

Peratusan ini amat membimbangkan kementerian memandangkan NCD blh menyebabkan kematian awal dan pelbagai jenis ketidakupayaan serta kesengsaraan hidup.” – Bharian

 

Wow … buat mereka yang tak tau , aku ada satu jenis penyakit iaitu hipertensi .. Penyakit ni sangat merbahaya jika tidak mengambil langkah mengubatinya.

Tapi , syukur pada Allah .. sejak wife pregnant , aku tidak lagi rasainya. Haa , apakah itu Hipertensi ek ? Hipertensi juga dikenali sebagai Tekanan darah tinggi tapi yang hipertensi ni dah kira tinggi punya level la kalau tak silap aku .. Untuk mengetahui punca serta kesan dari hipertensi ni , sila baca Hipertensi/ Tekanan Darah Tinggi ini ..

Ada satu petua yang kawan blogger aku berikan pada aku dan aku amalkan dan gunakan bila tekanan darah aku naik .. Gunakan kulit kayu manis. Tumbuk hingga lumat kemudian masukkan ke dalam air panas .. Minum.. heheh.. Banyakkan rehat dan jangan amik kisah hal orang lain .. Heheh..

Korang yang takde tu , sila elakkan makanan yang masin serta makanan segera … Okeh ? Jangan kena ! kalau kena , hurm… mmg hipertensi la jawabnya !! hehehe..

Jaga kesihatan sebelum kesihatan menjaga anda ! Erk..

Tamo download movie LIBAS yer !

image 
Kejam ! Tak sampai hati aku nak download movie hasil titik peluh suami kak Adza , Martias Ali selaku penulis skrip untuk filem ini.. Iskhh.. tak best sungguh … 

Tapi untuk filem lain , cam hantu boncet , hantu tonggeng , dan macam macam hantu lain  tu , ok jer.. Hehe.. Jahat kan ? Tak laa.. aku jarang nak tengok filem melayu sekarang ni .. Bukan apa , takut hampa.. Nanti bila dah tengok , aku frust , aku kritik abisan … huhu.. Jahat kan ? Sori kak Adza.. hehe..

Erk.. korang kenal ke Kak Adza ni ? Hehehe.. Kali pertama aku jumpa dia sewaktu final DIGI ..  Suami isteri sangat sempoi dan peramah !  Nak kenal ke ? 

image

Kenal ?? Haaa… kak Adza pon ada guna nama aku , BEN ASHARI sebagai salah satu watak ( hero okeh ! ) dalam salah satu dramanya .. Oh , tak tau ke ? Kak Adza juga seorang penulis skrip seperti suaminya. Haa.. Apa nama drama tu ?? Puteri .. Puteri .. Lupa laaa… Tak hengat lak.. Tak pe, sampai masa nanti , aku bgtau eh.. hehe.. 

Jom g berkenalan dengan kak Adza ..


Kak Adza ,  tahniah ! Header tu ? hehe..

Oh , tentulah aku pilih blogger cun !

 

Setiap kali aku buat blogger pilihan , pasti akan ada yang bersuara ..

“ Mesti perempuan dan cun punya ! “

Kan kan ? Hahaha.. Aku tak terasa dan tak marah pon .. Dah itu yang mereka nampak maka itulah yang mereka cakap .. Takkan aku nak g maki dan berbalas komen dengan mereka ?? Itu membuang masa sebenarnya ..

Aku ada gak test dengan promote  blogger lelaki , tetapi tak de sapa pulak bersuara ??? Nasib baik takde sapa bersuara .. Kalau ada ?? Tak pasal pasal orang kata aku ngan BASKARO AHMAD orang yang sama !! Baskin robin betul !

Lagipon berapa ramai sangatlah blogger lelaki membaca blog aku ni .. Terutama yang baru baru ni .. Yang aa pon , kebanyakkan blogger lama.. Baru ni , tak ramai .. Kan kan ?

Tak kisah pon .. Aku anggap gurauan dari kawan kawan pembaca aku je.. Aku rasa aku semakin mengenali dunia blog ni.. Ragam ragam pembaca mahupun blogger ..

Pastinya , yang kental akan kekal dan yang lemah, tutup buku .. Takat ni , alhamdulillah .. kita biarkan saja gasing itu terus berpusing..

Sampai bila aku nak berblog ?

Selagi aku mampu , ada idea dan anak aku bersedia nak ganti , selagi tu kot aku akan terus menulis blog .. hahaha..

Ke tua ? Ok apa ? Lagi byk pengalaman dan cerita kan ?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Mengarut giler entri blog tu !

 

Seperti yang aku jangka , ada yang akan kata entri Nak jadi blogger popular ? ni mengarut dan takde idea ..

Heheh.. Takde idea atau ‘dia’ yang tak faham ? Apakah perlu setiap blogger menerangkan berjela jela agar pembaca yang membacanya faham akan setiap yg ingin disampaikan ? Amik contoh ruangan SENYUM KAMBING atau pon kata kata pujangga mahupun madah yg ringkas tapi penuh erti. Bagi yang tak faham , mmg satu kerugianlah.

Ya , mmg perlu.. tapi ada blogger atau penulis gemar menyampaikan dalam bentuk yang ringkas tapi punya maksud yang tersirat. Terpulang bagaimana pembaca dapat menangkapnya.

Bagi aku la kan , aku lebih gemar membuat entri tersirat . Dari situ , aku dapat tau mengenali pembaca pembaca di blog aku .. Seronok kan ?

Sebab itlah setiap blog punya  pengikut yang berbeza beza bergantung pada citarasa masing masing .. Sekurangnya aku punya identiti tersendiri.. Korang lak camana ?

Nak jadi blogger popular ?

Jangan sesekali buat macam ni !!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saya baru buat blog meh ?

 

Alahai.. baru eh ? Tengok FOLLOWER widget dia , ada 3 je .. Hehe.. Ke baru je  letak ? Hehehe ..

 

image

Comel eh ? Hehe.. Kalau korang tanya kenapa aku pilih , jawapan aku untuk kali ni .. Dia Follower terkini  blog aku. Jadi bila aku klik dan masuk , terus rasa berkenan pulak kat blog dia .. Comel eh.. hehe..

Camana la aku tak kata blog dia comel ? Cer tengok blog aku ! Hahahaha.. Adoi.. Bila la aku nak buat renovation blog aku neh.. Tahun depan eh ? Nak buat style blog LYSSA SECRET ok ? Ok pe ???

Dah dah.. Toksah mengarut .. Jom layan blog dia ..

http://aidamirazali.blogspot.com/

Cetak rompak meh ?

 

Lawak dan kesian bila baca kisah album Jamal Abdillah yang telah dicetak rompak padahal belum lagi diterbitkan pon !

Penyanyi terkenal, Jamal Abdillah kecewa apabila album terbarunya, Raja Pop II telah dicetak rompak walaupun ia belum dilancarkan secara rasmi.

Pengurus penyanyi itu, Ali Razak Mastor berkata, Jamal sendiri telah pergi ke beberapa lokasi pasar malam di sekitar Petaling Jaya dan menemui album terbarunya dijual dengan harga RM10.

"Jamal sangat kecewa apabila album terbarunya itu telah dicetak rompak kerana ia masih belum dilancarkan," ujarnya – Mstar

 

Masalah tu mmg dari dulu tak pernah settle.. Cuba fikir , camana leh timbul masalah ni ? Album belum keluar tapi kat pasar malam dah ada ?? Haa… Ibarat belum kawin tapi dah mengandung… Hahaha.. Lebih kurang gitu la kan ?

Kemudian di dunia blog pulak , masalah plagiat artikal orang.. Ada yang main copy paste tapi tak bagi kredit pada pemiliknya ! Nak lagi kejam , blog dia semua dia kebas entri orang lain ! Tak kira la berita , rencana mahupun entri entri pasal seluar dalam pon dia amik pastu jadikan hak milik dia ! Best part , siap letak iklan ! Adoi…  Lawak benor aihh..

Nak lagi kejam ?? Hahahaha… Ni haa.. ada sorang sahabat , dari header sampai la ke warna template blog .. sebijik ! Eh , aku pun penah kena gak gini.. Sakit hati ???  Memula tu mmg la sakit hati tapi bila fikir masak masak , sampai bila ‘mamat’ tu nak hidup gitu kan ? Orang jenis gini ,hanya tau ‘menyakitkan hati’ orang lain dan dia amat gembira dengan perilakunya tersebut.

Memula dulu , aku suka gak copy paste artikal berita dan rencana. Kenapa ? Dari situ , aku buat kajian sebenarnya.. APa yang orang suka baca setiap hati ? Maka aku dapat jawapan dan aku perbaiki sedikit demi sedikit corak penulisan aku..

Kalau orang ciplak hak milik aku ?? Loh…. amik la… Cuma kalau amik gambar aku tu kata tu dia , aku report polis je ler.. Pe susah kan ? Tu namanya menipu orang ramai .. Nak lagi best , saman terus orang yang menyalahgunakan gambar kita tu .. Haaaa….

Tapi sedarkah perbuatan kita yg dok download movie n music tanpa kebenaran atau membuat bayaran  , semua itu juga satu cetak rompak ?? Tapi bila orang cetak rompak hasil kita, kita tau nak marah lak kan ?

Zaman skang ni saman menyaman mmg best !

Apa yang mereka cari di internet waktu cuti sekolah ni ?

 

Ada sekolah yang dapat seminggu cuti kan ? Bila anak cuti panjang ni , mak bapak ada yang tak dapat cuti gak maka terbiar kat rumah. Korang tau ke apa yang mereka buat ? Hurm.. Kena perhatikan 200% .. Licik budak budak skang ni .. Maklumlah , idea nak menipu tu boleh datang dari banyak sumber … hehe.. Jangan marah ye adik adik.. Bukan semua cam tu ..

Hurm… internet … Ni yang paling bahaya. Kalau anak anak kita yang masih sekolah atau yang masih kecil tu , apa agaknya yang diorang buat ? Kalau kata dok mengadap Facebook saja , apa yang dia bualkan ? Haih .. Jangan main angguk je..kena pantau abis-abisan. Bukan la tak percaya pada anak tetapi berhati-hati. Tak salahkan ? Biar mereka marah kita sekarang daripada kita marah mereka kemudian hari.

Jom tengok keyword keyword yang tersesat di blog aku semalam ..

  1. main dengan boyfriend – hurm… nak cari geng buat dosa ke?
  2. jantan gersang – sahih gay.. takkan perempuan kot ?
  3. manfaat daging babi –gulp…. baik cuba daging semut
  4. gambor couple lucah di fb – ada .. BASKARO AHMAD
  5. cara-cara sasakan badan – makan ayam banyk banyak
  6. budak buat seks – dari keyword ni , rasa rasa sapa yang taip?
  7. cara main awek – ni pon aku rasa budak yang cari !
  8. berkemban – ni bapak budak cari ni ..
  9. bau seluar dalam – ni nak buat ilmu sesat ke ?
  10. tips mengorat awek –baca bismillah dulu .. istighfar dulu baru cuba…  InsyaAllah tak jadi terus .
  11. ayat nak usha awek - Try ayat Qursi.

 

Hurm… terkejut ?? Ini baru skit.. ada lagi yang mengarut ngarut …

Jom Fikir | Bangkok banjir

 

image

SEORANG lelaki mengayuh sebuah sampan ketika mengharung banjir di tengah-tengah kota Bangkok.-AFP

 

Hurm .. Bangkok banjir  teruk. Nak kata bala dari Allah , sapa la kita ni kan .. Kita ni bukan jurucakap Allah. Tapi kita amik ikhtibar la dari semua ini. Sama sama kita perbaiki cara hidup kita . Perbanyakkan amalan. Elakkan buat ‘masalah’.

Bila aku dihukum gantung

 

Sangat sangat menakutkan. Tak pernah lagi aku mimpi menakutkan tu.. Walaupun ianya cuma mainan tidur tapi sangat sangat terasa ajal tu menghampiri.

Pergh.. camana la perasaan mereka tu yang tau akan digantung dalam masa beberapa jam atau minit ! Saat saat akan kehilangan nyawa sangat hampir. Seperti dikatakan Gaddafi merayu tidak dibunuh … Hurm..

Mimpi aku mmg pelik je la.. mengarut pon satu hal cuma yang benar benar memberi keinsafan tang bila sampai waktu tu.. Haih.. Terus terjaga aku dari tidur.

Hurm.. Entahlah… Aku yang tak buat keje jahat ni pon rasa ngeri bila nak digantung. Mereka yang dok membunuh , mengedar dadah , merogol , menyamun tak rasa takut ke ??

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI