Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 29 Oktober 2011

Maafkan saja dia

 

“ Ahh… malas laaa .. Biar dia rasa apa yang aku rasa .. Padan muka dia .. “

Bayangkan … Keesokkan harinya , ada orang maklumkan pada kita , kawan kita tu telah mengalami kemalangan dan meninggal dunia . Kena pulak kita semalam bertelagah dengan dia .. Apa yang akan kita rasa ?

Amik contoh pasangan bercinta yang kerap bergaduh tak kira dalam telefon atau masa dating ..  Tak kira masa.. Asik nak bergaduh memanjang.. Pastu merajuknya berhari hari ..

Andaikata satu hari tu , itulah pergaduhan terakhir korang dan tak sempat la nak bermaafan , camana ??

Ego menguasai diri … Kelak sendiri merana .. Ingin memaafkan tapi syaitan kuat menghasut kita.. Perlukah kita melayan segala bisikannya ?

Ya , benar .. Parut.. Bukan mudah melupakan .. Tapi lebih indah memaafkan dan biarkan saja angin membawanya berlalu.. Jika parut dibiarkan tanpa mengubatinya , kesannya pasti berlarutan dan amat mudah dijangkiti penyakit , satu hari nanti ..

BEN ASHAARI dan 3 Rakan Blogger

 

CERITA BUDAK SEMANGGOL

salam..cmt dtg kpd blogger yg mai blog saya..thanks..coe r..blog nie comot sket..huhu.let's link..

 

DontcheatsmeEva MacamMacamAda

Mohamad Faizal Bin Alias.jez call me pejai.feveret name.hehe aku.Lahir at Hospital Terbeso kt Teluk Intan.Born on 31031992~~Stdy kt POLIMAS yg trcinte..dlm nie aku jez nk shared pape je yg aku ske.korg ske bgus. xske biaq p kt hampa :P

 

Life through My Eyes ( Blogger yang mendapat pengiktirafan peringkat tertinggi )

I am a teacher. 2010 is my first year of teaching. I was quite shocked for a while to know that I had been posted to a rural school. This is a new challenge for me to suit myself in a new world. I hope what I had learn in study with UH and IPGKKB will help me to survive! Go Apis Go! :P

Aku cuma seorang blogger

 

“ Kau keje apa ? “

“ Aku ? Aku cuma seorang blogger je.. “

Bila jawapan begitu pasti akan mereka tanya semula .. Boleh ke hidup dengan blog ni ? Ler ?? Pelik ke ? Takkan nak keje ngan company besar atau makan gaji dengan kerajaan baru boleh dikatakan ‘boleh hidup’ atau terjamin ?

Apa guna pendidikan atau ilmu yang kita dapat sewaktu belajar dulu ? Belajar tinggi tinggi , pastu keje ngan orang .. Makan gaji ?? Tak terpikir ke , owner company tu tak perlu belajar tinggi tinggi untuk mengaji orang yang belajar tinggi tinggi ni ?

Bagi aku la kan .. Tak kira la apa kerja sekali pun , asalkan mendatangkan pulangan yang membolehkan dia menyara hidup dia dan keluarganya . kan ? Yang penting halal dan kepuasan !

Benar .. bergaji tinggi tapi tak memberi kepuasan boleh membuatkan kita berasa tekanan. Baik bergaji kecil asalkan kita puas dan suka akan pekerjaan kita itu .. Nak g kerja pon happy je rasa .. Ni gaji besar , nak g kerja macam nak suruh g mengadap ALONG lak lagaknya.

Senang cerita… berbanggalah dengan apa saja profesion yang kita buat .. Tak perlu nak jadi orang itu atau orang ini .. Atau nak berasa cemburu dengan sapa sapa .. Dan aku terus terang kata aku bangga kata aku seorang blogger , pada masa depan .. Kenapa ? Beratus ribu orang buat blog , berapa ramai yang berjaya membuatkan blognya itu  dikenali ramai ?

Panas panas gini , apa yang best ?

Layaaaan ABC laaa kan kan ? Ada yg terngiur keeeee ?? Setelah penat berjalan jauh mencari rumah pengantin tadi , maka layan abc kat PapaRich , Bandar Tasik Permaisuri..

Harga , baru RM5.80 .. Org rumah teringin sesudu.. aku teringin semangkuk ..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Majlis perkahwinan Shahnaz Spoon

Yearghh .. nikah gak akhirnya mamat ni .. Liat benar jodohnya ..

Majlis persandingan ini dilangsungkan di Banting .. rumah pihak perempuan ..

Berapa hantaran ? Tak sempat nak korek ..hehe.. nanti nanti je la aku tanya ..
Published with Blogger-droid v1.7.4

SPRITZER MINI WATER DISPENSER

 

Sesuatu yang lama aku nantikan dah tiba ! Water dispenser yang mudah alih dan senang digunakan. Paling penting , jimat ruang dan juga , ehem.. sudah pastinya wang ler kan kan ?

Memandangkan wife aku sekarang ni mengandung dan kerap minum air termasuklah aku ( agaknya aku terlibat sama kot .. hehe.. guwau ) , maka selalulah kitorang beli air mineral setiap malam untuk dijadikan bekalan minuman. Bukan tak nak masa tapi wife tak leh nak bau dapur gas sangat , jadi , beli air sajalah , lagipun kebersihannya lebih terjamin kan ?

Dengan sizenya nyang korang boleh nampak di dalam gambar di bawah ni pastinya sangat mengujakan aku. Mudah untuk di bawa ke mana mana saja dan diletakkan di tempat yang mudah untuk dicapai serta menjimatkan ruang ! Jangan kata di rumah , di pejabat malah untuk keluar beriadah bersama keluarga pun sangat sesuai dan mudah dibawa serta digunakan.

Dan untuk aku yang satu ni , pastinya aku letak di dalam bilik tidur memandangkan aku jenis malas nak ke dapur dan begitu juga isteri aku . Jadi dengan letak dalam bilik , kami tak perlu susah dah ke dapur terutamanya waktu malam.

DSC_0290

Camana dengan sizenya ? Comel je kan ? Berat water dispenser ni cuma hanya 630g saja !

DSC_0294

Tak caya ? Cuba tengok gambar di bawah ni ..

DSC_0297

Haaa.. .amacam ? Betul tak aku cakap ? Takkan aku edit kot gambar ni kan ? Hehehe… Ringan jer dan mudah dibawa ke mana mana sekali pon. Size botol air punya diantara 5.5L hingga 20L

DSC_0298

Cara pemasangannya pulak , mmg mudah sangat laaaa… Tak sampai 30 saat siap ! Tak payah nak buka manual lagi untuk membaca cara penggunaannya.. Bila air dah abis digunakan , cuma perlu tukar botol air saja.. Malah nak membersihkannya pun tak susah .

DSC_0304

Nak tau sesuatu yang menarik lagi ?

DSC_0321

Selepas menutupnya , air takkan menitis langsung ! Aku cuba berkali kali ! Dan tak menitis walau setitik pun !

DSC_0322

Suka sangat dengan water dispenser keluaran Spritzer ni . Airnya pon nyaman je.. hehe.. Dengan ini , aku boleh berblog dengan tenang yang mana bekalan air putih senantiasa berada di sisi.. hehehe.. Malas nak turun ke dapur ! Hahahha..

DSC_0324

Spritzer Mini Water Dispenser yang aku guna sekarang ini adalah yang dibekalkan oleh syarikat pengiklanan yang tidak asing lagi di Malaysia , Adverlets sangat berguna buat aku dan isteri! Terima kasih !!

Untuk mendapatkan Spritzer Water Dispenser ini , korang boleh beli di pasaraya Giant , Cold Storage dan kiosk stesen minyak yang terpilih .. Beli , jangan tak beli ! Rugii woo tak simpan satu dalam rumah !

Bengong benar pensyarah IPTA ni !

 

Nak cabul pelajar dia sendiri ??? Gila ke apa ? Apa dia ingat pelajar tu takkan buat laporan ke ? Atau dia pernah buat gitu terhadap pelajar lain tetapi tiada tindakan diambil keatasnya maka sbb itu dia berani buat lagi ?

Gila dan bangang sama sekali pensyarah ini .. Ni la akibatnya mengikut nafsu serakah sangat ! Kan dah tak pasal pasal jadi kes polis .. Haih… nasib kamu la labu selepas ni ..

 

“ Pensyarah miang. Itulah gelaran buat seorang lelaki yang juga pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Lembah Klang berusia 50-an apabila mencabul seorang pelajar perempuan dalam biliknya di universiti berkenaan, kelmarin.

Lebih keji, pensyarah itu didakwa cuba memaksa pelajar berusia 23 tahun berkenaan melakukan aksi ringan-ringan dengan mengumpan untuk meluluskan pelajar itu dalam peperiksaan selepas mangsa enggan melayani kehendak seksualnya.

Bagaimanapun, keengganan mangsa memenuhi permintaannya menyebabkan pensyarah itu mula bertindak kasar dengan meraba serta mencium gadis terbabit menyebabkan berlaku pergelutan dalam bilik berkenaan.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa bernasib baik apabila berjaya keluar dari bilik pensyarah berkenaan sebelum membuat aduan kepada pensyarah lain dan kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini.

Sumber berkata, kejadian bermula ketika mangsa mahu ke bilik pensyarah berkenaan bagi menghantar tugasan yang diberikan. “

- Hmetro

 

Kalau ikut nafsu , 5 minit puas tapi sengsara seumur hidup di muka bumi ini.. Akhirat , tak tau la nasib camana lagi ..

Jom Fikir| Apa la yang aku bagi diorang makan sebenarnya ??

 

 

image

Sesekali aku cuba hidangkan yang ringan pada kawan kawan aku walaupun aku tau ianya kurang memberi manfaat namun kita jangan lupa , seringan-ringannya ianya mampu memberi senyuman pada mereka juga.. Secara tidak langsung  ianya satu penyembuhan juga ..

 

image

Ini yang sepatutnya kita hidangkan .. Sihat dan bermanfaat .Tapi kalau makan begini je , penat gak kan ? Sesekali pekena gak makanan nun kat atas tu .. Hehehe.. Janji sederhana .. kan kan ?

 

Korang camana pulak ? Apa yang korang hidangkan pada kawan kawan korang bila mereka menjengah blog korang ? 

Segalanya bermula dari angan-angan

Siapa sangka kan ? Aku sendiri pon tak sangka yg korang sedang membaca blog aku , penulisan aku ..

Dulu , yg baca karangan aku .. cumalah guru aku .. Dialah yg bg markah dan pujian .. Sekarang ?

Dan sapa tau kan , dr blog akan muncul sesuatu yg lebih menarik nanti ??

Yg penting , azam , semangat , yakib pada diri sendiri , jgn mudah putus asa , berdoa dan tawakal !
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tips popularkan blog

Heh.. pacak jerrr gambar apa pon !! Hahaha.. Mula mula, kasi popular.. pastu baru kasi tulis entri best ..

Betul ke ?? Macam macam cara sebenarnya .. Terpulang pd niat korang ..

Aku ?? Semua aku cuba sbb aku masih dlm peringkat RND .. Tahun dpn baru nk langkah setapak lg blogger sepenuh masa..

InsyaAllah ..
Published with Blogger-droid v1.7.4
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI