Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 30 Oktober 2011

Siap sudah !! Baju Kelab Blogger BEN ASHAARI

 

IMAG0709IMAG0708IMAG0707

IMAG0711IMAG0713IMAG0712

Okeh .. amacam ? Simple je .. seperti yang diminta..  Ok la tu kan ?

Ada sapa nak order ? Segerakan … Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , sila rujuk Tempahan baju KELAB BLOGGER BA ver 2.0 dibuka ! ..

Cepat tau sebelum kawan kita tu menikah !! Yang dah buat bayaran , minggu depan akan mula di pos .. sabar eh..

Bila dua blogger bergabung menjadi satu ..

 

Kelainan segmen ini , dua blogger sekali akan menyenaraikan url entri para  blogger yang join.

Aku dah sempat blogwalking beberapa blog .. Kalau jumpa yang menarik di kalbu , aku akan jadikan blog blog pilihan di masa depan kelak.. InsyaAllah ..

Dan terima kasih atas pandangan serta kesudian korang semua join segmen ini.. Buat blogger yang berminat nak menambah kenalan , inilah masanya… Joooommmmm gegarrrr blog merekaa….

TERIMA KASIH

Terasa terhina pulak aku dengan kenyataan dia

 

Haih… suka suka kamu jer …

 

" Saya tidak akan memberikan komen berdasarkan hanya satu penulisan di blog, mereka boleh kata apa saja yang mereka mahu...ada juga beberapa blog yang menulis pelbagai perkara lain berkaitan diri saya.” Presiden GERAKAN, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. di dalam artikal Koh nafi beritahu blogger akan cabar Lim Guan Eng pada PRU-13 ..

 

Aku kata lelebih kang , terasa pulak puak puak kat sana .. Yang dimaksukd dia ialah blogger PAPAGOMO .. Bukan ke PAPAGOMO ni pro kerajaan ?

Takkan takut kot nak cabar Lim Guan Eng ?? Ler … Takut la tuuuu.. takde pengaruh dah kan ?? Bersara je laaaa… Haaa.. ni baru betul blogger cakap apa saja !

Tah apa yang dia takut sangat pon tak tau … Buang masa je kan ? Letak je la jawatan .. Tak memberi manfaat pada parti dah pun…

Sesuai sungguh jadi ahli politik !

Segmen : BEN ASHAARI & LYSSA SECRET : Antara dua blog ..

 

Untuk julung kalinya , dua blog ini bergabung untuk membuat satu segmen ..  Dan menariknya , kedua dua blog ini akan senaraikan url blog mereka yang join segmen ini ! Haaa.. Serentak okeh !!

Segmen ini mudah je.. sekadar santai … Bukan nak cari trafik , follower tetapi untuk memeriahkan hujung minggu di samping mencari kenalan baru.. Ok ? Dah bersedia ?? Jom mulakan..

Bagi yang tak tau camana nak join , tengok mereka yang dah buat entri penyertaan ini..  Ok.. sediakan satu entri khas yang baru.. Sila letak ..

  1. image Letak banner ini ..
  2. Tajuk : BEN ASHAARI & LYSSA SECRET : Antara dua blog  .. Dan linkkan ke entri ini .
  3. Jawap soalan ini.. Apakah persamaan yang korang boleh nampak di kedua dua blog ini ? BEN ASHAARI dan LYSSA SECRET
  4. Berikan pendapat bagaimana nak majukan kedua dua blog ini.Sebarang komen ?
  5. Siap ? Tu jee.. tak banyak kan ? Tinggalkan url entri korang di ruangan komen blog ini dan juga blog LYSSA SECRET
  6. Tutup , 8 malam ini..

Penyenaraian dibuat selepas selesai segmen ini. Terima kasih.

Tak rasa berdosa ke bila crack wifi ?


“ Wah .. ada alat untuk crack wifi dan password orang !! Best tuuuu .. Dapat pakai free ! “

Best ke ?? Fikir satu jer .. Bayangkan rumah korang tu kena pecah masuk dikala korang pergi kenduri kawin atau menziarahi orang sakit .. Apa perasaan korang ?? Atau nak lagi best , korang g keje .. Dari hari Isnin sampai Jumaat , buat overtime .. penat keje .. hujung bulan bayar bil sana sini termasuk bil internet .. Bukan murah .. Beratus .. 

Bukan kedekut .. tapi kalau nak , mintak … Confirm kasi punya .. Tapi berhati perut la gak.. Kongsi kongsi la bayar kalau tak mampu nak langgan .. 

Perlu ke hack ? Bangga ke nak hack ? Tak sedar ke itu satu perbuatan yang berdosa ? Mencabul hak orang lain. Ingat , dunia ni bulan dan pembalasan Allah tu wujud. Kalau tak kena kat kita , kena kat anak cucu kita mahupun sedara mara kita dalam bentuk lain.. 

Fikir fikirkan sebelum nak buat kerja gila.. Hari ni mungkin terlepas.. Esok lusa ?
Jangan salahkan kemudahan untuk kepentingan peribadi .. Hari ni kita rompak orang , satu hari nanti orang rompak kita.. Nak ke ?

Takut gue nak makan kat situ

 

IKLAN

image

Hey Dolls, One Hot Shop is here to tell you good news !

We decided to bring in REAL i mean REAL ROOSTER FEATHERLOCKS here ! YEAAHHH !

Happy and excited ? YES SO WE ARE !

 http://bit.ly/vDmcwN

 

 

Lapar neh .. Nak masak , segan pulak aku kat dapur tu .. Heh.. Bukan apa , kang aku buat ala ala MasterChef Celebrity tu kang ,susah lak wife aku.. Kenapa pulak susah ??

“ Kong kang kong kang kong kang “ bunyi kat dapur tu !!  Bukan tak pernah pon .. Bila wife menjerit tanya ..

“ Abang , apa yang riuh rendah sangat kat dapur tu ? Ada orang nak datang  rumah ke ? “.

Korang tau apa aku jawb ??

“ Dok laa… nak masak telur goreng sat .. “

Haaaa.. tu baru telur goreng dah riuh sekampung.. bayangkan kalau aku masak nasi goreng ?? Satu taman datang jengah rumah aku !! Mesti fikir ada gempa bumi kat rumah aku punyaa.

Tu pasal laaa aku malas masak … Satu hal lagi , confirm jiran telefon punya nanti dan bertanya ..

“ Ben , sedapnya bauuuuuu.. Awak guna rempah adabi ke ?? “

Takkan aku nak kata Yer ? Tu aku dah promote Adabi lak.. rugi la aku kan ?  Maka aku pasti aku akan menipu dia kan ? Berdosa aku ini nanti.

Maka , kesimpulan .. aku rela beli kat kedai je la.. TAPI hari ni aku dah mula kembali berfikir setelah mak aku kata semalam ada restoran kantoi sbb guna pelaris ! Aku nak cerita dalam ni , kang ada yang muntah darah lak.. Paling tidak pon pasti akan tuduh aku buat fitnah..

Aku pelik gak sebenarnya kenapa ada manusia yang sanggup ketepikah soal hukum bila dalam mencari rezeki ??? Sanggup mengunakan jalan mudah yg pastinya menyalahi agama semata mata  untuk menarik pelanggan  ???

Tak pe la… Ini ada satu petua dari rakan bagaimana nak mengenali restoran restoran yang menggunakan pelaris .. Meh baca CARA MENGENALI PERNIAGAAN MENGGUNAKAN PELARIS.. Amalkanlah yer ..InsyaAllah ..

Blogger bertemu blogger . Akhirnya bertunang sudah

 

Bila mata bertentang mata ..

“ Bertunang akhirnya dia.. Cepat cepat tau menikah .. “

Berita yang aku terima mlm tadi dari mulutnya sendiri tapi dia tak nak diperbesarkan terlebih dahulu.. Pertunangan ini  membuatkan aku rasa amat lega sekali.Seronok dengar bila blogger sama blogger bertunang kan ?

Hurm .. Itulah yang sebaiknya.. Bila dah rasa berkenan di hati , jangan buang masa .. Terus tunaikan hajat tu sebelum syaitan mendekati dan merosakkan segala cinta suci. Ikut adat dan paling penting jangan ketepikan agama.

Semoga pertunangan ini hingga ke jinjang pelamin seterusnya ke akhir hayat … Tahniah sahabat !

Berblog bagi aku

 

Kau kejar glamer !! Cakap je laa. Mengaku je la kan ? Pastu mesti nak duit punya kan ? Buat blog mesti nak duit kan ? kan kan ? “

 

Erk.. aku nak kata apa ? Mengaku jelah kan ? Yer , benar .. Aku buat blog kerana nak kejar glamer dan nak duit ! Apa masalah kau ?? Kau dengki ? Loh …

Hehe.. Sori geng.. Aku dok gaduh ngan hati aku nih.. Ada masalah dalaman sedikit .. Hehehe…  Tapi betul kata hati aku tu , aku buat blog ni sbb nak kejar glamer .. Tapi glamer aku ni bukan untuk aku .. Untuk blog aku ..

Kenapa aku perlu kejar glamer ? Andaikan aku dalam sebuah sekolah menengah yang terdiri dari pelajar pintar .. Bagaimana aku nak bagitau pada guru guru di situ akan kewujudan aku agar aku tidak tenggelam di kalangan pelajar pintar yang lain sedangkan kitorang sama je level IQnya .. Haaa..

Aku kena buat diri aku glamer ! Ada dua cara .. Satu cara keji .. Yakni jadi pelajar bermasalah ! Tamoooooo !! Aku tamo begitu ! Aku nak naik atas prestasi cemerlang aku dalam akademik dan juga kegiatan luar kelas.. Yes !! Itulah salah satu caranya … Tapi bagaimana ???

Itulah cabarannya .. Bagaimana !!

Untuk apa aku buat semua itu ? Kelebihan  pada masa akan datang .. Jika aku nak mohon sambung belajar , mana tau ada guru yang punya kenalan atau mungkin paling tidak akan ada guru berusaha membantu aku untuk menjayakan cita cita aku kan ?

Seperti juga blog .. Aku perlu popularkan dia dikalangan blog blog yang lain setiap hari agar tidak tenggelam dengan kehadiran blog blog yang lebih bagus dari blog aku ..

Menjana pendapatan .. Itulah bonus yang dapat dari berblog ini .. Bagi mereka yang ikhlas , lain pula bonusnya .. Segalanya terpulang pada niat masing masing .. Asalkan tidak bercanggah dengan agama dan undang-undang , bagi aku itu sudah cukup memadai.

Kalau nak low profile , aku lebih rela privatekan blog aku dan jadikan ianya diari kehidupan aku.. Bila begini , bererti aku nak berkongsi perasaan aku dengan rakan yang lain ..

Syukur pada Allah , tercapai cita-cita aku namun ianya belum berakhir .. Perjalanan aku baru bermula..

Bila aku main guna guna utk lariskan blog !

Tu dia .. bersedia nk menurun ..

Antara fitnah yg paling teruk aku pernah dapat , seperti yg korang baca ditajuk tu ..

Aku fikir betapa bodohnya manusia yg menabur fitnah tu .. Blog guna pelaris ??? Tak terfikir dek akal !

Utk lariskan blog , aku kerja keras.. Aku bukan duk nganga je .. Bagi yg follow blog aku ni pasti tau ..

Kejayaan tak datang bergolek .. Kena usaha utk hasilkan kejayaan seperti yg diimpikan..

InsyaAllah ..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Header Blog Pilihan

 

image

http://sweetdeorchid.blogspot.com/

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI