Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 1 November 2011

Jom Blog | Blogger bermuka muka

 

image

Tolonglah .. Ramai blogger bermuka muka dalam dunia blog kita ni .. Depan kita , ceritanya begini … Belakang kita , ditikamnya kita mati..

 

 

image

Kadang-kadang bila seseorang blogger tu sudah punya nama , ada yang menghimpit untuk mengorek rahsia dan seterusnya bila ada peluang untuk mengenakan kembali , maka beramai ramailah akan menyertai mereka.. Ini hakikat dalam dunia blog mahupun dunia realiti.

 

image

Sebenarnya isu ini mudah saja .. Blogger yang bermuka muka ni tak bersalah .. Mereka cuma terkeliru .. Tak tau apa mereka nak buat dalam dunia blog ini lalu terikut rentak blogger lain yang ingin cepat naik dengan menjatuhkan blogger lain .. Dalam erti kata lain , tiada isu untuk diceritakan dalam blog lalu mencari isu panas..

 

image

Sepatutnya blogger di Malaysia ni bersatu .. Mana tau satu hari nanti ada pihak cuba menjatuhkan blogger , kita inilah yang akan mempertahankan .. Sapa lagi nak pertahankan blogger kalau bukan blogger ??

Cuba kita sama sama fikir .. Kalau blogger bersatu dan kukuh , sapa yang untung nanti ? Ibarat MTUC , CUEPACS dan lain lain persatuan NGO .. Kita ni baru berblog tapi dah berpuak puak .. Bagaimana kita nak maju ??

Entri ini tiada kaitan dengan sapa sapa .. Jika bijak , berfikirlah dengan akal yang ada ..

Kat mana ada jual pistol ? Aku nak !

Haa.. ada orang google dengan keyword , ‘ kat mana ada jual pistol ‘ .. Perghh.. bahaya betul laaa orang sekarang ni.. Cari pistol buat apa ???

Nasib baik aku ada jual pistol.. nak yang mana satu ?

image

image

Atau tak best yang ini ?? Cuba yg bawah ni pulak ..

image

image

image

image

Haaaa.. Dah tau nak pilih yang mana ???

OK.. kalau dah tau , bolehlah hubungi Rakan Cop yang berhampiran. Siap diskaun lagi diorang bagi.. Jangan risau , dapat free peluru punya .. OKeh ?

Gud luck..

Dan pemenangnya ialaahhhh ..

 

image

Tadikan , lepas gym.. solat maghrib … aku ngan wife g la mencekik kat Soho, Bangi tu haaa… Teringin nak makan sup kat atas tu … Heehe.. Teringin la sangat ehh.. macam aku lak yang mengandung ..

 

Bla bla bla bla… maka order pon sampai… Sebelum makan selepas membaca bismillah , aku pon amik gambar ni dan post ke FB.. Dah macam buang tebiat orang sekarang ni kan ? Skit skit FB .. skit skit , blog.. Skit skit tweet.. semua nak kasi orang tau .. Sebenarnya penting gak woo.. mana tau lepas tu kita kena culik ke , orang tau la kat mana kita untuk kali terakhir kan ? Hehehe.. mengarut la tuuu..

OK sambung .. Tajuk aku kat wall FB aku tu , Cuba Teka Sup Apa Ni ? Maka ramai laaa menekanya .. Ramai gak yang betul tapi aku dah niat ,sapa paling pantas dialah yang akan aku promote blognya malam ini..

Nak tauuu sapa ???? Jom kita tengok blognya .. Apakah kelebihan blognya sehinggakan dia tau sup apa kat atas tu.. Kalau tanya  aku , aku mesti jawab SUP YANG DIA ORDER .. HEHEHE..

Meh kita ke blognya .. Klik SINI .. Bagus arr.. sekali teka jeee..

Selamat harijadi buat rakan blogger : Azrul Hisham

 

 

image

Antara blogger yang terawal aku kenal .. Hehe.. Walaupun dia lebih senior tapi tarak sombong punya orang .. Bagus la gini kan ? Hehehe.. Cita cita dia , aku rasa dia nak berisikan badan dia.. Hehehe.. Kalau aku dulu , sehari aku lantak 20-30 biji telur dan ayam seketul dua sehari dan seminggu mesti makan setengah ekor ayam sekali gus.Hahaha .. gila kan ? Gila pun gila laaa.. Sebab tu aku ‘gemuk’ skang .. Satu lagi , tiap malam bedal roti canai banjir 2 keping.. Pergh.. tak sihat sungguh .. Tang roti canai jgn ikut ehh..

Lari tajuk .. Ok bro Azrul , semoga maju jaya dalam dunia blog dan cepat kawin eh.. Hehehe..

http://azrulhisham.com

Jom Senyum | Ada benda bukan mak bapak kita punya yer !

 

image

 

Kadang-kadang kita terlupa dan kita ingat semua hak kita seperti jalanraya , lif mahupun kedai makan … Bila semua itu terjadi maka kes kes sebegini tidak dapat dielakkan dan pastinya akan mengundang kemarahan orang…

Maka beringat-ingatlah sebelum muka kita keluar dalam blog blogger lain .. Malu weh !

Jom Insaf | Padan muka ! Baru ada akal !!

 

Ni la akibat dia.. Dah kata minum arak tu bapak segala kejahatan.. Dan juga sampai tak tau dah apa jadi kat dunia , diorang minum gak !! Bila dah jadi kes kes gini ??

 

image

Oh.. best ehh ?? Mabuk mabuk gini eh ..

 

image

Sambil sambil tu eh .. Meraba sekali yer .. Iskhh…

 

image

Rileks bang… Bawak bertenang..

image

Kan aku kata dah.. jangan minum lebih lebih ! Kau mabuk , lupa dunia terus !!

Tengok ! Yang kau cium tu , jantan laaaa

 

image

Auwwww

 

image

Hapa ??? Yang aku cium tu , jantan ??

Jom Blog | Risiko seorang blogger

 

image

‘ Bermain ‘  dengan isu panas dan terkini kadang kadang merbahayakan blogger .. Kenapa ? Jika fakta tidak tepat , itu akan mengundang bahaya pada blogger sendiri..

Ada blogger akan mengambil fakta dari media masa dan ada yang melalui pemerhatian sendiri.. Apa sekali pun , blogger akan dipertanggungjawabkan sekiranya isu tersebut didapati melanggari hak peribadi atau pun mejadi satu fitnah..

Bahaya bukan ?

BEN ASHAARI dan Rakan Blogger

 

image

Kali ni , aku nak bawa korang berkenalan dengan rakan blogger yang sorang ni .. Haaa ,mesti korang tertanya , kenapa ada aku buat 5 , 10 dan kadang kadang 1 je pilihan blog dan apakah criterianya ? Hehehe.. Korang ada jawapannya .. Sapa tau dialah akan jadi pilihan serterusnya…

Tapi yang ni berbeza .. Kenapa ?? Sebab 3.11 adalah harijadinya !! Kebetulan dia buat entri berkaitan bulan November yang mana aku pun bakal menyambutnya tidak lama lagi ( tua dah aku rupanya ) pada 30.11 .. haaa… Kita sama la kaann ..

Jadi , buat rakan blogger kita ni , Mishnurlin .. SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR nanti yer … Kira ni hadiah untuk kamu la yer .. Hehehehe..

Jom kita gegar kasi merah mukanyaa …

http://mishnurlin.blogspot.com/

Sebelum terlambat !

 

image

Tempahan masih dibuka yer .. Ops .. bukan aku untuk ditempat tetapi baju yang aku pakai tu.. Baju Kelab blogger yang bakal tertera url blog korang sendiri di belakang baju beserta logo kelab .. Haaaa..

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , sila gegar www.santaibenashaari.com untuk membuat tempahan dan juga , erk… tempahan saja.. Takda pertanyaan..

Yang nombor tu adalah berdasarkan tempahan ke berapa .. Haaa.. Kira nombor tu adalah unik la.. takkan sama dengan blogger yang lain.. hehehe..

Yang dah bayar , sabaq sat no… Izzudin kata dia akan pos minggu ni.. Nak buat baju ni , bukan mudah wooo… Maklumlah , satu satu kena print memandangkan url blog korang tu lain lain…

Terima kasih dan harap sabaq  noo…

 

Ben : Tahun depan akan keluar design lain pulak… Dah dua design dah.. hehe…

Jom Blog | Tips majukan blog

 

 

image

Komunikasi antara blogger perlu wujud

 

image

Peka terhadap keadaan persekitaran

 

image

Elakkan persengkataan sesama blogger

 

image

Elakkan plagiat atau cilok entri orang lain

 

image

Dengar pendapat ‘orang lama’

 

Dan

 

image

Senyum selalu ..

Masalah orang gaji ..

 

image

Jangan amik orang gaji cam ni… dengeres !

 

Dengar cerita sekarang ni kalau nak amik orang gaji , mahal gilos eh ?  Yang ada pengalaman , kena bayar RM10 ribu .. Yang takde pengalaman , RM9 ribu.. Tu jika menerusi agen .. Pastu bulan bulan lagi gaji dia .. makan minum .. tempat tinggal .. baju.. prepaid.. Perghh.. Hanya yang kaya mampu ada orang gaji..

 

Tu kalau yang legal atau yang sah .. Yang haram lak ? Yang haram ni , sendiri tanggung la kalau ada kes kes berat berlaku seperti kena rompak , atau maid lari .. Haa .. macam macam isu ada ..

 

Aku rasa zaman sekarang ni macam satu keperluan lak bab orang gaji ni , kan ? Tapi risau tetap ada bila tinggalkan anak dengan diorang .. Yelah , macam macam isu timbul ..

 

Member aku , orang gaji dia mintak cuti.. Balik kampung .. hahahaha… Pergi tak kembali .. hahaha… lawak laaa.. hahaha.. Ni mesti ada kes ni… Garang sangat kot …

 

Korang ada orang gaji tak ? Kalau takde dan berminat  , aku boleh jadi orang gaji.. amacam ?? Ada bran ??

Jom Blog | Tips untuk jadi blogger dikenali

 

image

Usaha tangga kejayaan ..

 

image

Berblog di mana mana saja ..

 

image

Kreatif ..

 

image

Fotogenik  , satu bonus ..

 

image

Bersedia menerima sebarang kritikan ..

 

Amacam  ? Sudah bersedia ?? Ayuhhh , mulakan ..

Blog ini telah digodam !! Wahahaha

image

Kring , Kring .. telefon berbunyi ..

“ Yo boss .. “

“Kau tolong aku boleh ? “

“ Boleh je bos.. janji ada tulang jap lagi.. “

“ Kamu ni.. tak abis abis melantak.. Yelah.. Ni ha, ko tolong update blog aku jap..

“ Nak cerita apa bos ??

“ Ko cerita je la ala pon , Mickey .. asalkan jgn lucah dah ! “

“ Cerita saya g ngorat awek sebelah tadi boleh boss ??

“ Haaa..cerita je .. janji jangan letak gambar kamu posing sudah.. kang mahu pembaca aku gelak guling guling lak … “

“ Kalau gambar yang ni boleh tak bos  ? “

image
“ Kamu gilaaa ker “

“ Haaaa.. Yang ni ke ??  “

image
“ Kamu nak kasi aku malu keee.. Cari gambar lain ! “

“ Yang ni boss ?? “
image
“ Haaa .. ok.. ni macho skit.. baru ada gaya penganti aku.. ok ok.. tulis jangan lebih 5 patah perkataan jer .. faham ?

“ Haaaa ?? Nak tulis apa kalau tak sampai 5 patah perkataan ??

“ Ikut kreativiti kamu laaa “

“ Yelah boss !! “

2 minit kemudian.. update sudah blog bossnya ..

image
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI