Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 4 November 2011

Dari Jepun sampai ke Kelantan

Yearghh .. Kali pertama si pink ni sampai ke Kok Lanas , Kelantan ni .. Tapi tak guna mana sangat sbb aku lebih gunakan HTC DESIRE HD kesayangan aku ni ..

Esok nak turun KB .. mau shopping barang skit .. Oh ya , pelik ke kalau aku guna warna pink ? Esok aku keluar pakai baju warna pink lagi !! Siap ada rendar rendar n polka dots lagi yer !
Published with Blogger-droid v1.7.4

BEN ASHAARI dan Blogger Pilihan

 

image

Mesti tertanya kan , kenapa dia ?  Maka jawapan aku ..

 

“saya hanya wanita biasa dengan satu kehidupan yang sederhana .. ingin memiliki blog yang mampu memberi manfaat..kalau bukan untuk orang lain,untuk diri sendiri pun dah cukup .. saya sgt suka ayat "berilah aku perkara yang paling sukar..aku akan belajar"..itulah saya.. “

 

http://erniefaizalsiti.blogspot.com/

Bantuan anda diperlukan !

 

image

 

“ Rayuan Dana Masjid Pertama Hiroshima ni selama 20 hari sahaja lagi... kerana sekiranya dana yang terkumpul tidak mencukupi deposit mereka 18 juta yen untuk bangunan yang hendak dijadikan masjid tersebut akan hangus.. “ – mesej Sall Aimi Ismail kepada aku.

 

Utk keterangan dengan lebih lanjut ,

http://kuntumkenyalang.com/hiroshima-mosque-donation-campaign/ dan http://www.hicc-hma.org/ 

Sebarkan jika anda prihatin. Terima kasih

Terlupa ke tips untuk berjaya memikat pembaca blog ?

 

image

 

 

Alhamdulillah .. sampai dah Kok Lanas .. Depan kem Desa Pahlawan rumah wife aku .. Hehe.. Ada yang bertanya  tadi  kat mana rumah mak mertua aku ni .…

 

Haa , ada yang pelik tadi .. Aku dalam perjalananan balik ke kampung pon sempat update blog ! Buat yang tak tau , nasib baik aku yang drive ! Kalau tak sahih mahu 20 entri aku update tadi ! Haaa…

 

Sebenarnya , aku lagi suka update bila kat luar ..Kalau kat rumah , aku rasa terkongkong .. hehee.. Nama pon log ! Maka aku log kan apa saja yang patut aku logkan .. Takat nak g disko pon nak log , melampau la tu kan !

 

Benda yang bagus , kita kongsi.. Yang tak elok , antara kita dengan Allah.. Sendiri jawab !

Cayalah RNR Gua Musang , Kelate

Tandas kat sini dah cun n bersih.. Kali terakhir aku berenti kat sini , tandas dia dok buat renovation ..

Alhamdulillah , kebersihan terjaga .. Kalau dulu , mmg aku malas nak berenti rehat kat RNR Gua Musang ni ... Hehe ... Lepas ni , pasti singgah punya ..

Harap kebersihan dpt dikekalkan dan pengunjung pun turut sama la beri kerjasama dengan menjaga kebersihan di sini..

Caiyok ..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Aidiladha di Kok Lanas, Kelantan.

Ni kali pertama aku menyambut Aidiladha di Kelantan..

Org kata raya haji di Kelantan best .. Aku tnya kat geng kelate , katanya biasa je.. tak tau la tang mananya yg best ..

Skang ni aku kat Benta ... Berehat kat stesen Petronas .. cuaca mendung saja ..

Bertolak jam 6 pagi tadi dlm keadaan hujan yg amat lebat dan syukur pada Allah bila masuk area Pahang , cuaca kembali cerah .
Ikut rancangan , esok nak turun KB .. Nak menyopping tudung ...

Ada sapa nak order tudung atau baju kelawar ? Hehe.. Hari Selasa , nak bercuti kat Cherating..

Doakan kitorang. ( aku , wife dan adik ipar ) selamat pergi dan balik .. Terima kasih

Published with Blogger-droid v1.7.4

Jom Jujur| Demi keadilan

 

image

Bukan mudah untuk bersikap adil dan jujur .. Kena kerja keras . Cakap je pon tak guna kalau tiada tindakan ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI